RSS

kenangan pahit. (PPS)

selamat sejahtera dan assalamualaikum.

boring. jemu. bosan. dan jugak blur.
pakej. lengkap. tanpa ada penambahan.
tunggu result pun tak keluar-keluar jugak. untuk kesekiankalinya, aku bukak umisisweb lagi.
tapi hampa. kecewa.

jadi, dengan rela hati nya, aku menjelajah dari satu blog ke satu blog.
senyum bila ada yang mencuit hati.
gelak apabila ada perkara yang kelakar.
berkerut-kerut dahi bila ada perkara yang pelik.
sayu hati bila ada benda yang sedih.

klik di sini untuk maklumat lanjut.

tiba-tiba terpandang ini untuk kali kedua.
untuk pandang pertama. niat. untuk pandang kedua. masuk.
senyum manis. tarik perhatian juri.
agak-agak masuk, boleh menang ke? haha.. aku masuk bukan nak menang. sekadar berkongsi kisah pahit ini sekadar pengajaran untuk semua. supaya lebih berhati-hati.

mungkin kisah ini pahit bagi semua wanita. termasuk aku.
senyum kelat.

sebelum itu, ku pohon atas kekasaran bahasa yang akan aku keluarkan nanti. aku tak bermaksud untuk menyalahkan mana-mana pihak. jadi harap pihak-pihak yang tertentu dapat memaafkan aku.
senyum penuh tawar mengenangkan kisah itu.

memandangkan ini adalah kisah paling ngeri yang pernah aku alami, aku ceritakan dengan detail.
senyum hambar penuh emosi yang sakit.

************************

2010.
jam 3.30pm. KTM, MidValley.

aku keluar awal untuk ke sana.
jam 3 petang adalah waktu yang sesuai. kerana ia adalah waktu yang ku kira selamat untuk menaiki kenderaan awam seperti LRT, KTM, bas dan sebagainya.

sesampai di MidValley, ku pandang jam. jam menunjukkan angka 3.30pm.
menghembuskan nafas lega.
kerana aku kira, train waktu ini, masih lagi tidak penuh dan sesak seperti waktu kemuncak. senyum senang. hati berbunga riang.

15minit berlalu.
aku masih menanti dengan penuh sabar.

15minit kemudian.
terdengar announcement.
"haraf maaf, train tergendala buat sementara waktu. train akan tiba dalam masa 15 minit lagi."
hati dah panas dah. geram pun ada.
tapi masih senyum. control ayu.

dah 30 minit tunggu.
sekali lagi ku pandang jam pink aku. mencecah angka 4pm.
hati dah tak senang. selaras dengan pergerakan fizikal aku yang nampak sangat gelisah.
kajang, bukan dekat. kurang-kurang setengah jam jugak nak sampai.

jam 4.30pm
train baru sampai. fuhh..
tapi manusia dah ramai. bersesak-sesak. dari satu destinasi ke destinasi yang berikutnya. hinggalah train betul-betul penuh. last sekali dah macam sardin.

lebih kurang macam ni la penuh nya.. tapi teruk lagi. huhu.


tragedi bermula. (bunyi suspen)
mula-mula sekali aku kat tepi. pastu makin ke tengah. dan lastly, aku dikelilingi lelaki. nasib hand bag besar. ku pegang rapat-rapat ke dada. hati makin tak sedap. macam ada yang tak kena je.

pastu terasa orang himpit dari belakang. mata aku pejam. rapat. sambil beristighfar. dalam hati, aduh. kenapa ngan mamat ni. dahlaa duduk macam nak peluk aku. yang paling tak best, dada dia rapaaaaaat dengan belakang aku. aku peluk je tiang. memang aku tak boleh nak bernafas ngan baik dah ni. nafas dia, fuhhh.. dengar dengan kuat di telinga aku. pendeknya aku. adoi.. dalam hati jerit nama mak dah.

ok jangan salah anggap. dia tidak meraba aku.
senyum kelat.

dia hanya berdiri rapat-rapaaaaat dengan aku. aku naik heran dah ni. asal laa mamat ni nak attack perempuan macam aku. bukan seksi pun. pakai blaus labuh, yang ala-ala jubah tu. pastu tudung pun sah-sah laa labuh atas 3 inci je dari siku. yang penting, kurus kering plak tu. huhu. tambahan tak berapa nak cute plak. ish3.

aku panic. sebab ni pengalaman pertama. jadi, aku makin lama makin panic, tak tahu nak buat apa.


kan best kalau ada button macam ni. ade je orang attack, tekan je button. haha.

lama keadaan ni berlaku. mula-mula tak rasa. tapi lama-lama, dah tergesel sana sini, bergerak ikut nada dan irama train. mulalaa rasa something yang pelik. masa tu dah gelabah dah. pusing kanan, dada lelaki. pusing kiri dada lelaki. pusing belakang, sah-sah laa dada lelaki. (ish3. susah betul jadi budak kecik macam aku ni. detik dalam hati.) means, aku memang kena kaku kat situ jela. sebab depan aku je ade besi. tak de manusia.

apa yang aku rasa?
something yang aku rasa tu, panj*** je. (sorry). adeh. dah laa rasa be*** je. terfikir sejenak, apa plak ni keras-keras kat belakang ni? kat bon*** lak tu. sengal sungguh pertanyaan masa tu. otak suci lagi ke atau mungkin sebab panic tak boleh nak fikir ngan waras? tak tahu nak buat apa dan bagaimana. aku tarik muka confuse. sebentar kemudian, baru lah terfikir benda 18sx. adeh. dia punya rapaaaat, macam nak peluk, nak cium pun ada. pastu, aku ni dah meremeng bulu roma ni. ish3. masa tu, macam gelap je dunia aku.

oleh kerana terlalu panic dan masih berfikir-fikir nak buat apa, otak aku memang tak bergerak. last sekali, kaku gitu je. bayangkan, aku ni dah laa suci lagi. kena macam ni plak. nasib berlapik. (ayat nak sedapkan hati.)

akhirnya sampai Kajang. masa nak keluar, aku pandang belakang. dongak atas sikit. eii, lelaki india. tinggi. macam nak pengsan aku dibuatnya. rasa nak tumbuk pun ada. boleh dia tengok aku dan senyum serta berlalu macam tu je. destinasi kami sama. geram dalam hati ni, macam nak bunuh dia. damn it!

kawan datang jemput. naik-naik kereta, aku menangis semahu-mahunya. kereta bergerak. dia tanya kenapa. aku menangis. dia tanya lagi. aku menangis makin kuat lagi. sampai dia terpaksa berhenti parking kereta sebab tak tahu apa nak buat ngan aku. katanya tak boleh concentrate nak bawak kereta tengok aku menangis. aku menangis dari pukul 5 lebih sampai pukul 8 malam.

macam mana boleh berhenti? aku tetibe terkejut. sebab tak solat asar lagi. so suruh kawan pergi surau yang berdekatan dan cepat-cepat pergi ambik wuduk, solat maghrib dan solat asar qada'.

selepas solat, baru aku boleh bercakap. dalam solat pun aku nangis-nangis lagi.

lepas kejadian ni, aku memang dah tak naik KTM dan boleh bilang ngan jari kalau aku naik. masih trauma lagi. huhu.

masa aku naik tu, tak de gerabak untuk perempuan lagi. huhu.

sekarang......


************************

kepada penumpang perempuan.
kalau tak de pilihan, anda terpaksa naik train, pilih laa gerabak untuk wanita. ia lebih selamat.

semua wanita.. see? terasa lebih selamat. =)


sedikit komen mengenai blog : http://akimneutral.blogspot.com/

"jangan masuk blog ini memang cool. sebab tu aku follow."

orang yang aku tag ialah : cik Purplebuttefly & cik Hana.



nota penting :
"pengalaman menjadikan aku lebih berhati-hati dengan lelaki yang tak dikenali. ish3. lagi-lagi bangsa lain. seram!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

aien said...

kesiannya awak, bagus ada gerabak untuk wanita skrg nih kan

aien pon pernah kene dulu, keras jek kt blakg, budak chinese, aien toleh aien kate "jgn tolak2 boleh tak" skali tgok botol air mineral die daaaa die tolak kt montot aien hehe

piNky LuCiA said...

hehehe. kalau nak naik train, selamat pilih gerabak wanita.

tak sanggup lagi naik gerabak lelaki. huhu