RSS

redha itu penting untuk terima kenyataan.

assalamualaikum.

sedang melihat gambar-gambar di Flick.
entah kepunyaan siapa pun aku tidak tahu.
yang aku tahu, aku sangat suka melihatnya. cantik. penuh dengan nilai.
gambarnya mempunyai 1001 makna yang semua orang boleh simpulkan sendiri.

sedang leka melihat gambar-gambar.
aku terima pengkhabaran dari Puan Farha.
katanya dia telah mendapat result penuh untuk exam kali ni.
tapi tidak memuaskan seperti sem-sem yang lalu.
aku menenangkannya.
mungkin hanya itu rezeki yang diberikan oleh Allah tahun ni padanya.

bercakap pasal result.
result aku, bila plak nak keluar.
sudah mahu tumbuh janggut, ku menunggu.
tapi apa yang harus aku buat selain menunggu. so tunggu jela.
insyaAllah, akan keluar seperti yang diwarwarkan.
haha. ketawa.
pernah ke result UM tak keluar terus?
entah. tetibe aku menonggah dagu.
senyum terpisat-pisat menahan tawa sendirian.

sekejap.
ada panggilan masuk.
busy plak aku pada hari ini.
senyum kelat.

selesai.
raut wajah aku : kelat. kening berkerut. menggaru kepala yang tak gatal. dan memintal rambut tak berapa nak ada.
senyum tawar.
perasaan : tertanya-tanya.
apa yang dah aku buat?
kenapa boleh jadi macam ni?
air mata, seolah-olah mahu mengalir. ku seka.
astaghfirullah al-aziim. beristgfar.
mungkin ini adalah rezeki pemberian Allah kepada ku.
alhamdullilah. bibir menuturkan syukur.

"jangan menangis wahai mata. senyumlah.
kerana dengan senyuman, kamu akan bertambah baik."


jangan menangis. jangan sedih.
mungkin di sebalik ini mengandungi 2juta hikmah yang tersirat.
hikmah yang kita tak jangka ia akan datang pada kita.
memujuk hati, sebenarnya.
jika aku tak pujuk, siapa lagi, kan?
senyum lega.
mata bersinar.

ade 2 lagi subjek yang belum diketahui.
sabar dengan penuh hemah.
senyum.
hati berdoa, moga ada sinar pengharapan untuk 2 subjek yang bakal keluar itu.
aku mengharapkannya.
dan yang paling penting, aku telah berusaha. dan aku bertawakal kepada Mu, Ya Allah.
kembali senyum manis.

menelan liur perlahan-lahan.
lebih kepada gementar sebenarnya.
ketawa.




nota penting :
"tak perlu bersedih jika target yang kita impikan tidak tercapai. kerana itu dinamakan rezeki Allah yang Maha Adil. kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kita."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

buDAK keCIK said...

wei, ak pn same. result x kuar2 lg ni. um ni ade yg x kna ke?

dari hari rabu lg ckp result nk kuar, tp x kuar2 gak. adeyh

buDAK keCIK said...

wei, ak pn same. result x kuar2 lg ni. um ni ade yg x kna ke?

dari hari rabu lg ckp result nk kuar, tp x kuar2 gak. adeyh

misz molecule said...

yezza...


redha je la..



1st tym singgah:)



thyyunxthiya.blogspot.com

mat dan mina said...

semoga berjaye....

JIJI YU said...

ud'uki binnajah...

Heidi Shafiq said...

kene sentiase bersyukur kan.. :)