RSS

apa khabar agaknya si Pah...

balik dari kuliah histo yang memang sesakkan otak aku ngan lecturer menggunakan bahasa perantaraan english language nya.. kekadang aku faham. kekadang aku tak faham.. tapi lebih kepada 40% faham... 60% tak faham.. adeh...


dah laa pasal tokoh-tokoh islam. sesampai aku di bilik setelah penat menguruskan yuran SMPI untuk pihak lelaki, aku mengemas. ku susun baju di almari dengan rapi. hmm, teringat Pah. yang suka menyusun baju. tapi susunan ku tak laa serapi dia. bab-bab mengemas, aku memang kalah.

pah jugak seorang yang pandai memasak. juga ku kalah dalam hal ini. adeh.. ku rasa, semua kelebihan yang ada pada perempuan yang lelaki mahukan ada pada pah. dan mungkin sebab itu dia kahwin dulu dari aku.. hahaha.

tapi baru-baru ni aku mendapat berita dari Farha yang pah sakit. leukemia. oh. aku sangat terkejut. dan sampai sekarang, aku masih lagi tak boleh menerimanya. sebab dia adalah kawan paling rapat. buat asigment pun sama-sama dari sem 1 sampai lah tesis aku pun aku buat ngan dia. kumpul bahan sama-sama. gelak sama-sama. sedih sama-sama.

dan sekarang, aku jauh. aku nak sangat sms tanya khabar. tapi aku takut dia makin sedih. nanti makin sakit. hmm.. tengoklah jika aku diberi kekuatan untuk berdepan dengannya. aku harap, aku ada kekuatan tu.

dan aku baru selesai sms ngan Farha. kami rancang mahu ke rumah Pah raya nanti. =) harap jadi laa.. hehehe. amin..

kepada Pah, tabah kan hati. bulan puasa ni banyak dugaan nya. tabahkan diri & kuatkan semangat tau.. kami semua sayangkan Pah.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

FarHa said...

ye ye nak ikut~~nanti kite ajak yg duk ganu tu g sama2 deh..ura laa tunjuk jalan..ha mane tahu kehkeh...

piNky LuCiA said...

hehehe.. kita pegi sama2 deh.. nnt kita rancang balik.. hehehhe.. sambil beraya sambil lawat pah.. =)

DeQku said...

Aku nak ikut gak..Pah Ku...

piNky LuCiA said...

boleh je kalau nak ikut.. nanti kita plan betul2 eh syng.. hehhee