RSS

ABM yang simple dimple..

akhirnya.. dah siap jugak ABM aku. hehehe. walaupun tak de laa secanggih mana pun.. tetap boleh digunakan jugak. tak yah laa buat yang canggih-canggih.. nanti payah dan makan masa plak.. hehe. just yang simple dan boleh digunakan sudah.. lalalala..

sekarang ngah tunggu proses pengeringan ABM sebab biasalaa flash card memang macam tu.. lalala.. terima kasih kepada google sebab memberi gambar kepada ku.. dan ade jugak gambar yang aku scan dari buku.. terima kasih kepada tuan punya buku.. hehehe.. (bukan aku scan pun, azhar yang tolong scan.. terima kasih daun keladi, lain kali mintak tolong lagi.. hehehe).

menggunakan kertas-kertas terpakai dan kotak untuk menjadikan ia lebih kemas dan rapi.. jap lagi kering laa ni.. hehehe.. tak sabar plak nak tengok hasilnya yang sudah kering.. lalalaa~

haa.. ni laa hasilnya.. dah dapat berdiri dengan sendiri pun.. hehehe..

agak-agak pelajar yang duduk kat belakang nampak tak? hehe. sebab bibir ni sebesar A4 je.. tak boleh nak buat besar-besar sangat. susah nak letak dalam bag dan nak simpan untuk LM nanti.. (padahal LM lambat lagi. tapi dah boleh start kumpul ABM dah dari sekarang. nanti tak de laa banyak sangat duit nak keluarkan bila LM nanti.. hehe).

bibir ni untuk set induksi tajuk makhraj. hahaha. padahal mula-mula aku fotostat tu, aku cari tajuk mim sakinah, pastu idgham selain idgham dalam mim sakinah dan nun sakinah. pastu nak buat tajuk basmalah & isti'azah.. last cik Zaza suggest tajuk mad silah thowilah dan mad silah qasirah..

last sekali, aku ambik jugak tajuk yang first sekali aku nak buat masa ustaz kasik tarikh micro teaching tempoh hari.. memang betul laa orang kata, yang pertama itu adalah yang paling baik. hahaha. jadi terhasil laa ABM yang macam ni..


untuk apa guna gigi macam doctor gigi dah ni.. nak tengok gigi rosak ke apa ni... hehehe.. ni adalah untuk kegunaan menyebut huruf-huruf.. kalau tak de gigi, lidah, mulut macam mana nak bercakap kan.. dan bila kita sebut huruf-huruf al-Quran kedudukan lidah sama ada tepi kanan, tepi kiri, hujung lidah, belakang lidah, mesti berada di kedudukan yang betul. baru laa sebutan huruf betul dan kita dapat baca al-Quran dengan elok. wahhh.. dah gaya macam ustazah dah ni.. hahaha.

tengok.. hujung lidah kena tekan ke gigi kacip atas.. maka terkeluarlah bunyi huruf.. ta' , tho , dan jugak dal..

last sekali kalau sebutan makhraj betul, solat kita jadi khusyuk.. dan kita tak kan jadi macam abg yang 4 orang ni.. yang tengah je elok. solat ingat Allah.. yang lain.. aduhai.. hancur.. hahahahaha... nanti pelajar aku mesti jawab, "ala.. yang tengah tu pak imam, memang laa dia khusyuk ustazah.." hahaha. aku nak jawab apa? aku sengeh je laa.. lalalala~

ala.. padanlaa 15 minit je nak mengajar dalam kelas. bukan lama pun.. hehehe.. so tak perlukan ABM yang banyak. sebab waktu pengajaran sikit je.. huhu.. ni pun dah kira banyak dah ABM aku ni... hehehe..

aku harap, aku dapat buat dengan baik untuk hari Jumaat, 27hb Ogos ni.. hehehe. Amin....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

purple_butterfly said...

nice..tpi kurang jelas gambo yg bibir seksi tu... yg len beres ok n cun menarik perhatian budak2...

a'ah xsabar menanti ustzh pinky bentang..ngeh2

piNky LuCiA said...

a,aa memang kurang jelas skit.. tapi tak de bibir lain doh.. bibir yang lain semua julur2 je lidah.. nanti bdak laki kata, ni nak goda aku ke apa.. hahaa.. dah laa bulan pose.. ;p

FarHa said...

hehe teringt ha wat ABM masa nak microteaching aritu..kehkeh..

all the best!

piNky LuCiA said...

hahaha.. ha wat ABM untuk pendidikan islam.. ura wat ABM untuk pendidikan quran... ngeh3..

terima kasih.. best of luck untuk ha jugak.. lalala~

Anonymous said...

Salam.sy nk mtk tlg sket bleh x..bknaan ng abm ni,cmana step by step awk bt.tq
Email-masyitjheaipp@yahoo.com.my