mood : senyum yang meleret-leret. entah kenapa pun aku tak tahu.
ngantuk jugak ade, walaupun aku tersenyum. nak tidur. tapi tunggu lepas exam settle semuanya aku akan qada' tidur ku sehingga berpuluh-puluh jam lamanya.. nak tidur sampai badan naik lemau.. ngeh3.
selagi exam tak habis.. selagi itulah aku tak dapat fikir apa-apa.. exam.. exam.. exam..
perut plak sangat sakit ni... entah apa yang aku makan pun aku tak tahu. aku main tibai je. janji kenyang. itulah padahnya. lain kali sila jaga permakanan kamu (berpesan pada diri yang tak sedar diri.. lalala~)
doakan aku.. =)
lutut ku telah bergerak terketar-ketar kerana aku tak tahu apa yang bakal terjadi. kerana hari ini aku tidak dapat meramal dengan baik. mungin keaadaan cuaca yang tak berapa elok kerana hujan yang tidak berhenti-henti dari semalam. (hahaha. sila ketawakan diri sendiri yang perasan tak habis-habis. dan alasan yang tidak masuk dek akal..memang aku sengaL)
dah3. jom baca buku..
giliran tafsir..
manusia.. malaikat.. syaitan..
hidup hanya sekali.. mati jugak sekali.. setelah aku baca email ni.. aku rasa.. banyaknya dosa aku. bila laa aku nak tebus dosa aku. entah bila plak aku akan mati. kalau mati, amal tak de, mati hidup balik pun aku tak boleh tebus.. aduhai diri..
aku tak plagiat entry ni.. aku petik entry ni.. dia di hantar ke email ku.. aku cuma berkongsi apa yang aku rasa malam ini.. aku harap, kita sama-sama boleh baiki diri kita ke arah yang lebih baik..
*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
Subject: Manusia , Malaikat , Syaitan..
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ....
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. . ...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2
Wassalam...
psssttt.. ini baru ade rupa ustazah.. asyik rock je.. lalala ~
pengajaran teks yang banyak.. lalala ~
mood : pening-pening lalat.. dah timbul bintang sebanyak lima bijik yang tengah berpusing-pusing di atas kepala.. kuikuikui..
perkara yang di ramal akan berlaku jam 11.30am : aku menjawab dengan penuh khusyuk wa tawaduk semua soalan yang dilontarkan kepada ku. tanpa mengangkat sedikit pun kepala ku. kerana terlalu banyak yang dihafal.
perkara yang diramal berlaku selepas menjawab jam 1.30pm : aku keluar dewan dengan muka yang ala-ala juliana banos (kenapa juliana banos?? entah. tetibe teringat dia.. lalala ~) dengan senyum yang melebar, sebab aku menjawab semua soalan pengajaran teks dengan yakin dan confident.. lalala ~
pesanan penaja : good luck pada semua orang yang akan menjawab paper pengajaran teks yang memang kaw-kaw banyaknya.. tabik spring untuk siapa yang baca surah Isra'.. hehehe
pesanan untuk diriku : harap aku dapat jawab dengan baik dan macho.. sebaik diri ku yang memang baik ni.. hehehe (weyyy.. berhenti perasan boleh tak??)
status : dah wangi dan cantik ni untuk pergi dewan exam.. ala-ala macam nak pergi date dengan en.peguam.. lalalala ~
bersemangatlah..!!
status : malam yang agak suram dan pening. tak tahu apa yang aku baca untuk pengajaran teks esok. tajuk yang di beri 8 surah. panjang-panjang lak tu. ditambah pula dengan penggunaan bahasa arab aku yang tahap A+++ (haha.. ketawa kan diri sendiri. perasan lah kau wahai diri!!)
kekadang aku terfikir sampai bila aku mahu lari dari kenyataan. sampai bila harus aku tegar melalui semua yang berlaku. sampai bila aku harus menyelami lautan yang penuh dengan air masin yang tak dapat aku telan. huhu
pening memikirkan diri. berhenti!! stop3!!
apa yang harus aku fikir sekarang.. fikir pengajaran teks esok. mungkin hidup ini akan lebih indah andai aku membiarkan masa yang berlalu menentukan segalanya..
mungkin apa yang terjadi penuh dengan hikmah yang tak dapat aku baca. pasrah dan berserah diri adalah penting.. tapi ingat.. eloklah pasrahkan diri selepas kamu berusaha sedaya yang mungkin..
bersemangatlah untuk melalui kehidupan ini, wahai pinky.. hehehe
terasa malu sendiri..
semenjak 2 3 menjak ni, aku asyik terserempak dengan blog yang diplagiat orang je. huhu. sian empunya blog. mesti bengang giler.. kalau lah aku berada ditempatnya, aku tak tahu laa apa yang aku buat. tak tahu apa yang berlaku.
may be sebab ni laa prof Megat asyik cakap, no plagiarisme.. berpuluh-puluh kali and tetiap kali masuk ke kelas, itu aje yang dipesannya.
kalau plagiat asigment, may be boleh terima kenyataan. sebab may be orang yang palgiat tu nak ambik nama. konon-konon laa dia yang fikirnya. tapi kalau plagiat kehidupan seseorang, apa kes.. pelik tapi benar.
masing-masing kan ade kehidupan masing-masing. tak kanlaa kita nak ceroboh kehidupan orang. tapi tak logik laa kalau kehidupan kita sama dengan kehidupan orang lain. logik ke? kalau sama pun, may be topik yang sama. tapi keadaan and situasi yang berbeza. kan.. kan.. kan..
kalau laa di plagiat, pasal dia admire kat seseorang.. hmm, itu memang kelakar. kalau di plagiat dek kerana dia suka kan kehidupan seseorang, itu lagi kelakar. life kita, nyawa kita, situasi, and semua yang kita lalui sangat subjektif. walau apa pun yang terjadi, ia tak kan sama dengan orang lain. so, walau pun kamu admire seseorang, kamu suka akan kehidupannya, kamu suka dia, or something else, jangan lah kamu plagiat tulisan nya. itu tidak manis. hehe
kalau nak plagiat jugak, nyatakan sumber rujukan. nyatakan dari mana kamu dapat tulisan tu. baru lah di kira kamu adalah seorang yang amanah.
kata Ust Ahmad, amanah itu penting dalam menuntut ilmu dan dalam semua perkara. so amanah kan diri anda.. tapi aku tahu bukan senang nak bersikap amanah. jadi walau pun susah sekali pun, berusaha lah selagi termampu..
psssttt.. aku baca blog yang plagiat tulisan orang.. aku malu sendiri.. huhu.. kenapa plak aku yang nak malu.. adoii..
berlari-lari dalam otak : hehe.. si plagiat tak malu ke?
KDO yang memeningkan
mood : penat mencari contoh yang sesuai untuk di aplikasikan di dalam jawapan 1 malaysia.. huhu...
psssttt.. jap lagi nak masuk exam.. doakan kejayaan aku ye.. aku takut.. :( teori2 dalam KDO sangat memeningkan kepala.. macam mana laa aku nak jadi guru yang baik.. adoii..
status.. wangi-wangi.. baru siap mandi.. hehehe.. jom pergi exam sesama.. =)
alahan..
di musim-musim exam, cabaran yang dihadapi amatlah berat. dan bersilih ganti plak tu. tapi bagi aku yang menjadi student yang kental, setiap cabaran dihadapi dengan tenang dan bersemangat. apa yang aku semangat kan? aku pun tak tahu. yang penting semangat mesti kuat. macam kata mak laa.. takpelaa.. mak percaya.. anak mak kuat semangat. hehe. aku selalu senyum bila mak cakap macam tu. aku ni kuat semangat ke? hehe.
tak jugak kot...
tapi yang aku tahu.. aku memang kena kuat (walaupun pada dasarnya aku memang lembek.. ngeh3) tak kesah laa janji bahagia..
sekarang musim aku sakit kepala.. semalam sakit kepala sampai aku langsung tak tidur malam. aduhai.. pastu ade budak tu nangis. hahaha. sebab sakit kepala yang teramat. nasib baik ade orang pujuk dan suruh tidur. hehehe.. terasa merona pipi ku.. (padahal tak tidur sampai pagi.)
aleh2 aku bangun jam 4am lebih2 sikit.. mandi.. solat hajat. zikir-zikir. wirid-wirid sikit. (kenapa aku sangat baik semalam aku pun tak tahu) lepas mandi. wangi-wangi semua. tunggu subuh sambil picit-picit kepala yang sakit dan tak boleh disentuh dah. memang bengkak kepala nya.
tibe-tibe teringat tangan raudzah. dia keturunan arab. dulu masa sakit kat sekolah menengah dulu.. dia laa yang selalu picit kepala aku.. fussshhh.. tangan dia sebesar muka aku. ngam-ngam je letak tangan kat atas kepala dan picit. hilang semua sakit. lega. tapi sekarang! kena picit sendiri.. huhu (dasar anak manje..) kalau ade kat rumah, comfirm dah nangis sebelah mak dah ni. (eiii... tak malu..)
lepas subuh.. dan solat subuh.. baca ma'thurat sikit.. yang pendek udah lerr.. sakit kepala ni. huhu.. tetibe dalam pukul 6am. hilang semua sakit kat kepala yang denyut-denyut tadi. aikkk.. asal tetibe je hilang sakit ni. haa.. apa lagi, mata makin kuyu dan ngantuk tahap max 360 darjah pusingan dah ni. letak kepala terus tidur. sedar-sedar dah jam 9.15am. tu pun sebab asma yang kejutkan. kredit 9 bintang untuk asma kerana mengejutkan aku yang ade exam jam 1130am. adoiii..
nasib semua prepairation dah aku buat. kalau tak.. mati hidup balik aku akan nangis. itulah gunanya study awal. hehe. bagus sebenarnya study awal. nanti kalau ade emergency macam semalam.. tak de laa terkial-kial nak paksa baca buku lagi. hehe.
tapi selapas exam tadi, fikir punya fikir.. kenapa aku sakit kepala tahap gaban semalam. walaupun dah telan ubat 2 biji active fast.. tetap tak jalan dan sakit sampai pagi.. aku dah jumpa kesimpulannya.
semalam makan pizza dengan nad, azhar and abang najib. so dalam pizza ade daging. aku yang dah sedia sakit kepala. bertambah sakit kepala. setelah melantak daging hancur yang ada di dalam pizza. tau kenapa aku tak suka daging.??? sebab daging buat aku sakit kepala dan tak boleh tidur malam. huhu
aku baru teringat malam ni yang aku memang tak makan daging sebab sakit kepala. adoii.. sebab dah lama tak makan daging, dan terbiasa dengan ayam dan ikan, jadi dah lupa yang diri ini tak makan daging.
rasa daging tak sedap. entah kenapa tekak aku dah tak boleh terima daging. aku makin tua sebenarnya.. orang tua-tua kata abang najib. haha.. bukan orang-orang tua ye.. ade bezanya tuuu.. :)
psssttt.. kata orang, kalau makan daging sakit kepala means.. darah tinggi laa tu.. tapi aku darah rendah.. macam mana tu?





