kepala jem. otak jem. kepala ni penuh dengan semak samun. siapa nak tolong bersihkan? aku memang dah tak boleh nak fikir apa-apa ni. adehlaa...
apa yang perlu aku buat? entah.. itu jawapan mulut aku. jawapan otak aku? siap kanlah kerja yang ade wey.... hehehe.. bercanggah sama sekali dengan mulut ku yang membebel tak tentu arah itu.
tapi kenapa semalam dan hari ni rasa macam nak giler dan malas sangat-sangat.. ni nak kena keluar dating ni. baru otak jadi selaras ngan feel dan mulut aku. jumpa orang yang patut dijumpa dan tenangkan fikiran aku ngan bersihkan mata ke. hehehe. siapa tahu semua yang ade kat dalam ni release sikit.. hahaha.
siapa plak yang nak keluar dating ngan aku? hmmm.. tak de. tak de. dan tak de. ish333.. sedih betul. hahahaha.. kesian kan diri sendiri. fusssshhhh... eh, nak dating plak dia. dah laa skrip tak siap lagi. hehe. ok2. aku buat keje siap-siap dulu. ;p
nak berangan tetibe angan-angan mati. lalala~ kenapa mati plak? sebab banyak sangat kot semak yang perlu aku bersihkan dalam otak ni. adehlaa.. tapi hari FARHA cakap nak tolong bersihkan. tapi tak bersih-bersih pun. hehe. adoi...
skrip.. skrip.. skrip.. jom tolong aku buat.. hehehe
semak samun otak..
loghat ganu..
rutin aku setiap hari.. belajar. buat masa sekarang tengah belajar buat skrip yang baik. skrip aku, aku baca pun macam kaku je. aku baca sendiri pun macam ayat buku je. haha. itu yang aku rasa. kalau host baca plak... macam mana dia rasa. tunggang terbalik laa aku di maki nya. hahaha
tapi dalam tempoh belajar, aku rasa memang macam ni kot... haha. sedap kan hati sendiri. pada hal dah memang tak pandai. kelemahan aku yang terbesar ialah tak pandai nak guna bahasa standard. kalau bercakap dengan aku comfirm orang tak berapa nak faham. kenapa? sebab aku sekarang pun masih guna loghat terengganu.
tapi seperti mana yang aku dah memang sedia maklumlaa.. aku memang di hantar belajar ke kL adalah disebabkan loghat aku yang melampau dalam percakapan. aku pun tak tahu bila loghat ini akan hilang. aduhai.. tapi aku ada jugak berusaha untuk menggunakan bahasa standard dalam perbualan harian aku. tapi entahlaa...
macam mana orang nak faham aku bercakap? hahaha.. member aku ramai orang kedah. ada orang kelantan. semua bercakap menggunakan loghat masin-masing. macam-macam gaya. rojak. haha. kalau dengar pun pening. sorang kedah. sorang terengganu. sorang kL. adehlaa..
tapikan... whateverpun.. aku perlu jugak membiasakan diri dengan bahasa yang standard. tak kan selamanya nak guna loghat. bukan aku ni kacang lupakan kulit. tapi setiap perbaharuan tu biasanya akan menjadikan diri aku lebih baik dari semalam. aku harap la.
hmm.. entah bila aku dapat betul kan gigi dan lidah untuk membuang loghat yang amat aku sayang untuk tinggalkan ni. hahaha.
aku harap aku dapat buat yang terbaik untuk diri sendiri.. chaiy0k3..
perempuan salah? lelaki.....
semalam.. aku ditanya soalan yang biasa ditanya oleh semua orang pada aku. macam biasa lah.. jawapan aku tetap sama seperti sebelum-sebelum ni. TAK. satu jawapan yang cukup mudah. dengan jawapan tak semua orang boleh faham.
tapi apa peliknya kalau perempuan tak pandai masak? pelik sangat ke? aku memang tak setuju sejak aku di sekolah menengah lagi. aku pun tak tahu kenapa. tapi yang aku tahu, dunia sekarang dah moden, so biasalah kalau perempuan tak pandai masak. aku memang mengaku. aku jujur. kalau lah seseorang nak memperisterikan aku, 1st aku akan berterus terang, memang memasak bukan bidang aku.
sekarang aku dalam training. semua aku kena belajar. sebab aku tak de pengetahuan or pengalaman langsung pasal training aku. means.. aku ngah belajar benda baru. masak? dah 3 hari aku kat kL, sehari pun dapur tu tak berasap. aku tak tahu nak makan apa. setakat paprick, tomyam, sayur campur, ikan goreng, telur goreng.. hmm.. tak nak laa aku masak. dahlah stay sorang-sorang... tak de feel langsung nak makan..
so, aku tak berkesempatan lagi untuk belajar masak. dari kecik ada kat asrama. darjah 6. so tak de dah nak belajar masak. masuk tingkatan 1 sampai upper 6, aku kat asrama lagi.. balik sekali sekala, apa aje yang aku sempat belajar. menu macam aku sebut kat atas tu laa.. huhu..
then masuk diploma.. sekali lagi aku stay kat asrama. sekarang aku degree.. haa.. kat asrama lagi. balik pun 2 minggu. nak belajar masakan pelik-pelik macam nasi ayam or nasi beriani or nasi minyak.. tak sempat pun. masaklaa aku ala kadar dengan kadar yang aku mampu. itu boleh dikira pandai masak tak? bagi aku, tak.. sebab itu lauk basic je.. kan?
so selama lebih kurang 15 tahun aku kat asrama, apa aje yang aku pandai? masakan yang basic saje.. aku tak kesah apa orang nak kata. kalau isteri tak pandai masak, suami lari. ish.. bagi aku, tugas isteri memang untuk jaga suami. tapi suami pun kekadang tak pandai jaga isteri. kenapa isteri juga yang dipersalahkan??
kalau perempuan tak tahu masak, aduh bising, bingit telinga. ade tu yang siap geleng kepala lagi. terutamanya lelaki. dia nak isteri yang pandai masak aje. pastu yang cantik. tapi dia pandai apa? tak tahu apa-apa..
aku tak kesah kalau seorang lelaki tak pandai masak. tak pandai serba-serbi. tapi aku lebih kesah kalau si lelaki tak dapat jadi imam dalam keluarga. kalau perempuan tak pandai masak bising. tapi lelaki, boleh ke jadi imam sewaktu solat. boleh ke jadi imam dan berjemaah dengan isteri dan anak-anak kat rumah?? tepuk dada tanya iman..
kalau dia seorang lelaki yang boleh jadi imam, aku benarkan dia bising kalau isterinya tak pandai masak. kalau dia tak boleh diharap langsung pasal bab-bab agama, better jangan bising.
aku emo? ye! aku marah? ye! sebab selalu nya masyarakat sekarang hanya memandang apa yang perempuan buat. bukan apa yang lelaki buat.
bagi ku, tanggungjawab lelaki adalah sama dengan perempuan. so apa salah kalau suami isteri duduk satu rumah, masak sama-sama, duduk dapur sama-sama. tolong menolong. itu tak kan menurunkan ego. tapi itu membuatkan rumah tangga makin harmoni. isteri pun senang nak dengar cakap suami yang macam ni. Rasullullah pun buat macam tu.. ;p
so pandai masak atau tidak itu tidak menjadi masalah. sebab lama kelamaan aku memang kena belajar jugak. untuk aku masak untuk diri sendiri. aku memang nak belajar. tapi bukan untuk orang lain. tapi untuk diri sendiri.
lelaki tolong jangan tanya awekss kamu pandai masak atau tidak jika kamu tak boleh menjadi imam dalam solat kepada mereka kelak. no alasan-alasan ye.. ;p
bangun3..
percaya atau tak sekarang dah akhir tahun. dan umur ku makin meningkat. tapi ilmu kat dunia ni aku rasa makin banyak yang aku tak tahu. makin lama, makin banyak yang aku nak tahu. tapi semua tu tak semestinya terjawab sekali gus. ade kalanya jawapan yang aku inginkan belum tentu aku dapat hari ni. mungkin ia memerlukan masa yang panjang untuk aku fahami dan dapat jawapan yang aku mahukan.
tanggungjawab plak makin lama, makin berat. itu sudah tentu. tak nama nya hidup kalau tak de tanggungjawab yang hendak diselesaikan. so kenalah aku jadi orang yang bertanggungjawab. tul tak?
hmm, aku rasa, aku tak pernah tak de kerja. asyik busy memanjang. dan tetiap masa ade kerja. hm, tapi aku rasa, makin banyak kerja yang aku buat, makin banyak plak kerja yang menunggu. adehlaa..
tapi kalau kerja banyak pun, aku sempat lagi main-main. tak pernah nak serius dalam bekerja. tapi janji aku happy, suka, gembira, dan ceria. kan hidup ni senang, simple. rugi kita menyusahkan dengan perkara yang menyesakkan nafas kita. hehe. so setiap kerja yang di tugaskan or diberikan kena buat dengan penuh semangat. hehe.
hidup aku, mesti bersemangat!
usah rumitkannya..
kata abg najib.. (bos baru aku).. benda yang kecik jangan dibesar-besarkan.. bila kita fikir masalah kita yang kecik yang membelenggu diri itu adalah masalah besar.. ia akan membesar macam yang kita fikirkan. anggap semua masalah itu adalah masalah yang kecik, dan kita akan dapat selesaikan nya walaupun cepat atau lambat.
hmm.. masalah aku? tak de lah besar. tapi ia macam menjerut leher ini supaya aku tidak dapat bernafas. supaya aku memerlukan oksigen yang lebih. aku kekadang tidak tahu apa yang menghantui diri ini. kekadang ku rasa aku kuat untuk menjalani semua ini. kekadang terasa sangat lemah, longlai tanpa sebarang kudrat, seperti kehilangan banyak tenaga, seperti kehabisan semua kuasa dalaman.
pernah juga aku ingin lari jauh, jauh-jauh, jauh-jauh-jauh, supaya tidak ada sesiapa mengenali diri ini. tapi saat itu, aku terfikir, untuk apa aku melarikan diri dari kenyataan. dari semua masalah yang membelenggu diri. padahal kenyataan itu adalah masalah yang patut kita selesaikan sendiri. tanpa melarikan diri daripadanya. dan seperti apa yang aku pegang.. masalah yang ada bukan untuk kita lari darinya tapi untuk kita selesaikannya.. ;)
semakin aku lari, semakin aku rasa masalah itu makin dekat, makin menyelubungi, makin hampir, makin tersenyum ke arah ku. kini, aku tegar. aku mengambil langkah. ingin ku atur langkah satu per satu. supaya pelan-pelan aku dapat menyelesaikanya. supaya otak aku tidak lagi bersawang dengan masalah lama.
hidup ini indah dengan ada nya masalah. hidup ini lebih indah jika masalah yang timbul dapat aku selesaikan dengan baik dan teratur. dan ia makin indah jika semua masalah yang timbul memandang dan tersenyum ke arah ku, dan berterima kasih kerana menyelesaikannya dengan baik..
bak kata iklan digi.. pasti segalanya mudah saja.. ;p
oh Tuhan, kuatkan hati ku.. =)
mampukah aku?
semalam 6hb dec.. tamatlah segala cuti aku. so aku kena naik bas and balik ke kL dengan kadar segera. banyak lagi kerja yang perlu aku siapkan. terutamanya kerja-kerja yang aku sememangnya tempah itu. (eh, bila ingat je kerja, perut aku terus lapar. adoii..)
so aku hanya bercuti selama 2 minggu. tak kesahla.. janji aku cuti dengan seronok.
semasa dalam bas semalam, aku terfikir sesuatu yang buat kan hatiku berdetik hiba.. entah kenapa. aku termenung. macam mana kita nak tahu pilihan kita adalah betul untuk kita? tapi jawapannya tak timbul-timbul... mungkin aku masih mencari-cari apa yang perlu dalam hidup aku. aku masih tercari-cari apa yang patut dalam hidup aku..
kata orang, kita may be akan jumpa orang yang salah terlebih dahulu, supaya apabila kita jumpa orang yang betul, kita akan lebih menghargainya.. betul ke tidak? jangan tanya aku. sebab aku sendiri pun kekadang tersalah dalam memilih. tersasar dalam membuat pilihan. kekadang aku sendiri pun buntu. tak tahu mana intan mana kaca.
perlukah aku memilih? itu adalah satu soalan yang cukup aku tak suka. aku tak suka memilih antara 2, bahkan kalau diberi lebih dari 3, 4, 5, 6, 7 atau lebih, aku tak mampu untuk memilih. aku memang tak mampu.
aku terfikir.. kadang-kadang antara 2 jalan, kita terpaksa memilih jalan yang salah untuk kita tahu bahawa ade jalan yang benar yang sepatutnya kita pilih. tapi kadang-kadang jalan yang benar itu, kita tak nampak. dan kita terpaksa memilih jalan yang salah disebabkan kita buta dalam membuat penilaian yang mana satu benar yang mana satu salah.
aku juga merasakan bahawa hidup ini bukan untuk disia-siakan dengan pilihan yang salah. betul ke tidak.. entahlaa.. aku pun tak tahu.. =)
tapi kalau kita boleh mencipta bahagia, kenapa derita yang kita pilih? kan.. sebab aku berpegang ada kata-kata Dr.Tuah.. "bahagia itu umpama langit yang tak berawan.." maknanya.. bahagia tu ade di mana-mana.. tak memilih sesiapa.. cuma jalan yang kita pilih dan macam mana kita lalui je menjadi faktor lain yang membantu..
pernah aku cakap pada asma.. "kalau lah aku dapat pusing semula masa itu...." dan aku di marahinya.. kata asma, hidup ini bukan untuk disesali.. tapi untuk dibaiki mana yang salah supaya keadaan menjadi sesempurna yang kita impikan.. asma betul..
tapi, mampu kah aku membaiki semua keadaan supaya menjadi keadaan yang aku inginkan.. supaya menjadi sempurna seperti di dalam kaca mata ku ini?
kuatkah aku untuk melawan badai yang melanda.. kerana kekadang aku merasakan tidak ada langsung semangat dan kekuatan yang bertunjang dalam diri ni..
mampukah aku??
buntu3
urusan mendaftar subjek masih belum jugak selesai. target aku sem ni, aku dapat daftar 20jam kredit dengan 18jam yang dikira di dalam pointer. tapi yang menyesakkan nafas ku adalah subjek sem ni berterabur sikit. ade yang tidak berjalan dengan lancar. aku masih mendaftar dengan 17jam kredit. tinggal satu lagi subjek yang ade dalam otak aku yang tak dapat didaftarkan.
hmm, sosiologi pendidikan tak dapat daftar seperti yang aku rancangkan. (memang benarlah, kita merancang dan Allah sebaik-baik perancang. hehe ) sebab yang membuatkan rancangan aku tergendala ialah kuota yang dihadkan tidak mencukupi.. susah jugak kan.. hehe
puas aku cari jalan. tapi jalan mati jugak yang ade. puas aku cari jalan nak keluar. tapi jalan kebuntuan jugak yang datang. adehlaa.. sekarang dalam proses nak settle kan mana patut dan fikir jalan yang terbaik untuk aku dah diri ku. =)
moga tuhan permudahkan semua urusan.. =p





