hari ni minda aku bercelaru.. entah apa yang aku fikir kan aku pun tak tahu. tapi sekarang aku ngah rehat di rumah bos aku.. merangkap sebagai kakak aku jugak laa.. she is k.la.. k.la baik. dia layan aku lebih dari seorang bos. may be k.la anggap aku ni macam adik dia.. hehehe
aku tak buat ape-ape sekarang. just layan blog yang ade. banyak blog yang aku dah jelajah. ade yang aku tinggalkan komen. ade yang tak. tinggalkan komen menjadi 1 kemestian bagi aku. kalau aku tak de masa sangat, aku akan baca je. tapi kalau blog yang panjang entry nya.. macam blog joe.. hehehe.. aku just baca je.. entahlah.. entry joe selalu nya panjang. sampai ke hujung cerita, aku dah penat. so aku tak komen. kalau entry nya pendek. haa.. aku komen. hahaha.. sorry untuk joe yang hensem.. hehehe.. nanti aku datang or ziarah blog kamu dan tinggal kan komen.. hehehe.. aku doakan mak kamu baik-baik dan cepat sihat ye joe.. tabah kan hati mu..
hmm.. best jugak rehat-rehat macam ni.. terasa lapang dada.. setelah aku penat seharian menghadap nota dan apa-apa yang ade dalam bilik kuliah. jugak penat menghadap apa yang aku tak nak hadapi.. huhu..
hmm.. malam yang agak baik. aku hanya discuss-discuss and brain storm dengan k.la tentang nak letak batu or manik apa kat baju na sempena majlis perkahwinannya nanti. aku just tolong-tolong je.. hehe.. lagipun bukan salah pun kalau aku menolong. =)
kan best kalau lah saat ni ade orang urut dan aku dapat rawatan mengurut 1 badan dari spa or sesiapa yang sudi memberi survice tanpa bayaran kepada ku. hehehe.. tapi ade orang telah berjanji nak urut bahu aku. sampai sekarang tak urut-urut lagi.. nak kena "pok pale" dengan aku ni.. hohohoho
hmm.. aku nak rehat laa jap.. lagipun dah kira lewat dah ni.. hehehe.. malam rehat sedunia ni.. jom rehat beramai-ramai.. hehehe
minda celaru yang rehat.. =p
merindui vs mengingati
kata orang.. rindu itu satu penyeksaan.. tapi kata aku.. rindu itu satu kebahagiaan..
siapa tak setuju dengan statement aku? sila bangkang.. hehehe
siapa yang aku rindu? siapa yang aku ingat? entahlaa.. sekarang otak aku kosong. tak tahu siapa yang aku rindu dan tak tahu siapa yang aku ingat. siapa nak isi kekosongan yang ade.. sila angkat tangan. hehehe
mengingati adakah ia bermakna kamu merindui? dan merindui semestinya kamu mengingati. betul tak? entah. aku pun tak tahu. tapi bagi aku ia tak sama.
kalau aku ingat, aku bukan selalu ingat. tapi kalau aku rindu, dada aku akan jadi sebak dan aku terasa ingin menangis. dan kebiasaan air mata memang menang walaupun aku cuba berkeras tidak mahu membenarkannya keluar. degilnya dia..
percaya atau tidak itu hak kamu. tapi pernah kah kamu merasa rindu sampai terasa mencengkam jiwa.. cecececececececececee.. hehe.. jiwang gitu..
kalau ingat, perasaan tu...... ku rasa biasa. tidaklah terlalu meronta. kan.. kan.. kan..
hmm, adakah kamu merindui seseorang wahai diri? ye.. aku rindukan blog dia.. entry ni khas utk blog dia.. kenapa dia mendelete blog nya dan juga blog nya.... aku rindu........ bangat, sampai mengcengkam jiwa dan sanubari.. hehehe..
aduhai.. tak tahu nak kata pe.. rindu ke ingat.. ingatlaa.. minda celaru.. hehehe
kLcc
melihat bangunan kLcc.. aku jadi sedih laa plak.. selama aku menetap kat kL ni.. kLcc pun aku tak pernah jejak. betul ke ni aku? selalu nya semua tempat aku nak jelajah. entah. aku pun tak tahu betul ke tak aku ni.
tapi bila aku fikir logik, apa aku nak buat kalau aku pergi kLcc? tak kan aku nak pergi sana just kerana hanya nak tengok bangunan nya aje? aduhai.. tak berbaloi.. tapi kalau aku nak pergi, aku dah lama dah pergi. tapi aku tak nak lagi laa kot. may be belum sampai masa nya lagi.
lagipun aku nak pergi sana buat ape eh? apa yang ade kat sana? entah. aku pun tak tahu. tak teruja ke aku nak tahu ape yang ade kat sana? entah. tak kot. kalau teruja, dah lama dah sampai. sebab sekarang dah nak masuk 3 tahun dah duk kL ni.. bukan masa yang sekejap tu, kalau nak pergi kLcc, dah lama dah sampai. 3 tahun dulu lagi. hahahaha.
hmm., aku percaya, suatu hari nanti, hati aku akan terbuka untuk ke sana. hahahaha.
jamuan raya lagi..
jamuan raya or rumah terbuka memang sudah sinonim kot dengan masyarakat yang ada kat kL ni.. kalau aku kat kampung.. raya may be hanya 1hari atau paling lama pun 1minggu... tak de istilah raya 1bulan.. huhu
tapi aku lebih selesa macam tu.. 1hari atau paling lama 1minggu.. kalau laa tetiap hari ade orang datang rumah.. penat mak aku tu.. sian plak nanti.. tapi macam biasalaa.. ayat untuk menyedapkan hati.. tetamu datang bawak 1001 rahmat.. hihihihi..
hari ni 2 jamuan raya.. open house laa 2.. rumah azhar dengan rumah makcik kawan aku, nad.. 2 2 aku dijemput. kalau tak pergi kang, apa plak kata orang kan.. so, aku penuhi keduanya.. makan? aku tak makan pun kat kolej. aku nak makan rumah azhar. hahaha.. aku suka masakan mak azhar. sedap.. mak azhar selalu kata aku ni kuat mengampu. tapi aku bukan mengampu. dah memang masakan mak dia sedap. jujur laa aku cakap.. hehehe
aku plak jenis yang makan banyak. tapi depan 'dia', aku selalu jadi kenyang. tak tahu kenapa. sebab dah tenguk muka dia, terus kenyang kot. hahahaha.
pergi rumah azhar, adoi.. lapar giler.. sebab sebelum tu masuk program koh tsu koon dulu.. dia rasmi program ape entah.. tapi aku faham laa program "go green".. sengaL.. so smpai kul1130 gak laa.. adoi.. perut dah nyanyi ni.. macam-macam lagu semua ade.. sampai umah azhar.. aku tak boleh nak makan. may be terlalu lapar. aku makan tembikai je dulu. termenung sana. termenung sini. hehehe.. aku sebenarnya takut aku gastrik je.
pastu perut dah macam ok sikit.. sihat je ni.. hmm.. apa lagi.. aku makan 2 mangkuk laksa.. memang sedap laa.. aku kata gak dalam hati.. aku ni makan tak baca bismillah ke.. padahal aku siap baca doa makan lagi.. hehe.. tapi macam mana ni tak kenyang lagi ni.. adoi...
ish3.. aku makan nasi plak.. rendangnya.. adoi.. sangat sedap.. masak merah sambal sotong pun sedap.. huhu... kengkawan tengok je aku makan.. diorang dah tahu aku memang makan banyak.. hehe..
sekarang kat rumah makcik nad. hehe. tapi aku dah kenyang makan kat rumah azhar tadi. so aku memang tak makan. datang tolong basuh kan pinggan. and layan blog kat sini. hahaha.. kemas-kemas rumah sikit. sian makcik sorang-sorang kan..
kat umah makcik aku makan sikit je. 1ketul tat nenas. 1ketul tempeyek. sedikit air. n sedikit asam. ambik hati makcik dengan pakcik. nanti apa plak dia kata.. hehehe.. sebab perut aku dah tak boleh nak terima apa dah.. nanti kalau makan jugak, takut plak muntah. tak ke haru..
yang syok nya.. pakcik kasik duit raya.. waaaa.. rm10. dah tua-tua gini dapat duit raya. malu jugak. tapi dah rezeki aku, aku tak tolak. hahahaha. thanks pakcik. nad pun dapat jugak. dia siap cium lagi duit tu. hahaha..
rezeki hari ni, banyak. alhamdullillah.. nanti nak pergi beraya rumah bos plak.. hehehe
selamat bercinta... ;p
jatuh cinta memang perkara yang lumrah.. kalau kamu tidak pernah jatuh cinta atau pun bahasa kanak-kanak.. tidak pernah menyukai seseorang.. aku kata itu mustahil.. kerana sejak kanak-kanak lagi seseorang itu akan menyukai seseorang. walaupun apabila dia menginjak usia tua, dia langsung tidak ingat apa yang terjadi pada zaman kanak-kanak dulu..
tapi bagi aku, cinta memang lumrah. tapi yang jadi masalah nya ialah kita jatuh cinta pada orang yang salah. sakitnya hati bila tersalah menyintai. sakit nya jiwa jika tersalah jatuh cinta..
kenapa hati terlalu degil untuk mendengar kata bibir yang berbicara? aduhai.. sering kali di dengar, cinta 3 segi atau 4 5 segi.. segitiga, segiempat, heksagon, apa-apa yang gon-gon lagi laa.. memang mengundang kedukaan.
aku? aku jatuh cinta? tak tahu banyak kali ke tak. suka kan seseorang? hmm, mak kata banyak kali. hehehe.. sebab aku jenis yang cepat suka kan seseorang. tapi bila aku fikir, suka kan seseorang, selesa bersama seseorang, itu bukan jatuh cinta.. :) itu cuma rasa atau perasaan menyukai sebagai seorang kawan.. kan.. kan.. kan..
hmm.. kalau boleh.. cinta yang aku bina biar lah subur, mekar, berpanjangan.. kalau aku suka kan seseorang.. ia bukan bererti aku jatuh cinta padanya.. jika aku jatuh cinta, ia semestinya bererti aku menyukai nya.. hehehe.. betul tak?
cinta sebenarnya adalah kurniaan yang paling berharga dalam hidup. jangan sesekali nodainya.. aku harap.. aku tak kan nodainya.. kalau nak noda-noda pun, cukuplah sekadar hati yang merasa.. hahahaha.. sengaL namanya tu.. ;p
selamat bercinta kepada semua yang jatuh cinta.. dan selamat berbahagia.. kepada semua yang bahagia atau pun tak.. peace no war... waaaa... tak de kaitan langsung.. ;p
jamuan raya PQ..
hari ni aku ade 2 jamuan raya.. waa.. jamuan kelas PQ and jamuan kelab drama. bila memikirkan jamuan ni, perut aku terasa penuh.. huhu. rasa kenyang yang amat. aduhai.. rasa malas nak pergi pun ade. tapi, membayangkan keseronokan yang ada, aku terasa happy, jauh di sudut hati laa.. hehehe..
kawan-kawan yang ceria dan spoting, itu may be membuatkan hidup aku lengkap. :D
jamuan pQ, memang seronok, sesi menukar hadiah, riuh rendah, penuh dengan gelak tawa semua orang. nampaknya semua orang gembira. tapi ketiadaan su dan syah, agak suram jugak kelas. tapi tak pe. may be tahun depan diorang boleh join. :)
su, moga cepat sembuh.. untuk syah pulak, cepat laa wey balik kL.. orang dah belajar nak habis silibus ni haa.. hehehe
jamuan kelab drama malam ni. perut aku masih lagi full.. masih tiada space untuk ku isi satay malam ni.. ade orang kata makan satay malam ni.. betul atau tidak.. aku tidak tahu.. aku hanya teruja untuk bergambar.. hehehe.. dah lama aku tak bergambar sakan. kerana sibuk memanjang.. tadi gambar ku mencecah 114keping.. aduhai.. jap lagi entah berapa keping pun aku tak tahu.. hehehe..
aku dapat hadiah.. hehehe.. from k.dila.. thanks to k.dila.. suka sangat.. comel.. siap ukir nama aku lagi.. i like.. :)
teka apa dia? hehehe.. hari ni aku rajin nak meng'upload' gambar.. hehehe.. tapi setakat 4 keping je rajinnya.. hehehe.. tersangat rajin laa tu.. 4 keping banyak tu.. hohoho
oleh kerana keseronokan yang ada.. aku lupa nak betul kan tarikh camera.. sangat sengal.. aduhai.. ni laa hadiahnya...cantik tak.. siap terukir nama ku.. waaaa.. sangat terharu.. orang yang pakai baju kaler purple tu laa k.dila.. tuan yang kasik hadiah.. hehehe.. :P
aku pulak kena kasik hadiah kat org ni.. haa.. ni dia pegang hadiah yang aku kasik laa ni.. huhu.. no controvesi or apa-apa eh.. sebab dia dah ade orang nak.. kalau korang berkenan dengan ustaz ni.. korang boleh tanya aku apa emailnya.. hehehegambar yang paling aku suka pulak ialah gambar ni.. huhu.. entah kenapa aku suka sangat dengan gambar ni.. may be sebab aku comel kot.. hahahaha.. perasan!!! jom tengok gambar nya.. jeng.. jeng.. jeng..
oklaa.. nak sambung pergi jamuan raya kelab drama pulak..
status : perut masih kenyang... full.. penuh.. waaa.. :P
pssstt... semua mesti tertanya-tanya apa itu PQ.. ia adalah budak-budak pendidikan quran.. yang sangat rock.. adoilaaa... :D
tuanya aku... :P
terasa semalam baru je hadir.. tapi hari ni, dah pun timbul.. hmm, sebentar nya masa berlalu..
usia aku pun makin meningkat. dari sehari ke sehari. rupanya bila usia kita meningkat, kita akan cepat letih.. tak boleh sangat nak buat kerja-kerja berat. kekadang belajar seharian pun letih. kalau dulu, aku cergas je.. sekarang, terasa perubahan bila menginjak umur-umur begini..
k.dila kata, bila dah menjangkau usia tua gini, kita perlu ambik suplement atau pun vitamin, minum susu. means, kena ambik makanan tambahan laa.. hehehe.. aku ade jugak ambik. tapi bila tak makan.. atau terlupa makan.. atau malas makan.. terasa letih dan penat lain macam je..
so, bila dah tua-tua gini, sedar lah diri ku dah tua.. huhu..
tua nya aku.. :D





