RSS

"Ustazah dah nak balik?"

Assalamualaikum.


Dalam kereta tadi, aku ketawa sorang-sorang dan senyum simpul dari Damansara Utama hinggalah ke Bangsar. Teringat gelagat makcik a.k.a pelajar aku tadi. Comel je. Macam budak-budak.

Belajar 15 minit.
Soalan : "Ustazah dah nak balik?"
Ustazah jawab : "Tak pe makcik. Kita baca sikit lagi eh."
Makcik senyum.

15 minit kemudian.
"Ustazah, dahaga airlah. Kita minum air dulu eh."
"Boleh. Kesian makcik. Kerongkong kering, kan? Tak pe2. Kita minum air dulu."
Selesai minum air. Belajar lagi.

15 minit selepas itu.
"Ustazah, hari ni, malas laa ustazah. Boleh kita berhenti awal tak? Dah banyak dah ni baca."
"Nak berhenti awal ke? Tak pe ke? Makcik tak pandai lagi ni nak sebut."
"Tak pe. Minggu depan kita belajar lagi eh ustazah."
Jawapan ustazah : "Boleh je. Tapi janji, nanti ada masa kena praktik bacaan."
"Yer ustazah."
"Lagipun makcik cepat belajar. Dah pandai dah sebut huruf tu." Senyum.
Makcik excited je.
(Walaupun hakikatnya dah 3 minggu aku ajar, baru dapat sebut 2 huruf. Tapi tak pelah. Nak bagi semangat supaya dia rajen belajar. Terasa macam ajar budak umur 5tahun plak. Ketawa.)







nota hati :
"Betul kata orang, "Bila dah tua, perangai kembali ke zaman kanak-kanak." Dan sekarang, aku sangat-sangat bersetuju. Senyum. Alahai... Makcik.. Makcik.. Senyum lagi."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: