kenangan pahit. (PPS)
redha itu penting untuk terima kenyataan.
senyuman bujang yang tak lama lagi akan ditamatkan perkhidmatannya.
menghabiskan sisa-sisa hidup di sini. haha.
selamat balik kampung.
salam dan selamat petang semua.
jangan desak aku.
setelah pemilihan di buat dan ditapis.
kerenah mereka tak sudah-sudah.
pink + oren pilihan ku. lalala~
salam.
bonda termenung sejenak.
tanya ku manje. anak bonda laa katakan. bonda senyum.
barang kaler oren.
setiap jenis tudung, comfirm ade kaler oren.
di tegaskan di sini, bukan banyak. tapi sangatlah banyak.
tak larat.
senyum mengada-ngada. haha.
cuma kekadang pemilihan kaler tu mesti laa bersesuaian dengan kulit. terutamanya bila kulit tidak berapa jelas nak nampak puteh. macam aku ni. yang kelabu-kelabu je. haha. itu pendapat aku sahaja. jangan marah.
ya Allah. boringnya aku.
tak tahu nak describe macam mana perasaan aku saat ni. Allah je tahu.
kalau member tikam kita, patut ke kita tikam balik?
selamat pagi. ala-ala tengah hari.
satu pesanan lagi berlegar di ruang minda.
releks sis.
terasakah aku?
quilling atas permintaan sutera suci.
salam.
lihat. macam ni laa aku mengukur seterusnya memotongnya satu persatu. kamu boleh menggunakan sama ada gunting atau pun pisau. ia mengikut keselesaan masing-masing.
sebenarnya ade pemotongnya sendiri.
mungkin. aku agak saje.
senyum.
jika kamu mahu tahu dengan lebih lanjut. sila lawat my quilling soul. hehehe. di sana, banyak perkara yang kamu dapat pelajari.
atau jika kamu malas untuk menggulungnya secara manual, kamu boleh mencari jarum quilling. aku malas nak cari. ngeh3.
bila dah siap, jadilah bulat seperti ini. hehehe.
so selepas itu, aku menggunakan gam lagi untuk melekat-lekatkannya supaya menjadi bunga yang aku idam-idamkan. jeng-jeng-jeng. inilah hasilnya.. lalalala~
senang kan. ia boleh ditukar mengikut imiginasi yang kamu bayangkan didalam
selamat berbahagia, Prince.
akhirnya selesai jugak. alhamdullillah.
kini tudung orange kegemaran ku bertambah serinya yang dulu malap dan kian pudar. dan kini ku serikan dengan octant yang menyerlahkan penarik diri anda.
senyum.
puas hati barangkali.
ku on kan Didi yang setia di meja.
kesian Didi keseorangan.
ligat tangan cantik ku menekan keyboard memasukkan email dan juga password. (dasar perasan yang tiada kesudahan! haha.)
aku on kan FB ku yang tidak kugemar sangat. (ayat apakah ini?) senyum.
tetibe teman lama menyapa.
mengusik. seperti kebiasaannya.
tidak berubah-rubah, bentak hati kecil ku, sedikit marah.
marah-marah manje, mungkin.
senyum lagi pada Didi.
tibe-tibe kisah lama terungkai.
1001 persoalan muncul.
dan 2002 jawapan terkeluar.
"ntah. cinta pandang pertama laa katakan."
"eh, boleh main pandang-pandang pertama ke? dah lama kenal kot. dari diploma lagi."
"dulu aku tak pandang dia. sekarang baru aku pandang."
"yela. dulu kau asyik pandang permaisuri je. bukan nak pandang princess pun."
"aku kan setia pada yang satu."
"kau bukan setia pada yang satu."
"habis tu?"
"kau degil.! tak nak dengar cakap aku. tahu?"
dia gelak sakan.
"apa kau ingat aku jealous ke?"
sekali lagi tawanya menghias ruang.
"aku ingat kau kawan baik en. Hati aku je. kalau tak, malas aku nak nasihat."
"tak pe. itu kesah lama. sekarang aku bahagia."
"apa yang kau suka tentang princess?"
"sama seperti kau cakap. dia kelakar. itu yang aku suka. dulu aku tak pernah pandang mata dia. bila aku pandang mata dia, dia pandang mata aku. kami bertentang mata. lalu, kami jatuh cinta."
"wah! kau dah pandai jiwang karat sekarang ye?"
sama-sama kami ketawa.
hembus nafas perlahan-lahan.
ntah kenapa aku bimbangkan dia.
mungkin dia kawan ku. dan jugak kawan baik en. Hati.
atau mungkin juga disebabkan dia telah memilih orang yang aku tahu bakal akan mengecewakannya satu saat nanti.
dan kini ia menjadi realiti.
tapi aku tidak dapat berbuat apa-apa saat itu.
satu patah kata ku, dia hiris tajam.
semua perkataan ku, dia sepak terajang.
semua nasihat ku, dikatakan aku dengki.
tapi kini baru kau mengerti.
aku tidak dengki. aku tidak sedikit pun mahu menjatuhkan kawan. bahkan aku tidak sedikit pun mahu memusnahkan kebahagian. yang aku takut, kau ketemu kekecewaan.
senyum.
"kau juga."
"aku dah 7 tahun bahagia, prince."
"aku baru 4 tahun."
aku doakan kau bahagia, prince.
aku juga doakan agar kau tidak lagi kecewa seperti waktu dulu.
aku faham erti sakitnya kecewa.
kini aku boleh bernafas lega. (selama ini aku sesak nafas ke? haha.)
aku harap Allah akan mengurniakan seluruh kebahagiaan pada mu, prince.
dan Allah akan memelihara kebahagiaan itu hingga ke saat-saat akhir hidup mu.
kata hati : "kerana aku juga sudah merasai bahagia itu. bahagia itu umpama langit tidak berawan. luas terbentang tanpa sebarang titik kesedihan dan kedukaan. hanya hilai tawa yang kelihatan."
kata sebelah hati : "huh! tapi kekadang kau juga merasa tidak bahagia bukan?"
buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
pagi-pagi lagi dah dengar bunyi bising.
aku tak marah.
marah.
kata hati : "aku sayang kamu. manakan aku sanggup marahkan kamu kerana perkara yang remeh temeh seperti itu."
kenapa boleh jadi tersangat banyak?
selamat tengah malam.
Salam Maal Hijrah.
Awal Muharam.
cinta itu hebat. benarkah?
setelah penat mengemas bilik, aku capai sebijik buku. ku baca.
mood : cinta berbunga mekar.
menggunakan tenaga yang bersisa.
tidur dengan lena semalam. baca doa dan terus hilang dalam pelukan bantal. hehe.
di Aquaria bersama Cik Siti. haha.
sudah lama aku berjanji, mahu membawanya ke Aquaria. sebab bila dah balik Terengganu, tak tahu lagi bila nak datang kL. lagipun ni sem last di UPSI.