kenapa 2 3 hari ni aku asyik rasa nak makan meggi? meggi.. meggi.. meggi..
status : aku rasa pelik dengan diri ku. kenapa tak mahu makan nasi? adakah aku diet? h0h0h0
meggi
best of luck en.peguam..
satu perkara yang menggemparkan hati ku. aku tidaklah pandai untuk mengomen. tapi aku hanya tersenyum. tersenyum dan terus tersenyum. sekarang pun aku masih senyum. aduhai. apa yang menyebabkan aku senyum. entahlah.. en.peguam ni telah mengatakan pada ku.. dia nak berbahasa english dengan ku. untuk masa depan. aku ia kan sahaja.
memang! aku tak menafikan yang english aku broken. tapi aku sebenarnya agak terkejut. tetibe je. aku fikir dia dreaming. tapi katanya tak. tapi aku support apa yang dia nak. tak pe2. teruskan perjuangan. aku akan belajar pelan-pelan. sebab teringat kata prof Megat.. bila ustazah berbahasa arab.. itu tidak menghairankan.. tapi bila ustazah berbahasa english.. itu satu perkara yang menakjubkan..
sama-samlaah kita belajar 'english comunication'.. speaking3.. hihi
nampaknya lepas ni ustazah kenalaa rajin baca buku in english. sebab nak cakap english dengan en.peguam ni. adoi... penat ustazah suka... hihihi..
whatever pun.. aku support bukan 100%.. bahkan 203%.. best of luck en.peguam sebab lepas ni mesti pening layan kerenah ustazah dalam bi.. hohoho.. and untuk ustazah jugak.. sebab lepas ni nak belajar speaking ni.. :D
layout yang terpilih..
lepas boring study tahap gaban.. dengan nota yang kepeningan. dengan bA yang balaghahnya tinggi tahap maxima.. aku pun menukar layout blog ku.. haha.. tapi sebenarnya bukan aku yang tukar pun. aku yang pilih je. aku suruh miss farha tukar.. hehe.. discuss bab layout yang mana sesuai pun dah makan masa 2 jam. giler.. opss.. mak tak kasik sebut ayat tu.. hehe
aku tak tahu aku pilih yang macam mana. mula-mula aku berkenan dengan pink guitar.. hehe.. aku kan suka guitar. aku juga pernah belajar main guitar. walaupun aku ni bakal ustazah. haha.. tapi miss farha kata.. tak lawa.. aku pun.. tukar lagi.. eh3.. pilih lagi.. pilih.. pilih.. pilih.. tak tahu banyak mana pilih dah.. aku rasa lebih dari 10 kan miss farha? hehe.. so akhirnya... yang ni jadi pilihan aku ngan miss farha tembam tu.. hehe..
kat sini.. aku dengan touching nya mengucapkan ribu-ribu lemon terima kasih pada miss farha yang sudi menukarkan layout untuk aku. haha.. nampak nya cuti sem depan laa plak aku tukar layout. hahaha... sengaL..
time kasih yang tidak terhingga ku ucapkan.. aku hadiahkan xoxo untuk mu. kerana buat masa sekarang, aku tidak mempunyai kewangan yang stabil untuk ku hadiahkan apa-apa. hehe.
i lep u.. hehehe
penulis..
aku ingin menjadi seorang pengarang or penulis. tapi aku tak tahu bagaimana harus aku mulakannya. aku ingin sekali menerbitkan apa yang aku karang. karya-karya seumpama novel or cerpen pendek.. ingin sekali ku persembahkan. tapi aku tak tahu bagaimana.
aku hanya penulis blog yang hanya menulis main-main.. tak pernah bersungguh-sungguh. pernah aku mengarang satu cerita. aku hanya sudahkan sampai bab yang ke tujuh. padahal bab nya ade 10. tapi ke mana lagi 3 bab berikutnya? entah. aku pun tak tahu. huhu.
bila sesiapa ingin membacanya aku tidak memberi. aku malu dengan hasil tulisan ku yang tidak seberapa. malu ku itu sebenarnya tidak bertempat. aku tahu itu. tapi aku masih jugak tidak mahu mempamerkannya. huhu
bagaimana harus ku mulakannya? aku buntu..... =(
present 8 minit..
aku lega jua akhirnya sebab selesai jugak aku present.. hehe.. aku semalam dengan bersusah payahnya membuat slide.. untuk prepairation aku.. lagipun dr.Zul kata tak boleh lebih 8 minit.. 5 minit hingga 8 minit sahaja presentationnya. kalau lebih.. potong markah.. tengok kertas pun potong markah..
aku semalam naik pecah otak jugak nak fikir nak buat macam mana. semua isi-isi yang banyak di dalam asigment ku.. aku nak simpulkan dalam presentation yang hanya mengambil masa 8minit??? entah apa-apa.. naik pecah gak otak ni nak fikir.
tapi hari ini.. aku sangat berpuas hati. rasa ingin tersenyum puas. bila ku submit slide presentation kepada dr.Zul.. dia kata.. ini slide untuk 1jam tak habis ni... aku tahu dia main-main.. hehe..
aku dengan confident nya.. berkata.. "dont worry ustaz.. saya janji.. kejap je.. percayalah.."
hahaha.. confident giler... kenapa aku rasa aku sebegitu confident.. sebab aku duk prepair whole nite untuk slide presentation ni.. kalau ia tak berjalan mengikut apa yang aku rancang.. memang aku frust laa...
tapi.. aku boleh tersenyum bangga.. kerana semua yang aku rancangkan menjadi kenyataan.. aku had kan masa ku dalam perancangan selama 5 minit. tapi aku present hanya 4 minit.. tersangat lega hatiku.. sangat3 lega.. lepas ni aku boleh laa baca buku.. hehehe..
jom baca buku plak.. hehehe..
ustazah rock
aku seorang wanita. bagi ku, aku tidak lah selembut wanita lain. tapi aku akui, aku harus jadi seorang wanita yang lemah lembut, sopan santun, dan segala ciri-ciri kewanitaan aku perlu ada. kenapa? kerana aku seorang bakal ustazah. kerana ustazah harus menjadi seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita melayu terakhir.
itu fikir ku dulu.
sekarang, pada hemat ku, ku rasa, ustazah juga perlu rock. means, baru pelajar-pelajar senang untuk belajar dengan ku. tetapi rock ustazah adalah rock yang muslimah punya rock. selagi tidak melanggar batas-batas agama, islam tidak melarang.
siapa kata ustazah kena lemah lembut, pakai tudung labuh, senyum simpul, hanya tahu memberi ceramah, hanya tahu perkara-perkara teori, tidak tahu bersosial? siapa kata? ustazah sekarang, perlu tahu serba serbi.. selagi ia tidak melanggar hukum syarak, silalah kamu berbuat apa yang kamu mahu.
ustazah dulu, aku bercerita pada pandangan dan kaca mata aku.. bertudung labuh, berpakaian gelap, sama ada coklat, hitam, blue black, kelabu, dan warna-warna yang sama waktu dengannya. suka judge pelajar ikut suka hati dia. suka main hentam je. suka tengok sekali pandang. terus kata : budak ni tak ok ni.. (aku bercakap berdasarkan pengalaman yang ada. huhu.. sedih aku bila terkenang kan memori dulu..)
perlukah ustazah memakai warna-warna begini? coklat, hitam, blue black, kelabu, dan warna-warna yang sama waktu dengannya?? bagi ku baik itu tak bererti kamu memakai baju kaler yang macam tu. pelajar tengok pun nak lari. pelajar zaman sekarang laa.. aku pelajar zaman dulu pun lari tengok ustazah macam ni. aduhai...
bagi ku, ustazah tak perlu lah sampai begitu sekali. sampai rigid tak mengenal tempat. sampai nak judge pelajar sesuka suki hatinya. bagi aku ustazah kena adil. saksama. jujur.
betul tak???
kekadang ku fikir pelajar takut ingin mendekati insan bernama ustazah. kenapa? kerana ustazah sendiri yang mengadakan jurang pemisah antara dia dan pelajarnya. pernah juga perkara ini dibincangkan di dalam kelas KDO, kelas prof Megat. pernah diutarakan, disebuah sekolah, ada yang menempatkan bilik ustazah dan ustaz adalah bilik yang diasingkan daripada guru lain. dalam erti kata lain, bilik yang dikhususkan. ustazah dan ustaz mempunyai bilik yang istimewa iaitu tidak bercampur bilik dengan guru-guru lain.. apa kah itu mengatakan bahawa status kebaikan ustazah ustaz membezakan mereka dengan status kebaikan guru-guru lain?
padahal mereka adalah sama manusia seperti orang lain. sama ciptaan Allah. kenapa perlu disediakan bilik yang khusus kepada mereka? adakah mereka adalah orang VVIP sekolah? tidak sama sekali. apa motif nya aku tidak tahu. kerana yang mengutarakannya adalah bekas pelajar sekolah itu dulu. jawapannya kamu perlu tanya pada sekolah terbabit. hehe
tapi sebagai bakal ustazah, aku rasa ustazah mestilah bersifat terbuka. terbuka dari segi pemikiran. jangan terlalu sinis atau tertutup. seharusnya pelajar akan lebih selesa berbincang dengan ustazah berbanding guru-guru lain. kerana ustazah rock tetapi muslimah. dalam erti kata yang mendalam ialah ustazah mempunyai latar belakang agama dan juga berfikiran terbuka. itu adalah satu kelebihan yang patut ditonjolkan oleh ustazah-ustazah yang akan datang.
tapi tak semua ustazah baik. ade jugak yang nakal. yang jahat.... aku tak boleh kata. kerana aku masih tidak mempunyai pengalaman berdepan dengan ustazah jahat. so kepada sesiapa yang punyai pengalaman.. silalah bercerita kepada ku..
dan satu perkara yang paling penting yang aku rasa perlu ada pada seorang ustazah ialah dia tidak menghukum pelajar nya dengan tidak ada asal usul periksa. dia menghukum berdasarkan dalil-dalil atau bukti-bukti yang nyata. kerana dia bersifat adil dan saksama. =) (kerana aku pernah hampir-hampir dihukum oleh ustazah ku yang judge aku ikut suka hati dia. dan aku meminta pembelaan untuk diriku. setelah disoal siasat saksi-saksi yang ada. ternyata aku tidak bersalah. senyum bangga aku waktu itu.. hahaha)
aku sememangnya sudah rock. kerana tetiap hari emak ku mengatakan aku adalah seorang ustazah yang rock. di mana rock aku pun.. aku tak tahu. may be dari segi pemikiran ku yang sempoi dan tidak menyusahkan orang. perangai aku saja kekadang amat menyusahkan orang.. hahaha..
pssstt.. aku tidak pernah terniat untuk menjadi ustazah. tapi sekarang aku adalah bakal ustazah. aku tak kan ulang perangai ustazah ku yang dulu kepada pelajar-pelajar ku yang akan datang. itu janji ku.. =)
ILOVEU..
pernah kah kamu mendengar perkataan ILOVEU? mestila kan? kalau tak pernah tu melampau laa.. kenapa iloveu? kenapa tidak imissu.. ada orang luahkan rasa hatinya pada aku ke? hehe..
tapi iloveu kali ni lain sikit.. ia bukanlah satu luahan rasa hati.. atau luahan rasa rindu.. atau luahan sayang seseorang kepada aku.. ia adalah sejenis air yang diberi nama.. iloveu...
aku dah lama dengar lama dah dari k.dila.. kata nya dekat murni ss2.. aku pun ingat-ingat lupa nama tempatnya.. kata k.dila air nya sedap.. hehe..
suatu hari yang indah selepas kelas qiraat.. k.dila membawa aku ke sana untuk mencubanya..
pernahkah kamu dengar dan minum airnya? aku tak pernah sebelum ni.. dan sekarang dah rasa. jika ditanya aku.. untuk kali kedua adakah aku mahu merasainya lagi? aku akan menjawab tak laa kot.. bukan kerana rasa nya tak sedap.. atau kerana air nya kurang menarik.. jangan kamu salahkan air itu.
kenapa aku tak mahu merasainya lagi? ini kerana aku tak suka minum air yang manis-manis. atau air yang bergas. walaupun kamu mengatakan airnya tidaklah manis. aku tetap akan mengatakannya manis. kenapa? kerana tahap kemanisan lidah ku adalah tinggi daripada kamu. kerana itu.. semua benda yang aku 'rasa' manis aku tidak minum.. ia ku spesifik kan kepada air.. kerana aku hanya menyukai air masak atau air suam.. =)
sebab kata orang.. kurang kan manis dalam minuman.. tambahkan manis dalam senyuman.. manis kah aku jika aku tersenyum.. macam tawar je senyuman aku.. hanya kamu yang ade jawapannya.. =)





