RSS

Tahniah Cah..

Hari yang sangat membahagiakan.

Selamat berbahagia kepada semua yang bahagia. Senyum.

Selamat Puan Farha sms. Katanya, kawan kami Aisyah sedang di tahan di wad bersalin. Aku senyum. Hari ni atau esok, aku bakal akan menerima cahaya mata yang ke.... ke berapa pun tak tahu. Ramai sangat anak aku. Hahaha.

Hari ni, Puan Farha sekali lagi sms aku.
Katanya ; "Ecah sudah selamat melahirkan baby gurl. Lepas bersalin tadi, cah call Ha. Sebak ha, walaupun letih-letih bersalin, tetap ingat ha."
Aku tumpang gembira atas kejayaan kawan-kawan mendapatkan anak. Senyum.

Tahniah cah..
Baby gurl lagi tu. Dah jadi sepasang anak cah. Senyum.

Bila ditanya aku, bila aku akan menimang cahaya mata, aku akan tetap tersenyum.
Tiada jawapan yang spesific untuk soalan itu. Dan juga, tiada jawapan yang spesific untuk jodoh aku. Yang aku tahu, ia akan ku tamatkan juga walaupun cepat atau lambat.

Macam bonda kata, "Jodoh orang tak sama. Mungkin jodoh lewat sebab Allah tahu, kalau Dia cepatkan, kita tak kan dapat memegang tanggungjawab dengan baik." Aku senyum.

Ya. Mungkin.
Dan aku akuinya kerana ia adalah benar.
Aku seorang gadis yang nakal dan degil. Tidak mendengar kata dan jugak suka bertindak mengikut suka hati aku dan berani mengambil risiko dan menanggungnya sendirian. Waktu muda banyak ku habiskan dengan memuaskan hati sendiri. Kerana aku tahu, bila aku sudah bergelar seorang wanita yang bernama isteri, aku tidak boleh bertindak sesuka hati aku. Oh. Sayangnya bila tidak menggunakan masa sekarang dengan memuaskan hati sendiri. Hehe.

Berbalik pada topik asal.
Tahniah untuk Cah. Semoga Cah dapat menjadi ibu yang baik untuk kedua-dua anak cah kelak. dan menjadi seorang isteri mithali kepada bapa yang mempunyai 2 anak dan akan bertambah kelak. Hehe.

Lepas ni, giliran Ha plak.
Tak sabar nak dapat baby gurl dari Puan Farha. Hahaha. Kalau boy, jadikan gurl jugak. Boleh? Giler! Hahaha.






nota ringkas ;
"Aku sangat gembira melihat kawan-kawan gembira. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Unknown said...

haha jap2, ubah skrip ha ke?? atau ha yg dok igt ha send mesej gitu?? hahah

tang my baby, hope babies in my tummy ngeee~pastu lelaki atau pompuan dok kesoh hahah kalo gurl ok la, kalo boy takkan nok tulor jantina kot :P

piNky LuCiA said...

ha yang antar msg gitu, dia cakap sebak cah call bla.. bla.. bla.. dia lupa plak.. ish3...

ura pun sebak jugak.. hehehe. tapi tak sempat nak nangis. haha. kalau tak, biasanya dah nangis dah. :P