RSS

kakak dan adik

betul ke kata orang kakak or abang tak boleh duduk sebumbung. means, adik beradik tak boleh tinggal sebumbung tanpa parents yang memantau. menurut kata salah seorang kawan aku, katanya kalau tinggal sebumbung dengan adik beradik, darah panas. saling nak bergaduh je.

aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. tapi kekadang aku ade jugak mendengar keluhan kawan2 yang tinggal serumah dengan kakak diorang. tapi member lelaki elok je. hmm.. may be lelaki lebih tak ambil kesah sangat tentang hal remeh temeh ni. lagipun lelaki bukan suka bercakap, berborak riuh rendah macam perempuan. itulah hakikatnya.

bagi aku, tak salah nak tinggal dengan kakak. itu adalah lumrah. ke mana lagi kita kalau tak bergantung harap pada kakak selepas mak. tak gitu?

tapi bila melihat ade sesetengah kakak surrender dengan kerenah adik, aku kembali berfikir. bila tinggal bersama ni, susah ke. atau adik kita yang sengaja membuat macam2 kerenah? entahlah. aku tak pernah jadi adik. kerana aku memang sudah ditakdirkan untuk menjadi kakak.

tapi, bila aku fikir lagi, kakak ni bukan nya susah sangat nak handle. kalau dia marah, kita biarkan jelaa. dah dia kakak. janganlah lawan2. apa2 susah senang, kita akan cari dia jugak kan. kakak ialah insan yang patut kita hormat. macam kita hormatkan mak.

kalau ada ape2 berbincanglah elok2. jangan lah bergaduh. lawan mulut. tengking2. tapi hakikatnya, susahnya nak control marah. tapi bila kita dah control marah sekali, percayalah, kita boleh untuk tahan lagi. sebab kekadang marah bukan boleh di ikut sangat. hehe.

aku tak mengata orang. tapi aku fikir tentang diri aku yang suka sangat marah2. tapi bila dah tua2 gini, aku dah kurang marah. kenapa? sebab aku dah penat marah orang masa muda2 dulu. so, aku nak kurang kan dan kalau boleh, aku tak nak marah langsung. penat kalau marah. hahaha.

hmmm.. kesimpulannya, adik kita adalah family kita. kakak jugak family kita.

so kalau dilahirkan sebagai adik, kita kena lah hormati kakak kita. bukan bercakap ala kadar dengan kakak. kena hormati dia. macam kita hormat orang tua.

kakak pulak, janganlah mentang2 adik hormat kita, tak lawan cakap kita, kita sewenang2 pijak kepala dia. suruh je apa yang kita suka. hormati jugak hak adik. sebab kita sesama manusia mesti lah hidup dengan rukun dan damai. :)

kata orang, jangan bergaduh, nanti cepat tua. dan kata farha, kalau nak marah, senyum dulu.. hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kayu10

bab2 kayu 3 4 5 6 7 8 9 ni.. aku memang tidak menafikannya. memang ada. lelaki atau perempuan? sama saja. lelaki ke.. perempuan ke.. semua sama saja.. aku tak nak menafikan bahawa perempuan jugak main kayu2 ni...

tapi, soal hati kita yang tentukannya. memang hati senang berbolak balik. hatta hati aku sendiri. selalu je berbolak balik. kejap aku rasa, aku suka. kejap aku rasa aku rasa tak nak. kejap aku rasa aku nak. itu lah hati manusia.

tapi benda macam ni lumrah. cuma kita je jangan ikutkan hati. pilih yang mana baik dan yang mana buruk dulu. so di sinilah gunanya kelebihan akal manusia.

hm.. apa yang aku nak katakan ialah..... perempuan ke lelaki ke, peratus untuk main kayu 3 adalah tinggi. ni pendapat aku je. sebab sepanjang pemerhatian aku yang hidup 250 tahun ni, inilah yang dapat aku simpulkan. kenapa nak main kayu 3 kalau kita rasa pasangan kita dah ok, best, syok, spoting...hehe..

mak aku selalu je pesan, kalau nak, bagitahu je nak. kalau tak nak bagitahu tak nak. senang. sebab soal hati susah nak jangka. sebab, kalau orang tak nak kita tak boleh paksa. so ape kes pulak sampai ade yang terjebak dalam 3 4 5 org ni..

tapi kan.. cinta 3 4 segi ni sebenarnya pelik. rasa hati itu datang. bila kita sayang dia. bila kita rindu dia. bila kita selalu ingatkan dia. tapi yang di sini kita nak buang ke mana. nak cakap sayang pada yang di sini. yang di sana pun sayang jugak, tak nak lepaskan. sebab tu lah adanya 3 4 segi.

tapi bila hati dah tekad, nekad, tak de apa yang boleh halang. so untuk elakkan nya fikirlah mana yang baik, nilailah mana yang buruk. nilai dan fikir dengan akal yang waras dan kata orang dengan mata hati..

kata drTUAH, "cinta agung, berjalan dengan penuh berliku." bukan dengan liku 3 penjuru. (aku yang menambah ayat belakang.. hehe)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

life is so easy?

life is so easy? betul ke ni?

hidup ini tak delah sesusah yang disangka. tapi tak delah sesenang yang dijangka. tapi kalau kita laluinya dengan baik, mesti hidup kita jugak baik.

kekadang ada jugak aku terfikir, susahnya hidup ini. tapi siapa yang menyusahkan hidup kita? jawapannya, tentulah kita sendiri yang menyusahkannya.

kalau kita hidup dengan penuh redha, berserah diri pada Allah, nescaya kesenangan akan berada di pihak kita. betul ke? tepuk dada tanyalah iman anda.

kerana setiap sesuatu yang hadir adalah lahir daripada Allah. jika kita merancang untuk hidup senang, maka kita kena ketahui bahawa, Allah lah sebaik2 perancang.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ape2 aje laa..

mak mertua. senang ke nak ambik hati dia. aduhai. tetibe je aku terfikir pasal ni.

aku ni bukan lah dari kategori perempuan yang pandai serba serbi serbu..hehe.. tapi aku ada lah pandai sikit2. kalau aku cakap aku tak pandai ape2 tipu laa tu.

kata orang, ambik hati suami dengan masakan. haha. kalau lah aku pandai masak. kalau aku tak pandai masak. suami ambik hati aku. haha. tapi kan memasak ni boleh belajar. setakat ni, aku baru je belajar memasak 5 jenis lauk. huhu. macam mana aku nak jadi isteri yang baik kalau asyik tak pandai ni.

kuantiti pandai memasak banyak lauk untuk di makan itu tak penting bagi aku. yang penting kualitinya. kalau pandai masak 40 jenis lauk pun, kalau tak sedap.. kalau paprick dah jadi tomyam, nasi dah jadi air, sambal dah jadi asam pedas, macam mana nak sedap tu.. huhu.

so memasak juga memerlukan pembelajaran dan skill tersendiri. hehe. aku bukan golongan yang pandai masak, macam perempuan2 lain, tapi yang istimewanya mak aku kata, kalau aku masak, sedap. haha. cuma aku je malas nak masak. dasar perempuan pemalas!! haha

kalau nak ambik hati mak mertua dengan masakan, aku rasa, aku memang tak lulus. nasiblaa kalau dapat mak mertua yang tak suka "SUDI".. kalau yang suka sudi menyudi ni.. mati aku..

so aku decide, nak ambik hati mak mertua dengan jahitan. haha. aku kan pandai menjahit. kalau jahit baju raya untuk mak mertua, agak2 mak mertua aku suka tak? dah mula nak berangan tak habis2.

tapi kesian jugak kat suami aku nanti. asyik jahit baju mak dia je. baju suami tak terjahit2. aku bukan tak nak jahit baju lelaki. tapi aku kan belum belajar ni. hm, ni kena belajar cepat2 ni sebelum masa nya muncul.. haha..

memasak pulak? hm, sempat kot aku belajar masak sebelum masanya tibe, adussss, asyik berangan aje.. apa2 aje laa.. hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

no komen..

aduhai.. pendaftaran kolej pada mula nya tak berjalan dengan lancar. aku pun pelik kenapa. tapi tak kesah lah. janji aku dah dapat bilik dah pun. b204. kalau ade sesiapa yang sudi datang melawat aku, datang lah. tapi jangan lupa bawak biskut. hehe

aku tak nak komen apa2. tapi yang aku pelik, macam ni ke pendaftaran pelajar siswi or mahasiswi kolej aku ni.. pelik bin ajaib bin hairan jugak aku. tapi tak pelah. inilah yang aku laluinya. huhu.

perkara yang memalukan aku adalah aku di takdirkan di tolak dari belakang. dan aku hampir jatuh. almaklumla aku bukanlah di kategorikan dalam kategori yang berat badannya boleh melawan balik apabila ditolak. itu memang nasib aku. tapi tangan aku ni ringan je pegang seseorang. lelaki pulak tu. huhu.

malu? tak yah nak cakap dengan mulut lagi lah. huhu. sengaL. kalau lah ditakdirkan aku tidak memegang lengannya, agak2 aku tergolek tak? haha. aku agak, aku bukan hanya tergolek di situ, pengsan sekali agaknya. kenapa pengsan.? kerana aku malu untuk mengakui bahawa aku telah pun tergolek dilantai. haha.

aku tak kenal siapa dia, tapi aku mintak maaf. aku tak sengaja, aku perempuan lemah tulang, haha. sebab tu aku perlukan sokongan apabila ingin merebut sesuatu.

agaknya aku ni dah tua. aku rasa aku patut beli tongkat untuk aku berjalan time bersesak. mungkin itu dapat membantu. hahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jin tendang

aku nak balik kL.. aku nak balik malam. tapi tiket dah habis. tinggal tiket pagi je. so aku ambil tiket pagi. sampai mesti dah magrib.

sememangnya.!! aku dah agak dah..

aku sampai putra 630pm. tapi sampai UM 715pm. penatnya bersesak tuhan aja yang tahu. dengan bag yang aku kena usung ke sana ke mari. hehe.. tak kan nak tinggalkan kat putra je kan.. hehe

sekarang, lega bila dah sampai Kolej kesayangan aku yang orang kata kolej jin tendang. dalam loghat ganu kitee.. jin ttendang.. di double kan t.. sebutlah dengan kemahiran yang kamu ada. selagi ia betul, aku terima. hehe.

kenapa jin tendang? sebab kolej nya tepi bukit. lereng bukit. depan bukit. belakang bukit. bak kata aku kolej tengah-tengah bukit laa.. dan di penuhi dengan monyet2, kera, luntung, beruk, dan family mereka lagi laa..

lagi 1 sebab di panggil jin tendang kerana kolej nya agak terpecil dan jauh dari bustop. nak pergi ke bustop kena jalan kaki sejauh 1 setengah km yang mengambil masa selama 30 minit hingga 40 minit. siapa yang sanggup menghuni kolej ni?

dah tentu jawapannya adalah AKU. hehe.. aku suka kolej jin tendang ni.. kenapa?

sebab ia penuh dengan bukit bukau dan jugak pohon2 hijau. bukan sebab ianya penuh dengan monyet ok.. hehe.. ia mendamaikan aku. aku suka kannya.

esok pulak nak kena daftar kolej. so aku kena rehat untuk mendapatkan stamina untuk beratur panjang dan mengangkat barang aku untuk ku simpan2 dia bilik pilihan ku. tak sabar menanti esok.

selamat malam :) mimpi aku. :P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

releks..

4 hb julai aku akan balik kL.. bos dah call pun. panggil untuk kerja. katanya kerja menimbun untuk aku. aku? masih jugak releks.. haha.. sememangnya aku suka me'releks'kan diri.. hehe

ketua publisiti pulak asyik tanya itu dan ini.. aku pulak masih jugak releks kan diri.. haha.. sengaL memang aku sengaL.

kerja aku. seperti biasa. masih lagi banyak. kata mak, semua kerja aku nak buat. semua kerja aku nak ambik. kerja apa yang aku tolak? entahlah. aku pun kurang pasti. yang pasti.. dah memang kerja aku, aku nak tolak macam mana... huhu. itulah yang aku fikirkan sampai sekarang. macam mana hendak menolak kerja yang sememangnya kerja aku dan yang bukan kerja aku.

sesiapa ada idea. boleh lah berkongsi dan share dengan aku.

aku? masih jugak releks kan diri walaupun banyak kerja. aku memang aku. tak kan berubah walau apa pun yang datang melanda. pelik. tapi benar. kerana itu adalah aku yang suka releks.. haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS