status : kat rumah yang indah lagi nyaman dan damai.
hari ni search ternet sikit laaa.. hehehe.. kenapa? padahal dah nekad hari tu memang nak holiday sepuas-puasnya. tapi sebab nak kena daftar subjek, masuk lah aku ke sini. kalau tak, malas jugak aku nak masuk internet. hehehe. tengok! betapa aku nak cuti holiday sesenang hati. tak mau tengok ape-ape pun selain rumah dan segala isi rumah.
hmm.. aku rindu pada blog. tapi rindu pada family mengatasi segalanya lagi. haha. dah lama kan tak jumpa. lagi pun aku kan anak mak.
ade kat rumah, banyak benda yang aku dapat belajar. salah satu nya, nilai kasih sayang. melihat family aku yang ceria, hepi mepi, gembira, aku patut rasa sangat bertuah. kerana ade orang tak dapat macam apa yang aku ade. ikatan kekeluargaan adalah lebih penting dari segala ikatan lain. jangan kamu menukarnya dengan sesuatu yang lain yang tak seberapa.
mahu contoh? contoh nya ikatan antara kamu dan boyfriendss... ia tak sama dengan ikatan kekeluargaan. jangan ditukar. :) ia tak berbaloi..
sekarang musim tengkujuh.. banjir, rumah aku pun dah jadi tonggang terbalik dah. semak samun otak aku dibuatnya. tapi aku dah kemas dah sikit. cuma banjir-banjir macam ni mana boleh kemas rapi-rapi. sebab air tak menentu naiknya bila. so barang banyak yang diangkat naik. supaya lebih tinggi. baru laa masa banjir tak penat sangat nak kemas semua barang yang ade dalam rumah ni. adehlaa..
pelajaran kedua ialah, bila kamu nak buat rumah, buat lah rumah tinggi-tinggi sikit. supaya air banjir tak kan masuk ke dalam rumah kamu. hehe. sebenarnya rumah aku juga dah cukup tinggi, cuma sekali sekala ade banjir besar, tenggelam jugak rumah aku masuk air separas buku lali. hahaha.
sepanjang 25 tahun sekali aje banjir besar. tapi kami semua tak pindah pun. kami memilih untuk stay dalam rumah. alaaa, lagipun air paras buku lali je pun.. heehe.. tak berbaloi pindah. buat penat je..
kekadang ade kat rumah selalu bosan jugak. tapi bila balik sekali sekala macam ni, sangat best.. hehe.. kat kampung memang menyamankan.. aku suka.. lagi-lagi kampung aku kampung pedalaman.. hehehe.. sunyi je.. tapi banyak nyamuk, itu yang tak tahan tu... hahaha
keadaan di rumah
SALAM AIDILADHA
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..
MAAF ZAHIR DAN BATIN..
HALALKAN SALAH DAN SILAP KU SEMUA..
SEMOGA DENGAN KEDATANGAN AIDILADHA YANG MULIA INI, MENGUNDANG 1001 SENYUMAN KEBAHAGIAN..
SALAM SAYANG,
..PinkyLucia..
nak balik kampung..
24hb.. hehe. janji ngan mak dan adik-adik nak balik semalam. tapi tak jadi.
alasan 1 : tiket dah habis. tiket bas malam ni pun aku beli tiket bas tambahan. huhu. aku memang tahu, tiket bas ke pantai timur memang macam goreng pisang panas.. adehlaa.. aku memang selalu relek macam ni.. lalala~
hmm.. tapi yang penting sekarang, tiket dah ade. malam ni balik kampung. waaa... tak sabarnya.. hehe. esok pagi dalam kul5.30am baru sampai. pening laa aku duduk dalam bas lagak orang mengandung. haha.
alasan 2 : aku masih ade kelas bahasa arab pagi tadi satu kelas. ingat nak balik semalam, nak ponteng kelas. tapi nampaknya Allah tak kasik buat kerja jahat ni. hahaha. so aku masuk laa kelas pagi tadi.. lalala~ no ponteng-ponteng.. ok?
so ape plan aku duk rumah kali. ngah fikir. tapi apa yang ada dalam otak ialah aku nak releks, landing-landing, bersuka ria, berfoya-foya dengan adik-adik yang sudah lama tidak ku jumpa.. macam best je.. hehehe..
=) so aku akan bercuti dalam setiap segi selama 2 minggu. hahaha. tak de siapa yang boleh ganggu kedamaian ku.. haha.. seronok-seronok..
jom balik kampung.. sesama dengan aku. main air sama-sama.. waaa.
nak berangan jap.. jom2.. sambil kemas-kemas barang.. lalala~~
jom belajar bahasa Arab
bahasa arab adalah penting dalam kehidupan aku sebagai seorang bakal ustazah. betul atau tak? hmm.. kalau tanya aku.. memang aku akan jawab, YA!!
alasan : sebab bila nak jadi seorang pendidik yang baik, seseorang pendidik perlu mahir dan tahu dengan lebih detail atau mendalam tentang bidang yang mahu di ajarnya. tapi perlu di ingat seperti pesanan Ust. Zawawi, pendidik yang baik tidak semestinya perlu mahir atau pakar dalam perkara yang diajar. tapi dia perlu pakar dalam bagaimana cara mengajar dan cara penyampaian kepada pelajarnya.. bagaimana cara komunikasi yang berkesan pada setiap orang pelajar. itu perlu dititik beratkan oleh seorang guru yang baik..
kata orang, menjadi seorang pendidik, seseorang tak perlu pandai dalam bidang tertentu. hanya perlu ada gaya-gaya seorang pendidik dan nilai-nilai yang baik. kata aku?? YUP. aku setuju. sebab nya? sebab bila aku menceburi bidang pendidikan ini, aku berpengalaman menemui ramai bakal-bakal pendidik yang berpengalaman atau tidak. dan juga aku berkesempatann untuk bertemu dengan pendidik yang sudah bergelar pendidik.
dan conclusion aku, tak semua bakal pendidik itu adalah cekap dalam komunikasi antara orang lain. tak semua bakal-bakal pendidik itu baik. so.. setiap mereka perlulah melatih diri sendiri. jangan asyik lecturer je yang melatih kamu. serlahkan bakat anda.. hehe
ada orang berpendapat bahawa menjadi seorang pendidik adalah pilihan terakhir apabila bidang kerja yang dipohon menemui jalan buntu dan tidak berpihak padanya. kenapa semua ni berlaku? may be sebab ia adalah 1 bidang yang senang untuk diceburi. sebenarnya pendapat ini adalah salah sama sekali.
mungkin ia nampak senang dan tidak susah. tapi bagi aku, ia adalah 1 tugas yang amat berat. kerana mendidik generasi muda adalah tanggungjawab yang diletakkan dibahu seorang manusia yang bergelar guru. fusshhh.. panjang lebar plak aku membebel yang entah apa2.. aku pun tak tahu. lalalala~~
tapi disebabkan rasa tanggungjawab ini, rasa ingin memberi seperti mana guru-guru aku berikan dulu.. aku rasa aku patut belajar bahasa arab. waaaa.. walaupun dah belajar bahasa arab seawal usia ku 13tahun. tapi aku masih merasakan aku tak tahu apa-apa tentangnya. aku masih lagi belajar dan belajar. mungkin aku ni, agak lambat sikit. tapi, sekurang-kurangnya aku berusaha untuk buat yang terbaik untuk diri ku. lalala~~
bukankah begitu anak-anak?
kelas tadi macam mana? hmm, jawapannya agak pening. aku ni udah lerr tak pandai, sekelas dengan budak yang pandai. aku tak sempat lagi nak faham yang ni, dia dah tanya yang lain. adehhlaa.. aku rasa tak puas hati betul. hahaha. perlu ke aku begitu?? lalala~~
tapi rasa tercabar pun ada. tapi aku tetap terima hakikat. aku memang tak pandai. tapi yang penting, aku berusaha untuk buat yang terbaik untuk diri sendiri. buat yang terbaik jugak untuk orang yang kita sayang yang harapkan kejayaan kita..
so.. chaiy0k3.. =)
tetibe aku rasa tak sabar nak tunggu result keluar.. hahaha
penuhkan masa yang terluang..
orang kata, weekend adalah hari yang orang nanti-nanti kan. bagi aku weekend ke, weekday ke, tiap-tiap hari sama je. banyak aje kerja yang aku nak kena buat. tapi bila dah habis timetable gini, aduhai, susah jugak. terpaksa fikir apa yang aku nak buat hari ni? kerja apa lagi yang aku tak siapkan.. dan sebagainya. hari-hari boring. weekend kali ni boring betul.. entah apa-apa.
tapi hari ni, belajar buat potpuri ngan bunga telur. kat rumah azhar. bukan dengan azhar ye. dengan mak azhar. lalala~~ amik hati mak. hahaha. gurau-gurau di hari yang indah dan sejuk ini. dan aku jugak belajar buat kari mamak. hehe.
memandangkan aku kan tak pandai memasak. aku kena laa belajar dari mula. so korang jangan nak kata aku dah tua tapi tak pandai masak. sebab bila aku dah masak, korang mesti kata nak makan lagi. hahaha. (diam pinky. jangan perasan boleh. nanti masak garam terlebih baru padan muka.) hahaha.
tapi aku cakap macam tu, sebab adik aku cakap, paprick aku buat sedap. lalala. itu diakui oleh sepupu-sepupu ku juga. hahaha. nak try. jom pergi rumah aku. hehe
hm, pagi ni bangun lewat. terbabas subuh. tapi tak pe. Allah tak marah walaupun terbabas. hahaha. kul9.30am. (ish, perempuan apa bangun pagi lambat..) alasan : sebab semalam, aku sakit kepala. so kul4 am baru boleh tidur. tak de sesiapa plak tu nak layan aku semalam. huhu. sedih betul. pagi tadi, bangun pun sebab janji ngan azhar nak pergi chow kit kul11. sebab nak beli potpuri. aku bukan pergi berdua ok! pergi dengan nina sekali. adik azhar. mula-mula nad nak ikut. tapi tetibe pagi tadi, dia cakap malas. ish, geram aku kat dia!!
aku tak pernah masuk chow kit. means.. aku tak pernah masuk dalam pasar. just singgah beli buah je kat tepi-tepi jalan tu. 1st time aku pergi, aduhai. aku memang tak sukakan pasar. memang tak suka. sakit kepala aku. sampai sekarang pun masih sakit. sebab? orang ramai sangat kat pasar. pening aku tengok orang. so lepas ni pasti kan aku belajar pandai-pandai. kerja best-best.so aku tak yah masuk pasar. ade duit, masuk supermarket je. tapi kalau supermarket penuh pun, aku takkan pergi jugak. hahaha. . tak pun, aku mintak tolong lah laki aku beli kan semua keperluan dapur. itu kan memang tanggungjawab suami. lalalaa~
rupanya inilah pasar chow kit. pening. penuh. full. and cari kedai bunga, aduhai pusing 1 pasar. last jumpa. banyak jugak design yang cantik-cantik. tapi semua mahal. tapi bila aku belajar dengan achik.. (itu panggilan manje mak azhar ye) semua tu tak delah susah sangat. kos plak tak de la mahal sangat. ni 1 kuntum pun dah cecah 3 4 ringgit kat kedai. kopak laa sesiapa nak kahwin. patutla kalau nak kahwin dengan ada duit yang banyak.
nak berangan jap..
(kenduri aku nanti, aku nak buat semua dengan tangan aku sendiri. termasuk baju pengantin lelaki and perempuan, langsir, cadar, bunga telur, bunga pahar dan semua yang patutlaa).. stop3!! ish3.. udah-udah laa berangan tu..
so siapa-siapa yang nak kahwin, boleh laa mintak aku buatkan. lalala~~ aku dah pandai ni. hahaha. perasan!!
kalau hari-hari ade plan nak buat, macam belajar masak or buat bunga bunga telur or bunga pahar macam hari ni, tak delah boring sangat. sekurang-kurangnya masa aku terisi. sekarang, aku nak tidur. tadi makan ubat. mata dah berpinar-pinar. tapi kepala still denyut-denyut... huhu
kenapa ye aku suka sangat sakit kepala kebelakangan ni. padahal aku dah tak fikir apa-apa dah sekarang. exam dah habis. kelas dah habis. tunggu result kuar je. huhu. kenapa erk??? ade sesiapa ade idea kenapa ini terjadi? lalalala~
merapu..
habis exam sesuatu perkara yang seronok dan indah bagi seorang pelajar macam aku. terasa release dan semua yang terbeban di kepala menjadi kosong.. dan otak yang tepu sudah pun dapat bergerak dengan sempurna. may be segala darah yang ada di kepala sudah bisa mengalir dengan normal. hehe.
tapi kenapa tetibe hari yang patut aku nikmati dengan senyum, aku rasa tak berjalan dengan lancar atau macam tersekat dikerongkong je. ahhh.. terasa bosan menyelubungi hari-hari yang ada. aduhhh... inilah padahnya bila aku membiasakan diri dengan timetable yang penuh.
tapi kekadang melepak dirumah, tengok tv, dan sekarang aku membuat 2 perkara dalam 1 masa. menaip sambil melihat tilawah interaktif. kenapa plak aku baik dan pilih rancangan ni? hahaha. terasa kelakar. tapi dari rancangan entah apa-apa yang menjadi pilihan, baik aku pilih rancangan yang ade ilmu atau ilmiah. aku makin mirip mak. hahaha
mungkin usia yang meningkat menyebabkan aku menjadi mirip mak. pagi tadi mak sms. masih seperti selalu diakhir sms nya. "kak, kak kena ingat, kak bukan budak-budak lagi. kak dah tua. so kena bersifat macam orang dewasa." aku senyum.
aku dah penat jadi budak nakal. kata ku pada mak. tapi sifat aku sekarang masih seperti dulu. tidak ade yang berubah. mungkin aku kurang garang. itu aje yang ku kira ade sedikit perubahan. yang lain, tetap seperti dulu. menyakat orang, nakal, agresif, suka buat kawan-kawan merajuk. aku seronok. hahaha. tapi yang paling aku tahu sekali, aku memang bermulut manis. ini telah diakui oleh semua orang. hahaha.. bukan lelaki je eh yang bermulut manis. perempuan pun ade. so kamu semua perlu berhati-hati dengan aku. hihihihi
abang najib kata; hidup kekadang perlu plastik untuk menjaga hati orang. sebab kita hidup bermasyarakat.betul. aku setuju. kalau asyik nak ikut otak aku, hahaha mati korang semua kena hamun dengan aku. lalala~~ itu aku perlu banyak belajar. kerana aku kekadang kurang menjaga hati sesiapa saje. aku tak berapa pandai. tapi kata mak, aku pandai mengambil hati orang tua. hahaha. aku ketawa bila mengenangkan semua tu..
rindunya mak kat kampung laman. ayah dan adik-adik juga. mak dah bising sebab tak balik-balik lagi kampung. sebab kat sana dah mula hujan. dan hujan nya tak berhenti. dahlaa depan rumah aku sungai. adehhhlaa.. nasib laa..
hmm.. apa laa aku merepek-repek ni.. aku pun tak tahu. ini lah padahnya bila ade banyak masa free.. menerawang ke sana sini. semua aku nak fikir dan aku nak kenang.. huhuhu
baju untuk aku angkut ku bawak balik ke rumah perlu dipilih. sebab aku dah nak masuk tahun 4. so kena pelan-pelan bawak baju balik kampung. baju aku bapak banyak kat sini. macam aku orang kL plak rasanya. haha. teruk benor. tapi bila kenangkan baju yang sangat banyak kat rumah yang takde orang pakai, aku sian jugak kat dorang. haha. ni laa padahnya kalau pandai jahit baju. asyik nak buat baju jer. huhu
adoiii.. beginilah bila cuti dan tidak ade keje. semua penuh dalam otak dan merapu... lalala~ mungkin aku perlu ade timetable baru untuk cuti ni untuk aku tidak merapu memikirkan apa aje yang terlintas.. hehehe
adakah aku cemburu?
cemburu...
haruskah ia bertapak kat hati seorang manusia. aku tak pandai untuk cemburu. memang!! aku tak pandai cemburu sikit-sikit.. kalau aku cemburu, pasti aku akan cemburu berlebihan.. aku tak pernah cemburu sikit-sikit.. kamu boleh tanya orang yang sepatutnya.. lalala~
tapi ade jugak orang yang cemburu.. tak kesah laa cemburu sesama teman, kawan, member, kekasih hati, adik, abang..
aku wanita biasa. aku juga wanita yang tak de apa-apa. aku miskin. aku juga tak punyai rupa yang cantik. aku hanya wanita yang sederhana. dengan penampilan biasa.
aku rasa, kamu tak perlulah mencemburui aku. apa yang aku ada sekarang ialah hasil titik peluh aku. aku cuma mahu hidup aku lengkap. lengkap itu bukan bermakna aku sempurna. tapi lengkap itu bermakna, lengkap pada mata ku. aku ade apa yang perlu. dan tidak melampau. aku juga tak pernah ingin rasa cemburu dengan sesiapa. kecuali dengan 2 orang perempuan yang menganggu kedamaian en.peguam. selain dari itu, aku tak pernah ingin mencemburui sesiapa.
mak aku kata, kita tak perlu cemburu dengan apa yang orang ada. kerana dia ade sesuai dengan kemampuannya. apa yang kita ade, adalah sesuai dengan kemampuan kita. Allah itu maha Adil. mak jugak kata, jeles atau cemburu itu tidak baik untuk hati kita. mak kata, kalau ade je sedikit cemburu yang tak elok tu, hati kita akan jadi hitam.
itu pesan mak aku. aku tak tahu kalau mak kamu tidak pernah berpesan macam tu. mak aku adalah pakar motivator yang terbaik yang pernah aku jumpa. walaupun mak hanya SPM. tapi dada mak penuh ilmu. mak sangat baik.
waaa.. tetibe je rasa terharu.. salah topik ni.. lalala.
tapi itu lah hakikatnya. tak elok simpan perasaan yang tak elok dalam hati. cemburu itu kekadang menjadikan hubungan seseorang itu retak.
renung-renungkanlah.. lalala~





