anda nak tahu bagaimana??? meh kita semak sama2..
Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita.
Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh sang lelaki, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:
1) Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaan..
wanita mmg byk main emosi pun.. mmg tebiat kaum wanita pun..
2) Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
klu asik tiap2 hari perkara sama je.. mahu tak boring.. cb bygkan tiap2 hari pakai baju pink.. pink.. pink.. pink... pink.. 365 hari setahun asik pink je baju nya.. mahu tak termuntah???
3) Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.
4) Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti
dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
sume org suka kan pujian.. tak kira laki or wanita.. sbb pujian tu akan membangkitkan semangat.. cheee...
5) Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
6) Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.
7) Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapkan rasa bosan dan jemu. Dan sebab itulah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya.
Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam
terhadap dirinya sendiri.
8) Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
cemburu itu tnda nya wanita itu mmg menyayangi seorg lelaki...
9) Bersikap penggoda kerana wanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati
lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.
Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita.
Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
sifat-sifat sebenar wanita. sekali gus.. lelaki bley laa memahami wanita itu sendiri.. sbb ramai lagi lelaki yg kata mereka tidak memahami kaum hawa..
Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.
lelaki plak bagaimana?? hanya lelaki yg ade jwapannya..
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment