RSS

Aqeef sudah comot.

Hari ni, hari Rabu.

Sudah seminggu, aku menunggu untuk memandikan Aqeef. Tapi apakan daya, cuaca tidak mengizinkannya. huh! Kamu sudah comot dan tidak hensem sayang. Bagaimana harus mama lakukan. Mungkin kamu menunggu papa datang untuk memandikan kamu?
Hmm, dasar anak manja. Sama dengan mama kamu. Ketawa.

Tapi hujan membataskan mama untuk membelaimu, anak ku. Kalau tidak, tiap-tiap pagi adalah rutin harian mama untuk memastikan kamu selalu hensem. Biar orang ketawakan mama. Asalkan kamu hensem, Aqeef. Baru mama puas hati. Senyum.

Badan sudah terasa semacam aje.
Mahu demamkah? oh.. Barangkali tidak memperolehi rehat yang secukupnya. Atau cuaca yang tidak menentu menyebabkan badan terasa seperti sangat-sangat penat. Penat usah di kira. Tidak terhitung jari jemari ni.

Tapi aku tetap bahagia.
Penat, atau tidak. Itu tidak mengukur kebahagiaan aku. Bahagia dengan kamu, en. Hati. Terima kasih kerana masih tidak jemu-jemu berdiri disisi aku. Walaupun sekian lama, kamu masih di sini bersama aku. Terima kasih.





Nota otak :
"Otak sedang ligat memikirkan sesuatu untuk dibereskan. Perlukan perbincangan yang detail untuk kerja-kerja ini. Jika tidak, mahu gila aku berseorangan. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: