Assalamualaikum. Salam sejahtera.
Sari berita utama. Lalala~
Kini aku sedang menghitung hari mahu pulang ke kampung.
Khamis 10Mac2011. Wah. Sudah tidak sabar mahu pulang. Kesian pada bonda yang keseorang berkemas di rumah. Kesian jugak pada Cik Hana yang semestinya hari ini akan pulang dan menolong bonda mengemas. Itu jika cik Hana rajen. Susah aku nak cakap. Ketawa. Kalau cik Hana rajen, Alhamdulillah, aku ucapkan pada Ilahi. Aku harapkannya.
Jumaat. 11mac2011. Jam 930pm.
Aku akan berada di atas bas Mutiara. Menuju ke kampung, Jerteh, Terengganu.
Harap dapat sampai cepat ke rumah. Sudah pening berada di sini. Hingga aku tidak dapat tidur dengan lena. Penangan kampung laman adalah sangat menyesakkan jiwa aku.
Sedang menghitung hari juga.
Tipulah aku, jika aku tidak berdebar dan gementar menunggu saat yang aku tunggu-tunggukan selama ini. Malu pun ada. Mungkin itu adalah normal. Tapi Aku sangat mengharapkan semua berjalan dengan lancar dan baik sekali.
Buat kamu, En. Hati..
Kami mesti hensem-hensem tahu. Aku tidak mahu berjumpa kamu jika kamu tidak hensem di mata ku. Ketawa. (Tidakkah selama ni, walau apa pun kamu pakai, kamu tetap hensem?) Entahlah. Aku rasa, mood angau sudah meresap dalam jiwa aku 7 tahun yang lalu sehingga kini tidak mahu hilang-hilang lagi.
Pelik. Tapi itulah hakikatnya. Senyum.
Oh. Aku terpaksa bergegas menyelesaikan asigment yang sepatutnya di hantar.
Selepas itu, mahu berfoya-foya seorang diri ke Masjid Jamek mencari tudung yang berkaler oren. Susah bercakap ngan orang yang tetap pendirian dan mahukan jugak colour oren. Ketawa.
nota hati :
"kantuk di mata perlu ditahan terlebih dahulu. Kerana banyak lagi kerja yang aku perlu selesaikan. Mesti bertabah hati, Pinky. Senyum."
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
6 comments:
mueheh oghe jerteh jah ghuponyo..
nak kawen dah ke?
lama tak update blog.. ermm hujung minggu yang lepas pun saya balik kampung.. tiba2 rindu dengan family lak..
jiji...
aaa org jerteh.. kenapa? nak dtg umah ke? hehehehe
un Phat lee..
Insyallah.. dalam masa yang terdekat. hehehe
bro fitri..
hmm.. makan dekat nak jadi isteri orang, makin kuat rindu kat mak.. n family.. hehhee
Post a Comment