RSS

bila cuti dah hampir.

Hari iftar dengan semua SMPI batch 07/08.. hmm, seronok jugak. tapi ok laa.. not bad. hehehe. tapi tak boleh tandingi aku berbuka ngan geng-geng PQ tempoh hari laa.. hehe. may be sebab kami tak ramai kot. hanya 41 orang je sekelas. hehe


esok, ngan SMPI pusat plak. semua batch akan turun. aku? macam biasalaa.. aku tak suka berkumpul ramai-ramai dengan semua batch. so, may be aku tak pergi. itu pun kalau aku rasa tetap pendirian laa.. kalau tak tetap, tengok laa macam mana aku ubah pendirian untuk pergi. hahaha. gelak kan diri sendiri yang sememangnya selalu tak tetap pendirian. huhu.

hm, bila berbuka ramai-ramai macam tadi, teringat kat family kat kampung. haha. padahal ade mak & ayah je kat kampung yang selalu je dating berdua sekarang. anak-anak tak de kan. so kalau tanya mak buat apa. mesti jawabnya ngah dating ngan ayah. hehehe.

sebenarnya aku rindu saat kami adik beradik semua berkumpul. ketawa. bergaduh. mengusik. macam-macam.

dan yang paling penting aku nak balik raya sebab baju raya tak jahit lagi ni. haha. semua adik-adik dah ade baju raya. aku je yang belum ada. nak buat baju apa ye tahun ni. dah boring dah buat baju kurung. buat baju kurung moden laa plak. tak pun blaus.

tapi aku cantik ke kalau pakai blaus. nanti menampakkan aku ni yang kurus melidi. haha.

hm.. tak sabar nak balik. nak puasa sesama. nak berbuka sesama. buat kueh raya sesama. buat air sesama. buat hidangan berbuka sesama. hehe. yang penting, pegi terawih dan tidur sesama.. nak tidur bawah ketiak mak ni.. lalala~

rindu.. rindu.. rindu..

4 hb aku balik ber3. tak sabarnya.. lalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

purple_butterfly said...

memory berbuka ngan pQ da best la...
sal baju..try kebaya lak...pinky kan suke...ngeh2

rindu jgk kat fmly... xsabar menanti fmly dtg menjemputku di cni nanti...

piNky LuCiA said...

hahaha. tak nak laa kebaya.. nanti ayah kata, eh.. macam seri dewi laa plak.. tak pakai kebaya pun dia selalu panggil seri dewi.. haha

aaa kan.. rindu sangat kat family ni.. huhu.. kita je tak de yang jemput. balik naik bas.. takpe.. kita ade driver.. hahaha