RSS

:)

senyum sokmo..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kemaafan ku pohon..

memohon maaf tak sepayah memberi kemaafan..

aku dah buat salah. tanpa aku sedari.. aku mengulanginya sebanyak 2 kali. ya, aku tahu. tapi aku hanya seorang manusia. aku memang tak sengaja. aku tahu, dia marah.

waa.. aku rasakan yang aku memang bersalah. katanya kalau kali ke3 aku melakukannya.. aku memang tak patut ditolong. hm.. memang aku akui aku takut dengan ugutan itu. sebab? kerana aku suka cara dia bekerja. kemas dan teratur. tapi kalau dia dah marah.. may be memang patut aku dihukum..

tapi kata orang.. kalau kita pohon maaf.. sekurang2 nya sejuk sikit hatinya..

aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi.. aku harap, janji itu akan ku pegang tanpa ade kelupaan dalam otak ku ini.. huhu

kerana semenjak 2 menjak ni.. aku memang selalu lupa.. maaf kan aku.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku hanyalah seorang wanita

aku hanya sekadar wanita yang tak punyai apa2. aku tidak lah se'gah' Balqis.. atau semulia Khadijah.. atau serupawan Aisyah.. atau sebaik Maryam..

tapi aku wanita yang punyai hati. aku punya perasaan. aku juga punya kesabaran yang ada hadnya. tapi bos aku kata.. sabar itu tiada batasnya.. hanya kita yang meletakkan batas kesabaran.. aku mahu seperti itu.. tapi aku kira.. aku tidak mampu untuk melakukannya.. kerana aku bukanlah seorang wanita yang sangat sabar..

tapi semua itu aku boleh pelajari. aku boleh melalui pengalaman. aku boleh berubah.. cuma ia memakan masa.. may be 1 hari atau 1 minggu atau 1 bulan atau jugak 1 tahun atau bertahun2 lamanya..

cuma orang yang menunggu itu seharusnya juga sangat bersabar dengan segala kerenah ku. kerana aku berjanji akan menjadi seorang wanita yang teguh, seteguh Khadijah di sisi Rasullullah..

kerana aku hanyalah seorang wanita yang tak punya apa2..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ya! aku mampu!

aku fikir aku seorang yang realistik. aku kira aku dapat selalu berpijak di bumi nyata. nyata aku bukan lah sekuat dan seteguh itu.

tapi terkadang penting juga aku berangan mahu kan itu dan ini. tapi bila tersedar dari angan2 itu.. kaki ku kembali menyentuh bumi.

kata mak.. aku mesti dan harus tahu setakat mana kemampuan aku. sebab ia penting untuk menentukan arah tujuan hidup aku akan datang. tapi apabila aku fikir aku mampu.. ia seharusnya aku boleh..

cuma kemampuan itu harus aku bandingkan dengan diri ku yang dhoif ini.. dan katakanlah.. ya! aku mampu!

tapi tak salah kan berangan.. cuma jangan "terlebey sudaa" hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

wabak kah itu?

"sharing is caring.."

prof Megat selalu mengulangnya di dalam kelas. aku juga lah selalu tersenyum. tapi hati aku menidakkan. kenapa? entah. aku tidak pasti dengan hati jantung aku yang selalu menidakkannya.

aku terasa sharing kekadang perkara yang merimaskan aku. kenapa ini harus ku rasa kan ini di dalam hati.

tapi hari ni, prof Megat menyebutnya lagi. hati aku pada mula nya memang sangat menidakkan. entah. may be aku belum ada pengalaman itu.

semalam, 1 sms telah ku terima. mengatakan dia demam. aku pada mula nya memang tidak mempunyai apa2 perasaan. (memang aku seorang perempuan yang agak keras, may be laa.. itu pada pandangan ku saja. kamu lihat, kamu tahu. hehe) tapi bila ku baca sms itu berulang kali, dan ku terfikir tentang wabak yang melanda sekarang, hati ku mula terdetik bimbang.

adakah aku seorang yang agak caring. entah. aku pun tak pasti. yang aku pasti kala ini adalah, aku bmbgkannya..

suhu badan mencecah 38.1 eh, tinggi nya kataku dalam hati. tapi aku tidak menyuarakannya. nanti terbabas kata pulak.. takut jugak aku..

tapi aku hanya mengharap pada suatu kepastian.. aku mahu kan dia sembuh seperti sedia kala. aku mahu melihat 1 sinar di matanya yang bercahaya. aku mahu melihat jalur senyuman pelangi dia wajahnya ayu comel..

aku harapkan dia sihat dan kembali sedia kala. Amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1001 kepastian..

aku ingin terbang.. sejauh mana yang aku mampu. tapi ku sedar.. aku tidak dapat menggapainya..

ku ingin terbang tinggi.. supaya semua nya akan ku lihat. tapi aku tahu, berada di atas awan tidak semestinya indah kerana kekadang ada juga terselit titik noda hitam untuk ku atasinya..

berpijaklah di bumi nyata. kerana ia membawa pada 1001 kepastian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kerana realiti itu pasti

hidup ni sebenarnya ialah suatu yang kita tak kan jangka ia terjadi. ia seperti angin yang berlalu pergi. tanpa pesan. tanpa nota. tanpa noktah.

kita kekadang merancang. tapi yang Maha Perancang masih ada di sana. Dia mengetahui segalanya yang berlaku dan yang tidak patut berlaku.

kekadang aku fikir, hidup ini tak adil. tapi aku tahu, di sebalik semua yang berlaku, pasti terselit hikmah yang tersembunyi.. kerana semua perkara yang terjadi, pasti ada kebaikannya.

cuma kita perlu kuat untuk menempuhi sesuatu cabaran dan dugaan yang selalu datang.

aku tak pernah menyangka, aku akan jadi sekuat ini. setabah ini. semangat demi semangat muncul dalam diri. tapi aku tahu, untuk menempuhi hidup, semangat dan azam mesti kuat. kerana aku hidup untuk meneruskan visi dan misi.

dan aku dengan penuh harapan berharap aku akan setabah dan sekuat sekarang. walaupun kekadang ku rasa bahu ku begitu berat memikul nya.

kerana realiti itu pasti...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

lambang kasih itu..

lambang cinta itu adalah kita menerima dia seadanya dan kita menyayangi nya seadaanya. tanpa ada sebarang syarat atau protokol yang perlu kita lalui.

cinta itu adalah untuk diberi dan dirasai serta dihayati.. bukan untuk disimpan seorang diri.

jika ingin dicintai.. menyintai lah terlebih dahulu.. kerana ia adalah untuk dikongsi bersama..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

erti kekecewaan..

kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.. teruskan perjuangan walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam kehidupan..

itulah warna warni kehidupan.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

dialah raja..

aku berfikir sejenak. tapi adakah aku tersalah dengar? atau aku hanya berkhayal untuk mendengarnya. aku bukan lah seorang yang baik untuk menilai orang. mahupun menghukum seseorang itu benar atau salah. tapi aku punya hak untuk menilai dengan otak ku sekali gus menyimpan cerita itu sebagai bahan rujukan dan pengalaman tidak secara langsung yang aku perolehi..

bukankah begitu?

mak selalu kata, suami itu terletak di atas, isteri berada di bawah kuasanya. apa2 pun, suami adalah raja di rumah. bila kerja nanti, mak selalu pesan, di pejabat akulah bos. tapi di rumah, aku adalah pembantu bos. permaisuri kepada raja. penolong kanan kepada pengetua. timb. pengarah kepada pengarah. itu lah ibarat nya suami. kata2 itu, selalu je berlegar kat kepala aku.

tapi, semenjak aku mendengar dan meneliti kesahihan lelaki zaman sekarang, aku berfikir sejenak. adakah suami adalah raja untuk memerintah, sementara isteri hanya menjadi kuli bukannya permaisuri untuk membantu?

aku menjadi semakin confuse. kenapa harus ada suami yang mengabaikan tanggungjawab, padahal sebelum kahwin sudah berjanji untuk bertanggungjawab atas semua perkara?

pada pendapat aku, itu lah lelaki zaman sekarang yang tidak mempunyai kesedaran agama. bukan yang tidak mendalami agama. kenapa? kerana orang yang mendalami agama pun, kekadang sama je situasi nya.

oleh sebab itu, betapa pentingnya si isteri menyuntik kesedaran agama kepada si suami. hehe. bukankah tugas si isteri adalah membantu suami. seperti permaisuri membantu raja untuk memerintah kerajaannya?

kepada isteri2 yang memang di abaikan tanggungjawab oleh suami nya, bawak2 lah berbincang. janganlah mengharap pada doa dan solat hajat sahaja. kerana Allah suka pada hambanya yang berusaha dan selepas itu, bertawakal padaNYA..

kekadang suami juga alpa. kerana dia juga adalah manusia seperti kita.. tegurlah dia dengan teguran kasih sayang, insyAllah si suami akan memahaminya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pening..

senyum itu sedekah mulia.. tak susah pun.. duit pun tak yah keluar kan... so kenapa perlu masam mencuka?

aku tak faham. atau aku faham tapi aku tak mahu memahaminya..

senyum sokmo!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

duit..

Tidak berduit, tiada duit, tak cukup duit, pokai, terhabis duit, semua nya hanya berunsurkan duit. tiada duit adalah 1 masalah besar bagi sesetengah orang. bukan sesetengah bahkan kebanyakan orang.

kenapa? kerana duit adalah salah 1 unsur untuk kita teruskan hidup kat dalam dunia ni. lagi2 dengan dunia sekarang. makin laa banyak duit yang diperlukan.

aku selalu dengar sesetengah wanita berpendapat, "aku nak kahwin lelaki yang kaya, handsome, dan boleh bagi aku kesenangan. nanti senang, tak yah aku susah2 cari kerja dan kerja makan gaji lagi. susah kalau tak de duit."

adakah semua wanita zaman sekarang macam ni? nak cari duit senang. kalau seorang wanita ada suami, memang wanita tu kena mintak duit suami eh? memang suami wajib kasik nafkah. tapi kalau suami tak de duit macam mana? dia mintak cerai ke? atau tinggalkan suami nya terkapai2. tapi suami jugak kena faham, nafkah wajib. walaupun isteri tak mintak.

kekadang isteri bukan tak nak mintak, dia faham situasi suami nya. sebab tu dia tak mahu mintak apa2 dari suami. itu bagi isteri mithali laa.. kalau tak mithali lak.. habis laa suami..

ade sesetengah manusia jugak, mintak duit dengan parents. tak de duit, mak nak duit. tak de duit, papa nak duit.. hm.. bagi aku, memang lah tanggungjawab parents untuk menyara kehidupan anak2. tapi anak2 pun agak2 laa.. cuba berdikari cari duit sendiri. hehehe

apa yang aku nak cakap sebenarnya, sebagai perempuan, jangan lah jadi kaki kikis.. pisau cukur.. atau ape2 yang sama waktu dengannya.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

angin monsun barat daya..

kesusahan yang di lalui setiap orang berbeza. ujian juga berbeza. begitu juga nikmat. sangat berbeza. cuma kita semua tahu, semua kesusahan, ujian, masalah, nikmat, kesenangan itu adalah pemberian kepada hambanya yang ingin di uji nya. dan pasti disebaliknya ade 1001 hikmah yang tersirat.

tapi kekadang kita cepat melatah. kita cepat naik angin. kita cepat buntu. semua yang allah tetapkan pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

kekadang aku juga tidak menafikan, bahawa aku juga sedikit emosional dalam menangani setiap situasi yang berlaku dalam hidup aku. aku memang seorang perempuan yang garang. tapi garang itu hanya berlaku selepas ku warning apa yang aku tak suka. jika berlaku juga, pasti angin ku akan naik secara mendadak. bukan hanya setakat ribut petir, bahkan ku rasa kan ada puting beliung yang akan melanda. tapi aku akan cuba meredakannya.

tapi kebanyakkan nya, ia hanya ribut sahaja. reda dalam masa tak sampai 10 minit. kerana angin monsun itu dapat di kawal dengan remote control yang masih berada di otak ku ini.

bagaimana kah ingin melegakan perasaan marah? aku pun tidak tahu. tapi seolah2 semakin ku cuba untuk tidak marah, semakin api itu datang berlegar2 ke arah ku.

jika kamu punyai cara, kongsi laa dengan ku. kerana aku adalah orang tua yang masih belajar.. ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sukaneka kolej

pada entry yang lalu, aku ade menceritakan tentang kolej ku. malam ni ade acara tahunan kolej. acara memperkenalkan kolej kepada pelajar baru.. mereka tak kenal lagi ke kolej ni.. tak lah. sebenarnya ini adalah sesi perkenalan junior dengan senior..

so kenalah turun untuk participate dalam program ni. kalau tak participate, tak boleh ke? boleh.. tapi mata merit tak diberikan laa.. peluang untuk menetap di kolej pada tahun depan pun akan jadi tipis. huuhu

nak ke tak nak.. aku kena pergi.. hehe.. walau pun aku tak de lah suka sangat dengan orang ramai ni. kekadang ada bagus jugak aku bersosial. mengeluarkan peluh. bersuka ria. kerana malam ni ada sukaneka yang best dan ade hadiah yang menanti pada floor yang menang.. dah 3 kali aku masuk.. tahun depan sekali lagi. huhu

lambat nya aku habis belajar.. hehe.. tak sabar rasa nya. dulu, masa kerja.. aku nak belajar. sekarang masa belajar, aku tak sabar2 nak habiskan pulak. pelik betul perangai aku. lupakan aje lah tentang tu.

ape ye program malam ni? aku harap, aku dapat enjoy dan main dengan happy, sebab dah lama aku diam kan diri dalam bilik menghadap buku2 dan kemas kini semua yang ada, termasuk asyik menghadap pc time aku kerja. teringin nak rehat kan badan dan otak.. hehe..

jom kita bersukaneka.. hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

inilah pilihan ku..

ingin menjadi seorang guru, bukanlah semudah yang di sangka.. tapi tidak sepayah yang dijangka.. setiap guru mesti pandai dalam semua bab. walaupun dia seorang guru bahasa melayu, tapi tidak dapat tidak, mesti pandai subjek lain. kenapa aku kata macam tu? kamu boleh fikir sendiri..

guru adalah seorang pendidik, pendakwah, parents, kakak, abang.. means, guru boleh jadi semua orang. kerana setiap seorang guru, mempunyai beribu2 orang pelajar. dan setiap pelajar ade ragamnya. almaklumlah, nama pun lagi pelajar, mesti lah banyak kerenahnya..

bila kita di situasi untuk mendidik, kita mesti menjadi seorang guru atau pun parents kepada pelajar.. bila situasi nya berlainan, lainlah pulak peranannya. umpama seorang pelakon. ade pentasnya. ade penontonnya. pelbagai situasi nya..

seperti biasa, setiap subjek ade tugasan yang di berikan. hari ni, salah 1 group telah ditugaskan untuk membentangkan hasil kerja diorang dalam subjek prinsip teknologi dalam pendidikan.

apa kah tugasan kami? tugasannya aku definisikan amat rumit. kerana di dalam masa yang ditetapkan, kami disuruh menghandle kelas. seolah2 kami menghandle pelajar di dalam kelas. bezanya di kelas ni, kami handle class by group. bukan individual. hehehe.

di sini, aku diajar untuk menggunakan pelbagai teknik pembelajaran untuk pelajar. bahkan ahli group aku mesti mencipta 1 syair yang berkaitan dengan teknik dan kaedah pengajaran.

syair yang telah dicipta, mesti di persembahkan di hadapan class. di sini timbul 1 pengajaran yang tidak formal bagi aku. kenapa? sebab disini, aku telah di ajar untuk menjadi seorang guru yang berani ke depan mempersembahkan sesuatu kepada pelajar dan berjaya mencipta serangkap syair dalam masa hanya 3 minit di berikan. hehe

pelbagai cara dan jua teknik,
guru kreatif pembelajaran berkesan,
agar pelajar tak cepat bosan,
syarahan pidato boleh di gunakan,
andai pelajar rasa mengantuk,
teknik soal jawab menjadi pilihan,
untuk membentuk pelajar cemerlang.

walaupun rangkap syair nya tak sehebat rangkap syair A. Samad Said. tapi bagi aku, itu sudah pun menjadi 1 kepuasan. kerana inilah hasil seorang bakal guru yang kreatif. haha. guru kan kena kreatif.. (kreatif laa sangat aku ni ye..)

kini, aku tahu, menjadi seorang guru adalah perkara yang paling bermakna bagi ku. kerana aku dapat mengajar dan mendidik anak bangsa mengenal sesuatu.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

masak memasak.

oleh kerana aku adalah seorang perempuan dan wanita yang baik, dan aku nak jugak lah suami aku nanti panggil aku isteri mithali.. lalu hari ini aku belajar masak. masak tak de laa special. tapi oklaa..

ape lagi aku belajar. hahaha. macam kelakar pulak. aku belajar perah santan dan jugak siang ikan. haha. adus... nak habis kan 7 ekor ikan, jenuh orang yang mengajar aku tunggu. thanks to NA yang ajar aku siang ikan.. dan my big boss.. k.LA yang mengajar aku masak. hehehe

tak lama lagi, pandai laa aku masak. wakaka.

ape yang aku belajar? aku belajar masak sayur goreng udang. biar lah orang nak ketawakan aku pun. alah, masak itu pun tak pandai. tapi aku tak kesah. sebab?? sebab aku memang dilahirkan dengan 1001 kelemahan. so aku redha untuk menerimanya..

eh, ustazah ni tak pandai masak ke? haha. ustazah pinky adalah ustazah zaman moden. dan mulai sekarang, aku akan gigih mempelajari pelbagai resipi. dengan bos aku laa kot. kalau tak, aku buli and dera kawan aku, NAD untuk ajar aku masak. wakaka. biar padan muka dia, dapat anak murid macam aku. :P

bersedialah sesiapa yangaku pilih menjadi guru masakan.. hihi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

baby

bila aku tengok, baby gurl bos aku asyik menangis, mengamuk, meraung bila demam gini, aku jugak naik kesian kat bos aku. siang malam babynya asyik menangis.. menangis.. menangis.. dan menangis..

aku bukan lah seorang perempuan yang ade bakat semulajadi untuk menjadi seorang ibu.itu kata mak aku. dan fakta itu, aku pasti. aku jugak pada mulanya bukanlah seorang penggemar kanak-kanak. tapi itu semua boleh dipelajari. aku dilahirkan dengan serba kekurangan. tidak ade kelebihan. kalau ade sedikit kelebihan, itu adalah hanya sedikit. may be hanya 0.0000001%.

tapi aku masih bersyukur. alhamdullillah. walaupun aku tidak mempunyai bakat semula jadi, tapi aku berusaha untuk memupuk bakat yang ada. sebab bakat jugak akan terlahir apabila kita mempelajari dan memupuknya dengan baik. kalau kamu tidak percaya, kamu bolehlah tanya sesiapa yang berpengalaman. :)

pada mulanya, aku langsung tidak pandai untuk memegang baby. ade aje yang tak kena. kepala nya terlentok. kaki nya terjulur. baby kan lembik. so aku tak tahu macam mana harus aku pegang baik2. sehingga aku belajar pelan2 untuk memegangnya dan kini, aku berjaya. tapi tak se'perfect' orang yang mengaku pandai. hahaha

sebenarnya, menjadi seorang ibu amatlah susah. pahit. payah. sebab tidur malam semestinya akan terganggu dengan jeritannya yang nyaring. sama ada meminta untuk disusukan atau dia tidak selesa dengan pampers yang dipakai atau jugak, dia kesejukkan. may be jugak dia sakit perut dan minta di sapu ubat.

bila aku melihat, bos aku sibuk menjaga baby apabila dia meraung, menangis, menjerit. sebabnya aku tak pasti. baby tu tak cakap. tapi aku agak dia keletihan disebabkan suhu badannya yang tinggi kerana demam. aku main agak je.

aku kira, aku belum bersedia untuk menjadi seorang ibu. kerana persiapan untuk menjadi seorang ibu adalah mengambil masa. begitu juga persiapan untuk menjadi seorang isteri. ia memang memerlukan masa yang lama untuk bersedia. kalau jodoh sampai, telah diseru, may be itu akan menjadikan keadaan lebih kelam kabut.

so pada sesiapa yang nak jadi mak, mummy, mum, ibu, mama.. silalah bersedia terlebih dahulu. kerana menjaga anak bukanlah sesenang yang di sangka.. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kakak dan adik

betul ke kata orang kakak or abang tak boleh duduk sebumbung. means, adik beradik tak boleh tinggal sebumbung tanpa parents yang memantau. menurut kata salah seorang kawan aku, katanya kalau tinggal sebumbung dengan adik beradik, darah panas. saling nak bergaduh je.

aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. tapi kekadang aku ade jugak mendengar keluhan kawan2 yang tinggal serumah dengan kakak diorang. tapi member lelaki elok je. hmm.. may be lelaki lebih tak ambil kesah sangat tentang hal remeh temeh ni. lagipun lelaki bukan suka bercakap, berborak riuh rendah macam perempuan. itulah hakikatnya.

bagi aku, tak salah nak tinggal dengan kakak. itu adalah lumrah. ke mana lagi kita kalau tak bergantung harap pada kakak selepas mak. tak gitu?

tapi bila melihat ade sesetengah kakak surrender dengan kerenah adik, aku kembali berfikir. bila tinggal bersama ni, susah ke. atau adik kita yang sengaja membuat macam2 kerenah? entahlah. aku tak pernah jadi adik. kerana aku memang sudah ditakdirkan untuk menjadi kakak.

tapi, bila aku fikir lagi, kakak ni bukan nya susah sangat nak handle. kalau dia marah, kita biarkan jelaa. dah dia kakak. janganlah lawan2. apa2 susah senang, kita akan cari dia jugak kan. kakak ialah insan yang patut kita hormat. macam kita hormatkan mak.

kalau ada ape2 berbincanglah elok2. jangan lah bergaduh. lawan mulut. tengking2. tapi hakikatnya, susahnya nak control marah. tapi bila kita dah control marah sekali, percayalah, kita boleh untuk tahan lagi. sebab kekadang marah bukan boleh di ikut sangat. hehe.

aku tak mengata orang. tapi aku fikir tentang diri aku yang suka sangat marah2. tapi bila dah tua2 gini, aku dah kurang marah. kenapa? sebab aku dah penat marah orang masa muda2 dulu. so, aku nak kurang kan dan kalau boleh, aku tak nak marah langsung. penat kalau marah. hahaha.

hmmm.. kesimpulannya, adik kita adalah family kita. kakak jugak family kita.

so kalau dilahirkan sebagai adik, kita kena lah hormati kakak kita. bukan bercakap ala kadar dengan kakak. kena hormati dia. macam kita hormat orang tua.

kakak pulak, janganlah mentang2 adik hormat kita, tak lawan cakap kita, kita sewenang2 pijak kepala dia. suruh je apa yang kita suka. hormati jugak hak adik. sebab kita sesama manusia mesti lah hidup dengan rukun dan damai. :)

kata orang, jangan bergaduh, nanti cepat tua. dan kata farha, kalau nak marah, senyum dulu.. hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kayu10

bab2 kayu 3 4 5 6 7 8 9 ni.. aku memang tidak menafikannya. memang ada. lelaki atau perempuan? sama saja. lelaki ke.. perempuan ke.. semua sama saja.. aku tak nak menafikan bahawa perempuan jugak main kayu2 ni...

tapi, soal hati kita yang tentukannya. memang hati senang berbolak balik. hatta hati aku sendiri. selalu je berbolak balik. kejap aku rasa, aku suka. kejap aku rasa aku rasa tak nak. kejap aku rasa aku nak. itu lah hati manusia.

tapi benda macam ni lumrah. cuma kita je jangan ikutkan hati. pilih yang mana baik dan yang mana buruk dulu. so di sinilah gunanya kelebihan akal manusia.

hm.. apa yang aku nak katakan ialah..... perempuan ke lelaki ke, peratus untuk main kayu 3 adalah tinggi. ni pendapat aku je. sebab sepanjang pemerhatian aku yang hidup 250 tahun ni, inilah yang dapat aku simpulkan. kenapa nak main kayu 3 kalau kita rasa pasangan kita dah ok, best, syok, spoting...hehe..

mak aku selalu je pesan, kalau nak, bagitahu je nak. kalau tak nak bagitahu tak nak. senang. sebab soal hati susah nak jangka. sebab, kalau orang tak nak kita tak boleh paksa. so ape kes pulak sampai ade yang terjebak dalam 3 4 5 org ni..

tapi kan.. cinta 3 4 segi ni sebenarnya pelik. rasa hati itu datang. bila kita sayang dia. bila kita rindu dia. bila kita selalu ingatkan dia. tapi yang di sini kita nak buang ke mana. nak cakap sayang pada yang di sini. yang di sana pun sayang jugak, tak nak lepaskan. sebab tu lah adanya 3 4 segi.

tapi bila hati dah tekad, nekad, tak de apa yang boleh halang. so untuk elakkan nya fikirlah mana yang baik, nilailah mana yang buruk. nilai dan fikir dengan akal yang waras dan kata orang dengan mata hati..

kata drTUAH, "cinta agung, berjalan dengan penuh berliku." bukan dengan liku 3 penjuru. (aku yang menambah ayat belakang.. hehe)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

life is so easy?

life is so easy? betul ke ni?

hidup ini tak delah sesusah yang disangka. tapi tak delah sesenang yang dijangka. tapi kalau kita laluinya dengan baik, mesti hidup kita jugak baik.

kekadang ada jugak aku terfikir, susahnya hidup ini. tapi siapa yang menyusahkan hidup kita? jawapannya, tentulah kita sendiri yang menyusahkannya.

kalau kita hidup dengan penuh redha, berserah diri pada Allah, nescaya kesenangan akan berada di pihak kita. betul ke? tepuk dada tanyalah iman anda.

kerana setiap sesuatu yang hadir adalah lahir daripada Allah. jika kita merancang untuk hidup senang, maka kita kena ketahui bahawa, Allah lah sebaik2 perancang.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ape2 aje laa..

mak mertua. senang ke nak ambik hati dia. aduhai. tetibe je aku terfikir pasal ni.

aku ni bukan lah dari kategori perempuan yang pandai serba serbi serbu..hehe.. tapi aku ada lah pandai sikit2. kalau aku cakap aku tak pandai ape2 tipu laa tu.

kata orang, ambik hati suami dengan masakan. haha. kalau lah aku pandai masak. kalau aku tak pandai masak. suami ambik hati aku. haha. tapi kan memasak ni boleh belajar. setakat ni, aku baru je belajar memasak 5 jenis lauk. huhu. macam mana aku nak jadi isteri yang baik kalau asyik tak pandai ni.

kuantiti pandai memasak banyak lauk untuk di makan itu tak penting bagi aku. yang penting kualitinya. kalau pandai masak 40 jenis lauk pun, kalau tak sedap.. kalau paprick dah jadi tomyam, nasi dah jadi air, sambal dah jadi asam pedas, macam mana nak sedap tu.. huhu.

so memasak juga memerlukan pembelajaran dan skill tersendiri. hehe. aku bukan golongan yang pandai masak, macam perempuan2 lain, tapi yang istimewanya mak aku kata, kalau aku masak, sedap. haha. cuma aku je malas nak masak. dasar perempuan pemalas!! haha

kalau nak ambik hati mak mertua dengan masakan, aku rasa, aku memang tak lulus. nasiblaa kalau dapat mak mertua yang tak suka "SUDI".. kalau yang suka sudi menyudi ni.. mati aku..

so aku decide, nak ambik hati mak mertua dengan jahitan. haha. aku kan pandai menjahit. kalau jahit baju raya untuk mak mertua, agak2 mak mertua aku suka tak? dah mula nak berangan tak habis2.

tapi kesian jugak kat suami aku nanti. asyik jahit baju mak dia je. baju suami tak terjahit2. aku bukan tak nak jahit baju lelaki. tapi aku kan belum belajar ni. hm, ni kena belajar cepat2 ni sebelum masa nya muncul.. haha..

memasak pulak? hm, sempat kot aku belajar masak sebelum masanya tibe, adussss, asyik berangan aje.. apa2 aje laa.. hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

no komen..

aduhai.. pendaftaran kolej pada mula nya tak berjalan dengan lancar. aku pun pelik kenapa. tapi tak kesah lah. janji aku dah dapat bilik dah pun. b204. kalau ade sesiapa yang sudi datang melawat aku, datang lah. tapi jangan lupa bawak biskut. hehe

aku tak nak komen apa2. tapi yang aku pelik, macam ni ke pendaftaran pelajar siswi or mahasiswi kolej aku ni.. pelik bin ajaib bin hairan jugak aku. tapi tak pelah. inilah yang aku laluinya. huhu.

perkara yang memalukan aku adalah aku di takdirkan di tolak dari belakang. dan aku hampir jatuh. almaklumla aku bukanlah di kategorikan dalam kategori yang berat badannya boleh melawan balik apabila ditolak. itu memang nasib aku. tapi tangan aku ni ringan je pegang seseorang. lelaki pulak tu. huhu.

malu? tak yah nak cakap dengan mulut lagi lah. huhu. sengaL. kalau lah ditakdirkan aku tidak memegang lengannya, agak2 aku tergolek tak? haha. aku agak, aku bukan hanya tergolek di situ, pengsan sekali agaknya. kenapa pengsan.? kerana aku malu untuk mengakui bahawa aku telah pun tergolek dilantai. haha.

aku tak kenal siapa dia, tapi aku mintak maaf. aku tak sengaja, aku perempuan lemah tulang, haha. sebab tu aku perlukan sokongan apabila ingin merebut sesuatu.

agaknya aku ni dah tua. aku rasa aku patut beli tongkat untuk aku berjalan time bersesak. mungkin itu dapat membantu. hahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jin tendang

aku nak balik kL.. aku nak balik malam. tapi tiket dah habis. tinggal tiket pagi je. so aku ambil tiket pagi. sampai mesti dah magrib.

sememangnya.!! aku dah agak dah..

aku sampai putra 630pm. tapi sampai UM 715pm. penatnya bersesak tuhan aja yang tahu. dengan bag yang aku kena usung ke sana ke mari. hehe.. tak kan nak tinggalkan kat putra je kan.. hehe

sekarang, lega bila dah sampai Kolej kesayangan aku yang orang kata kolej jin tendang. dalam loghat ganu kitee.. jin ttendang.. di double kan t.. sebutlah dengan kemahiran yang kamu ada. selagi ia betul, aku terima. hehe.

kenapa jin tendang? sebab kolej nya tepi bukit. lereng bukit. depan bukit. belakang bukit. bak kata aku kolej tengah-tengah bukit laa.. dan di penuhi dengan monyet2, kera, luntung, beruk, dan family mereka lagi laa..

lagi 1 sebab di panggil jin tendang kerana kolej nya agak terpecil dan jauh dari bustop. nak pergi ke bustop kena jalan kaki sejauh 1 setengah km yang mengambil masa selama 30 minit hingga 40 minit. siapa yang sanggup menghuni kolej ni?

dah tentu jawapannya adalah AKU. hehe.. aku suka kolej jin tendang ni.. kenapa?

sebab ia penuh dengan bukit bukau dan jugak pohon2 hijau. bukan sebab ianya penuh dengan monyet ok.. hehe.. ia mendamaikan aku. aku suka kannya.

esok pulak nak kena daftar kolej. so aku kena rehat untuk mendapatkan stamina untuk beratur panjang dan mengangkat barang aku untuk ku simpan2 dia bilik pilihan ku. tak sabar menanti esok.

selamat malam :) mimpi aku. :P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

releks..

4 hb julai aku akan balik kL.. bos dah call pun. panggil untuk kerja. katanya kerja menimbun untuk aku. aku? masih jugak releks.. haha.. sememangnya aku suka me'releks'kan diri.. hehe

ketua publisiti pulak asyik tanya itu dan ini.. aku pulak masih jugak releks kan diri.. haha.. sengaL memang aku sengaL.

kerja aku. seperti biasa. masih lagi banyak. kata mak, semua kerja aku nak buat. semua kerja aku nak ambik. kerja apa yang aku tolak? entahlah. aku pun kurang pasti. yang pasti.. dah memang kerja aku, aku nak tolak macam mana... huhu. itulah yang aku fikirkan sampai sekarang. macam mana hendak menolak kerja yang sememangnya kerja aku dan yang bukan kerja aku.

sesiapa ada idea. boleh lah berkongsi dan share dengan aku.

aku? masih jugak releks kan diri walaupun banyak kerja. aku memang aku. tak kan berubah walau apa pun yang datang melanda. pelik. tapi benar. kerana itu adalah aku yang suka releks.. haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS