aku sangat penat. apa yang aku penatkan aku pun tak tahu. tapi yang aku tahu, aku sangat penat dengan semua perkara. terasa seperti mahu give up untuk teruskan hidup pun ade. tapi bila terfikir mahu give up, aku cepat-cepat beristighfar. ingat kan Allah. ingatkan semua yang terjadi pasti ade hikmah disebaliknya.
kekadang aku terfikir, adakah aku kuat untuk bertahan dengan semua dugaan yang muncul. aku bertanya diri sendiri. aku bertanya untuk mendapat kepastian. adakah aku kuat? adakah aku mampu? ntah. aku masih belum mempunyai jawapan itu. dan jawapan itu tak pernah muncul dalam fikiran ku.
tapi hati ku selalu berkata, bertahan lah diri. kuatkan semangat mu. teguhkan azam mu. pasak kan tekad mu. dan bersabarlah. janji Allah itu benar. dan apa yang ditentukan itu seharusnya ada hikmahnya. dan apa yang berlaku semestinya punya kebaikan pada diri sendiri.
ujian demi ujian. cabaran demi cabaran. kerenah demi kerenah. ada ujian yang aku sendiri cari. ade cabaran yang aku sendiri tempah. dan aku kerenah yang aku sendiri mahukannya. dan ade jugak yang datang tanpa aku pinta sedikit pun kehadirannya. tapi aku harus sedar yang semua nya adalah ujian Allah. dan itu adalah resam kehidupan. serta kehidupan tak kan indah tanpanya. =)
hmm.. persoalan ku kini masih bersisa.. mampukah aku bertahan hingga ke hujungnya. hingga semua janji telah ku kota. hingga ku genggam erat semuanya. hingga kejayaan itu mutlak milik ku.
mampukah aku???
jawapannya; aku sendiri tak pasti sejauh mana kekuatan ku. dan sekarang, aku hanya tunggu dan lihat..
Mengandung kali ke-4.
6 years ago