menjadi seorang yang busy bukanlah perkara yang boleh di banggakan.. sebab aku perlu tahu tanggungjawab aku dan aku perlu menyiapkan semua kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan. dan jugak pening memikirkan apa lagi yang patut disiapkan dalam masa yang singkat.
dulu.. seawal aku di UM.. aku tak pernah menyangka aku akan se'busy' ini.. bagi aku, cukuplah aku busy semasa aku zaman diploma yang sangat memerlukan tenaga yang banyak.. aku juga tak pernah menyangka yang akan dapat membahagikan masa dengan baik dan betul..
tapi... sedikit sebanyak ia menyumbang kepada kebaikan untuk diri aku. kerana disebabkan ke'busy'an yang ada ini lah aku dapat belajar membahagikan masa dengan baik, walaupun kekadang ia terbabas.. hehe.. biasa laaa aku bukan lah orang yang expert untuk membahagikan masa.
tapi kekadang terfikir jugak, untuk apa aku mem'busy'kan diri? tapi setelah aku fikir, ia adalah pengalaman yang tak kan aku dapat semasa aku kerja nanti..
hm.. feskum akan bermula tak lama lagi. aku tak dapat bayangkan masa aku nanti.. mesti padat dan penuh dengan sakit2 badan.. hehe.. vitamin aku perlukan untuk menyihatkan badan dan memastikan supaya aku dapat menjalankan tugas dengan betul..
GOD BLESS ME.. :)
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment