RSS

SALAH SEMUANYA!!! eiii..

kelas haram ponteng. nota tak pernah miss. masuk kelas, asyik muka aku je yang masuk lambat. haha. pastu attendent penuh. sebab memang aku haramkan ponteng. lambat pun masuk jugak. hentam selamba dan menonong je masuk walaupun lambat. buat muka tak bersalah.

tapi asigment?

salah format.
(tak tahu format apa yang ustaz nak sebenarnya. boleh ke macam ni? boleh laa kot. hihihihi.)

salah bahasa.
(ustaz suruh buat dalam bahasa Arab. asigment aku hentam buat dalam bahasa Melayu. dah namanya subjek Penilaian dalam Pendidikan Bahasa Arab kot, tak kan asigment bahasa Melayu. aku tak tahu apa yang aku fikir time tu. dush3)

salah gaya.
(aku pun tak tahu apa gaya yang aku guna kat asigment kali ni. tonggang terbalik. ish3. ngan cover depan yang ntah apa-apa. ngan isi dalam yang ntah apa-apa. apa nak jadi daa...)

salah nombor.
(dah namanya asigment penilaian bahasa arab, nombor pun kena laa tulis dalam bahasa arab. kan no arab kan ade. ish3.. itu pun nak kena cakap jugak ke?)

salah.....

dan banyak lagi laaa salah. salah. salah. salah. salah yang aku buat. 1st asigment yang aku tak tahu aku buat apa. otak kering. idea habis. fikiran stack... hang... tak dapat berfungsi ngan baik. angin kus-kus sudaa datang daa... patutlaa aku macam pelik je. rupa-rupanya aku buat asigment salah. adeh laa...

yang syoknya, ni asigment group kot. seorang pun tak tahu yang kami telah membuat kesilapan. bukan 1 kesilapan. tapi banyak woo kesilapannya. hampir 95% dalam asigment kali adalah silap dan may be hanya 5% je yang betul. adeh. (hampeh punya ustaz and ustazah. semua main-main dalam kelas laa tu.. lalalala~)

tapi tak pe. kita belajar dari kesilapan. semua orang hantar malam ni asigmentnya. group aku, hantar jugak. tapi hantar asigment yang salah. haha. hentam je laa Labu. (mentang2 laa aku ni buat rancangan tribiut untuk P.Ramlee, asyik guna tag line P. Ramlee je sekarang).

hm, disebabkan tension dengan benda yang tak sepatutnya aku buat salah ni, malam ni aku nak tidur ngan nyenyak. supaya esok dapat berfungsi dengan baik, berkesan dan efeksyen.. hehehe. tapi boleh ke otak berfungsi dengan baik tatkala aku ngah angau.. huhu.

sudah3. jangan nak merepek. tidur indah. selamat malam. mimpi bahagia. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

FarHa said...

Nassib!! hha belajo dr kesilapan ye..

busy sekrang..jadi web desingner plak~just see my FB status..so tahu la perkembangan ha ye hehe...

sorry tak jenguk2...smpi akhir bulan 10 busy -_-"

piNky LuCiA said...

hehehe.. a,a belajar dari kesilapan..

ura pun bz gak. tapi malam ni macam malas nak buat semua keje. so, blog walking. lalala~

selamat bz ha.. hehe ;D