hari sabtu, ahad, isnin, dan selasa.. holiday.. =)
lamaaaaa tuuuu.. aku tak tahu laa plak hari isnin cuti.. punya laa semangat aku pakai lawa-lawa, make up cun-cun, alih-alih, adeh.. kelas batal. esok baru ganti kul 9.30 sampai 2.00.. huhu.. geram jugak aku. punya laa cun, sampai kat kelas, eh.. kenapa semua budak-budak kelas ni ngah tunggu bas ni.. aku pun tengok hanset.
"wei, kelas batal laa.." As kata.
"adoi.. dah pakai lawa-lawa macam ni, kelas plak batal.."kata ku. Nad gelak.
sempena cuti ni, aku kena siap kan apa yang patutlaa.. tapi terasa macam nak cuti sepenuhnya je ni.. dan tak nak buat apa-apa je.. hahaha. lagipun cuti ni, adalah cuti yang best.. sebab semua cuti.. hahahaha.. maksud yang mendalam tu....
satu perkara yang asyik ada dalam fikiran aku dari mula cuti adalah asigment... asigment yang memeningkan kepala aku adalah set induksi... pening kepala aku. haha. macam mana aku nak jadi cikgu yang baik kalau macam ni, adeh.
tolong-tolong-tolong..
lagipun, nak buat set induksi yang ada di luar kotak fikiran bukan senang wooo.. chaiyok3 untuk diri sendiri..
lalalalalaa~
cuti rupanya..
Contest Duit Raya Fitrihadi.com
aku tahu contest ni dari Azuan.. thanks to Azuan..
aku dah lama tak dapat duit raya.. seingat aku, duit raya last aku dapat sewaktu usia aku 14 tahun. itu pun, masa tu arwah nenek masih hidup. dialah satu-satunya insan yang bagi kami 6 beradik duit raya. selepas pemergiannya, aku dah tak dapat duit raya lagi. sama ada dari Tokki dan Opah (memang tak pernah kasik pun duit raya.) bapak2 sedara & mak2 sedara aku tak pernah gak kasik duit raya. so kami 6 beradik, sebenarnya tak pernah merasa duit raya selepas pemergiaan nenek aku.
pada masa tu, aku boleh dikira berumur lanjut laa.. sebab dah usia 14 tahun. tapi adik-adik waktu baru umur sekolah rendah.. dah pun kehilangan nenek mereka yang pemurah. nak buat macam mana. Allah lebih sayangkan dia.. =) al-fatihah untuk nenek..
so bila tahu dari Azuan tentang contest ni, teringin laa plak nak dapat duit raya. hehehe. so dalam tak sampai 3 saat, aku buat keputusan nak join. tapi sampai sekarang aku masih tak join-join. haahaa.. aku tak de idea nak tulis apa yang special untuk fitrihadi.com.. mungkin aku baru je berkunjung ke blog dia menyebabkan aku taklah kenal dia ngan rapat..
tapi dengan adenya contest ni, aku harap kami boleh berkawan. lalalala~ terasa macam jiwang laa plak.. hehe.
salam perkenalan untuk fitri hadi ..
di sini, aku mengucapkan...
selamat hari raya untuk fitrihadi.com
dan juga sesiapa yang kenal dengan aku.. hahaha.
segala kesalahan, kesilapan, terlepas cakap, terkata mana yang tak perlu,
aku mintak maaf.
sebab aku ni hanyalah insan biasa yang banyak melakukan kesalahan.
aku pohon ampun.
kerana aku adalah manusia kerdil yang banyak tersalah langkah.
mintak maaf, mintak ampun atas semua perkara..
contest black & white
setelah penat membasuh baju dan menyidai baju yang telah di basuh oleh pembantu peribadi aku.. terima kasih kepada mesin basuh floor A300, aku tak kan dapat hidup tanpa mu. kiki. selesai keje-keje membasuh aku masuk blog kesayangan. adeh..
farha tag untuk masuk contest. aku menungkat dagu. sambil menggerak-gerak kan jari jemari kecik dan halus ku ini. sebelah tangan lagi memegang mouse dengan erat sambil menggerak-gerakkannya mengikut irama. dan mencari siapa empunya contest ini.. sambil otak ligat berfikir. dan berfikir. serta terus berfikir.
Farha ni nak balas dendam agaknya. sebab aku pernah tag dia dulu. so dia tag aku balik. hahaha. setelah selesai berfikir selama 5 saat. ku ambil keputusan. tak salah masuk. sekadar mahu suka-suki je. haha. dan jugak mengeratkan silaturrahim sesama kawan-kawan di alam maya ni.. hehe.
salam perkenalan untuk en. kisahcreativeheart dan tuan tanah kepada blog kisahcreativeheart dan ku masuk sebab telah di tag oleh Cikgu Farha yang cute..
apa plak peraturannya.. jap, aku baca sekali lagi. dah lupa dah.. almaklumlaa dah tua-tua macam ni, banyak benda yang selalu lupa.. =D kasik aku 5 minit...
lalalala~
OK.. aku dah memenuhi syarat di bawah dengan jayanya.. pastu kena upload photo aku plak.. adeh.. ni part paling haru sekali ni.. aku ni bukan lawa sangat pun.. tapi adik aku kata, aku ni perasan tak lawa. huhu. ish3.. tapi tak pelaa, kita lupakan dulu..
syarat-syaratnya adalah seperti berikut...
- Pertandingan ini bermula 26 July berakhir pada 6 September 2010...
- Hadiah merupakan wang Ringgit... dan akan dihantar melalui akaun bank... jumlah dirahsiakan...
- Anda hendaklah meng-Upload gmba hitan dan putih sahaja... dan untuk mengelakkan penipuan... gamba itu mesti gamba anda sendiri... kalo de orang lain menyelit2 tu takpe... janji anda mesti berada dalam gamba tu... Susahkan?? hahhaaaa... nak dapat duit memang la susah sikit...
- Anda hendaklah menjadi salah sorang follower saya...
- Banner atas nie mestilah diletakkan di slidebar blog anda... ala selalu yang kat tepi tu...
- Tag at least one person... banyak lagi bagus... dan pastikan orang yang anda tag tu tahu yang dia di tag..
- PENTING.... sila tinggalkan link yang anda upload gmba anda tu kat comment post ini yup... nanti sy xtau plak..
ok... last sekali ialah aku kena tag orang. orang yang aku tag adalah...
- cik Hana Devushka... a.k.a Hana No Hikari...
- Ustazah Purple..
p/s : cikgu farha kita, puas hati tak? hehehe
hingga ke saat ini hati ku sangat bimbang..
Jam menunjukkan tepat 12.36am.. mata ku sangat layu. tapi aku masih tidak dapat tidur. aduhai. badan jugak sakit-sakit. menandakan ada angin yang akan melanda hari-hari ramadhan ku ini..
kegembiraan yang silih berganti
jemputan berbuka : crew & Imam Muda.
lega..
jihad melawan nafsu tidur..
bila cuti dah hampir.
Hari iftar dengan semua SMPI batch 07/08.. hmm, seronok jugak. tapi ok laa.. not bad. hehehe. tapi tak boleh tandingi aku berbuka ngan geng-geng PQ tempoh hari laa.. hehe. may be sebab kami tak ramai kot. hanya 41 orang je sekelas. hehe
sesi godek blog.
hmm.. bangun pagi-pagi, mandi. jam 5 pagi dah mandi? ntah. rasa nak mandi. sejuk. tapi sejuk airnya tak sesejuk air di rumah. kalau kat rumah, aku tak rela mandi jam 5 pagi. haha. pastu sahur. makan chipsmore+yoss yang milk cream punya+air masak. malas nak cari benda lain dan pegi mana-mana. ketiadaan mood. lalala~
prof. Sosio, penasihat tegar..
dari sehari ke sehari, aku suka belajar ngan prof. Ghazali. walaupun dia sedikit lazer, tapi lazer nya 99% boleh di terima akal. walaupun ada masa-masa ceritanya sedikit tidak logik dan kadang-kadang aku fikir, agak melampau. tapi untuk mendengar dan sekadar menjadi bahan hiburan semasa pembelajaran, may be itu boleh diterima akal.
ABM yang simple dimple..
selesai sudah...
cikgu mesti creatif
2 3 hari ni, otak penat. asyik nak fikir set induksi dan jugak ABM yang menarik untuk subjek micro teaching (PQ).. hmm, search dalam internet. tapi tak banyak. sebenarnya bukan tak banyak, tapi sangat lah sedikit. may be sebab guru pendidikan quran tak ramai kot. tapi set induksi untuk pendidikan islam, punya laa banyak. huuhuu..
kejutan untuk kali kedua..
jam menunjukkan pukul 6 petang. apa yang tak buat lagi eh? solat asar dah selesai. bilik dah kemas. terima kasih aku tujukan untuk Yus & Yna sebab bagi idea untuk mengemaskan bilik aku yang agak bersepah dan tak tahu aku nak kemas macam mana. (hahaha. padahal, dari mula masuk 31 july tempoh hari, aku tak pernah mengemas lagi. aku just letak-letak je barang. kikiki.)
selepas siap sesi berkemas dan tinggal atas meja je penuh ngan buku, sebab RPH & ABM yang tak siap-siap lagi tu. so aku malas nak kemas. nanti aku cari benda-benda tu, aku sepahkan balik. baik aku siapkan dulu keje, lepas tu aku kemas. lumrah belajar. memang macam ni. ;P (Alasan malas mengemas la tuu.)
sms masuk ke inbox. Yus hulurkan handphone. ku baca. hah? kali kedua aku terkejut selepas dikejutkan dengan berita mak aku accident semalam. huhu. petang-petang macam ni semua orang suka bagi suprise kan.. aduhai...
Katanya.. dia accident.. hmm... semalam mak. hari ni dia plak...
aku tanya balik, macam mana boleh accident.. dan semua yang berkaitan laa.. huhu. kereta nak masuk tak bagi signal. so dia pun langgar.. salah siapa agaknya. huhu. sorry to say. kereta tu kepunyaan mamat india. aku pun tak jelas sangat. tapi, aku tidak mengapi-apikannya. dia ngah marah. tak baik laa.. kan ngah berpuasa ni..
tapi alhamdullillah syukur kepada Allah Taala, sebab dia tak de cedera apa-apa. cuma luka sikit-sikit dan motor pecah-pecah sikit. biasalaa tu dah namanya accident, memang macam tu. so jangan merungut dan jalani nya dengan penuh tabah dan redha kepada ketentuan Allah..
aku harap, dia boleh bertahan dengan dugaan yang datang. mungkin Allah nak uji.. bulan puasa, kalau kita sabar dengan ujian, pahalanya berlipat kali ganda dari bulan biasa.. sabarlaa ye sayang..
dan di hati ini, timbul jugak sedikit kegusaran.. kebimbangan.. hm, aku doakan semua yang rapat dengan ku dilindungi oleh Allah selalu.. Amin..
terkejut..
jam 6.45 petang.. aku turun ke DM bersama Asma.. kerana Qilah tak dapat ikut kami seperti kebiasaan. kata Asma, Qilah tak sihat. aku rasa mungkin demam dan sakit kepala. sebab sekarang ni memang cuaca tak menentu sikit. al-maklumlaa hujan+panas.. kalau orang tak de daya tahan yang kuat, memang boleh demam jadinya.. tapi masing-masing dah besar. so jaga laa diri sendiri. hehehe.
balik je bilik lebih kurang pukul 7 petang, ku lihat ada sms masuk ke inbox. tertera di situ nama 'MUM'.. mak sms.. kami jarang berbual di talian. tapi lebih senang sms. berbicara dengan tulisan. hehe. mak moden laa katakan..
apa khabar agaknya si Pah...
balik dari kuliah histo yang memang sesakkan otak aku ngan lecturer menggunakan bahasa perantaraan english language nya.. kekadang aku faham. kekadang aku tak faham.. tapi lebih kepada 40% faham... 60% tak faham.. adeh...
boring melihat benda yang sama..
setelah hampir kot setahun, aku menggunakan layout blog yang lama.. itu pun setelah ditukar oleh arwah Bro Sham dulu sewaktu dia masih hidup, kini aku kembali jemu melihat benda yang sama. haha. memang sah penyakit aku. so aku godek-godek apa yang patut.. dan ini lah hasilnya..
penat. tapi berbaloi.. =)
setengah jam lagi..
setengah jam lagi, iftar pQ.. hehehe.. aku harap semua happy, gembira, tak de masalah.
IFTAR PQ
esok berbuka puasa ngan batch PQ 07/08.. ramai-ramai.. itu pun jenuh berbincang kat fb baru laa setuju. adoi.. nak buat 1 1 perkara tu bukan main susah. tapi bila dah ok, sepakat, alhamdullillah syukur.. lega sikit rasa. ni tak, berbincang punya bincang, sampai pening kepala.
bersabarlah dengan setiap dugaan yang datang
setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah tak kan kasik sesuatu perkara itu berlaku tanpa ada ganjaran disebaliknya. sama ada ganjaran pahala atau balasan atas dosa-dosa.. semua berlaku ada penyebabnya..
aktiviti dii kolej setiap Ahad..
dah siap. aku dah hantar ke e-tribunal pun borang tuntutan tu. harap aku akan mendapat berita yang gembira selepas ni. hehehe. Amin....so selepas tu nak siapkan nota.. nota pembangunan islam yang entah apa-apa aku tulis. aku sendiri pun pening. haha. tapi subjek pembangunan islam ni subjek sejarah. aku tak tahu aku dapat ingat ngan baik ke tak. sebab bab-bab sejarah ni aku fail sikit. haha. subjek sejarah SPM dulu pun dapat 6c je.. adeh.. wat malu je.. hahaha
MUSLIMAH MEMANG TAK GUNA...
SEMASA AKU KEBORINGAN KERANA KEHILANGAN ASMA & QILAH...AKU MEMBUAT BLOG WALKING DAN FB WALKING JUGAK.. HMM, AKU TERBACA SESUATU YANG MENARIK PERHATIAN MATA KU.. DAN AKU PERCAYA.. SEMUA ORANG MENGATAKANNYA INFO INI SANGAT MENARIK.. JADI AKU INGIN BERKONGSI BERSAMA.. BAK KATA PROF MEGAT LAA.. "SHARING IS CARING". TAPI SHARE BENDA-BENDA YANG SEPATUTNYA SUDAH LAA..
IANYA AKU PETIK DI DALAM ; SMPI 2007/08
Saya percaya bahawa apabila mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, kita tersangat tidak bersetuju. Sebelum mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.Jika ada mana-mana poin yang tidak tepat, sila nyatakan komen secara terbuka.
1. Perempuan yang bergelar muslimah itu TIDAK GUNA kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama Islam memang TIDAK GUNA rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walau pun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya muslimah memang TIDAK GUNA minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alkohol (secara kimia) yang digunakan untuk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan yang kuat pegangan Islamnya memang TIDAK GUNA kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan muslimah TIDAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang TIDAK GUNA tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya akan menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.
7. Perempuan yang memahami etika dalam Islam memang TIDAK GUNA lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentokku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sebagai berbicara dengan sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kepada mereka. "Penyakit dalam hati" adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan perbuatan sumbang dengannya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan yang menjaga maruah Islam memang TIDAK GUNA alat solek untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yang tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
9. Perempuan Islam TIDAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.
10. Jadilah perempuan Islam & muslimah yang B E R G U N A .
JADI, SEBAGAI MUSLIMAH... AKU SANGAT TERTARIK DAN TERASA DENGAN SEMUA STATEMENT.. DAN PADA BULAN YANG MULIA NI, AKU HARAP, AKU AKAN JADI SEORANG WANITA YANG LEBIH BAIK... =)
BOLEH KE? KITA TUNGGU DAN LIHAT LAAA.. :D
Rajuk Asma... hehe
hari ni, hari ketiga bulan Ramadhan. masih terlalu awal untuk kita semua menunggu ketibaan Hari Raya Puasa. hehe. tapi jemputan majlis berbuka, tak putus-putus. sampaikan aku sendiri pun tak tahu nak pegi yang mana. haha. pening kepala aku. nak tolak, macam serba salah plak. tak pe. susun elok-elok jadualnya eh.
tapi hari ni, asma dah merajuk. mana tak merajuk. 1st aku tak dapat berbuka ngan Asma. hari 2nd pun sama. 3rd baru je nak berbuka, Asma dan merajuk. Qilah pun sama. kedua-duanya melarikan diri ke tempat yang dituju masing-masing. dan hanya tinggal aku di kolej sendiri.
eleyh, macam tak pernah bersendiri. haha. sebenarnya sendiri itu lebih indah. itu pun kalau kena masa.
buat Asma & Qilah, hari Ahad aku janji, aku luangkan masa bersama korang. dan aku sedang menunggu kepulangan korang. jangan merajuk lagi eh.. hehe. dah janji ni tau.. tak mungkir.. hehehe.. InsyAllah...
