status :
perut aku makin meragam. aku tak pernah rasa macam ni. first time. rasa macam nak keluar anak dari dalam perut pun ada. ish3.
may be ini adalah ujian dari Allah. first time aku rasa, ya Allah macam mana laa wanita2 lain melalui nya. huhu.. aku tak pernah bayangkan. selama ni aku tak pernah ada masalah kewanitaan ni. haha. may be Allah nak bagi rasa sekali. huhu. sakit belakang. sakit pinggang. sakit perut. semua sakit. ya Allah kuatkan aku. :(
1st time..
sama tak sama
setiap orang tak sama. setiap orang tak serupa. kenapa kita suka membandingkan diri kita dengan orang lain?
rezeki kita juga tak sama. rezeki juga Allah yang tentukan. yang penting.. kita kena usaha untuk mencari rezeki tu. bukan goyang kaki tengok tv. huhu.
tapi kalau kita dah usaha tapi juga tak dapat, macam mana tu? usaha-usaha, tapi tak dapat, nak buat macam mana. may be setakat itu je rezeki kita. may be setakat itu je yang Allah kasik. may be ada banyak hikmah sebaliknya. aku pun tak tahu.
yang penting, mesti kena redha dengan ketentuan Allah. qada' qadar Allah kerana manusia semuanya tak sama... :)
hepi bezday..
happy birthday..
semoga panjang umur..
murah rezeki..
bertambah keimanan..
dan semakin matang..
semoga segala yang dihajati akan tercapai..
Amin...
banner...
aku bukan seorang yang sangat kreatif. otak aku jugak boleh jem kalau asyik berfikir saje. aku juga bukanlah seorang designer yang baik. terutamanya dalam design berkenaan pakaian. haha.. hatta aku tak pernah memilih warna atau corak pakaian aku. itu semua di tentukan oleh mak ku yang sangat baik hati.
aku juga tak pernah machingkan colour-colour baju ku bersama tudung ku. kerana aku memang seorang yang tidak pandai dalam permilihan colour yang sesuai. jadi, aku bukanlah seorang wanita yang bijak memilih bentuk pakaian suami. aku tak kesah kalau suami aku pakai apa-apa yang dia suka. asalkan kemas. sesiapa yang menjadi suami ku, dia bertuah. kerana aku tidak cerewet dalam segi pemakaiannya. bahkan aku tidak kesah sama sekali dia berpakaian apa sekali pun. asalkan kemas dan menutup aurat dan tidak mencolok mata ku ini.
tapi kalau dalam mendesign buku kanak-kanak, aku suka. itu juga lah tugas aku sekarang. mendesign buku kanak-kanak, bukanlah sesusah memilih tudung yang sesuai untuk dipakai dengan baju. aduhai. aku tidak suka sama sekali.
dari petang tadi. setelah menyiapkan kerja yang bos bagi. aku kena siap kan blog untuk FESKUM. mula-mula layoutnya hijau. direject. kerana katanya tak profesional. aku memang penat. setelah berbincang dengan Farha. hmmm Farha laa aku cari time susah. haha. itu rutin. jangan tak tahu. kami decide pilih kaler merah. siap lah 1 babak.
babak ke2. banner blog. puas aku fikir. siapa yang boleh tolong buatkan aku banner untuk dimasukkan dalam blog. last-last, kenapa aku nak suh orang. aku buat sendiri lah. tak salah mencuba. hehe. last sekali jadi. waaa.. sakit kepale aku nak siapkan 1 banner blog ni.. aduhai..
aku publish, tapi tak dapat-dapat. hmm, aku mintak tolong seseorang. aku email dia. tapi, aku sedar.. dia juga seorang yang sangat busy. sekarang ni.. aku memang tak dapat nak bergantung dengan sesiapa. Farha kata, dia tak pandai. tapi aku sangat ucapkan terima kasih. kerana dia memang banyak membantu. sekarang terpulang pada aku.
last sekali, aku memang menyakitkan kepale aku ni, yang memang sedia sakit untuk menyiapkan kerja yang aku tak puas hati ni, akhirnya... siap pun, nak tengok hasilnya? hmm, siapa yang tengok, boleh laa komen apa yang tak cukup lagi. bantuan kalian memang sangat diperlukan. kerana aku bukanlah pembuat blog yang skemma. aduhai..
http://feskum09.blogspot.com/
ni blog yang aku dah edit. boleh klik di link nya.. tapi aku belum masukkan entry lagi. so sabar-sabarla.. sebarang komen bolehlah email : feskum09@gmail.com kalau tak nak email, korang tinggalkan jelah komen kat blog tu. aku tak kesah. hehe
komen kalian sangat aku hargai. aku nak letak cbox. tapi aku memang dah tak larat giler2 ni.. so kena rest laa.. nite..
semakin hari semakin tua..
semakin hari, semakin tua. hari ni dah pun 29 mei. huhu.. esok 30 mei.. aku tak pernah rasa usia ku menginjak tua, may be aku masih juga seperti dulu. tak pernah serius, main-main, cincai, entahlah. may be juga, aku bukanlah seorang wanita yang tidak ada perasaan di mamah usia. haha
aku mengaku aku sudah terlampau tua. semakin hari semakin nyanyuk. tapi aku merasakan aku masih belum matang sepenuhnya.
macam mana nak berlagak matang? haha. siapa ada idea?
tapi, bagi aku, matang bukan pada lagaknya. matang pada fikirannya. matang pada setiap apa yang dia ambil tanggungjawab, dapat dipikulnya. kita boleh berlagak matang. tapi orang akan tahu, kita sebenarnya, bukanlah seorang yang matang.
tapi, jujur aku katakan, ada orang nampak matang, tapi perangainya.... masyALLAH.. Allah aje lah yang tahu.
so apa komen aku? setiap perkara perlu kepada fikiran yang matang. bukan pada lagak yang matang... :)
menulis, membaca & mengira
ya Allah, tulisan siapa pulak ni.. aduhai.. keluh aku sewaktu aku menanda kertas jawapan BM kelas 2 Mutiara. hm, tapi tak kanlah Aimi Nadia tulis macam ni. dia kan pandai membaca. aduhai. sakit kepala aku bila teringat kesemua pelajarku di kelas itu.
hmm, aku pergi tanya cikgu Normah la.. may be dia ada jawapannya..
bingit. bising. seperti guruh berdentum-dentam di langit. menandakan hari akan hujan. itulah perumpamaan yang ku kira sesuai untuk kelas 2 Mutiara. aduhai, kenapa lah ada kelas sebegini bising di dunia aku aku ini. aku mengeluh di dalam hati. tidak dapat ku suara kan keluhan aku tatkala berdepan dengan pelajar kelas 2 Mutiara. aku menggaru kepala yang tidak gatal.
"assalamualaikum. selamat pagi semua."
"selamat pagi cikgu."
"minggu lepas, kamu dah habis exam kan?"
"ye cikgu." jawapan serentak kedengaran.
"Syafiq mana?" tanya ku pada kelas kerana aku masih tercari-cari di mana kah Syafiq bersembunyi. tidak ada di bawah meja seperti kebiasaan.
"pergi tandas cikgu." jawab Alif.
"baiklah, cikgu nak kamu keluar kan kertas soalan BM, nanti kita bincang sama."
setelah setengah jam aku menerangkan kesalahan tatabahasa yang bukan sedikit salahnya. dan yang memang bukan banyak betulnya. biasalah kelas 2M. memang macam ni. aku memberikan tugasan mereka menyalin dan membetulkan semula apa yang salah dan yang betul juga harus ditulis. ini adalah untuk kebaikan mereka kerana kemahiran menulis belum mereka kuasai dengan betul. aduhai. sukarnya kerja aku. tapi aku sukakannya. kerana mereka semua cute sangat. hehe.
"aimi, datang sini kejap."
aimi datang tanpa banyak soal. dia merenung aku. aku senyum.
"mana kertas soalan aimi?"
"ni cikgu."
"buku yang cikgu suruh aimi betulkan mana? dah siap?"
"dah cikgu."
"boleh cikgu tengok?"
"nah.." sambil menghulurkan buku latihan BM kepada ku.
"cantik tulisan Aimi. siapa yang ajar Aimi menulis?"
"tak de orang ajar pun cikgu. Aimi belajar sendiri."
aku senyum menahan tawa.
"siapa ajar Aimi mengira?"
"ayah." pendek jawapannya. akan tetapi aku memahaminya.
"patutlah Aimi pandai matematik. siapa ajar membaca?"
"mak."
"hm, patutlah Aimi laju je membaca masa cikgu suruh. rupanya mak yang ajar. Aimi nak tahu tak?"
"nak.. nak.. nak.. apa dia cikgu?"
"Aimi, kalau Aimi tulis lawa-lawa sikit, huruf A bagi cantik. huruf B bagi handsome. huruf C bagi cute. mesti tulis Aimi makin cantik tau."
"betul ke cikgu?"
"betul lah. tapi Aimi kenalah ikut cara cikgu ajar macam mana nak tulis huruf A B C sampai Z."
"susah lah cikgu."
"ala, mana ada susah. Aimi membaca susah tak?"
"tak."
"mengira?"
"tak."
"habis tu tak kan nak menulis susah. Aimi kan budak pandai." dia tersenyum.
aku yakin. Aimi boleh melakukannya. aku amat mengharapkannya. kerana aku tahu, pelajar ku bukan pelajar yang dungu. mereka pandai. Syafiq sudah membuktikannya.
"cikgu, budak Aimi memang macam tu. dia budak yang pandai. membaca mengira. tapi sayang, dia tak pandai menulis. cikgu tengoklah sendiri." sambil menunjukkan kertas jawapan Aimi kepada aku. aku sudah sedia maklum tulisannya memang akan begini. aduhai Aimi.. Aimi..
"cikgu Normah, semua matapelajaran ke tulisannya begini?"
"hmm," dengan anggukan penuh longlai.
soalan : tulis semula perkataan di bawah di dalam petak yang disediakan.
saya ada dadu.
jawanpan : ________________________
jawapan sepatutnya : saya ada dadu.
jawapan Aimi : ooo00oo00ooo0ooo0000
masih aku ingat tulisan aimi. aku ketawa sendiri. adakah dia sudah pandai menulis sepanjang pemergiannya ku 2 tahun ini? aku tersenyum. masih ku ingat, penuh di kertas setiap matapelajaran, jawapan Aimi adalah huruf-huruf O.. sama ada O besar atau o kecik. aku pun confuse. kenapa lah dia minat sangat huruf O.. terkecuali kertas jawapan matematik. kerana Aimi memang pandai mengira.
2 kerja 1 masa..
kata orang, buat 1 kerja, dalam 1 masa. baru kerja tu akan teratur. tapi, itu kalau ada lebih masa. ni dah tak de masa.. nak buat 1 kerja dalam 1 masa jugak ke? huhu..
hm, boleh ke aku nak buat, 2 kerja dalam 1 masa. aku di berikan tempoh, hanya sekejap cuma. semua nak kena submit cepat. geram betul. ingatkan aku ni macam robot ke apa. hehe. tapi aku yang pinta kerja ni. jangan nak merungut pulak.
tapi setiap kerja, memang memerlukan comitment yang tinggi. kalau tak boleh nak ambil tanggunggjawab, baik jangan pohon kerja. aku tak suka orang yang tak serius semasa bekerja dengan aku. kerana aku tahu, kelak mereka akan menyusahkan hidup aku.
setiap orang diberikan keistimewaan masing-masing yang kita tak tahu sebenarnya ia ada di dalam diri kita. kata mak, aku kadang-kadang boleh buat kerja dalam banyak masa. kadang-kadang aku lost kalau buat kerja dalam 1 masa.
kesimpulannya, kalau kita nak, boleh je sebenarnya. tinggal semangat dan diri kita je yang menentukannya. kalau kita nak, buat 10 kerja dalam 1 masa pun boleh. tak mustahil. kerana manusia Allah ciptakan dengan penuh keajaiban.
besarnya kuasa Allah :)





