RSS

Jauhnya aku bawak Aqeef berjalan.

Salam penuh penat dari aku.


Perjalanan yang aku kira menyeronokkan. Tapi mak aih, 12jam + 24jam berada di atas jalan, adalah perkara yang memang menyesakkan otak. Dan juga sangat-sangat penat. Di tambah pula dengan aku yang terkena penyakit perempuan, menyebabkan seluruh badan aku lenguh dan pinggang ku sakit dengan tidak terkata. Mahu saja aku menangis, tapi malu dekat orang sebelah lah plak. Aku tahankan tangis itu.

Dari KL melalui Perak melalui Kelantan. Akhirnya sampai di Terengganu. Kemudian ikut family ke Kelantan balik. Esoknya dari Terengganu melalui Pahang melalui Johor melalu N9 melalui Selangor untuk sampai ke kL. Last-last, sampai jugak kL akhirnya.

Setelah melalui perjalanan yang panjang ini, aku memang rasa sangat-sangat penat. Aduh. Macam surrender dah. Tapi terpaksalah. Ketawa. Tapi tak pe. Aqeef anak yang baik. Dia tak merungut. Dia taat je. dan menjaga mama dan papa serta kak Asma dengan baik. Senyum.

Dalam perjalanan balik ke kL, banyak sangat tempat persinggahan yang perlu di singgah. Mungkin kerana itu yang menyebabkan dari 7 - 8 jam menjadi 23 - 24 jam. Ketawa.

"Kalau kita nak balik kampung, kita kena bagitahu nak balik lewat 2 hari. Sebabnya perjalanan macam ni yang menyebabkan kita sangkut. Berhenti sana. Berhenti sini." Bebelan aku di sambut dengan senyuman dan dendangan lagu nasyid. eh3. Boleh plak macam tu. Comel betul.

Aqeef dah sedikit comot. Bukanlah sangat comot. Tapi sedikit comot. Malas plak mahu di manja-manjakan Aqeef. Tapi warna nya yang sama dengan kakaknya menyebabkan aku berfikir 2x untuk tidak memberi penjagaan rapi kepada Aqeef. Susah jugak kalau ada anak yang manje macam mereka berdua. Pening mama, tau. Ketawa.

Mahu menyelesaikan banyak perkara ni. Harap semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Amin.




kata aku yang penat :
"Harap Allah memberikan aku rezeki yang baik bila aku ade Aqeef. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

salam singgah dan folo blog ini..

semoga tuan belog ceria selalu :-)

JIJI YU said...

nak tgk gambor aqeef

piNky LuCiA said...

sahrom..

hehehe. selamat singgah.. Amin. semoga kamu juga ceria2 selalu. =)

piNky LuCiA said...

jiji yu..

hehehe. Aqeef ngah comot sekarang. Nnti mama dia mandikan dia, boleh lah tengok Aqeef eh. hehehe.