aku kat setiawangsa sekarang. kat flat polis. waaa... 1st time aku masuk flat polis.. menginap di sini. jalan2 buka puasa. ;p best duduk kat sini. tinggi. permandangan dari atas sangat cantik.. almaklumla, rumah ni tingkat 15. tapi yang aku duduk sekarang tingkat 14..
waktu malam sangat cantik. aku suke tengok lampu2 yang bergemerlapan sana sini. penuh. cantik. dan aku dengan rasa teruja memandang semua lampu2 yang ade.
hmm.. rupa2nya duduk rumah tinggi2 ni best jugak kan.. aku memang gayat. tapi dek kerana keterujaan aku dengan lampu yang bergemerlapan, aku tak rasa pun rumah ni tinggi. hahaha. memang sah sengaL..
tapi hari ni dah nak balik. datang kejap je. temankan member datang rumah sedara dia. hehe. sambil jalan2 buka puasa makan sedap2 free lak tu.. hahaha.. memang laa aku kuat makan. waa.. gemuk nya tidak! turun 1kg ade laa.. ish3..
ni 1st time aku naik bangunan setinggi ni tanpa rasa gayat. benarlah kata drTUAH, kalau kita sukakan sesuatu, sesuatu yang kita tak suka akan hilang. dan apabila kita takut, kita mesti lawan rasa takut tu. baru ia hilang. macam aku takutkan tempat tinggi. aku kena lawan nya..
aku tak lawan pun. hari ni dia hilang dengan tiba2 disebabkan lampu yang bersinar. dek kerana aku menyukainya.. aku menyukai suasana cerah dan tidak menyukai suasana gelap. kerana itu aku memang takut gelap.. hehehe
* psssttt.. diam2 sudah laa.. aku memang tak boleh lawan gelap dan tak boleh menyukai kegelapan.. malap hidup aku kalau ade dalam keadaan gelap.. huhu
dek kerana lampu....
salam merdeka..
salam merdeka.. semoga sempena kemerdekaan ini, jiwa kita akan merdeka dari segala maksiat yang telah ade di daalam diri kita..
sekadar mengingati semua. khususnya untuk diri ku yang selalu alpa.. :)
jangan....
dalam hidup ni kena banyak bersyukur dan juga tahu bersyukur.. tapi kebanyakan orang tak tahu nak bersyukur..
kenapa, mengapa, dan sebab apa perkara ini berlaku? jika di tanya aku, jawapan yang aku ada sekarang ialah, mereka berlagak.. eleyh, sekadar ade sesuatu yang lebih sedikit dari orang lain, aku pun tak kesah lah..
lagipun semua masih belajar.. huhu.. so sama2 lah kita bersyukur.. :) dan jangan berlagak.. hehe
masa yang tak cukup..
2 3 hari ni banyak sungguh benda yang perlu di settlekan.. aduhai.. naik lenguh otak ni fikir mana dulu kerja yang patut aku siap kan dulu..
tapi sebagai seorang pelajar, aku kena buat pilihan mana 1 yang aku kena buat awal2.. aku semakin pening apabila semua due date nya pada hari selasa 1.september.. aduhai.. ujian3..
kekadang ujian itu datang kepada kita. jika kita berjaya melalui nya, itulah kekuatan yang kita ade.. mampukah aku melalui ujian masa yang tak mencukupi ini dengan baik dan terurus, entahlah.. aku doakan aku lalui nya dengan baik dan ia tidak akan sesekali memeningkan kepala aku..
Amin.. :)
sayap kiri..
menjadi seorang perempuan sebenarnya agak susah. ade yang berpendapat, senang nya kalau aku jadi seorang perempuan. tapi hakikat sebenarnya ia bukan semudah yang dibayangkan.
cuba anda bayangkan anda adalah seorang perempuan. anda mengandung. membawa perut yang besar itu ke sana ke mari selama 9 bulan dan hampir 10 bulan.. hmm.. aku sebagai perempuan pun mengatakan aku masih lagi tidak bersedia melalui saat itu.
ustaz aku pernah kata, kalau lelaki mahu merasa nikmatnya pragnant.. kendong lah anak batu seberat 3kg yang di ikat diperut selama 9 bulan. itulah nikmatnya.
hmm.. itu baru takat pragnant.. mahu menjadi seorang wanita yang status nya emak. manakah kamu mahu mencari masa yang lebih untuk menjaga anak kamu, makan minum nya, mendidik nya, memberikan nya pelajaran, pakaiannya, dan lain2. itu tak termasuk lagi dengan masalah anak.
ada seorang mak cik berkata.. lelaki tak boleh mengerjakan 2 pekerjaan dalam 1 masa. dia hanya boleh menyelia 2 pekerjaan dalam 1 masa. kalau dia membaca surat khabar pada hari cuti, dia tak kan dapat menjaga anak2 dirumah dengan baik. sebaliknya dia hanya mampu menjeling anak. betul atau tidak, jawapannya kena lah kamu tanya insan bernama lelaki. hehe..
tapi benar kataku, bukan senang ingin menjadi perempuan. kalau dia sebagai anak, dia mesti tolong mak, tolong ayah, jaga adik2. buat kerja sekolah. dan macam2 lagi. kalau dia sebagai isteri, dia kena uruskan rumah tangga, makan minum suami, pakaian suami, anak2, masak memasak, dan banyak lagi. penatlah aku kalau aku senaraikan semua kerja emak aku dirumah. huhu :(
so hargailah perempuan/wanita di sisi anda. sementara dia masih lagi di sisi anda. kerana tanpanya hidup anda tidak selengkap yang anda sangkakan. percayalah.. :)
kerana wanita adalah sayap kiri kepada insan bergelar lelaki..
agresif? wow... ;p
hidup kita ni jangan kita bertindak melampau. asyik melampau dalam hidup, susah lah.. macam mana nak kenal orang yang melampau.. hehe..
itu aku tak tahu. yang aku tahu, jangan melampau dengan aku. kelak aku tak kan melampau dengan kamu. jangan cari pasal dengan aku, kelak aku tak kan cari pasal dengan kamu. woww.. ganas nya ustazah ni.. hehehe.. bukan ganas.. agresif.. sekali lagi, jangan kamu salah faham dengan makna agresif itu..
aku tak suka orang buat perkara yang aku tak buat pada orang tu. tapi dia buat jugak. aku akan kasik chance.. selepas 3x chance.. aku tak kan berlembut lagi.. melampau lah aku kalau aku masih berlembut. nanti di pijak2 nya kepala aku ini. dia ingat aku ni ape ke?
sebagai seorang kawan yang baik, aku try yang terbaik untuk bertolak ansur. aku juga try yang terbaik untuk berlembut dan terus berhemah. tapi bila hemah ku juga di cabar.. aku tak boleh terima. tapi akan ku tahan juga sehingga 3x.
kali ni dah masuk 3x. dan ini bermakna, jika dia buat lagi.. itu adalah kali ke4. kali ke4 itu dah tak de maknanya bagi aku.. tapi sekarang aku masih lagi berlembut.. "dia" kata, jangan laa marah2. tak baik untuk kesihatan muka. hmm.. aku dengar. sebab "dia". kalau orang lain.. may be tak. haha. teruk nya aku.
aku adalah ustazah yang agresif. bukan seorang ustazah yang lemah gemalai. tapi agresif itu digunakan kena pada tempatnya. bukan salah tempat ye. :)
aku spoting.. tapi jangan salah gunakan ke'spoting'an aku itu. hehe. kelak kamu jugak akan susah. dan jangan lah kamu suka merajuk dengan aku. sebab aku tak kan layan rajuk mu yang memanjang itu. hanya 'dia' je aku layan. haha. orang lain, NO. so sesiapa yang ingin merajuk dengan ku, sila fikir 101x.
kerana aku ustazah yang agresif. tak de masa ingin memujuk. ;p
buta music..
aku bukan lah seorang yang tahu muzik.. atau tahu lagu2 pada zaman sekarang. hatta nasyid pun aku tak tahu.. ni lagi kan lagu2 zaman sekarang.
aku boleh dikategori kan dengan orang yang buta seni muzik. aku tak tahu langsung pasal muzik. pasal lagu2. yang aku tahu hanya satu dua buah lagu. itu pun lagu2 yang selalu farha nyanyi kan sewaktu dulu.. dan nasyid yang selalu "dia" perform.. kalau tak de orang menyanyi untuk aku, maknanya aku langsung tidak tahu satu pun lagu di atas dunia ni.. haha
aku sangat ketinggalan zaman.
kenapa aku baru merasakan ia ketinggalan zaman? kenapa baru sekarang aku dapat menilai nya? aku ingin ketawa sepuas2nya. malu jugak dengan diri ku yang sangat buta dalam bab2 ni.. tadi aku mengikuti majlis berbuka puasa. majlis tu ada menyediakan persembahan nasyid untuk menyemarakkan lagi majlis.
kata kawan ku.. masyitah.. ia adalah kumpulan yang sangat terkenal. ia famous laa di bibir2 muda mudi. FAEZ kumpulannya. tapi aku tidak mengenalinya. sama juga sewaktu aku tidak mengenali ustaz Asri Rabbani sewaktu di Kusza dulu. hmm.. memang aku tak kan berubah. dan sampai sekarang aku masih lagi tidak mengikuti perkembangan industri muzik..
wajarkah seorang bakal ustazah macam aku mengikuti perkembangan muzik tanah air.? jawapan aku, wajar.. kenapa? kerana anak2 murid ku nanti adalah orang yang meminati muzik. dan jarang orang tidak meminati muzik seperti aku. aku, mungkin 1 dalam sejuta..
seorang guru yang alim ialah guru yang mengikuti semua perkembangan semasa dan perkembangan pelajarnya.. betul ke? itu adalah kata2 yang ku petik dari ustaz aku sewaktu di sekolah menengah dulu..
perkembangan semasa di sini adalah perkembangan tentang dunia, tanah air, politik, kesihatan, ilmiah, mahupun juga muzik tanah air. ia perlu di ketahui kerana ia amat penting untuk aku menjadi seorang guru yang serba boleh di mata pelajar ku.. so guru yang baik guru yang tahu apa yang di minati pelajarnya. salah satu nya adalah muzik. betul tak pelajar2 sekalian? hehe :p
percaya atau tidak.. terpulang pada penilainya.. :)
rinduuuuuuu nyee..
mak.. adalah insan yang paling bermakna dalam hidup aku.. selepas mak, tentu ayah.. tapi selepas berkahwin status itu telah berubah. ia bertukar menjadi suami. tapi bagi aku, ibu bapa adalah segala2nya..
kerana bakti dan pengorbanan yang dicurahkan tak kan dapat kita balas di dunia sampai akhirat kelak. sebab itu ia menjadi 1 hukum yang wajib untuk mentaati ibu bapa. kerana mereka lah kita hadir melihat mentari pagi di ufuk timur..
mak, ayah.. aku rindu kan kampung. kerana dia sana terpatrinya segala kenangan bersama mak dan ayah.. kedua2 insan yang sangat2 ku sayang.. :)
rinduuuuuuu nyee... huwaaaaaaa :(
memahami diri sendiri..
memahami diri sendiri adalah satu kewajipan untuk diri kita. macam mana kita nak faham diri kita sendiri? dan susah ke kita nak faham dengan diri kita sendiri.? persoalan yang susah untuk dijawab.
apabila di soal. ada yang menjawab, memang susah. ade pulak yang menjawab, apa yang susahnya.. diri kita, kita kenalah faham sendiri. dari kedua2 jawapan tersebut, aku tak dapat menyediakan jawapan yang betul. kenapa.. sebab nya ia amat abstrak untuk diterjemah.
tapi tahukah kamu betapa pentingnya kamu memahami diri sendiri. aku juga tak tahu ia penting. tapi kita tak kan kenal dengan diri sendiri. kerana kita tak de cermin untuk melihatnya. kawan2 ibarat cermin yang berguna pada aku. aku mengetahui sikap, perangai, feel, semua berkenaan diri ku semua dari kawan2 aku.
tapi.. kekadang kawan jugak salah tafsir. so jangan ambik semua kata2 kawan kamu. ia merbahaya. hehe.
kenapa orang kata kenal diri adalah penting. sebab Prof Megat selalu sebut.. "jangan lupa diri kamu.." so kepentingan jelas terpancar. lagipun kalau tak kenal, maka tak cinta.. siapa yang nak mengenali dan menyintai diri kita terlebih dahulu kalau bukan kita lah orang nya.
so di bulan yang mulia ni, jauhilah perkara2 yang dilarang. supaya diri tak terhumban ke neraka. tapi bukan bulan ni jela.. kekal kan laa kalau boleh.. sayangi diri kita.. kerana ia kita patut kenali nya..
tazkirah pagi dari ustazah.. ;p hehe.. ntah ape2 aku ni..
pandang pertama..
kali pertama pandang, kita semestinya mempunyai tafsiran dalam kepala otak kita ni.. tapi adakah 1st impression ni kita akan kekal kan dalam kepala yang dia memang selamanya begitu?
kata orang, 1st jumpa kita tak boleh judge lagi. kita mesti kenal dia. tahu hati budi dia. tahu sikap dan perangai dia. tapi 1st impression ni bukankah ia penting kepada diri kita?
1 topik yang sangat menarik apabila dibincangkan.
dan topik ini terungkap di dalam kelas KDO.. aku banyak belajar dari Prof Megat. terima kasih Prof Megat atas semua ilmu dan idea2 yang telah dicurahkan.
sejauh manakah 1st impression penting dalam hidup kita.? aku pun tak tahu nak kata. sebab ia sangat abstrak untuk di nilai. lagi2 ia berkenaan individu lain.
tapi aku tak nafikan bahawa aku memang ade menilai seseorang jika kali pertama jumpa. tapi penilaian itu aku tak pernah simpan di dalam otak aku. apabila di tanya sebab nya.. aku pasti menjawab, aku tak kan dapat kenal seseorang dengan 1 kali lihat. begitu juga aku tak kan dapat cam muka seseorang dengan hanya sekali jumpa. ia perlu berulang kali jumpa dan lihat baru aku dengan rela hati meletakkan muka nya di dalam kepala otak aku.
kalau just sekali jumpa, aku memang mintak maaf dari tuannya, aku tak kan dapat cam dia untuk kali kedua. dan dia pasti kena kenal kan diri dulu kepada ku. itulah aku.
tapi bagi sesetengah orang, mereka akan menyimpan 1st impression tu.. dan penilaian demi penilaian akan di buat dalam dirinya dan penilaian akhir akan kata, "owh, dia ni begini.." atau "owh,dia tu begitu.." tapi ia tak pernah berlaku pada aku.
ade orang kata pandangan pertama adalah penting. bagi ku, ia tak penting. aku mengutamakan hati budi dan kebaikannya bukan dengan hanya sekali pandang. means... aku tak kan jatuh cinta pandang pertama laa ni.. hehe
yup. betul. dalam bab percintaan pun aku tak kan jatuh cinta pandang pertama. kenapa dan mengapa? sebab bagi aku, cinta adalah memberi dengan rela dan ia mesti dipupuk. bukan dengan sekelip mata.
eh, apa pulak cinta2 ni..
so, sesetengah orang kata, 1st impression amat penting. tapi bagi aku tak. sebab yang penting akhlak nya bukan cantiknya dia atau handsome nya dia..
so anda macam mana? pentingkah ia? atau sebaliknya?
24tahun..
jumpa orang berlagak adalah perkara yang paling aku tak suka dalam hidup aku. dah la berlagak.. tak pandai pulak. aduhai.. kata orang, bodoh sombong.. betul ke? kalau laa orang tu setakat UPSR aje belajar nya, aku boleh terima. tapi kalau dah sampai peringkat U.. ish3..
sebenarnya dan sepatutnya budak2 atau pelajar2 dari U ni tak yah lah nak berlagak. setakat masuk U je pun. bukan dapat phD atau dah jadi alim ulama'..
ustaz PIEE kata, kalau kita tak ubah diri kita sekarang.. atau lebih tepat sebelum umur 24 tahun, kelak kita akan menyesal.. so ubah lah diri anda sebelum terlambat..
pesanan untuk diri ku, khususnya..
'ustazah nakal'
menjadi seorang guru adalah pilihan aku. di sini aku banyak dilatih untuk menjadi seorang guru yang baik. adakah aku guru yang baik. mampukah aku berdepan dengan situasi pelajar2 aku 2tahun akan datang?
2 tahun lepas, aku mampu. tapi 2 tahun akan datang, adakah aku mampu menangani semua pelajar2 ku? 2 tahun lepas, Alhamdullillah, aku menanganinya dengan baik walaupun ada sedikit cacat cela nya.. tapi aku dah buat apa yang terbaik dalam diri aku.
aku mengharapkan, pelajar2 aku sebaik pelajar orang lain. tidak senakal aku di zaman aku belajar dulu. aku bayangkan, jika pelajar aku senakal aku, mati lah aku. kerana aku sangat nakal. dan kini, orang yang nakal ini adalah bakal ustazah kepada pelajar yang nakal. hahaha. terasa ingin ketawa terbahak2 tidak mahu berhenti mengenangkan title "USTAZAH" yang akan di pegang jika aku bandingkan diri ku di waktu sekolah dulu.. aduhai..
ade ke istilah ustazah nakal? haha.. kalau ade, aku istilah kan itu pada diri aku.
tapi jangan kamu salah anggap.. nakal ku adalah nakal di sekolah menengah dulu. usik kawan. ponteng kelas al-Quran. siap ada syif lagi tu. nyakat warden. curik guna public phone waktu malam. banyak lagi yang pelik2.
macam2 hal aku di waktu muda dulu... pelik2 je..
kritikan atau motivasi?
kritikan.. ia sinonim dengan hidup. tapi selalu nya, kritikan tu pahit untuk kita telan.. pahit untuk kita terima.. dan pahit untuk kita percaya yang kita telah di kritik.. tapi kata prof. Megat, kritikan adalah mainan hidup kita. sebab tanpa kritikan hidup kita tak kan berseri.. tak kan memberi makna..
kenapa kita selalu tak dapat terima kritikan.. kita jugak asyik nak pertahankan diri kita aje apabila ade kritikan yang datang.. kebiasaan manusia memang macam tu.. tak semua manusia boleh berlapang dada menerima kritikan yang dilemparkan..
aku juga sewaktu dulu, bukanlah seorang yang suka menerima kritikan.. bila di kritik. aku akan mengkritik org yang mengkritik aku tu balik. kenapa? entah. may be sebab aku tak dapat terima kalau yang mengkritik aku tu adalah kawan2 aku yang satu perangai dengan aku. korang macam mana? dapat terima kritikan? huhu
hal ini telah di bincangkan di dalam kelas pagi tadi. kelas KDO banyak membantu aku. cuma aku je yang masih berdegil tidak mahu perticipate dalam perbincangan. perbincangannya sangat menarik.
kata muhyidin, apabila kita menerima kritikan, perkara pertama yang patut kita lakukan ialah senyum. kenapa dia suruh senyum? sebab senyum akan merembeskan hormon2 positif dalam badan dan akan menjauhkan hormon2 negetif. so apabila kamu di kritik atau menerima kritikan, sila tolong kamu senyum. haha. boleh ke kamu atau dalam perkataan lebih spesific, aku senyum? boleh ke?
kata fahdin, kritikan adalah diumpama kan seperti ubat. ubat yang menyembuhkan kita. ubat pulak,sudah semesti rasanya pahit, (sepahit hempedu. hehe. itu melampau laa 2.. kalau betul2 rasa macam tu. aku tambah ni.. bukan fahdin kata.. ;p) tapi yang pahit itu adalah ubat, yang dapat menyembuhkan kita. aku tak nafikan bahawa ubat memang pahit. siapa yang suka makan ubat. jarang orang suka. so macam tu jugak laa dengan kritikan. siapa yang suka terima kritikan. most of all nya tak suka. jarang orang yang suka..
aku masih ingat, pepatah mengatakan, siapa yang mengkritik, dia adalah kawan, siapa yang memuji, dia adalah lawan. sebab ape, kenapa, mengapa kata macam tu? sebab kalau dah asyik puji je, yang salah puji, yang betul pun puji, aduhai.. bila dia nak baiki diri..
kesimpulannya, sebagai guru yang baik, kita kena selalu memperbetulkan pelajar, kena selalu menyedarkan pelajar, kena selalu mengingatkan pelajar. kerana pelajar adalah umpama anak kita sendiri. cuma anak + didik je.. hehe..
guru yang mengkritik adalah guru yang akan disayangi pelajar berbanding guru yang mengiakan saje.. aku bercakap berdasarkan pengalaman yang ada..
tapi bila ingin mengkritik, gunakanlah cara yang berhemah.. pesanan untuk diri aku yang agak garang 2 3 hari ni.. huhu
entah kenapa..
aku memang suka menulis. mengarang. dan kekadang aku juga suka menghantar hasil tulisan aku kepada media atau sesiapa saje yang mengadakan contest. ini umpama mencari duit tambahan, menjual hasil tulisan ku kepada orang.
tapi semenjak 2 menjak ni, aku putus idea. aku kekeringan idea. aku tak tahu kemana kah aku simpan idea aku yang banyak selama ini. aduhai.. ujian pada ku.
ni baru di tarik sedikit nikmat dari aku. aku sudah tak tahan menghadapinya.. kalau di tarik semua sekali gus.. bagaimana kah hidup aku sekarang??? aku tak dapat bayangkannya.. mintak jauh laa.. huhu
sesiapa yang ade idea.. dapat membantu aku mengarang tentang sebuah cerita.. tolong laa kasik. tema nya : kepelbagaian teras keutuhan.. karangan sempena kemerdekaan.. heheeheh.. sesiapa yang rasa boleh menolong laa.. kalau tak dapat tolong.. support aku pun jadi laa.. hehehe
selamat menyambut ramadhan..
ramadhan adalah bulan yang mulia.. bulan berkat dan penuh rahmat.. aku harap ramadhan aku kali ni lebih baik daripada ramadhan yang lepas2. entah kenapa aku berazam macam ni. selama ni tak pernah2 pun.. may be usia aku yang meningkat tua.. membuatkan aku insaf dengan hidup. hehe..
atau hanya hangat2 tahi ayam? tak kot.. hehe.. insyAllah, Allah melindungi aku..
selamat menyambut ramadhan untuk mak ayah, family aku.. dia.. farha tomey.. cah yang tengah sarat.. kengkawan semua.. sama ada kawan maya atau yang real.. dan sesiapa yang rasa dia kenal dengan ustazah rock macam aku ni.. haha
maaf salah silap aku sama ada aku sengaja atau tidak.. hehe.. semoga Allah rahmati kalian semua.. :)
kembalikan..
bila dah balik bercuti tapi tak dapat bercuti dengan baik.. sangat frust.. tapi memang kerja aku dah memang banyak.. tambah pulak dengan banyaknya permintaan.. itu ini.. dari mak.. dari adik.. dan dari sesiapa saja yang terlibat membuatkan aku rasa macam nak lari jauh.. tak nak duduk dekat2 dengan orang.. tapi apa daya aku...
entah bila aku boleh rehat dengan cukup dan bercuti dengan girangnya hati.. entahlaa.. aku pun tak de jawapan tu..
yang penting sekarang.. aku nak hidup aku kembali terurus macam dulu2..
Amin.. Allah perkenankannya..
cuti..
hari ni tetiba nye aku dengan tidak sengaja.. dan dengan bantuan asma, aku baru menyedari yang diri aku dan hidup aku sekarang amat tidak terurus.. waaa...
thanks to asma kerana menyedarkan ku..
nampaknya aku mesti menguruskan diri sendiri bermula minggu depan setelah aku habis bercuti.. kenapa? sebab minggu ni aku nak cuti puas2.. aku mengharapkan 1 percutian yang sangat santai..
tapi aku rasakan itu tidak akan terjadi sama sekali.. huhu..
jom balik kampung.. :)
kelegaan..
aku kelegaan selepas menghabiskan feskum'09.. hmm.. penat tu memang penat.. ke sana ke mari.. tapi inilah harga yang perlu aku bayar setelah aku mengambil keputusan untuk memikul tanggungjawab yang ada..
aku memang lega dan tak cukup rehat lagi.. perut ku sakit sekarang. aku tak tahu kenapa. may be kerana aku makan dengan banyak nya semalam.. lewat pulak tu.. huhu
otak dah kosong dengan feskum.. tinggal nak buat laporan je.. aku habis kan selepas cuti laa.. aku nak rehat kan otak pulak..
hm.. tapi sekarang dah pening balik.. sebab semua orang panggil.. mak panggil balik.. bos (k.la) panggil kerja.. dia.. dia panggil apa lagi.. faham2 jelaa.. entah mana 1 aku nak dahulu kan.. sebab semua penting. kekadang terasa ingin berhenti. dan ingin berada dan terperap di bilik. tapi kalau macam tu.. boring yang melampau akan singgah.. aduhai...
kerja memang tak kan habis.. itu laa pelajar.. tambah2 pelajar yang kerja part time macam aku.. huhu.. aku harap aku akan cepat habis kan semua ni.. penat wey.. tak tahu nak cakap macam mana penatnya..
nak balik...
mak call suruh balik.. kak la (bos aku yang baik hati) call suruh pergi siap kan lay out yang terbengkalai.. dia call suruh datang ambil barang..
mana 1 aku nak buat dulu.. aku pun tak tahu. tapi yang pastinya malam ni ada lagi program.. resepsi penutupan feskum 2009.. malam last.. dan kerja terakhir yang patut aku buat.. pastu settle..
aku tak sabar nak balik kampung, nak rehat kan diri nak tengok mak. rindunya.. tapi macam tak berbaloi je balik isnin datang sabtu.. tapi tak kesah laa.. aku nak balik..
tapi duit tiket tak de lagi.. entah mana nak cari.. nak mintak mak.. aku malu.. so aku sekarang tengah menunggu duit claim dari feskum.. harap2 dapat duit sebelum aku balik.. aku sangat perlukannya..
bendahari.. tolong laa kasik duit ku.. aku mahu pulang ke kampung.. huhuhu
hari last feskum..
hari ni last FESKUM berlangsung.. rasa sayu itu ada di sudut hati aku. sudut jela.. tak boleh lebih2.. hihihi.. tapi kenangan tu aku akan simpan.. tapi feskum kali ni tak banyak gambar yang aku snap.. may be sebab ku sudah di ambil orang.. tapi feskum tetap dalam kenangan.. :)
tapi sekarang, busy tu membataskan aku untuk men'snap' picture yang aku mahu. kekadang terasa begitu sedih kerana tak dapat mengabdikan sedikit kenangan. tapi.. tak pela..
abang yang depan gerai aku tu sangat baik. dia kasik tudung free.. tapi bukan untuk aku sorang laa.. untuk nad jugak. kami jugak dapat brooch free.. itu laa guna nya baik dengan orang. orang tak kan ambil kira sangat setakat nak kasik sedikit barang2 kat kita..
kalau kita buat baik pada orang, orang akan buat baik pada kita.. itu lah yang selalu aku amalkan.. sebab hidup aku senang kalau aku baik dengan semua orang..
tapi macam biasa laa.. buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali..
paintball free..
hari ni.. aku bukan main semangat nak main paintball.. tapi tak dapat. memang frust laa.. macam mana nak main, tak de team wanita yang cukup. so terpaksa lah aku stop kan hati ku ni untuk bermain paintball free.. huhu.. free tu yang utama sebenarnya.. hehehe
tapi aku hanya menjadi penonton setia, melihat siapa yang bermain. sedih.. kalau tak main sekarang, bila lagi aku nak main. tak kan nak tunggu aku ada anak dulu baru nak main.. huhu. tapi tak pe la.. sekurang2nya rasa meriah tu ada dalam hati aku tentang permainan paintball.. macam orang frust yang terlampau je.. hehe
program FESKUM banyak jugak beri manafaat pada aku. pengalaman. kegembiraan. keseronokan. rasa ikatan ukhuwah dan hubungan yang erat tu sangat manis untuk dikenang..
tapi semua tu tak dapat ganti dengan aku nak main paintball free.. wawawawa.. mungkin Allah dah tetapkan.. paintball free itu bukan rezeki ku.. aku pasrah je laa..
balik kampung lagi???
mak call.. tanya nak balik bila.. mak asyik tanya je bila nak balik. kerja aku pulak tak pernah putus2.. ada saje yang bertambah.. gini laa hidup orang yang separuh kerja separuh belajar. tak sempat nak fikir benda lain.
kalau aku tak kerja, mana aku nak dapat duit? dari mak? dari ayah? dari dia? tak.. aku tak pernah mintak duit dengan sesiapa. bagi aku, cari duit sendiri adalah 1 kepuasan. kepuasan maxima.. haha. sebab aku rasa sangat puas hati dengan apa yang aku ada dengan penatnya aku bekerja..
alhamdullillah aku panjat kan kesyukuran pada Allah. walaupun aku ni banyak buat dosa, tapi Allah tetap melimpah kan rezeki nya pada ku. Allah itu maha penyayang dengan aku.. dengan hambanya yang lain pun sama jugak.. :)
hmm.. aku dah janji dengan mak nak balik isnin pagi.. tapi nampaknya aku macam tak kan sempat untuk mengotakan janji ku pada mak. terasa sedih. hm.. banyak lagi kerja yang perlu aku settle kan..
aku nampaknya akan balik lepas pagi isnin.. nampaknya balik malam isnin laa ni.. huhu
indah kah hari ini?
hari ni, aku cuti, holiday dari semua kerja di gerai.. cuma tinggal masuk kelas yang sangat pack dan full.. and kerja feskum.. esok pun sama.. huhu..
aku bercadang mahu keluar, membeli baju raya untuk dia punya mak.. hehe.. tapi macam masa tidak mengizinkan. tapi kalau Allah izinkan itu tak menjadi 1 masalah kepada ku. meting.. 2 meting.. kelas habis jam 6. sambung terus dengan meting, jam 8 sambung balik meting.. hmm.. hidup aku penuh dengan meting sekarang. haru biru hijau kuning hidup..
hmm.. tapi hari ni, keboringan aku terhadap gerai bos aku menjadikan aku langsung tidak mahu menjenguk gerainya. biar dia rasa. langsung tak mahu mendengar nasihat orang sekeliling. sekali sekala aku terfikir, jahatnya aku. tapi aku harap dengan aku buat macam ni, dia sedar dan tahu mana 1 perkara yang perlu dia buat. degil melampau2. boleh bos macam ni sangat menyemak kan otak aku.
aku seolah2 mogok. memang! aku mogok. aku tak mahu bekerja. aku tak mahu buat apa2 secara terpaksa.. dan sekarang aku tidak ikhlas.. sebab kerja yang tak ikhlas tak kan dapat pahala.. hehe..
so untuk memudahkan semua cerita itu, aku lari dan tidak langsung menunjukkan muka. hehe.. itu macam lari dari masalah je.. tak.. aku dah try selesaikan. tapi dia tak mahu dengar. act nya lebih.. mentang2 dia ade duit, aku ni tak de duit.. sesuka hati je boleh arah2 orang..
hmm.. tapi hari ni indah juga sebenarnya. kenapa? hehe.. aku jengjalan dengan si buah hati pengarang jantung.. waaa.. sejuk hati tengok muka dia.. gatal eh.. hahaha.. nasib dia ade, kalau tak, sudah tentu mogok ku masih berpanjangan..
dalam hidup ini, kita hidup bermasyarakat. tak salah kalau kita buat baik pada orang lain. dan tak salah kalau kita tolong orang yang memerlukan pertolongan. periktibaran yang aku dapat, jangan bersikap seperti bos aku tu.. tak de orang nak suka nanti.
kalau kita mahu hidup kita senang.. kita buat cara senang.. kalau kita buat baik pada orang, orang akan buat baik pada kita. orang yang tak waras je yang kita buat baik pada dia, dia buat jahat pada kita.. tapi, buat baik berpada2 buat jahat jangan sekali.. pesan arwah nenek aku.. :)
gerai..
aku adalah student yang sangat busy, ku rasa kan begitu. tapi aku tak tahu kenapa. hehe. hari ni last aku jaga gerai.. aku sudah penat tetiap hari berada dalam keadaan yang terumbang ambing begini. itu ini semua nak kena aku settle kan..
isu gerai.. sangat membengkak kan hati ku. aku tidak menafikan, aku adalah seorang wanita yang sangat lembut hati. tapi apabila hati ku terusik, ia akan menjadi sekeras kerikil. tidak ada siapa yang dapat melembutkannya lagi..
aku jaga gerai. bos pulak seorang yang sangat degil. kekadang aku tidak memahami kehendaknya. kekadang aku malas nak bergaduh, so aku ikutkan saje.. sebab? dia bos, aku staff.. aku menjaga gerainya dengan baik. tanpa sedikit pun pantauan darinya. tapi dia seolah2 menyuruh aku membuat itu dan ini.. mengarah itu dan ini.. dengan sesenang hati nya seumpama aku ni kuli dia..
tapi.. aku sabarkan juga hati.. kenapa? kerana dia bos dan aku masih boleh menahan marah ku.. tapi tahap kesabaran dan ke'boring'an aku akan mencapai tahap yang kemuncak.. dan ia akan pecah dan tak kan dapat dibendung lagi..
bagi aku, aku tak mahu perkara seperti itu terjadi.. tapi.. entahlah.. aku bukan nya seorang wanita yang dapat di ramal. kekadang aku sendiri pun tidak dapat meramal sikap ku..
hmm.. entahla.. hanya masa yang tentukan segalanya..
penat ku berbaloikah?
isnin datang lagi.. penat nya usah nak dikata.. tak boleh jugak aku ungkapkan.. program Universiti.. memang lah macam ni.. aku je yang berlagak mahu join dan participate dengan semua ni..
tapi bila aku fikirkan balik, memang patut aku menyertainya. kenapa? bila lagi nak timba pengalaman kalau bukan zaman muda mudi macam aku sekarang ni.. hehehe.. sebab pengalaman itu bukan timbul sewenang2nya.. ia perlu di timba..
penat aku? adakah ia berbaloi? entah. aku pun kurang pasti.. tapi i hope so...
Allah itu maha Adil..
ust PIEE pernah cakap, Allah tak kan uji kita kalau dia tahu kita tak mampu menjalani ujiannya. Allah jugak tak kan bagi ujian yang melampaui batas kemanusiaan kita..
betul.. aku bersetuju.. aku juga berpendapat macam tu, sebab Allah itu maha Adil.. Allah maha mengetahui apa yang kita perlukan..
aku kekadang terfikir, Allah itu memberi pada kita apa yang kita perlu.. bukan apa yang kita mahu.. kenapa? sebab kekadang apa yang kita mahu sebenarnya bukan menjadi keperluan kita.. Allah mengetahuinya.. kita hanya mampu merancang..
aku? sama jugak.. aku rancang. aku plan. aku buat semua yang aku mahu. kekadang aku tidak mendapatkannya.. tapi, yang aku tahu, aku sangat berpuas hati dengan hidup aku sekarang. aku bekerja. aku penat. balasannya aku dapat apa yang aku nak.. sangat puas hati..
tapi, kekadang aku jugak perlu memberi motivasi dan muasabah diri ku. kerana aku hanya manusia biasa yang ada banyak dosa dan kesalahan..
tapi aku yakin, Allah itu ada bersama ku. Dia sentiasa ada dan menolongku.. hanya aku kekadang mengabaikanNya.. bersyukur lah apa yang kita ada sekarang. kerana Allah memberi apa yang kita perlu sekarang,..
ya Allah, maha besar kuasa mu,.
2 x 5 = 10
sesetangah manusia.. rasa tak puas hati pada diri sendiri memang tinggi.. rasa itu juga lah yang membawa diri kita kurang confident.. rasa confident perlu.. sangat perlu.. kenapa?
aku pun tak tahu kenapa. tapi bila aku fikir2.. aku rasa semua orang memerlukannya.. kerana ia lah yang membuatkan kita dapat menempuhi semua onak ranjau kehidupan.
tapi sikap atau rasa confident ini perlu di pupuk. ia akan sebati dalam diri kita kerana kita sentiasa memupuknya. eh.. apa yang aku bebel kan ni? entah laa labu...
tapi apa yang aku nak luahkan ialah walaupun kita tak tahu apa yang kitab perlu buat.. tapi rasa confident itu mesti ada.. tapi sesetengah orang mempunyai rasa confident pada diri sendiri lebih sangat2.. menganggap diri sendiri lebih.. dan tidak rasa selamat dan confident dengan orang lain. betul ke?
melalui pengalaman ku.. aku banyak belajar dari pengalaman orang.. memang ada manusia yang memang tidak confident pada orang lain. dia merasakan dia saja yang betul.. tapi.. sebenarnya sama rata atau boleh dikatakan.. 2 x 5 = 10 aje laa... haha
sebab tu lah.. di samping memupuk rasa confident pada diri.. kita mesti ada zuhud dalam hati.. kita tak boleh memupuknya sehingga ia melimpah ruah.. dan menjadikannya berleluasa dalam diri.. bahkan sikap mempercayai orang lain juga confident seperti kita, perlu di pupuk di dalam diri..
kerana manusia itu adalah lahir tidak sempurna..
kekadang kita mesti memberi peluang kepada orang lain belajar untuk membuat sesuatu.. dan kita mesti support mereka dari belakang.. percaya mereka juga boleh buat seperti yang kita buat..
kerana kepercayaan itu penting dalam sesebuah hubungan yang terjalin.. sama ada perhubungan antara sahabat, bercinta, keluarga dan lain2.. kerana orang lain juga sama seperti kita, manusia itu tidak sempurna..
Semakin hari semakin padat..
menjadi seorang yang busy bukanlah perkara yang boleh di banggakan.. sebab aku perlu tahu tanggungjawab aku dan aku perlu menyiapkan semua kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan. dan jugak pening memikirkan apa lagi yang patut disiapkan dalam masa yang singkat.
dulu.. seawal aku di UM.. aku tak pernah menyangka aku akan se'busy' ini.. bagi aku, cukuplah aku busy semasa aku zaman diploma yang sangat memerlukan tenaga yang banyak.. aku juga tak pernah menyangka yang akan dapat membahagikan masa dengan baik dan betul..
tapi... sedikit sebanyak ia menyumbang kepada kebaikan untuk diri aku. kerana disebabkan ke'busy'an yang ada ini lah aku dapat belajar membahagikan masa dengan baik, walaupun kekadang ia terbabas.. hehe.. biasa laaa aku bukan lah orang yang expert untuk membahagikan masa.
tapi kekadang terfikir jugak, untuk apa aku mem'busy'kan diri? tapi setelah aku fikir, ia adalah pengalaman yang tak kan aku dapat semasa aku kerja nanti..
hm.. feskum akan bermula tak lama lagi. aku tak dapat bayangkan masa aku nanti.. mesti padat dan penuh dengan sakit2 badan.. hehe.. vitamin aku perlukan untuk menyihatkan badan dan memastikan supaya aku dapat menjalankan tugas dengan betul..
GOD BLESS ME.. :)
kerja yang tak de..
apa yang anda suka buat time free?
hobby?
hm.. sepanjang aku hidup.. sepanjang aku bertanyakan orang tentang soalan ini.. beginilah jawapannya..
- tidur syok weyyy..
- berangan..
- main game..
- bersembang..
- mengumpat..
- gosip..
- bercerita..
aku? aku lebih suka banyak kerja dari tak de kerja. kenapa macam tu? sebab.. bila banyak kerja.. aku tak kan sempat nak fikirkan tentang apa2 perkara yang pelik2. aku juga tak sempat nak buat dosa dengan mengumpat. kenapa? sebab kaum wanita kan memang suka mengumpat. hehe. bukankah begitu?
kekadang aku sangat pelik pada orang yang suka buat2 pandai mengata aku itu ini.. tapi aku yang dah mula nak belajar jadi baik ni pun.. tak marah laa... kata laa nak kata pun.. :p
aku ade kawan.. dia cukup pandai mengata orang. memang aku sakit hati.. sebab kan dah tua. tapi.. perangai macam budak2. tak boleh ke dia back up aku sikit? aku punya laa sian kat dia.. selalu back up dia.. alih2 time giliran dia.. aduhai.. selalunya aku lah orang yang jadi mangsa kesalahannya dia.. huhu.. tapi aku tak kesah laah.. aku selalu marah dia.. hahaha.. sebenarnya bukan marah pun. just geram.. hehe
oleh itu, tak salah kalau kita bukan lah orang yang busy.. tapi janganlah mengata orang.. ;p
kesimpulannya.. kaum wanita ni walaupun dia ade kerja yang banyak.. dia lebih rela mengata, mengumpat, menjaga tepi kain orang.. itu lah yang aku cukup tak faham.
# psssttt.. kekadang aku dalam keadaan marah pun buat jugak. hehe,,
ujian pada diri
kenapa orang selalu saje nampak kelemahan orang lain berbanding kelemahan sendiri???
siapa dapat jawab? angkat jari..
aku bukanlah mahu mengutuk. tau mahu mengata sesiapa pun. tapi yang aku mahu kata kan ialah.. aku kekadang sangat atau agak sedih jika diri sendiri tak nampak kekurangan diri.. tak nampak kelemahan diri. dan asyik menganggap diri sentiasa bagus..
aku memang ade berjumpa dan berpengalaman dengan orang macam ni.. dan kali ini.. aku terserempak lagi.
rasa tak puas hati itu memang kadang2 bersarang dalam diri seseorang. dan rasa tak puas hati itu akan turun ke hati dan kekadang menjadi raja kepada hati yang lembut.
tapi rasa tak puas hati tu.. boleh je kita simpan.. atau direct aje dengan si pemilik badan.. hehe.. itu lebih senang..
tapi rasa diri baik bagus tu.. memang susah nak buang.. itu aku tahu. kerana aku berpengalaman. kata ustaz PIEE.. itu adalah rasa ujub dan lambat laun ia akan menjadi sifat takbur dalam diri. hmm..
aku pernah ade perasaan ujub. susah mahu membuangnya. tapi aku banyak belajar dengan masuk kelas2 motivasi. berjumpa dengan motivator. atau sentiasa berfikiran positif..
masih teringat perangai aku sewaktu dulu.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. berapa banyak negetif daa... hhuhu.. tapi makin banyak fikiran negetif dalam diri.. makin kuat kita tak puas hati pada orang.. makin tinggi rasa ujub itu dalam diri.. benarkah?
sila uji pada diri anda sendiri.
so pesanan aku pada sesiapa yang pernah berlagak bagus.. pernah berlagak baik.. pernah rasa diri nya lebih baik daripada orang lain (dari sudut memperlekehkan orang).. baik bertaubat dengan sebenar2 taubat..
# Prof Izzi selalu kata dalam ranacangannya.. selamat beramal..
keadaan yang tak stabil.
bila badan tak larat. tubuh lemau2 macam biskut lemau. lembik. rasa macam nak balik rumah je. ingat mak. ingat ayah. semua family aku ingat. rindu kampung laman jugak. memang anak manje.
bila tak larat, sakit, mak kata, kalau tengok mak, lagi laa aku sakit. saje nak manje2 dengan mak. tapi kalau tak tengok mak, boleh ke aku cepat baik? hehe. aku pun tak tahu.
aku harap aku tak kan demam atau sakit. aku hanya mampu berdoa. kerana Allah saje yang dapat tolong aku dari jauhi apa2 penyakit berbahaya.
aku rasa, aku bukan lah demam. tapi may be disebabkan kerja yang bertimbun tak pernah putus dan asyik silih berganti, itu yang menyebabkan aku makin tak larat.
aku rasa, aku perlukan rehat yang cukup untuk kembali bertenaga.
kata kawan ku, minum lah kopi radix.. hehe. iklan..
*aku tak suka kopi. baunya tak dapat ku tahan. busuk. :(