aku ingat selepas exam boleh laa aku berehat. tenangkan otak yang serba serbi serabut ni. tapi kerja makin banyak. aku yang sangat suka menaip pun jadi tak sempat nak fikir pasal menaip. huhu.. tak sempat nak fikir apa-apa.
tapi aku sempat nak fikir 1 je. kerja aku menimbun. dan berlambak-lambak. memandangkan hanya aku seorang yang bekerja. then, staff lain dah balik cuti dan ada yang dah berhenti kerja kerana mendapat panggilan KPLI dan KPLI j-QAF. nampaknya.... aduhai..
so.. aku kena kuatkan semangat. sebab dah janji dengan bos nak siapkan semua design buku untuk aku balik holiday. sebenarnya untuk aku dapat gaji lebih.. hahaha.. itu motif utama. jangan tak tahu.. hehe..
birthday adik-adik. hari ibu. macam-macam lagi nak kena beli. hmm.. baiknya aku sebagai seorang kakak.. wakaka.. baik laa sangat. aku harap aku dapat siapkan kerja dengan cepat dan yang penting boleh balik holiday, peluk mak, tidur bawah ketiak ayah.. hahaha.. waaaa, syoknya
nak holiday.........
selamat hari ibu..
bahkan mungkin berjuta-juta,
kasih sayang ibu,
umpama ombak yang menghempas pantai,
tiada pasang surut nya.
ibu,
kasih sayangnya adalah kasih abadi,
cintanya adalah tulus,
menjaga, mendidik, menasihati,
dia lakukan dengan ikhlas sanubari.
ibu,
tak pernah mengenal putus asa,
tak mengenal erti luntur,
tak tahu erti lemah,
semangatnya semakin hari semakin kuat,
kagum, terpesona,
tabah, kuat, bersemangat,
kerana anaknya dia berdiri teguh.
ibu,
terima kasih atas segalanya,
aku menyayangi mu,
aku merindui mu,
terima kasih atas pengorbanan yang kau lakukan,
moga Allah sentiasa merahmati dirimu, selamanya.
SAYANG MAK SOKMO =)
huhu
badan aku masih lenguh. entah kenapa pun aku tak tahu. may be sebab angkat buku aku yang menimbun. 4 kotak. selama aku dk 2 tahun di kL.. dan banyak lagi kerja yang belum aku selesaikan dan perlu aku siapkan dengan kadar segera sebelum aku balik kampung. huhu.. may be kerana itu jugalah badan aku yang dah pun tua ni mengalami lenguh-lenguh dan sakit-sakit.
waa.. aku membayangkan urutan di Spa. dengan minyak aromaterapi.. hehe.. udah-udah ler.. kan best kalau ada org sudi mengurut aku dengan bayaran free.. hahaha..
mana ada istilah free dalam hidup. semua berbayar. huhu
aku tersenyum bahagia..
"syafiq, kenapa main bawah meja?"
syafiq diam. berbuih mulut aku menanyakan dia.
hm, aku telah pun mengambil inisiatif lain, bertanya kepada guru-guru lain tentang mengapa, kenapa, bagaimana Syafiq boleh jadi macam tu.
kata guru-guru lain, Syafiq memang begitu, abangnya juga mempunyai masalah yang sama. sekarang, abangnya telah ditempatkan di sekolah kanak-kanak khas. abangnya lagi teruk. kalau datang ke sekolah mesti sepanjang sesi pembelajaran tak mahu ke mana-mana, bahkan di bawah meja lah tempat dia menghabiskan masanya. tapi Syafiq lain sikit aku tengok, tak macam apa yang diceritakan, yang di khabarkan padaku.
aku masih ingat,
"Syafiq, jom main A B C, nak tak? kita main lompat-lompat A B C," kata aku dengan nada memujuk.
Syafiq tersenyum, dan dia keluar dari bawah meja. aduhai, nak kena ajak main dulu baru nak keluar. aku senyum. Sepanjang sebulan aku mengajarnya, dia hanya terkebil-kebil memandangku, tiada sepatah kata pun terkeluar dari mulutnya. hairan. apabila ku menunjukkan abjad, ni lah A B C dan seterusnya, dia hanya memandang ku kosong. aku memutusan untuk mengajarnya huruf-huruf vokal terlebih dahulu. may be ia berkesan kataku.
"Syafiq, lompat ke huruf A, cepat-cepat. nanti Syafiq terkeluar."
dia hanya memandang. aku senyum,
"kat sebelah kiri Syafiq tu."
dia lompat ke sebelah kiri. murid-murid lain juga leka bermain lompat-lompat A B C.
lompat-lompat A B C ni adalah istilah yang aku berikan dalam kelas. untuk memudahkan pelajar aku faham. kebanyakan mereka masih lagi tidak mengenal huruf. tapi bila di suruh baca, lancar aje sebutan, may be sudah mengingat. aku pun hairan. tapi bila di suruh cari huruf, selalu aje salah. dan tak tahu pun mana hurufnya. aduhai, pelajar ku...
"Syafiq,"
dia tidak menjawab bahkan dia tiba-tiba ada di depan ku. kerana aku sedang asyik melihat namanya, apalah yang dieja ni. puas aku memikirkannya. aduhai.. semua huruf konsonan, yang peliknya, macam mana aku nak baca kalau hanya dua huruf aje yang ada. ish3.. macam-macam hal pelajar aku ni.
"Syafiq..."
dia hanya mengangguk.
"ni nama Syafiq eh?" aku menyoal.
sekali lagi dia mengangguk.
"apa ye yang Syafiq eja ni? cikgu tak pandai lah. Syafiq boleh ejakan untuk cikgu?" aku cuba memerangkap supaya dia mengeluarkan suara emasnya.
"hmmm," hanya itu yang kedengaran. dia seolah-olah sedang berfikir, apa ye nak jawab dengan cikgu ni. hehe. pada fikiran aku je tu.
"Syafiq kan pandai, mesti Syafiq boleh eja nama Syafiq dengan betul," aku senyum.
Syafiq juga senyum. kemudian dia menyebut consonan S dan juga Q. hmm, aku tengok tak macam huruf S dan Q pun.. confuse. hehe. aku biarkan saja.
aku masih ingat lagi hurufnya macam mana. masih segar di ingatan. umpama baru semalam aku melihatnya. pada hal ia telah pun berlalu 2 tahun lepas. sekejapnya masa berlalu. dalam tempoh 3 bulan lebih aku hanya mengajar Syafiq 'vowel sound'. Syafiq kekadang mengikut apa yang aku sebut. dan kekadang hanya terkebil-kebil. pernah juga aku naik geram dengannya. tapi, aku sedar. semakin aku marah, semakin dia tak nak belajar. huhu. so terpaksalah menggunakan cara yang penuh kelembutan.
4 bulan berlalu untuk Syafiq, may be dia berasa perit untuk melalui tempoh yang sebegitu sekejap bagi ku. tapi aku buat semua untuk kebaikannya. aku mahu dia tahu skill 3M. aku tak mahu dia menjadi murid ku yang dungu.
pada pertengahan bulan mei 2007. ada perkara yang menggemparkan aku. Syafiq dapat menyebut dan mengenal huruf dengan betul. saat itu, hanya Allah yang mengetahui betapa gembiranya hati aku. betapa aku ingin bersorak riang saat Syafiq menyebut vowel sound dengan betul. betapa aku ingin ketawa kegirangan. tapi aku tahan. kerana... ish ni kan sekolah. tak kan laa aku nak melompat-lompat riang. hehe.
saat itu, air mata ku bergenang. ingin mengalir. cepat-cepat aku seka dengan tangan. tak mahu Syafiq melihatnya. dada ku sebak. pelajar aku dapat menyebutnya dengan baik. itu adalah perkara yang paling menggembirakan hati ku. waaaa.. aku bersyukur. Syafiq.. Syafiq.. aku senyum bahagia..
makhluk..
hari yang amat memeningkan kepala. semalam aku sudah siapkan 1 design. pastu yang memeningkan, aku mesti menyiapkan design yang di buat oleh staff yang tak bertanggungjawab! geram aku di buatnya. tak pe. tak pe. sabar itu adalah indah.
hmm.. tapi hidup ini indah kan. kita tak pernah jumpa orang yang sama perangai, sama sikap, atau sama orang. hehe.. kerana itu lah, may be guru adalah jawapannya. kerana di sini, aku akan temui ramai lagi makhluk-makhluk pelik. hehe.
makhluk? haha. confuse... :)
guru.. guru.. guru...
aku terfikir.. aku adalah bakal guru.. pembetulan.. ustazah.. adik aku yg jepun tu pun bakal cikgu.. cikgu math.. sekarang, nur pulak yang di panggil interview untuk maktab. huhu.. tak kan semua adik-adik aku ni nak jadi pendidik anak bangsa.. aduhai..
tapi bagus gak. sekurang-kurangnya ilmu yang aku bagi boleh membawa bekal kepada ku di akhirat kelak.. hehe.. positive thinking ok.. waaa..
so.. aku harap nur akan berjaya mendapatkan status guru yang dipohonnya. good luck untuk interview nanti. may GOD bless U.. :)
kelapa itu memilihnya..
bulan mei. adalah bulan bersejarah bagi warga guru. kenapa? kerana di bulan mei laa guru-guru menyambut hari guru. masa ni lah guru semua akan enjoy. dan pelajar pula mengambil kesempatan membuli guru. hehe.. di sekolah ketiga aku ni lah aku menyambut hari guru. sek keb Darau. guru besar sekolah ni adalah status guru besar cemerlang.
aku bukannya apa. waktu tu aku tak tahu bahawa macam mana sikap guru besar cemerlang. huhu. tapi aku bukan guru yang tak baik ok? hehe.. waktu hari guru adalah waktu pelajar menghargai guru nya. ada pelajar yang memberikan gurunya hadiah. ada yang hanya memberi kad. dan termasuk, pelajar suka mengambil kesempatan untuk membuli guru-guru mereka. dan bermacam lagi lah. guru sangat bertuah hari ni. hehe..
program pada hari guru, sangat banyak. tapi yang penting sekali, kami semua dihendaki menyanyi lagu hari guru.. hehe.. aku bukan tahu menyanyi. menyanyi pun aku hanya menyanyi di dalam kelas muzik. lepas kelas muzik, aku langsung tidak menggunakan suara emas ku ini. aku bukan nya apa. aku takut, bila aku menyanyi, katak akan memanggil hujan. kerana katak memang dengki dengan suara emas ku ini. hehe
"alaa cikgu ni... main laa betul-betul."
aku senyum dan mencebik bibir. memprotes.
"2 kali lagi cikgu. cikgu mesti boleh." kata aisyah.
"yeke? cikgu tak pandai laa."
"ish cikgu ni. saya pun pandai. cikgu tak pandai pulak."
"cikgu mana pernah buat kerja-kerja macam ni."
"dah-dah-dah." pengadil meniup wisel.
aku pegang dengan erat dan membalingnya. sekali lagi tepat. dan betul-betul di hadapannya.
aduhai.. sekali lagi aku malu.
"alaaaaaaaaa.."
semua pelajar kecewa. kerana mereka bertaruh. aku tak tahu apa yang dipertaruhkan. tapi aku sememangnya tahu, mereka bertaruh atas nama ku. kurang asam punya budak. sesedap rasa je mereka membuat aku barang pertaruhan. tak pe. tak pe.
"cikgu.... buatlaa elok-elok.." kata ahmad.
"yela. yela.."
kali ketiga aku dengan penuh keyakinan membalingnya. wah.. sekali lagi, tepat-tepat. aku sekali lagi kemaluan. aku menjadi hairan. kenapa perkara ini terjadi? apakah salah ku? adakah aku tersalah pegang. atau memang aku tidak mempunyai bakat itu. aduhai. aku dengan segera berlalu dalam keadaan malu. hakhak. malu laa sangat.
kenapa aku malu? kerana semua pelajar gelak kan aku. ish3. memang pelajar ku nakal.
"cikgu.."
"ye."
ramai pelajar yang menyerbu ke bilik ku. kenapa pulak ni? ada-ada je budak-budak ni. namun aku masih tersenyum.
"hmm, ada apa ramai-ramai ni?"
"wah cikgu.. bukan main lagi cikgu ye?"
"kenapa?"
"hehehe" mereka ketawakan aku.
aku yang tak tahu mana hujung mana pangkal kebingungan.
"alaa..tadi tu.. yang main bowling padang."
aku tersenyum. mahu tergelak aku di buat mereka. tapi cepat-cepat aku control ayu.
"kenapa pulak dengan bowling padang?" aku menyoal, konon laa buat tak tahu. haha.
"eleyh. semua orang dah nampak cikgu." kata aisyah.
"nampak apa ni? mana ada apa-apa."
"alaaa.. cikgu suka cikgu wan kan?"
"mana ada." aku menafikannya. kerana itu lah yang sebetulnya.
"habis tu kenapa kelapa yang cikgu lempar tadi asyik berhenti tepat-tepat di depan cikgu wan?" soal syukri. mungkin mahu kan kepastian.
wah soalan syukri... aku terkedu.
"bukan salah cikgu. kelapa tu yang memilih cikgu wan. cikgu tak pilih dia. dah-dah, cikgu nak pergi bilik guru besar ni. pergi-pergi semua."
"wah, muka cikgu merah laa. cikgu malu." semua ketawa.
aku berlalu pergi sambil mencebik bibir kepada pelajar ku. mereka ketawa. adakah salah ku? bukan aku yang memilihnya. kelapa itu yang memilihnya. kerana bowling padang pada hari guru kelapa jadi bolanya. padang jadi landasannya. mana dia nak tergolek. aku senyum. bukan salah aku. aku senyum sendirian. pelajar-pelajar ku lebih advance dalam memikirkan perkara seperti ini. aku senyum lagi.