kesalahan...
bercakap tentang kesalahan.. tak banyak orang yang buat salah berani mengaku salah. mungkin ini disebabkan si pembuat salah akan dihukum 200% tanpa mendengar pengakuan nya dan apakah penyebab dia buat salah. kita juga mungkin mendengar dari sebelah pihak tentang kesalahan orang, tanpa kita nilai, apa kata si pesalah. mungkin ini adalah adat kita yang selalu di amalkan oleh kebanyakan masyarakat kita hingga ke hari ini..
kalau aku buat salah, memang pada mulanya, ia memang pahit untuk aku mengakui kesalahan itu. tapi dalam masa yang sama, hati ni pasti nak mengaku. sebab bila kita buat salah, kita tak kan rasa selesa. dan kita tak kan rasa tenang. sebab memang itu adatnya.
tapi ada jugak sesetengah orang menjaja kesalahan orang. motif? sebab? entah. aku kurang pasti. sebab aku tak suka ambil tahu pasal orang. lebih baik kita bersangka baik pada orang daripada kita menjaja kesalahan orang. sebab bukan senang kita nak perbetulkan keadaan kalau kes menjaja kesalahan orang ni adalah kes yang terpesong sama sekali. huhu.
bak kata Farha : "Tak perlulah nak cerita semua benda, sila hormat rakan-rakan yang ada, tidak semua orang suka dengan kisah kita itu -_-"
means.. tak semua kisah yang kita ceritakan tu akan membuatkan orang selesa ngan kita. ada orang tak selesa. tapi dia dengar jugak. mungkin inginkan lebih penjelasan.
komen aku, tak elok tikam kawan dari belakang. kalau dia buat salah, kita doakan dia cepat-cepat sedar. dan kalau kita yang buat salah, mintak-mintak laa kawan-kawan sekeliling dapat menegur ngan baik. sebab diri sendiri tak kan menjadi cermin yang baik untuk diri sendiri. melain kan orang lain yang akan menjadi cermin terbaik untuk diri kita. salah satu cermin itu adalah kawan kita..
aku harap, bila aku buat salah, aku akan diberikan 1 kekuatan untuk mengaku salah. dan kekuatan itu tak kan terbina andai aku tak de persediaan mental dan fizikal. so aku jugak berharap, jika aku buat salah, aku ade semua kekuatan dalam diri untuk berdepan dengan semua situasi yang ada..
sebab tak semua orang ada kekuatan itu.. =)
apa khabar kawan-kawan ku dulu...
sementara menunggu solat asar tadi, aku terfikir tentang ke mana semua kawan-kawan aku di sekolah menengah dulu dan jugak di Kusza dulu.. hehehe. kenapa plak tetibe je boleh fikir ni.. aku pun tak tahu kenapa.. terasa rindukan mereka semua. terasa macam baru je semalam aku duduk di alam sekolah menengah dan mengambil diploma. tapi hari ni, aku dah nak habis dah pun degree.. cuma tinggal 3 sem je lagi.
hmm, cepatnya masa berlalu..
sekarang baru aku rindu kan ukhuwah yang sangat intim sewaktu dulu.. hmm, betapa aku bertuahnya di linkungi oleh orang yang baik-baik, yang sopan santun, yang lemah lembut, yang bi'ah nya sangat harmoni.. betapa beruntungnya aku saati itu. tapi adakah aku menghargainya?
entah. aku kurang pasti.
dan yang aku paling pasti sekarang ialah... aku sangat merindui suasana dulu. suasana berkawan yang tak pernah ade selindung. suasana persahabatan yang tak pernah ada sengketa. kalau ade salah faham pun, comfirm kami akan bersemuka secara professional untuk mendapatkan kepastian.
tapi sekarang, berada di bumi kL.. suasana tu tak de. sekarang baru aku belajar, apa tu kawan tikam kawan dari belakang. apa tu kawan yang talam 2 muka. apa tu kawan yang boleh dipercayai atau tidak.
kalau dulu, kami berkawan umpama adik beradik. ke mana saje bersama. tapi sekarang, suasana tu dah tak de. benarlah kata orang, suasana di Universiti lain. berbeza dari apa yang kita bayangkan. jadi persediaan mental dan fizikal mesti kuat kerana kita akan menempuh bermacam-macam ragam orang. berjenis-jenis manusia. dan kini, aku dah tempuh semuanya..
pengalaman tu, membuatkan aku berwaspada.. patutlah mak selalu je bimbangkan aku. sebab aku ni memang seorang yang menganggap bila dia jadi kawan aku, selamanya dia kawan aku. walaupun orang bercerita dia jahat, aku tetap bersangka baik padanya. dan aku tak pernah nak busy body pasal kawan aku. sebab aku tahu, sebagai seorang kawan, dia juga perlukan privasi..
dan mak cakap, aku cepat percaya pada orang. sebab? sebab aku selalu je bersangka baik pada orang. walaupun aku tahu, dalam diam dia cuba menikam aku dari belakang. hmm, mungkin tu adalah kelebihan aku. instint aku cukup kuat. dan aku dapat rasakan jika seseorang kawan aku berbuat apa yang aku tak buat padanya. tapi percayalah pada hati. dan memohon lah pada Allah. nescaya Allah akan tunjukkan segalanya.
rupa-rupanya tak semua kawan baik.. sebab tu lah mak selalu pesan, aku kena pandai pilih kawan. kalau salah pilih, maknanya salah lah langkah aku. kalau betul pilih, betul lah langkah aku. betul ke?
hmm, tu nasihat mak. nasihat untuk diri sendiri?
kawan memang kena pandai pilih. tapi walaupun salah pilih, kita tak yah laa ikut dia orang. ikut yang baik sudah lah. yang tak baik, letak lah tepi. hehe.
hmm, alangkah bagusnya jika aku dapat kembali ke zaman 4 tahun dulu.. zaman yang segalanya suci. zaman yang segala persahabatan atas dasar keikhlasan. zaman yang sangat aku rindui..
buat Farha..
adakah kamu rasa apa yang aku rasa? hehehe
konvo diploma plak..
hmm, hari ni kelas kosong pagi. apa aku buat? buat asigment dan slide presentation. sebab esok nak present. hehehe.
jap lagi, kurang dari 2 jam, kami akan bertolak ke UKM. untuk menerima konvokesyen diploma. macam aku plak yang nak konvo. tapi pada hal peneman je. aku temankan laa sebab dia dah tak de sesiapa yang nak pegi. mak pun dah balik semalam dengan kak ju dan abg imran. so aku je yang ada..
tahniah sekali lagi padanya kerana telah menghabiskan pengajian nya selama 3 tahun dengan jayanya. walaupun dia macam orang tak betul mengaji 7 hari seminggu. tapi akhirnya dia jadi normal balik. hehe.
hmm, aku tak pernah cakap. tapi aku nak dia tahu, aku sangat bangga berdiri di sisinya tatkala di pakai jubah tu. nampak hensem, kemas dan comel.. hehehe. tapi gambar tak de lagi ngan dia. tak pe. jap lagi kita tangkap gambar banyak-banyak. haha.
tahniah untuk 'dia'
sekalung ucapan TAHNIAH buat 'dia' yang telah pun menerima segulung ijazah sarjana muda dengan kepujian (Syariah dan undang-undang).. aku memilih untuk pergi. dan kami tak sempat pun nank bergambar banyak-banyak. may be sebab masa tak mengizinkan. kes nya aku ade kelas pukul 3 dan kena buat persediaan untuk presentation.
makan pun aku tak lalu fikirkan presentation yang akan dibuat dengan apa-apa pun aku tak ready lagi. kalau kena present, aku hentam bantai je.. bab zakat harta untuk tingkatan 3. wah! macam nak mengajar pun ade.
berbalik pada topik asal.. dah konvo pun dia hari ni. aku bangga jugak 10sen. tengok dia nak pentas konvo. haha. tapi tetibe jantung aku berdebar. hahaha. tahun depan aku plak. wah. memang aku tak sabar untuk menghabiskan semua pelajaran aku kat UM. hehehe. ish3.. macam boring benor aku kat sini.
hm, aku rasa, semua orang pun macam aku. tak sabar nak habiskan belajar. tapi sebenarnya waktu belajar laa waktu yang paling syok. may be sebab aku dah lalui alam kerja kot. hehe. so kena manafaat kan waktu-waktu sekarang.. lalalala~
esok dia konvo diploma plak. hmm, tamak. 2x konvo. haha. orang lain semua sekali. dia 2x. hahaha.
tahniah kepada dia dan aku bangga dengan nya..
tahniah jugak pada kekawan lain yang konvo hari ni.. hehehe
hari ini dalam kehidupan ku..
pagi-pagi bangun dah termenung dah. tak tahu apa yang aku menungkan. hati ni macam berdebar-debar je. tak tahu jugak apa yang tak kena. aku ade buat salah ke? kepala ni, rasa macam pening-pening je. blur semacam pun ade. tambah macam tak sedap hati pun sama.. ish3. banyak sungguh songeh aku ni.
hmm.. hari minggu, ku habiskan dengan mengemas apa yang patut. mengangkat apa yang patut. dan yang paling penting. membuat asigment dan slide yang harus di selesaikan dengan kadar segera. huhu.
asigment dah pun makin banyak. biasalaa.. dah nama nya pun student, kan.. so apa yang perlu aku buat ialah menyiapkan asigment yang memang dah ade. dan jangan tangguhkannya. sebab kalau main tangguh-tangguh ni biasanya susah laa sikit. huhu.
esok dah hari konvo dia.. hmm, dapat kah aku pergi dengan masa yang tak mengizinkan ni? susahnya bila nak buat pilihan yang kedua-duanya amat penting buat aku. huhu
tapi tak pela... itu aku buat kemudian. sekarang jom kita siapkan asigment dulu. hehehe
mampukah aku bertahan hingga ke hujungnya?
aku sangat penat. apa yang aku penatkan aku pun tak tahu. tapi yang aku tahu, aku sangat penat dengan semua perkara. terasa seperti mahu give up untuk teruskan hidup pun ade. tapi bila terfikir mahu give up, aku cepat-cepat beristighfar. ingat kan Allah. ingatkan semua yang terjadi pasti ade hikmah disebaliknya.
kekadang aku terfikir, adakah aku kuat untuk bertahan dengan semua dugaan yang muncul. aku bertanya diri sendiri. aku bertanya untuk mendapat kepastian. adakah aku kuat? adakah aku mampu? ntah. aku masih belum mempunyai jawapan itu. dan jawapan itu tak pernah muncul dalam fikiran ku.
tapi hati ku selalu berkata, bertahan lah diri. kuatkan semangat mu. teguhkan azam mu. pasak kan tekad mu. dan bersabarlah. janji Allah itu benar. dan apa yang ditentukan itu seharusnya ada hikmahnya. dan apa yang berlaku semestinya punya kebaikan pada diri sendiri.
ujian demi ujian. cabaran demi cabaran. kerenah demi kerenah. ada ujian yang aku sendiri cari. ade cabaran yang aku sendiri tempah. dan aku kerenah yang aku sendiri mahukannya. dan ade jugak yang datang tanpa aku pinta sedikit pun kehadirannya. tapi aku harus sedar yang semua nya adalah ujian Allah. dan itu adalah resam kehidupan. serta kehidupan tak kan indah tanpanya. =)
hmm.. persoalan ku kini masih bersisa.. mampukah aku bertahan hingga ke hujungnya. hingga semua janji telah ku kota. hingga ku genggam erat semuanya. hingga kejayaan itu mutlak milik ku.
mampukah aku???
jawapannya; aku sendiri tak pasti sejauh mana kekuatan ku. dan sekarang, aku hanya tunggu dan lihat..
konvo-konvo-konvo
petang tadi tak de kelas. tetibe kelas "terbatal" plak. ustaz ambil MC.. so aku janji ngan dia nak temankan dia ambil jubah konvo kat UKM. janji pukul 11.. tapi pukul 11 tak jugak muncul-muncul.. jam tepat pukul 2 petang. baru laa dia sms, katanya dia kat depan fakulti. ngan kereta. hmm, kereta siapa plak dia rembat. tak kesah laa.. janji dia jemput. tak yah aku susah-susah naik lrt. kikiki..
mula-mula aku ingatkan ada laa kelas. rupa-rupanya tak de kelas. syok laa aku menemankan orang yang memang ngah nak ambik jubah ni. memilih jubah dan memakai jubah untuk pekenakan saiz yang sesuai untuk tubuhnya. tugas aku? just tengok dan komen mana yang patut.. syok jugak jadi pengomen tegar ni.. lalalala~
hmm... minggu depan dia konvo.. Konvo aku plak tahun depan.. huhu lambat lagi laa.. dah penat dah belajar kat sini. hahaha. entah apa yang dipenatkan pun aku tak tahu. huhu. hmm.. sekarang ngah berkira-kira nak pakai baju apa time dia konvo.. hehehe.. nak lawa-lawa laa sikit.. tapi jadi ke aku pergi? entahlaa.. ngah berkira-kira jugak nak pegi ke tak. hahaha. boleh plak macam tu.. kikiki..
hmm.. tahniah kepada semua orang yang dah konvo dan akan konvo.. ;)
ni konvo untuk diploma.. wahhh... tetibe macam aku plak yang excited nak konvo.. lalalala~
jubah konvo 2 pasang.. ish3.. dia laa orang yang paling tamak yang pernah aku jumpa.. orang suruh ambil degree, sekali ngan diploma sekali di ambil nya. sekarang dah ade 2 diploma dan 1 degree.. jap lagi kita ambil master sesame eh.. hahaha
haaa... ni plak jemputan untuk konvo degree.. mana satu aku nak masuk? 2 2 ke? hmmm... susah jugak ni.. lalalala~
tolong kasik pilihan.. lagipun aku ade kelas untuk kedua-dua hari tu.. huhuhu 9 & 10 Ogos.. huwaaa... so berbelah bahagi..
bercakap tentang masa depan
bercakap tentang masa depan, semua orang nak masa depan yang cerah, gemilang dan terbilang. tapi macam mana kita pastikan yang masa depan kita cerah, gemilang dan terbilang? itu kuasa tangan kita.
semalam, aku dan dia bercakap tentang masa depan kami. adakah ia makin cerah atau makin mendung. aku pun tak pasti. tapi sebelum melangkah lebih jauh, aku perlu sediakan persiapan yang rapi. perlukan semua dan segalanya. susah jugak kalau dah dewasa. semua nak kena uruskan sendiri. mak hanya penasihat akademik dan praktikal kita je.. yang pastinya, kapal itu nahkodanya aku..
kekadang aku mahu mengeluh. tapi pesan mak, aku tak boleh mengeluh. tak baik. so kekuatan orang belajar ialah menerima takdir Allah dengan redha dan pasrah selepas berusaha.
ya, perlu berusaha terlebih dahulu. baru boleh give up and mengeluh. tapi bila kita dah pun berusaha dengan sehabis daya, Allah tak kan mengecewakan kita. sebab Allah itu Maha Adil. jadi Allah akan hukum seadilnya pada makhlukNya. tapi yang perlu kita sedar ialah kita perlu ikut landasan yang telah ditetapkan olehNya.
hmm, sekarang dah genap 1 bulan dia bekerja. ni dah masuk bulan kedua. sekejapnya masa berlalu. dan sekarang dia masih mencari kerja yang sesuai dengan gaji yang sesuai jugak. hehe. aku harap, Allah membuka jalan rezeki padanya. dan aku doakannya.
ku suarakan padanya, kerja memang susah nak dapat sekarang. nak cari kerja yang sesuai pun susah.. tapi kita laa perlu rajin sebab kerja tak kan datang bergolek kat kita kecuali kita yang cari. Allah tu suka pada orang yang berusaha. kalau rajin 1 hal je, semua settle.. hehehe.
pandai laa plak aku. hahaha. masa depan aku plak entah macam mana pun aku tak tahu. takut jugak nak berdepan ni.. huhu
sekarang masa untuk belajar.. so nak belajar jap. tengok buku dan buat apa yang patut.. dah tahun akhir ni.. lalalala~
belajar vs bekerja
habis Imam Muda, aku fikir aku nak berehat. aku nak pencen dari bekerja sambil belajar ni. tapi bila difikirkan balik kos dan sara hidup di bandar kL ni, aku rasa aku kena buat sesuatu. aku kena lakukan sesuatu. tak kan nak harapkan duit biasiswa aku yang tak seberapa tu..
hmm, ntahla.. asma ade cakap bila aku suarakan aku dah mahu pencen dari dunia bekerja dan mahu menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran ku. katanya; "betul ke ni akak yang asma kenal? macam tak je.." aku gelak. aku sebenarnya belum pasti ngan hati aku.
memang benar kata orang. hati selalu berbolak balik. tak tahu mana satu yang harus difikirkan.
macam mana eh? boleh ke aku belajar je.. macam boring je. hehehe.. pendapat2...