RSS

merapu..

habis exam sesuatu perkara yang seronok dan indah bagi seorang pelajar macam aku. terasa release dan semua yang terbeban di kepala menjadi kosong.. dan otak yang tepu sudah pun dapat bergerak dengan sempurna. may be segala darah yang ada di kepala sudah bisa mengalir dengan normal. hehe.

tapi kenapa tetibe hari yang patut aku nikmati dengan senyum, aku rasa tak berjalan dengan lancar atau macam tersekat dikerongkong je. ahhh.. terasa bosan menyelubungi hari-hari yang ada. aduhhh... inilah padahnya bila aku membiasakan diri dengan timetable yang penuh.

tapi kekadang melepak dirumah, tengok tv, dan sekarang aku membuat 2 perkara dalam 1 masa. menaip sambil melihat tilawah interaktif. kenapa plak aku baik dan pilih rancangan ni? hahaha. terasa kelakar. tapi dari rancangan entah apa-apa yang menjadi pilihan, baik aku pilih rancangan yang ade ilmu atau ilmiah. aku makin mirip mak. hahaha

mungkin usia yang meningkat menyebabkan aku menjadi mirip mak. pagi tadi mak sms. masih seperti selalu diakhir sms nya. "kak, kak kena ingat, kak bukan budak-budak lagi. kak dah tua. so kena bersifat macam orang dewasa." aku senyum.

aku dah penat jadi budak nakal. kata ku pada mak. tapi sifat aku sekarang masih seperti dulu. tidak ade yang berubah. mungkin aku kurang garang. itu aje yang ku kira ade sedikit perubahan. yang lain, tetap seperti dulu. menyakat orang, nakal, agresif, suka buat kawan-kawan merajuk. aku seronok. hahaha. tapi yang paling aku tahu sekali, aku memang bermulut manis. ini telah diakui oleh semua orang. hahaha.. bukan lelaki je eh yang bermulut manis. perempuan pun ade. so kamu semua perlu berhati-hati dengan aku. hihihihi

abang najib kata; hidup kekadang perlu plastik untuk menjaga hati orang. sebab kita hidup bermasyarakat.betul. aku setuju. kalau asyik nak ikut otak aku, hahaha mati korang semua kena hamun dengan aku. lalala~~ itu aku perlu banyak belajar. kerana aku kekadang kurang menjaga hati sesiapa saje. aku tak berapa pandai. tapi kata mak, aku pandai mengambil hati orang tua. hahaha. aku ketawa bila mengenangkan semua tu..

rindunya mak kat kampung laman. ayah dan adik-adik juga. mak dah bising sebab tak balik-balik lagi kampung. sebab kat sana dah mula hujan. dan hujan nya tak berhenti. dahlaa depan rumah aku sungai. adehhhlaa.. nasib laa..

hmm.. apa laa aku merepek-repek ni.. aku pun tak tahu. ini lah padahnya bila ade banyak masa free.. menerawang ke sana sini. semua aku nak fikir dan aku nak kenang.. huhuhu

baju untuk aku angkut ku bawak balik ke rumah perlu dipilih. sebab aku dah nak masuk tahun 4. so kena pelan-pelan bawak baju balik kampung. baju aku bapak banyak kat sini. macam aku orang kL plak rasanya. haha. teruk benor. tapi bila kenangkan baju yang sangat banyak kat rumah yang takde orang pakai, aku sian jugak kat dorang. haha. ni laa padahnya kalau pandai jahit baju. asyik nak buat baju jer. huhu

adoiii.. beginilah bila cuti dan tidak ade keje. semua penuh dalam otak dan merapu... lalala~ mungkin aku perlu ade timetable baru untuk cuti ni untuk aku tidak merapu memikirkan apa aje yang terlintas.. hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

adakah aku cemburu?

cemburu...

haruskah ia bertapak kat hati seorang manusia. aku tak pandai untuk cemburu. memang!! aku tak pandai cemburu sikit-sikit.. kalau aku cemburu, pasti aku akan cemburu berlebihan.. aku tak pernah cemburu sikit-sikit.. kamu boleh tanya orang yang sepatutnya.. lalala~

tapi ade jugak orang yang cemburu.. tak kesah laa cemburu sesama teman, kawan, member, kekasih hati, adik, abang..

aku wanita biasa. aku juga wanita yang tak de apa-apa. aku miskin. aku juga tak punyai rupa yang cantik. aku hanya wanita yang sederhana. dengan penampilan biasa.

aku rasa, kamu tak perlulah mencemburui aku. apa yang aku ada sekarang ialah hasil titik peluh aku. aku cuma mahu hidup aku lengkap. lengkap itu bukan bermakna aku sempurna. tapi lengkap itu bermakna, lengkap pada mata ku. aku ade apa yang perlu. dan tidak melampau. aku juga tak pernah ingin rasa cemburu dengan sesiapa. kecuali dengan 2 orang perempuan yang menganggu kedamaian en.peguam. selain dari itu, aku tak pernah ingin mencemburui sesiapa.

mak aku kata, kita tak perlu cemburu dengan apa yang orang ada. kerana dia ade sesuai dengan kemampuannya. apa yang kita ade, adalah sesuai dengan kemampuan kita. Allah itu maha Adil. mak jugak kata, jeles atau cemburu itu tidak baik untuk hati kita. mak kata, kalau ade je sedikit cemburu yang tak elok tu, hati kita akan jadi hitam.

itu pesan mak aku. aku tak tahu kalau mak kamu tidak pernah berpesan macam tu. mak aku adalah pakar motivator yang terbaik yang pernah aku jumpa. walaupun mak hanya SPM. tapi dada mak penuh ilmu. mak sangat baik.

waaa.. tetibe je rasa terharu.. salah topik ni.. lalala.

tapi itu lah hakikatnya. tak elok simpan perasaan yang tak elok dalam hati. cemburu itu kekadang menjadikan hubungan seseorang itu retak.

renung-renungkanlah.. lalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ku pilih study..

penat sangat hari ni.. may be aku telah membiasakan diri dengan tidur selepas menjawab segala soklan exam. tapi berlainan dengan hari ni. aku tidak melakukan seperti kebiasaannya. kenapa?

kerana.. aku kena kerja. dan aku sangat-sangat penat. rupa-rupanya belajar adalah best dari kerja. kerana penat bekerja adalah penat yang sangat-sangat penat. dan penat belajar, kita masih dapat merehatkan diri lagi.

betul tak? siapa yang tak setuju dengan aku. sila angkat tangan.

jika diberi pilihan.. mahu bekerja atau belajar? aku pilih belajar.. kenapa? kerana pelajar akan selalu nampak muda. eh kenapa plak? sebab aku adalah pelajar walaupun aku sudah menjangkau umur 250tahun.. huhu..

betul ke tidak.. betul ke tidak.. betul ke tidak.. (ala-ala datin wanabe) lalala~~

status : nak rehat jap. and tidur. sebelum tdo kena fikir hadiah apa yang patut aku beli untuk amin yang dapat result UPSR 5 A.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

merdeka..

aku lega.. tepat jam 10.30am, aku diisytiharkan tamat dan merdeka dalam exam untuk sem ni.

sangat lega ok. tak pernah selega ini.. exam kali ni... komen ku? aku no komen. (wah3 macam artis-artis gitu..) tapi alhamdullillah.. aku puas hati dengan jawapan dan hasil usaha ku. aku harap Allah Taala akan menolongku untuk melembutkan hati lecturer.. semua lecturer yang marking kertas jawapan aku.

ohya.. TAHNIAH aku ucapkan untuk adeq aku Yamin yang telah menduduki UPSR baru-baru ini, dan result telah keluar hari ini. aku menunggu dengan debarnya.. lalala.. aku plak terlebih.. ok! aku tipu.

yang sebetulnya ialah.. adik aku memang amik UPSR dan mendapat.......... teka laa weyh... baru syok main-main.. yela2 aku bagitahu. TAHNIAH sebab dapat 5A..

TAHNIAH AMIN..
SEMOGA DENGAN KEJAYAAN INI AKAN MEMBUATKAN ADIK KAK NI MAKIN PANDAI.. DAN MENJADI AL-HAFIZ YANG UNGGUL.. =)

doakan AMIN menjadi al-hafiz yang baik. and doakan aku juga. aku nak pergi keje ni. dah lewat.. chow!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kenapa perlu macam ni..

bangun pagi. bukak emeil. ini dah jadi kebiasaan la plak. adoi.. pastu baru mandi. tapi bangun pagi je mesti nak check email.. macam laa ade si pengarang jantung buah hati dalam email.. sekarang en.peguam kan duk kat kem tebrau untuk latihan menembak. so dia tak de dalam email ok? huhu. sedih hatiku.. lalala~

mood semasa : aku sedang sedih. bukan bersedih sebab en.peguam tinggalkan aku ye. sebab contest yang Lumut anjurkan tu.. aku bukan sedih kalau aku tak terpilih atau apa-apa. aku tak kesah pun. serius aku cakap aku tak kesah..

tapi hidup bermasyarakat, ade orang puas hati. ade orang tak puas hati. aku tak nak kata kat siapa-siapa. tapi aku tak nak laa ade yang bergaduh. atau tak nak laa ade yang sedih. aku tak nak jugak ade yang jauh hati.. aku tak nak semua tu..

aku join contest Lumut sebab aku nak suka-suka. kalah menang. adat. aku just nak memeriahkan blog Lumut. aku fikir, orang lain pun macam aku pada mulanya.

tapi sekarang, dah macam nak bergaduh plak. aku ni walaupun garang-garang, tapi aku tak suka sebenarnya member-member aku gaduh or jauh hati sesame member. aku nak kita kawan dan happy.

tapi aku tahu, buat salah adalah satu lumrah. tapi jangan laa gini semua weyyy.. tak seronok laa.. tak best tau tak? huhu..

konsep aku dalam berkawan senang.. adalah berlebih kurang. sikit-sikit tu, maafkanlah.. tak de hal laa benda-benda sikit-sikit ni.. lumut bukan buat salah besar pun.. huhu

bila tanya aku, aku memang tak kesah sama ada lumut nak ubah apa-apa or nak buat something else.. sebab ni bukan contest sebenar. bagi aku, ni contest macam main masak-masak masa aku umur 3 4 tahun dulu. main untuk berseronok. bukan untuk berjauh hati..

so kawan-kawan.. walaupun aku tak pernah jumpa kamu semua.. aku tetap sayang kawan aku.. so jangan lah macam ni.. aku sedih laa weyyy.. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

smg Allah merahmati kita.

Happy Anniversarry..
Semoga hubungan yang terjalin erat akan dirahmati dan diredhoi oleh Allah hendakNya.
Semoga jodoh ini akan dipanjangkan hingga ke akhirnya..
Semoga senyuman akan mengukir di setiap detik kita bersama..
Semoga suka dan duka kita dapat lalui bersama..
Semoga kita kuat untuk menghadapi badai yang melanda..
dan kasih ini hadir dengan tulus,
buat mu.. =)

salam sayang selamanya..
-PinkyLucia-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

katakan taknak untuk memasak!!

aku bukan golongan yang pandai memasak. dan membuat minuman pun aku kurang expert. mungkin aku adalah seorang wanita yang agak tidak minat dalam menceburi bidang masakan.. (eh.. pelan-pelan sikit. nanti mak marah.) mak aku cukup marah kalau cakap tak minat memasak.

nanti keluarlaa soalan cepu emasnya. kalau tak minat, nak makan ape tetiap hari? tak kan nak beli kat kedai hari-hari. tak boring ke? aku jawab, ala.. makan laa pizza. kfc. a&w. and so on. (jawapan itu hanya timbul dalam hati.) tapi mak aku ni, cukup expert. yek-yek je mak jawab. haa kalau setakat nak makan kfc tetiap hari, pizza ke, McD ke, kopak laa. suami pun lari..

haa.. istilah suami lari ni aku kurang setuju. hehe. buat makluman semua. walaupun aku kurang setuju, tapi aku tak kan sampuk. aku cuma sengeh or senyum sumbing je. hahaha. tak nak laa lawan-lawan. derhaka weyyy.. dosa besar tuuuu...

mungkin pendapat aku agak berbeza dengan orang lain. kata orang, kerja masak memasak kerja perempuan. dan perempuan walaupun belajar tinggi mana pun, akan masuk ceruk dapur. ishh.. aku pantang kalau dengar benda-benda macam ni. may be pendapat aku yang tak sama menyebabkan dunia ini indah untuk dinikmati. haha. (weyyy.. benti perasan boleh tak? lalala~)

pada pendapat aku.. pendapat ini kamu boleh sangkal atau setuju atau ignore. kerana ia hanya pendapat aku semata-mata. kerja masak memasak, kemas rumah, basuh kain, or lain-lain seangkatan dengannya adalah kerja lelaki sahaja. kerana perempuan hanya ditugaskan untuk melayan suami sahaja. kalau suami tak suruh, kita tak buat, kira ok. kalau suami suruh and nak itu ini, kena lah buat. sebab langgar kira berdosa. hmm.. sebab itu lah kot orang takut nak berumah tangga. hehe

tapi kan, sebagai suami yang berhemah, sama-sama penat kerja kan.. so apa salahnya kalau masuk dapur sama-sama, masak sama-sama. saya masak nasi, awk tumis bawang. saya bancuh air, awak sediakan cawan. saya tumbuk sambal, awak goreng ikan. kan manis tu.. sama-sama susah, sama-sama senang.

ish3.. entah apa-apa aku meleret-leret ni. topik asal plak. aku ni memang suka meleret-leret pun. cerita rekaan+sebenar. di olah oleh PinkyLucia..

----------------------

di asrama SK Seri Payong.
"may, nak makan tak?"
"boleh jugak."
"jom"

setelah mengambil makanan, minuman, may dan april membaca doa. dan menyuap satu suapan mee sup kegemarannya. sebentar kemudian, may masam. april pelik.

"ko kenapa?"
"makcik masak tawar. geram betul aku."
"meh sini aku rasa sikit." april menyuap dengan bersemangat walaupun telah tahu mee sup itu tak cukup sesuatu.
"a'ah laa tawar"
"geram" gumam may. tapi masih menyuap mee itu dengan lahapnya.
"ni nak kena tambah gula ni"
"ko ni apa plak gula nak letak dalam mee sup."
"habis tu orang letak apa kalau tawar?"
"adeh laa ko ni.. garam laa..ko tahu garam?" may ketawa.
"bukan gula eh?" april senyum kambing.
"gula letak dalam air la.. air kalau tawar, letak gula. makanan kalau tawar, letak garam laa wey" kedua-dua sahabat ketawa. sama-sama tak pandai masak. nasib laa may tahu jugak serba sedikit.

----------------------

kesimpulan yang dibuat, walaupun kamu lelaki atau kamu perempuan, memasak adalah perkara basic. jangan jadi seperti cerita di atas. tambah gula dalam mee sup.. haru nanti..

mulai hari ini aku berazam untuk belajar masak.. lalala~ betul ke ni? persoalan ini ku tinggalkan untuk diri sendiri.. haha

malu dek orang kalau orang dengar nenek cyber macam aku tak tahu masak.. huhu.. so.. jangan kamu katakan.. taknak untuk memasak.. lalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS