aku hanya sekadar wanita yang tak punyai apa2. aku tidak lah se'gah' Balqis.. atau semulia Khadijah.. atau serupawan Aisyah.. atau sebaik Maryam..
tapi aku wanita yang punyai hati. aku punya perasaan. aku juga punya kesabaran yang ada hadnya. tapi bos aku kata.. sabar itu tiada batasnya.. hanya kita yang meletakkan batas kesabaran.. aku mahu seperti itu.. tapi aku kira.. aku tidak mampu untuk melakukannya.. kerana aku bukanlah seorang wanita yang sangat sabar..
tapi semua itu aku boleh pelajari. aku boleh melalui pengalaman. aku boleh berubah.. cuma ia memakan masa.. may be 1 hari atau 1 minggu atau 1 bulan atau jugak 1 tahun atau bertahun2 lamanya..
cuma orang yang menunggu itu seharusnya juga sangat bersabar dengan segala kerenah ku. kerana aku berjanji akan menjadi seorang wanita yang teguh, seteguh Khadijah di sisi Rasullullah..
kerana aku hanyalah seorang wanita yang tak punya apa2..
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment