RSS

dek kerana lampu....

aku kat setiawangsa sekarang. kat flat polis. waaa... 1st time aku masuk flat polis.. menginap di sini. jalan2 buka puasa. ;p best duduk kat sini. tinggi. permandangan dari atas sangat cantik.. almaklumla, rumah ni tingkat 15. tapi yang aku duduk sekarang tingkat 14..

waktu malam sangat cantik. aku suke tengok lampu2 yang bergemerlapan sana sini. penuh. cantik. dan aku dengan rasa teruja memandang semua lampu2 yang ade.

hmm.. rupa2nya duduk rumah tinggi2 ni best jugak kan.. aku memang gayat. tapi dek kerana keterujaan aku dengan lampu yang bergemerlapan, aku tak rasa pun rumah ni tinggi. hahaha. memang sah sengaL..

tapi hari ni dah nak balik. datang kejap je. temankan member datang rumah sedara dia. hehe. sambil jalan2 buka puasa makan sedap2 free lak tu.. hahaha.. memang laa aku kuat makan. waa.. gemuk nya tidak! turun 1kg ade laa.. ish3..

ni 1st time aku naik bangunan setinggi ni tanpa rasa gayat. benarlah kata drTUAH, kalau kita sukakan sesuatu, sesuatu yang kita tak suka akan hilang. dan apabila kita takut, kita mesti lawan rasa takut tu. baru ia hilang. macam aku takutkan tempat tinggi. aku kena lawan nya..

aku tak lawan pun. hari ni dia hilang dengan tiba2 disebabkan lampu yang bersinar. dek kerana aku menyukainya.. aku menyukai suasana cerah dan tidak menyukai suasana gelap. kerana itu aku memang takut gelap.. hehehe

* psssttt.. diam2 sudah laa.. aku memang tak boleh lawan gelap dan tak boleh menyukai kegelapan.. malap hidup aku kalau ade dalam keadaan gelap.. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

salam merdeka..

salam merdeka.. semoga sempena kemerdekaan ini, jiwa kita akan merdeka dari segala maksiat yang telah ade di daalam diri kita..

sekadar mengingati semua. khususnya untuk diri ku yang selalu alpa.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jangan....

dalam hidup ni kena banyak bersyukur dan juga tahu bersyukur.. tapi kebanyakan orang tak tahu nak bersyukur..

kenapa, mengapa, dan sebab apa perkara ini berlaku? jika di tanya aku, jawapan yang aku ada sekarang ialah, mereka berlagak.. eleyh, sekadar ade sesuatu yang lebih sedikit dari orang lain, aku pun tak kesah lah..

lagipun semua masih belajar.. huhu.. so sama2 lah kita bersyukur.. :) dan jangan berlagak.. hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

masa yang tak cukup..

2 3 hari ni banyak sungguh benda yang perlu di settlekan.. aduhai.. naik lenguh otak ni fikir mana dulu kerja yang patut aku siap kan dulu..

tapi sebagai seorang pelajar, aku kena buat pilihan mana 1 yang aku kena buat awal2.. aku semakin pening apabila semua due date nya pada hari selasa 1.september.. aduhai.. ujian3..

kekadang ujian itu datang kepada kita. jika kita berjaya melalui nya, itulah kekuatan yang kita ade.. mampukah aku melalui ujian masa yang tak mencukupi ini dengan baik dan terurus, entahlah.. aku doakan aku lalui nya dengan baik dan ia tidak akan sesekali memeningkan kepala aku..

Amin.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sayap kiri..

menjadi seorang perempuan sebenarnya agak susah. ade yang berpendapat, senang nya kalau aku jadi seorang perempuan. tapi hakikat sebenarnya ia bukan semudah yang dibayangkan.

cuba anda bayangkan anda adalah seorang perempuan. anda mengandung. membawa perut yang besar itu ke sana ke mari selama 9 bulan dan hampir 10 bulan.. hmm.. aku sebagai perempuan pun mengatakan aku masih lagi tidak bersedia melalui saat itu.

ustaz aku pernah kata, kalau lelaki mahu merasa nikmatnya pragnant.. kendong lah anak batu seberat 3kg yang di ikat diperut selama 9 bulan. itulah nikmatnya.

hmm.. itu baru takat pragnant.. mahu menjadi seorang wanita yang status nya emak. manakah kamu mahu mencari masa yang lebih untuk menjaga anak kamu, makan minum nya, mendidik nya, memberikan nya pelajaran, pakaiannya, dan lain2. itu tak termasuk lagi dengan masalah anak.

ada seorang mak cik berkata.. lelaki tak boleh mengerjakan 2 pekerjaan dalam 1 masa. dia hanya boleh menyelia 2 pekerjaan dalam 1 masa. kalau dia membaca surat khabar pada hari cuti, dia tak kan dapat menjaga anak2 dirumah dengan baik. sebaliknya dia hanya mampu menjeling anak. betul atau tidak, jawapannya kena lah kamu tanya insan bernama lelaki. hehe..

tapi benar kataku, bukan senang ingin menjadi perempuan. kalau dia sebagai anak, dia mesti tolong mak, tolong ayah, jaga adik2. buat kerja sekolah. dan macam2 lagi. kalau dia sebagai isteri, dia kena uruskan rumah tangga, makan minum suami, pakaian suami, anak2, masak memasak, dan banyak lagi. penatlah aku kalau aku senaraikan semua kerja emak aku dirumah. huhu :(

so hargailah perempuan/wanita di sisi anda. sementara dia masih lagi di sisi anda. kerana tanpanya hidup anda tidak selengkap yang anda sangkakan. percayalah.. :)

kerana wanita adalah sayap kiri kepada insan bergelar lelaki..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

agresif? wow... ;p

hidup kita ni jangan kita bertindak melampau. asyik melampau dalam hidup, susah lah.. macam mana nak kenal orang yang melampau.. hehe..

itu aku tak tahu. yang aku tahu, jangan melampau dengan aku. kelak aku tak kan melampau dengan kamu. jangan cari pasal dengan aku, kelak aku tak kan cari pasal dengan kamu. woww.. ganas nya ustazah ni.. hehehe.. bukan ganas.. agresif.. sekali lagi, jangan kamu salah faham dengan makna agresif itu..

aku tak suka orang buat perkara yang aku tak buat pada orang tu. tapi dia buat jugak. aku akan kasik chance.. selepas 3x chance.. aku tak kan berlembut lagi.. melampau lah aku kalau aku masih berlembut. nanti di pijak2 nya kepala aku ini. dia ingat aku ni ape ke?

sebagai seorang kawan yang baik, aku try yang terbaik untuk bertolak ansur. aku juga try yang terbaik untuk berlembut dan terus berhemah. tapi bila hemah ku juga di cabar.. aku tak boleh terima. tapi akan ku tahan juga sehingga 3x.

kali ni dah masuk 3x. dan ini bermakna, jika dia buat lagi.. itu adalah kali ke4. kali ke4 itu dah tak de maknanya bagi aku.. tapi sekarang aku masih lagi berlembut.. "dia" kata, jangan laa marah2. tak baik untuk kesihatan muka. hmm.. aku dengar. sebab "dia". kalau orang lain.. may be tak. haha. teruk nya aku.

aku adalah ustazah yang agresif. bukan seorang ustazah yang lemah gemalai. tapi agresif itu digunakan kena pada tempatnya. bukan salah tempat ye. :)

aku spoting.. tapi jangan salah gunakan ke'spoting'an aku itu. hehe. kelak kamu jugak akan susah. dan jangan lah kamu suka merajuk dengan aku. sebab aku tak kan layan rajuk mu yang memanjang itu. hanya 'dia' je aku layan. haha. orang lain, NO. so sesiapa yang ingin merajuk dengan ku, sila fikir 101x.

kerana aku ustazah yang agresif. tak de masa ingin memujuk. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

buta music..

aku bukan lah seorang yang tahu muzik.. atau tahu lagu2 pada zaman sekarang. hatta nasyid pun aku tak tahu.. ni lagi kan lagu2 zaman sekarang.

aku boleh dikategori kan dengan orang yang buta seni muzik. aku tak tahu langsung pasal muzik. pasal lagu2. yang aku tahu hanya satu dua buah lagu. itu pun lagu2 yang selalu farha nyanyi kan sewaktu dulu.. dan nasyid yang selalu "dia" perform.. kalau tak de orang menyanyi untuk aku, maknanya aku langsung tidak tahu satu pun lagu di atas dunia ni.. haha

aku sangat ketinggalan zaman.

kenapa aku baru merasakan ia ketinggalan zaman? kenapa baru sekarang aku dapat menilai nya? aku ingin ketawa sepuas2nya. malu jugak dengan diri ku yang sangat buta dalam bab2 ni.. tadi aku mengikuti majlis berbuka puasa. majlis tu ada menyediakan persembahan nasyid untuk menyemarakkan lagi majlis.

kata kawan ku.. masyitah.. ia adalah kumpulan yang sangat terkenal. ia famous laa di bibir2 muda mudi. FAEZ kumpulannya. tapi aku tidak mengenalinya. sama juga sewaktu aku tidak mengenali ustaz Asri Rabbani sewaktu di Kusza dulu. hmm.. memang aku tak kan berubah. dan sampai sekarang aku masih lagi tidak mengikuti perkembangan industri muzik..

wajarkah seorang bakal ustazah macam aku mengikuti perkembangan muzik tanah air.? jawapan aku, wajar.. kenapa? kerana anak2 murid ku nanti adalah orang yang meminati muzik. dan jarang orang tidak meminati muzik seperti aku. aku, mungkin 1 dalam sejuta..

seorang guru yang alim ialah guru yang mengikuti semua perkembangan semasa dan perkembangan pelajarnya.. betul ke? itu adalah kata2 yang ku petik dari ustaz aku sewaktu di sekolah menengah dulu..

perkembangan semasa di sini adalah perkembangan tentang dunia, tanah air, politik, kesihatan, ilmiah, mahupun juga muzik tanah air. ia perlu di ketahui kerana ia amat penting untuk aku menjadi seorang guru yang serba boleh di mata pelajar ku.. so guru yang baik guru yang tahu apa yang di minati pelajarnya. salah satu nya adalah muzik. betul tak pelajar2 sekalian? hehe :p

percaya atau tidak.. terpulang pada penilainya.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS