22/02/2016
30 hari dalam tempoh berpantang.
Kata orang, tempoh berpantang adalah 44 hari. Aku ikut jela. Memandangkan aku orang yang masih muda belia. Haha. Bermaksud aku punya 14 hari lagi tempoh berpantang. Tak lama tu. 2 minggu saje. Bertabahlah wahai diri.
Sesetengah orang beranggapan pantang perlu 100 hari. Sesetengah lagi 44 hari dan selepas itu kau boleh makan apa saje kau mahu.
Aku?
Badan aku agak berlainan dan tidak sama. Jadi aku fikir, mungkin pantang lama adalah lebih baik. Kerana badan yang selalu tidak sihat ini kemungkinan akan lalui proses penyembuhan dengan agak baik jika tidak di usik dan berehat agak lama.
Anak pertama, berjaya berpantang selama 100 hari. Jadi berharap anak kedua juga begitu.
Anda bagaimana?
Adakah lebih baik berpantang 44hari atau 100hari.. atau tidak usah berpantang terus?
Nota Pinky;
"Berpantang kali ni sangat mencabar. Tak tahu kenapa. Huhu"
Sudah hari ke-30
Zaman banyak berubah..
22/02/2016
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.
Hari ni bonda bercakap berkenaan zaman dia ngan zaman aku berbeza..
Ya. Bezanya kehidupan zaman dahulu dan sekarang.
Bercakap mengenai kehidupan zaman dahulu dan zaman sekarang memang sangat banyak perbezaan. Zaman ibubapa kita ngan zaman kita dan zaman anak-anak kita.. banyak perbezaannya.
Bonda selalu kata, zaman dulu kehidupan sangatlah susah. Kalau ada duit 5sen, genggam duit tu sampai berair tapak tangan takut hilang.
Cerita tentang kesusahan yang dilaluinya dulu. Dan cerita itulah yang aku dengar berulang kali tanpa jemu. Dan ia menjadi penguat semangat ku untuk meneruskan kehidupan yang aku kira masih beruntung dari zaman bonda dulu. Alhamdulillah. Syukur atas pemberian nikmat ini oleh Allah.
Zaman aku.
Aku kira juga agak susah. Sebab aku masih lagi bekesempatan membawa duit ke sekolah dengan hanya 40sen. 40sen waktu itu, nilainya juga agak besar. Boleh beli nasi berlauk ayam dengan harganya 30sen dan air sirap berharga 10sen. Cukup untuk bekalan perut yang sedang menari kelaparan.
Zaman sekarang.
Budak diberi kemewahan. Duit melimpah ruah. Apa yang anak mahu, anak minta, ibu bapa bagi. Katanya, tidak mahu anak merasai apa yang dia rasa pada waktu dulu.
Oh ibu. Oh ayah.
Jangan begitu. Anak sekali sekala perlu di ajar dengan kesusahan. Supaya dia mengenal erti kehidupan. Supaya dia mengetahui hakikat kemanusiaan. Supaya dia tahu, dunia bukanlah seindah zaman kanak-kanak nya.
Zaman akan datang.
Aku tak tahu apa yang akan terjadi akan datang. Kekadang aku terasa sedih melihat para pelajar yang tidak menghiraukan masa depannya. Adakah akan datang dia akan perolehi kehidupan seperti yang didambakan? Atau akan datang dia akan menyesal kerana tidak mengikut nasihat yang diberi oleh guru sendiri? Atau akan datang dia akan mendabik dada mengatakan inilah usaha ku tanpa bantuan sesiapa pun. Mari kita lihat nanti..
Dalam hati.
Selalu berdoa,Supaya generasi akan datang setanding dengan generasi terdahulu. Amin.
Dan selalu berdoa, supaya anak didik menjadi orang yang berguna untuk nusa dan bangsa. Amin.
Semuanya... Rahsia Allah..
21/02/2016
Alhamdulillah. Baru sudah selesai membaca buku yang ke3, Maryam Anak Syurga. Hari ke-28 berpantang.
Bukunya penuh motivasi. Penuh air mata. Penuh dengan isu kekeluargaan. Walaupun tulisannya tidaklah setanding Dr. Kamil. Atau mungkin Dr. HM Tuah. Tapi bukunya penuh teladan.
Persoalan yang bermain dibenak fikiran aku.
Sebagai seorang Ustazah,mampu kah aku berdepan dengan ujian seberat Ruqayyah Farhani? Mampukah aku tersenyum bangga jika kehilangan anak yang aku kandung dan aku tunggu saat dia menjenguk dunia bertemu aku yang kerinduannya memuncak untuk bertemu sang anak? Mampukah aku tersenyum bila berdepan dengan ujian seberat ini?
Allahuakbar.
Tepat jam 9.33 malam.
Aku menerima pengkhabaran, si bongsu cilik yang hensem bambam anak kepada sepupu ku telah menghadap ilahi ketika usianya mencecah 2 tahun. Allahuakbar. Sekali lagi aku menyebut tahmid membesarkan Allah, Tuhan sekalian alam. Dia anak syurga.. Subhanallah..
Kata ayahanda.
"Dia masih kecil sudah dijemput Ilahi. Kita yang dah tua ni,bila gilirannya.."
Sampuk bonda.
"Dia dah comfirm masuk syurga. Kita ni.. tak tahu lagi syurga atau neraka?"
Aku yang mendengar,diam membisu.
Allahuakbar. Sayangnya Allah pada aku. Dia datangkan sedikit tazkirah ringkas buat ku. Tapi besar maknanya. Mungkin dalam kehilangan ini, Allah gantikan yang lebih baik buat mu sepupu. Mungkin jika anak itu masih hidup, dia akan terseksa. Kita hanya mampu meneka dan merencana. Tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Dua-dua anak syurga. Bezanya situasi. Aku hanya mampu berdoa. Semoga kesabaran dan ketabahan kalian, Allah gantikan dengan yang lebih baik. Insya Allah. Amin..
Apa ibrahnya?
Ya. Ia berkeadaan ajal maut ditangan Allah. Lambat atau cepat, hanya Allah yang tahu. Buatlah persiapan yang jitu untuk bertemu Rabb mu. Aku memohon, jika sampai ajal ku,biarlah semua tanggungjawab ku telah aku laksanakan dengan baik. Segala hutang piutang ku telah aku langsaikan kesemuanya. Segala nya telah selesai. Supaya aku dapat menghadap sang Pencipta yang Maha Hebat dengan penuh sempurna. Insya Allah...
Nota Pinky;
"Mencabar jaga anak yang dua orang ni. Ni baru dua. Belum enam lagi. Berangan!"
Pengalaman lalu..
20/02/2016
Pengalaman lalu.
Semua orang ade Pengalaman lalu. Ia kekadang mematangkan kita. Dan kekadang sebaliknya. Kata bonda Permaisuri, "Perkara lepas tak perlu dikenang. Tapi dilupakan jangan."
Bonda Permaisuri bercakap berkenaan nasihat. Aku plak yang terkebil-kebil. Mungkin terasa aku masih tidak layak untuk menasihati orang. Yela. Aku banyak jugak buat salah. Salah ngan Bonda. Salah ngan ayahanda. Salah ngan kekanda dinda.. salah ngan sahabat handai. Dan Salah ngan diri sendiri terutamanya. So macam mana aku nak bagi nasihat pada orang?
Tatkala ini lah keluar macam-macam pepatah.
Salah satunya yang biasa aku dengar.."lihat apa yang dikata. Bukan lihat orang yang berkata." Mengangguk tak semena-mena. Tempelak diri sendiri.
Terimbau kenangan lepas.
Aku bukanlah orang yang baik-baik. Walaupun diberi pendidikan yang baik-baik oleh kedua orang tua. Pendidikan yang baik kekadang tidak akan mencerminkan peribadi seseorang. Tapi kebanyakkannya ia adalah cermin diri. Mungkin dalam kes aku,ia berlainan. Senyum sumbing.
Jadi, bila aku terfikir untuk mula memberi nasihat, aku tetiba akan terasa lemah. Semangat yang ada terus longlai.
Hati terus bertanya.. Apakah ini ujian diri?
Nota Pinky;
"Rindu en. Hati banyak. Agak-agak orang busy macam dia sempat tak rindu aku yang tak busy ni?"
Dilema seorang umi.
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Good Evening.
Jam menunjukkan pukul 11.38 malam. Tadi aku dah tidur. Sekarang terjaga dari tidur. Kedua-dua anak, kiri dan kanan nak susu.
Saat paling mencabar setiap hari bila rutin kembali. Tidur.
Naurah Nabihah. 3 hari lagi genap setahun enam bulan. Tapi masih menyusu badan. Campur dengan FM.
Faqihah Husna. 19 hari. Comfirm 203% aku bagi susu badan.
Sebenarnya, dah berbuih mulut mak suruh aku lepaskan susu Naurah. Tapi aku sayang. Aku target sampai 2 tahun. Tapi ni baru setahun enam bulan. Ade 6 bulan lagi. Aku dah tanya ramai doctor dan nurse.. Semua benarkan aku meneruskan penyusuan untuk Naurah. Tinggal aku je lagi kuat ke tidak.
Nak lepaskan susu untuk Naurah.
Aku tak tahu kenapa. Ada satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan yang aku macam belum bersedia lagi. Mungkin aku belum bersedia untuk terima hakikat yang sekarang, Naurah dah besar. Akan datang, Naurah akan membesar dan ke sekolah. Dan akan melalui proses yang aku lalui sekarang. Inikah perasaan seorang mak?
Dilema.
En. Hati macam biasa, dia serahkan pada aku untuk buat keputusan. Dia sokong apa saje keputusan aku asalkan tak bersalahan dengan syariat. Dan aku masih belum buat keputusan. Rasa macam susahnya nak buat keputusan kali ni.. Tak tahu kenapa.
Penyusuan untuk Faqihah, Insya Allah, 2 tahun jugak. Harap aku kuat. Sebab menyusu badan ni, sangat memerlukan Kekuatan luar dan dalam. Kalau down, susu mesti drop. En. Hati pun cakap, "lepas ni u rehatlah. Menyusu 2 tahun pastu baru kita fikir pasal anak lagi." Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan suami yang soleh kepada ku. Senyum.
Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim.
Kau bantulah aku dalam membuat keputusan. Kau jadikanlah keputusan yang aku buat adalah keputusan yang terbaik untuk semua.. Kau kuatkanlah semangat ku dalam menempuhi semua yang telah Kau tetapkan. Amin.
Nota Pinky;
"Aku menangis mengenangkan nasib My BFF. Allah datangkan ujian yang hebat buat dia. Dia lalui dengan tabah. Kalau aku berada di tempatnya, adakah aku begitu? Aku fikir, hanya orang yang hebat saja boleh melaluinya. Bertahanlah sahabat. Insya Allah, Allah akan datangkan sesuatu yang lebih baik buat mu. Lap air mata."
Leteran mak macam pakar motivasi. Lengkap.
Assalamualaikum. Selamat petang.
Tempoh berpantang adakalanya menyakitkan. Adakalanya mengembirakan.
Yang sakit tu,biasalah. Bila beranak normal untuk kali pertama,memanglah sakit. Ditambah pulak memang langsung tak de pengalaman. Terawang-awangan aku ni haaa.. Alhamdulillah ade my BFF, Puan Farha yang sudi melayan kerenah dan persoalan aku yang pelik-pelik sebab tak de pengalaman langsung. Aku, mahu pun mak, dua-dua tak de pengalaman dijahit hidup-hidup. Wah. Bila sebut,terasa seram sejuk plak.
Yang mengembirakan tu, aku dilayan macam puteri. Hoho. Seronok. Tapi bosan. Minggu pertama,mungkin seronok. Dah masuk minggu kedua, ketiga ni.. aku memang bosan sebab asyik duduk ngan sopan dan tak boleh bergerak banyak2.. Hmm.. Patutlah aku tak dilahirkan sebagai seorang puteri raja. Alhamdulillah syukur.
Bila duduk ngan mak, banyaklah benda yang nak diborakkan. Banyak jugaklah benda yang aku nampak melalui mata hati dan banyak benda yang boleh aku baiki dalam diri.
Kesusahan hidup.
Mak cakap, bila hidup kita susah, kita tak boleh salahkan orang. Kita tak boleh letakkan beban yang kita tanggung pada orang lain. Kadang-kadang bukan salah orang tu. Kita yang salah. Kita yang tak nampak. Tapi kita tetap buta. Bukan buta mata. Tapi buta hati. Tak nampak secara jelas. Sepatutnya kita bukak mata hati untuk melihat apa yang kita tak nampak.
Dalam kata-kata mak tu.
Tapi.. Ade benarnya kata mak. Aku tak menafikan. Kadang aku juga begitu. Tak dapat membaca hikmah yang datang beserta kesusahan yang ada.
Untuk nampak hikmah, mak pesan.. Jangan terlalu gelojoh. Kita kena cerdik menggunakan otak. Otak kan dah di beri oleh Allah kepada kita. (Aku faham maksud mak kat sini adalah akal). So guna kan otak sebaik mungkin untuk lihat dalam banyak sudut.
Macam kita beribadat jugak, kena pandai pilih.. ayat apa yang banyak pahala. Zikir apa yang banyak timbangannya. Buat yang itu terlebih dulu. Baru menyusul dengan yang lain.
Aku rasa dah macam dengar Ustazah memberi nasihat.
Itulah kelebihan bila ada mak. Kata-kata mak beribu-ribu. Dan dalam beribu-ribu tu, dapatkah kita ingat semua? Kadang-kadang sebenarnya kita tak perlukan pakar motivasi.. cukuplah hanya ada mak. Tapi sesetengah orang tak menghargai mak yang masih ada di dunia.
Harap mak sentiasa sihat, dirahmati dan dilindungi oleh Allah selalu. Amin.
Nota Pinky;
"Tadi dengar mak tanya salah sorang adik kat rumah. "Kak tu agaknya rindukan abg wan kot. Diam jer.." Aku buat-buat tak dengar. Memang! Aku sedang merindui kamu, en. Hati kesayangan jiwa."
Tempoh berpantang.
Assalamualaikum. Selamat petang.
Sekarang tempoh berpantang dirumah. A.k.a di kampung.
Berpantang kali ni tak sama ngan berpantang anak pertama dan anak kedua. 3x pantang, 3 keadaan yang berbeza. Tapi rasanya keadaan 2 minggu pertama ni, berpantang kali ni sangat memeritkan.
Hm. Itulah yang selalu orang cakapkan. Setiap anak semuanya berbeza. Sekarang aku setuju. Ya. Setuju 203%...
Harap masa cepat berlalu dan luka cepat sembuh. Dan aku doakan aku kuat nak mengharungi hari-hari yang mendatang. Dengan kedua-dua anak yang masih menyusu badan.
Nota Pinky;
"Baru beberapa hari di kampung, aku sudah merindui kamu, en. Hati.."





