RSS

Alhamdulillah. Makin sihat.

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Hai semua.

Chewahh.. Macam lah ade orang baca apa yang aku tulis. Hoho. Tepuk bahu. (Motif?)

Minggu lepas Bidadari kesayangan Naurah Nabihah demam, tak boleh nak buat apa.. Baru rasa penangan anak demam. Dah 31 tahun aku hidup dengan baik dan bebas. Tetiba kena macam ni, baru ku thau pengorbanan mak dan ayah membesarkan anak dengan susah. So jangan ko degil-degil lepas ni tau.

Ok. Sekarang, i plak yang demam.
Batuk. Selsema. Kahak. Sakit kepala. Semua ada. Lengkap. Bila demam. Ngan bidadari yang baru sihat, menyebabkan badan sangatlah letih. Pastu My Hati plak tak de kat rumah. Kursus sampai Rabu minggu depan baru boleh dating balik, lagi menyebabkan aku rasa nak pitam+pengsan+terbongkang = taknak buat apa-apa sebab dah guna banyak tenaga. Macam tu ke orang discribe perasaan penat? Haha. Abaikan.

Dan sekarang baru aku rasa, like... Wow, demam sambil jaga orang lain sangat memberi keterujaan yang tak dapat di bayangkan. Haha. Ok. Ayat aku sangat lah pelik. Stop. Hmm.. Macam nilah mak aku rasa masa jaga aku dulu. Mungkin. Terima kasih mak.. Air mata tetiba bergenang dan oh. i miss u so much,  mak..

Cakap kat mak.
Mak suruh aku rehat. Tapi ada sesuatu dalam diri yang meloncat-loncat mahu keluar. Gian agaknya. Perasaan nak menjahit. Yer. Aku rasa aku gian sekarang. Sebab dah sebulan lebih aku tak menjahit baju. Sekarang sambil pejam mata pun aku asik fikir nak potong kain je. Macam semalam, sangat-sangatlah gian. Tapi paksa diri untuk tidur. Sebab badan dah lemah tak bermaya. Huhu.

Adakah gian nak menjahit baju adalah satu penyakit?
Kalau ia adalah penyakit, aku rasa aku perlukan seorang pakar untuk mengatasi kegilaan ini. Hakhakhak. Gelak jahat tu...

Mahu berehat sekejap. Menghilangkan lelah yang bertamu.






Nota Pinky;
"Semalam aku termarah my Hati. Mungkin tak puashati sebab my Hati pergi lama sampai Rabu. Lepas my hati hilang dari pandangan aku dah hitung hari bila nak jumpa. Hai. Penyakit apakah ini?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rindu biak Sarawak

Rindu biak Sarawak. 

Ya lah. Nang benar. Sik tipu. Kamek rindu ngan biak Sarawak. Di sana kamek sik busy, kamek tenang setenang-tenangnya. Sitok sik best langsung. Yalah. Duluk, sekolah nya habis jam1.20..Sekarang, sekolah habis jam 2.40 petang.Sebenarnya sik habis lagik kerja nya. nang benar. kamek nang banyak kerja. Gayak orang limpas, sik da sedarnya. Haha. 

Betul tak bahasa Sarawak ni.? Dah lama tak guna. Berkarat. Oh. Rindu serindu rindunya....  hoho. 

Kadang, Allah bagi apa yang kita perlu, Bukan apa yang kita mahu. 
Tengok sekarang. Aku perlu berada di sisi suami. So aku di pindahkan ke sini. Haha. Dalam istilah lain.. Aku yang mintak dipindahkan. Hihi. 

Sebenarnya Allah tu maha Adil. Dia bagi kita jauh ngan suami. Tapi sekolah yang best. Di sini, Dia bagi suami dekat, tapi sekolah yang busy dan tak pernah putus kerja. Hmm.. Aku tak mengeluh. Tapi aku terima sebagai pengajaran. Jika kita nak sesuatu, kita kena bersedia untuk mengorbankan sesuatu. Bukan semua perkara kita akan dapat dengan mudah. Kadang2 jalan untuk berjaya bukan sesenang yang disangka. 

Titik. 
Senyum. 







Nota Pinky;
"Sudah 2 hari tidak berjumpa dengan en. Hati. Sesungguhnya aku sangat merindui dia. Tapi inilah pengorbanan yang dilakukan untuk mendapatkan segulung master. Harap pengorbanan ini akan dapat diteruskan hingga ke PhD. Aku sayang kamu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Entri pertama 2015

Assalamualaikum. Salam mahabbah. Salam 1 Malaysia.
Dah gaya menteri nak berucap plak.

Tahun 2015.
Aku tak jenguk langsung blog. Aku hanya membaca blog kawan-kawan dari Google+ sahaja. Hmm.. Adakah aku busy. Ntahlah. Bila muncul tahun baru, aku rasa sangat tidak menang tangan. Sangat banyak kerja. Sangat menjadikan aku hanya berfikir perkara penting sahaja. Adakah ia menjadikan aku seorang workaholic.?
Kelu. Diam.

Dah lama tak menulis. Dah macam kaku plak. Tak tahu nak tulis apa. Otak jadi tepu. Alhamdulillah walaupun tak menulis, membaca adalah rutin harian. Kalau tak, memang tepu tahap dewa laa otak ni. tak digunakan langsung. Huhu.

Mungkinkah anak menyebabkan aku tak menang tangan.?
Ada kawan di sekolah cakap, baru anak seorang dah tak menang tangan.

Hati jawab.
Hello? Masa kau anak sorang dulu, masa kau mula-mula beranak dulu, masa kau mula-mula ada anak dulu, kau kelam kabut jugak kan. Eleh. tak yah laa nak cakap kat aku, kau dapat rileks ngan baik. Takyah laa cakap kau ni jenis pandai sangat menguruskan waktu. Kau ni orang nya pandai jaga anak. Kita sama-sama suri rumah yang bekerjaya. Aku tahu rasa lah.

Dan.
Sewaktu anak pertama, kita sama-sama belajar menguruskan family.

Ok. Stop rasa nak marah. Marah tu api setan. Hoho. Kan terbakar nanti.

Mulut.
Hanya mengukir senyuman. Kalau aku jawab kan cari gaduh plak. Tak pasal. Haha.

Pendapat aku..
Anak tu anugerah Allah. Hikmahnya, kita akan belajar menguruskan masa. Kita akan belajar menjadi seorang penyabar. Kita akan belajar menjadi seorang yang berdedikasi. Dan penuh dengan kasih sayang. Ewwahhh.
Jadi, tak perlulah pandang sebelah mata pada ibu yang baru ada anak macam aku ni. Sebab semua orang akan belajar untuk menangani nya.

Dan. Sekarang.
Aku agak berpuas hati dengan diri sendiri. AGAK. Sebab tak sepenuhnya lagi aku boleh buat bila badan aku penat setelah seharian di sekolah.

Tapi, buktinya aku boleh menjahit, sambil menguruskan rumah dan anak. Keperluan suami dapat disediakan dengan jayanya. Cuma aktiviti masak memasak agak kurang sekarang. Akan datang akan cuba bahagikan masa dengan baik lagi.

Chaiyok, Pinky!


Nota pinky ;
aku akui, aku sangat memerlukan masa tambahan tapi ia tetap menghiburkan hati untuk menguruskan rumah tangga yang tak de tangga. I love Malaya. Haha.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Membekukan otak.

Assalamualaikum. Selamat malam.

Hari ni, Alhamdulillah hari pertama masuk sekolah setelah 90 hari berjaya membekukan otak tanpa memikirkan hal-hal kerja apatah lagi hal-hal yang langsung takde kaitan ngan diri sendiri. Mahupun hal yang di rasakan tidak ada faedah langsung untuk difikirkan.

Serius aku cakap.. Kalau kita tak guna otak ngan baik, otak kita makin lama makin tumpul. Itulah yang aku rasakan sekarang.

Senyum kelat.

2 minggu sebelum cuti akhir tahun.
Aku tak nafikan. Keadaan sangat-sangat busy. Ye. 2minggu lagi sekolah akan bercuti. Cuti akhir tahun. Lama. So bila masuk sekolah tadi, aku dihujani oleh pelbagai perkara oleh macam-macam orang. Ditambah pula, pengganti ku itu sangatlah berdedikasi sampai semua kerja siap dengan jaya nya. Ok. Aku perli sebenarnya. Memprotes ketidakpuasan hati tentang hasil kerjanya. Hmmmm..

Makin kelat senyuman aku.

Kejadian di pagi hari.
Menghadap meja dengan 1001 keluhan. OMG. OMG. OMG. My meja.... Rasa nak menjerit tanda terharu sebab kemas sangat-sangat. Dan tak nampak apa yang aku cari.. Ok. Sekali lagi aku perli. Syabas diri kerana berjaya menahan marah ngan baik.

Tinggal meja dengan penuh kemas, balik...... Ya Allah..
Rasanya kalau orang cerewet dah lama kena sembur. Hoho.

Oh. Sudah lewat sebenarnya. Kalau nak cerita pasal keje, sampai esok tak habis lagi. So. Jom kita rehatkan badan yang letih ini..

Ok. Good night semua...









Nota Pinky;
Sedang menghitung hari untuk berjumpa en. Hati tercinta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ini lah perasaan nya..

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dah lama betul tak menaip. Bukan tak nak menaip. HP ade sedikit masalah. Jadi tak dapat nak layan blog dengan baik. Huhu.

Alhamdulillah. Tumbesaran kakak berjalan lancar.
Naurah dah makin besar. Berat semasa berumur 2bulan adalah 3.4kg.. Macam budak baru lahir secara normal. Harap lepas ni, berat badan kakak makin naik dan kakak makin sihat.. :) Insya Allah.

Minggu pertama di rumah pengasuh.
Minggu ni dah start hantar pada pengasuh. Boleh lah aku biasakan diri dengan tak de anak. Dah 3 bulan bersama Naurah, aku rasa janggal. Bila aku buat keje di dapur, macam terngiang-ngiang je suara jeritan Naurah kat ruang tamu. Pergi ruang tamu, tak de orang. Aishhh.. Angau kat anak sendiri dah ni.

Makan tak lalu.
Tapi keje rumah dapat disiapkan dengan jayanya. Ni baru siap kemas rumah dan jemur baju. Bagus! Tepuk bahu sendiri. Tapi bab makan.... Jadi tak lalu. Apa nak jadi lah ngan diri ni.

Mungkin inilah perasaan yang semua ibu-ibu sebutkan sebelum ni.
Merindui anak sampai terasa sakit dalam dada dan mata terus berkaca. Semasa membasuh pakaiannya dan melipatnya kita seolah-olah rasa dia terlalu dekat dengan kita tapi dia tak de. Kaki seolah-olah memanggil-manggil untuk pergi ke rumah pengasuh dan ambil dia terus simpan untuk kita sahaja. Haha. Bukan kah begitu kamu ibu-ibu rasa?

Ha. Ha. Ha.

Anak adalah anugerah yang indah. Bersamanya kita akan rasa sangat bahagia. Belajar merindui seseorang yang sangat dekat ngan kita selain suami. Belajar menahan rindu yang sangat menyeksakan minda.Belajar mengawal perasaan supaya tidak gila.

Oh! Saya sudah rasa mahu gila rindukan nya. Pejam mata.

Pesan seorang kawan.
"Saya rasa, saya dah mula rindu anak saya selepas 1 jam dia tak de."
"Awak akan biasakan diri dengan situasi janggal ni. Tapi jangan layan sangat perasaan tu. Buat semua keje yang awak tak sempat buat sebelum ni... Saya boleh, tak kan awak tak boleh."

Hmm.. Betul.
Buat kerja yang aku tak sempat buat sebelum ni.. Banyak ni.. Dan Aku sedang berehat bersama hot choc sebentar untuk hilangkan peluh.

Jom sibukkan diri.









Nota Pinky;
"Semasa rindukan En. Hati, saya sudah rasa mahu gila dibuatnya. Sekarang saya rasa kegilaan itu sudah mencanak-canak naik sehingga 300% kerinduan kepada si kakak kecil.. Perasaan apakah ini? Saya rindu jugak nak ke sekolah. Tapi saya malas. Sebab saya tahu, kerja kat sekolah berlambak-lambak menunggu.

Eh! Saya? Sejak bila ni.? Sejak kegilaan itu sudah mencanak naik dengan rakusnya. Ha. Ha. Ha." 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setelah 2 minggu di HUSM

26.8.2014.
Selasa.
2.30 pm.

Menetap di HUSM.
Menetap di wad dan dibela oleh nurse dan doktor adalah perkara biasa bila bersalin. Tambah lagi kalau baby yang keluar dari rahim kita ada sedikit masalah. Kalau banyak masalah, lagi laa kena tahan. Kan..

Dalam tempoh 14 hari. 2 minggu la.
Seminggu yang lalu.
Aku akan bersabar dengan hari yang mendatang. Aku harap hari ini dan akan datang berlalu ngan cepat dan aku dan Naurah boleh keluar dengan segera dari sini.

Seminggu selepasnya.
Alhamdulillah. alhamdulillah. Alhamdulillah. Akhirnya hari yang ditunggu tiba. Doktor sahkan yang aku dan Naurah dah boleh balik ke rumah dengan selamat dan kena pastikan berat badan naik dengan baik. Insya Allah akan ku bagi susu dada dengan baik sehingga membesar menjadi bambam dan sihat. Insya Allah.

Semalam.
Aku tak dapat tidur. Semalaman aku berjaga. Dek kerana terlalu excited. Aku langsung tak dapat tidur. Tak pernah lagi aku rasakan perasaan excited macam ni. Nak keluar dari wad dan nak balik rumah je pun.. Bukannya lepas keluar ni aku nak pegi buat haji dan umrah. Adeh.. Tapi itulah hakikatnya. Jantung aku seolah-olah mahu keluar.

Dah bila doktor aku dan Naurah dibenarkan balik, aku seolah-olah mahu menari. Oh. Allah. Tq Allah.

Jom kita balik kampung Naurah.. Yeay!













Nota Pinky;
"Dek kerana terlalu excited, aku lupa aku belum mandi. haha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ke-tujuh.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ni, 19.8.2014. Selasa. Jam menunjukkan angka 11.30 pagi. En. Hati datang melawat.
Memandangkan wad ni tak de orang yang boleh melawat melainkan suami a. k. a. ayah kepada bayi sahaja, jadi aku sangat teruja. Haha. Macam tinggal dalam penjara sey..

Wad Neonatal, HUSM, Kubang Kerian.
Hanya dibenarkan baby dan ibu. Ayah sebagai pelawat. Takpe. Berkorban demi anakanda tercinta.

Masuk ke sini. Aku hanya membilang hari untuk balik ke rumah. Tidaklah seksa berada di sini. Cuma kerinduan pada kampung laman itu membataskan rasa cinta untuk berada di sini. Ewaaahhh. Bukan main aku bermadah pujangga. Cakap jela tak suka ade kat sini.

Nurse dan doktor.
Nurse dan doktor di HUSM ni, sangat baik. Staff yang lain pun baik. Ade la seorang dua yang kerek. Haha. Tapi aku boleh bagi 5 bintang untuk HUSM atas layanan doktor dan nurse yang ada di sini. Pada sesiapa yang nak datang ke HUSM, jangan risau. =)

Apa yang en. Hati buat bila datang melawat?
Pertama, namakan anak kami. Hari ketujuh sunat diberikan nama. Nama yang telah disepakati oleh kami berdua, Naurah Nabihah binti Ridzuan.

Buat Naurah Nabihah..
Umi harap, kakak akan menjadi anak yang baik, taat pada Allah, Rasul, agama dan ibu bapa serta orang yang lebih tua. Umi harap kakak dapat menjadi orang yang akan menegakkan syiar Islam, mengembangkan dakwah Rasulullah dan menjadi srikandi islam yang ulung suatu masa nanti. Insya Allah. Aminnn.

Buat en. Hati, pujaan kalbu..
Terima kasih kerana sanggup bersusah payah atas kelahiran ini. Terima kasih jugak atas pengorbanan yang dilakukan. I love U so much!!















Nota Pinky;
"Menghitung hari untuk pulang. Ya Allah kuatkan semangat ku. Amin."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS