aku bukan lah seorang yang tahu muzik.. atau tahu lagu2 pada zaman sekarang. hatta nasyid pun aku tak tahu.. ni lagi kan lagu2 zaman sekarang.
aku boleh dikategori kan dengan orang yang buta seni muzik. aku tak tahu langsung pasal muzik. pasal lagu2. yang aku tahu hanya satu dua buah lagu. itu pun lagu2 yang selalu farha nyanyi kan sewaktu dulu.. dan nasyid yang selalu "dia" perform.. kalau tak de orang menyanyi untuk aku, maknanya aku langsung tidak tahu satu pun lagu di atas dunia ni.. haha
aku sangat ketinggalan zaman.
kenapa aku baru merasakan ia ketinggalan zaman? kenapa baru sekarang aku dapat menilai nya? aku ingin ketawa sepuas2nya. malu jugak dengan diri ku yang sangat buta dalam bab2 ni.. tadi aku mengikuti majlis berbuka puasa. majlis tu ada menyediakan persembahan nasyid untuk menyemarakkan lagi majlis.
kata kawan ku.. masyitah.. ia adalah kumpulan yang sangat terkenal. ia famous laa di bibir2 muda mudi. FAEZ kumpulannya. tapi aku tidak mengenalinya. sama juga sewaktu aku tidak mengenali ustaz Asri Rabbani sewaktu di Kusza dulu. hmm.. memang aku tak kan berubah. dan sampai sekarang aku masih lagi tidak mengikuti perkembangan industri muzik..
wajarkah seorang bakal ustazah macam aku mengikuti perkembangan muzik tanah air.? jawapan aku, wajar.. kenapa? kerana anak2 murid ku nanti adalah orang yang meminati muzik. dan jarang orang tidak meminati muzik seperti aku. aku, mungkin 1 dalam sejuta..
seorang guru yang alim ialah guru yang mengikuti semua perkembangan semasa dan perkembangan pelajarnya.. betul ke? itu adalah kata2 yang ku petik dari ustaz aku sewaktu di sekolah menengah dulu..
perkembangan semasa di sini adalah perkembangan tentang dunia, tanah air, politik, kesihatan, ilmiah, mahupun juga muzik tanah air. ia perlu di ketahui kerana ia amat penting untuk aku menjadi seorang guru yang serba boleh di mata pelajar ku.. so guru yang baik guru yang tahu apa yang di minati pelajarnya. salah satu nya adalah muzik. betul tak pelajar2 sekalian? hehe :p
percaya atau tidak.. terpulang pada penilainya.. :)
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
2 comments:
aku pun x follow sangat muzik2 ni
eh.. sama laa kita.. hehehe
Post a Comment