RSS

nur..

adik aku ni dah pun besar panjang. hihi.. dah masuk U pun semalam. pergi UiTM.. hehe.. eh hari tu katanya nak masuk maktab untuk jadi cikgu cikgi.. :) Tapi permohonan untuk maktab adik nur aku tu di tolak. siannya.. may be bukan rezeki nur untuk jadi cikgu. huuhu

nur nangis. masa tahu result maktab tak dapat. hehe. kata mak, kalau tak nangis tu bukan nur laa.. nur memang kuat nangis. sensitif. hehe. agaknya jangkit virus sensitif dengan aku kakaknya kot. memang laa.. aku lagi sensitif. hobby aku nangis 5 minit. haha.

untuk nur, sabar laa ye. ada hikmah nya Allah menolak permohonan nur untuk jadi cikgu. kata mak, kerja guru adalah kerja mulia. tapi tak semua orang dapat untuk memikul kerja mulia ini. may be nur tak sesuai. alaaa.. kan nur dah masuk UiTM.. ok laa 2.. hehehe..

tabah itu makanan naluri. sabar itu santapan hati. moga nur tabah dan sabar serta kuat semangat..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tahniah zawani..

tahniah untuk kamu, zawani..

sebagai seorang kawan, aku amat bangga dengan kamu. kenapa?

sebab aku pun belum ambik master, baru je degree, tapi ko dah lepas degree dah pun.. dan 30 ni dah nak daftar untuk master dah pun.. huhu.. kekadang rasa macam kecik je diri aku ni, nak banding dengan ko. tapi, ini je kemampuan aku.. hehe.. ayat sedih yang tak boleh blah.. haha

whatever pun, kemampuan seorang dengan seorang yang lain, tak sama.

dan tahniah untuk kamu kerana telah berjaya mengharungi degree dengan jayanya.. dan akan mengharungi dunia pelajaran yang lebih mencabar lagi.

aku tahu, kamu adalah kawan aku yang kuat semangat, berjiwa tekad. hehe..

BEST OF LUCK.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

selamat hari bapa

:) selamat hari bapa kepada semua bapa2 yang dah jadi bapa.. :)

yang belum jadi bapa pun dan yang bakal jadi bapa, selamat hari bapa.

selamat hari bapa untuk ayah tersayang,
semoga ayah bertambah keimanan, keredhaan Ilahi bersama ayah selamanya
dan semoga ayah panjang umur, murah rezeki..
sayang ayah selalu.

ayah, bapa, pak, baba, papa, daddy, dan apa saja yang korang panggil ayah korang, ketahuilah bapa adalah lelaki yang terulang yang pernah hadir dalam dunia ini. kenapa?

kerana tanpanya kita tak de dan tanpa nya yang menjaga kita, kita tak kan sebesar dan sesenang sekarang. pengorbanan seorang lelaki yang bergelar bapa amat besar dan tak terhingga. itulah ayah, bapa, pak, baba, papa, daddy, dan apa saja yang seumpamanya..

aku sayang kamu ayah.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

rinduilah aku.. ;p

tepat pukul 5.30pm. aku siapkan semua kerja aku. hehe. aku ingatkan tak sempat nak siap. siap 1 buku rampaian agama islam tahun 3. aku lega. buku bahasa arab pun dah siap 2 biji.

so sekarang apa yang tinggal hanyalah design untuk buku cenderamata yang memang sah aku kena designkan. malam esok nak kena submit. sebab lusa ketua aku nak present. agak berat tugasnya. tapi ok laa.. aku boleh belajar pelan2 tentang colour dan banyak lagi.

so, blog aku akan tinggal kan selama 2 minggu. kenapa?

aku duduk dengan mak, mana nak sempat ingat benda lain. hehe. anak manje mak kan. dah lama tak jumpa mak. padahal baru 3 minggu. haha. hampeh betul.

so, sesiapa yang merindui aku, sila lah bagitahu aku. kamu boleh pos rindu kamu melalui angin lalu. jika ia menyapa ku, aku tahu, itulah kiriman rindu kamu. hehe. waa.. main jiwang2 pulak.

masa untuk bersiap, make up, make over, kemas barang, dan mandi wangi2. hehe. jumpa kamu 2 minggu lagi. pasti aku merindui semua blog yang ade.. huhu.

:) waa.. balik kampung.. ooo balik kampung.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kampung laman..

hari ni 16. hari yang indah. pagi yang tenang. suasana yang damai. hehe. aku mahu pulang. rindu mak. rindu ayah. rindu adik2. hehe. semua aku rindu. rindu kat family, lain rasanya. ia lebih menyeksa jiwa, haha. betul ke? entah. kamu rindu dulu, baru tahu.

apa ye aku nak bawak balik? hadiah dah semestinya. dah janji dengan adik2. hm, aku kan kakak yang baik. dan akan ku baik selamanya. haha, perasaan yang terleih sudah.. hehe

sesi mengemas, aku tak buat. sesi memikirkan barang aku nak bawak balik, aku hanya membawa hadiah. penuh 1 bag. so lepas ni, aku hanya memikirkan sesi menyiapkan kerja yang terbengkalai. dan aku harap aku dapat siapkan hari ni.

jom kita mulakan kerja dengan bismillah. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

no play-play..

status: merasa tak sabar, esok nak balik kampung. nak holiday. nak jumpa mak. hehe

status ke2: rasa gelabah. sebab? kerja aku semua lom disiapkan lagi. matilaa aku kali ni. :(

kesimpulannya, buatlah kerja cepat2. jangan main2. kena rajin2. hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

temaninya.. :)

hari yang banyak kerja. ketua aku emel. adik aku msg. itu laa.. ini laa.. macam2 hal. aku kena siapkan semua kerja before aku balik. kalau tak, mesti aku tak dapat nak holiday dengan hati yang senang.

sempena birthday DIA, aku temankan dia shopping. aku shopping ke? tak. aku tak shopping. dan tak pernah menyukai shopping.

kawan aku kata, memang laa aku tak suka shopping sebab aku tak de duit. aku kan masih belajar lagi. no!! kamu salah. walaupun aku ade duit. tak de duit. pokai. baru dapat gaji. or apa2 laa, aku tak pernah suka shopping.

kenapa aku tak suka?? kerana.. di shopping Mall, dengan ramai orang bersesak2. dengan kena berjalan untuk memilih sesuatu. dengan kena beratur panjang untuk membayar dan lain2 laa.. aku tak pernah menyukainya.

bila aku perlukan sesuatu.. aku pergi, aku beli, aku bayar. aku balik. no pilih2. no jalan2. no singgah2 tempat yang tak sepatutnya. kecuali KEDAI EMAS. hehe. itu pun kalau aku rasa ia menarik.

tapi tadi, dengan rasa hairan dan sedikit bangga, aku boleh dengan sabar menemani orang yang menyambut hari lahir nya hari ni dan dengan sangat bertahan aku melayani semua dan pelbagai kerenahnya. aduhai. kalau lelaki shopping lebih teruk dari wanita.

betul ke? aku rasa ia memang betul. sesi memilih. sesi mencuba. dan banyak lagi sesi2 yang lain. tapi aku juga tersenyum melihat pelbagai aksinya yang comel. haha.

apa hadiah aku padanya? aku tak tahu nak kasik apa. tapi bila aku tanya dia tak de apa, dia cakap tali pinggang. aku suruh dia pilih, aku bayar. senang cerita. tak yah bungkus. tak yah bukak kotak dan pembalut hadiah dan tak yah meremehkan diri dengan apa2 yang kecil2 gitu.

kan senang kalau semua orang macam aku. kasik hadiah dengan tidak berbalut. haha. aku suka membuat begitu. hatta kepada emak ku juga. haha. teruknya wanita macam aku. tapi, yang penting, ingatan. bukannya balutan hadiah tu.

siapa setuju, undian untuk aku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS