RSS

kalau member tikam kita, patut ke kita tikam balik?

selamat pagi. ala-ala tengah hari.


senyum.
pagi tadi aku pun tak tahu aku buat apa.
main game. duduk atas tilam empuk. tengok kerja kosong. isi borang. call sana. sms sini. termenung sana. berangan sini.
tup-tup. dah dekat pukul12 dah.
cepatnya masa berlalu.

termenung memandang jendela.
di kelilingi hutan.
monyet.
melihat ruang legar bilik. yang bersepah. tidak berkemas.
bila betul-betul nak pindah, aku kemas laa betul-betul.

bagus. jangan mengemas. haha.

ketawa mengenangkan diri yang sangat suka main-main.

tibe-tibe..
teringat pesan en.Hati.
baru aku perasan. dia melayan aku hari tu seolah-olah macam budak kecik yang baru belajar nak faham tentang kehidupan. tentang persahabatan.
aku pun yek-yek je jawab macam budak 5 tahun.
ketawa memandang Didi.

"Yang.." aku memanggil lembut.
"yer."
"i nak tanya satu perkara, boleh?"
"boleh."
"kalau kawan kita tikam kita dari belakang, kita tikam dia balik, boleh?"
jawapan tidak dijawab. persoalan di tinggalkan pada ku.
"kalau dia tikam kita, masalah tak tu?"
"masalah laa. sebab dia yang cari gaduh."
"kalau kita tikam dia balik, masalah tak?"
"masalah jugak. mesti bergaduh."
"kalau masalah selesaikan dengan masalah, selesai tak?"
"ntah."
jawab aku terkebil-kebil. macam anak kecil.
bukan aku tak tahu jawapannya. cuma susah untuk aku menghuraikannya.
dia kembali bertanya.
"kalau orang buat jahat, kita balas jahat. selesaikan masalah tak?"
"tak."
"jadi, kalau kawan tikam belakang kita, jahat tak dia?"
"jahatlah. dan sampai hati dia buat macam tu kat kawan dia."
"kalau dia buat jahat, dia jahat tak?"
"jahat lah."
"kalau kita tikam dia balik, kita jahat tak?"
"jahat laa."
"habis tu, nak jadi budak jahat?"
"tak nak."
"i tahu, sayang i ni tak kan jadi budak jahat kan?"
aku mengangguk. dan bertanya lagi.
"so biar jela eh?"
dia mengangguk. dan menambah.
"kalau u nak bincang ngan kawan u tu, boleh jugak. tapi jangan laa marah dia. berbincang cara berhemah. tanya cara berhemah. baik- baik."
"tapi... i takut i maki dia."
"kalau gitu, biarlah. Allah kan Maha Adil."

aku senyum.
puas hati.
lega.

dia memang selalu melegakan hati aku yang sakit.
selalu menghurai segala kekusutan yang ada.
meleraikan api amarah ku tatkala ia mahu meletup.
dan kekadang aku mahu sekali memarahi setiap apa yang orang lakukan pada ku.
tapi dia membuat aku berfikir.
lalu, ku batalkan niat.

satu pesanan lagi berlegar di ruang minda.

"hal remeh temeh ketepikan. kalau ia negetif, terbalikkan jadi positif. semua perkara adalah bagaimana kita mengawalnya. bukan bagaimana kita lakuka nnya. sebab apa yang kita lakukan, kekadang kita tak mampu mengawalnya. so kita kena pandai kawal menggunakan minda dan jugak dorongan hati."

kata-kata keramat yang selalu aku simpan.
dari sepupu kesayangan aku.
kata-katanya benar.
aku setuju.

senyum.
banyak perkara yang aku belajar.
walaupun aku rasa, umur macam aku ni dah patut boleh berfikir sendiri.
tapi aku tetap kena belajar.
ambik pengalaman dari kehidupan.

kawan.
sepatutnya, harta yang paling bernilai dalam kehidupan.
kerana dialah kehidupan bujang ku terisi.
juga kerana dialah kekosongan dan keboringan ku menjadi pelangi.
tapi...
bila kawan tikam kawan.
masih lagi menjadi harta yang bernilai?
sampah!

mahu menjadi sampah?
tikamlah kawan dari belakang.
haha. ketawa evil puas-puas. dalam hati.

marah itu tak bagus. amalan syaitan. hehe.

releks sis.
jangan marah.
nanti muka berkedut. tak cantik.

senyum.
terasa mahu ketawa. kuat-kuat.
batalkan niat. (nanti dikatakan giler jika aku ketawa sorang-sorang.)
telan air liur perlahan-lahan.
perut berkeroncong. menyanyikan lagu irama sumbang. lapar agaknya.
senyum kelat + manis. (macam mana tu? ntah).

masa untuk makan.
menyanyi riang.



kata hati : "andai aku ikut kata amarah ku, pasti setiap kawan yang memperkatakan tentang hal aku, akan aku sepak pipinya. biar berbekas 5 jari ku yang cantik ini di pipi gebunya."
kata sebelah hati : "sabar-sabar. tak baik buat kawan macam tu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 comments:

mat dan mina said...

terbaik.....betul2.....pling penting memaafkan kan lg mulia...

piNky LuCiA said...

hehehe. tapi jarang orng boleh memaafkan kesalahan org lain. betul tak?

kembatolo™ said...

boleh kontrol marah sangat cool kan? haha

hamzah ian said...

yg penting hepi

mat dan mina said...

walau perit....cume leh pujuk diri sendiri utk memaafkan org laen....
kalo geram sgt...tumbuk bantal....hehehehehe....

Mata Hati said...

jangan amik kisah sangat..lantak ler org yg mengata tu. dah penat nanti, senyaplah tu

kueh bakar said...

org tikam kite..
dan kite tikam org..

kite dan org...
sama saja..

cuma sape tikam dulu
sape tikam kendian je bezanya

piNky LuCiA said...

hahahaha.. setuju ngan kueh bakar.. lalala~

Sutera_suci said...

Bagusnya 'dia'

piNky LuCiA said...

memang laa bagus. haha. kalau tak, takkan i jatuh cinta. lalalala~