RSS

Hari Ahad ke-5. Menyanyi riang dalam hati.


Ya. Hari ni, hari Ahad yang ke-5.

Aku sedang menghitung seluruh hari ku di sini. Tanpa sesaat pun aku tertinggal. Dalam sedar, aku sangat berharap, masa semakin laju. Tapi, harapan itu terkubur bersama masa yang sangat lambat ku rasakan ia bergerak…

Aku tahu, setiap hari hati ini hanya mengeluarkan satu nada. Nada kesedihan.

Aku sedang bersandar ke dinding puteh, menghadap almari bercermin. Ku lihat… Mata, tidak lagi ada sinar kegembiraan. Wajah, tidak lagi menunjukkan keterujaan. Badan, kelihatan makin susut.

Aku terfikir, ke mana diri aku yang dulu? Ke mana rasa yang penuh keterujaan itu? Ya, keterujaan untuk menjelajah dunia Malaysia sebelum keluar menjelajah ke dunia yang lain. Antara impian ku yang telah aku lakarkan dan sematkan kemas-kemas dalam diari.

Aku terfikir. Kesedihan ini, bukan hanya aku sangat merindui en. Hati. Tapi, kesedihan ini kerana aku terperangkap di sini. Tanpa ada jalan keluar untuk ku. Banyak jalan telah aku cuba.

Jalan pertamanya, mencari bilik sewa.
Tapi menemui jalan buntu kerana kebanyakannya hanya mahu teman serumah yang masih berstatus single. Baiklah. Aku terfikir, mungkin aku perlu cari rumah.

Jalan kedua. Mencari rumah. Rumah yang ada..
Rumah pertama, sewa mencecah 1k. Rumah dua tingkat, macam banglow pun ada. Fully finish. 5 minit ke sekolah dengan menaiki kereta.

Rumah kedua, sewa rm600. 2 tingkat, semi D. Semua barang ada kecuali TV. Lebih kurang 10 minit ke sekolah dengan menaiki kereta.

Rumah ketiga. Rumah flat, kata sumber harganya dalam rm400. Keadaan sangat bahaya di diami kerana selalu ada geng yang pecah masuk rumah. Lagi-lagi kalau mahu tinggal seorang diri. Yang ni depan sekolah je. Boleh jalan kaki, lebih kurang 10 minit sampailah.

Aku suka untuk memilih pilihan kedua. Tapi… Masalah aku  ialah macam mana aku mahu ke sekolah tanpa kenderaan. Rumah yang tak perlukan kenderaan plak, keselamatan tidak di jamin. Mahu menetap di kuarters, awal-awal lagi pengetua suruh cari rumah sewa dan tinggal di luar. Bagus betul.

Jadi, kedua-dua jalan penyelesaian tidak dapat membantu.

Jalan ketiga. Memakai broadband supaya tumpuan aku teralih.
Lalu aku memaksa housemate menemani aku ke celcom centre. Selesai. Tapi 3 hari kemudian, simkadnya masih tidak dapat berfungsi lagi. Lalu aku sekali lagi berurusan dengan celcom melalui talian. Katanya aku kena settlekan bil maxis yang tertunggak dahulu baru aku dapat menikmati kemudahan broadband ini.

Dengan gaji yang tidak ada, dengan gaji en. Hati yang perlu di bahagi 3, aku tidak rasa aku dapat membayarnya dalam tempoh terdekat. Jadi jalan ketiga juga menemui kebuntuan.
Aku masih tidak berputus asa. Ku fikirkan lagi perkara yang perlu aku buat untuk mengalih rasa sedih yang bersarang ini.

Kekadang ku ajak housemate yang memang suka berada di rumah keluar berjalan-jalan. Seperti hari ini, aku ajak mereka keluar ke pasar. Di suruh aku listkan barang-barang yang ingin di beli. Bersemangat aku menulisnya. Tapi kesudahannya, aku menunggu dengan penuh hampa dengan perut yang sedang menyanyi riang. Akhir sekali, kehampaan itu aku gantikan dengan tidur supaya aku tidak mendengar perut ini menyanyi lagu hiba.

Jalan ini juga menemui kebuntuan. Bagus. Mahu saja aku mengeluh dan mempersoalkan kenapa aku pilih untuk ke sini? Kenapa aku berjumpa ke housemate yang macam ni? OMG.

Jadi, dengan sisa masa yang ada, aku hanya fikir tentang hari esok.

Esok Isnin, aku boleh ke sekolah. Berjumpa dengan orang. Makan nasi dengan banyak. Buat kerja tanpa rasa boring. Aku senyum. Sedikit kelat. Terasa sangat lambat masa berlalu. Semasa aku berfikir tentang esok, mata ini berair. Haha. Ketawa perlahan-lahan pada diri sendiri. Bodohnya aku. Membazirkan air mata tiap-tiap hujung minggu. Yang sepatutnya ku habiskan dengan penuh kegembiraan.

Haha. Sangat mahu ketawa kuat-kuat.

Sila angkat tangan jika kamu tidak sedih bila berada di tempat ku. Sila angkat tangan juga jika kamu sangat happy setiap kali hujung minggu kamu terpaksa makan  maggi dan biskut serta terpaksa tidur dengan perut yang menyanyi lagu riang ria.

Hari ini, aku berdoa moga aku dikurniakan hati yang super kuat. Dan hati itu akan membesar dan kental dengan sebarang ujian yang datang kelak. Amin.











Nota Pinky ;
“Sayang, semakin hari, semakin aku rasa kesibukan mu mendera minda ku, merobek jantung ku, mematahkan semangat ku, meremukkan hati ku yang sangat kecil ini. Mungkin aku sangat jauh dan tidak dapat di lihat oleh kamu. Tapi, saat ini aku sangat-sangat memerlukan bahu untuk melepaskan rasa hiba ini. Tapi yang aku dapat, hanya dinding yang menemani…”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Lyaa Suriany said...

hye ustazah pinky..
lama xdtg menyebok kt sni..
heheh

FarHa said...

Letok je la jawatan ura... :D mcm susoh ngak je duk dinung, nok tukor memang payoh...last jalan hantar surat benti keje~ itu yg terbaik :)

syAzAnA said...

Sedihnya dengar luahan. Bersabar lah yer awak. Insya-Allah, pasti ada hasil kemudian hari. Amin.



Syaz follow sini. :)

piNky LuCiA said...

Lya..

hehehe. menyibuk itu silaturrahim.. kan? ;)

piNky LuCiA said...

ha syg...



tak de istilah letak jawatan lagi setakat ni dalam diari. Haha. Masih punya misi yang penting utk dilaksanakan. ;)

memang susah di sini. tapi demi misi yang satu.. huwaa...

piNky LuCiA said...

Syaz..

Ngah bersabar laa ni. Hehehe. Tq Syaz.. =)