Assalamualaikum. Salam sejahtera. Hai semua.
Chewahh.. Macam lah ade orang baca apa yang aku tulis. Hoho. Tepuk bahu. (Motif?)
Minggu lepas Bidadari kesayangan Naurah Nabihah demam, tak boleh nak buat apa.. Baru rasa penangan anak demam. Dah 31 tahun aku hidup dengan baik dan bebas. Tetiba kena macam ni, baru ku thau pengorbanan mak dan ayah membesarkan anak dengan susah. So jangan ko degil-degil lepas ni tau.
Ok. Sekarang, i plak yang demam.
Batuk. Selsema. Kahak. Sakit kepala. Semua ada. Lengkap. Bila demam. Ngan bidadari yang baru sihat, menyebabkan badan sangatlah letih. Pastu My Hati plak tak de kat rumah. Kursus sampai Rabu minggu depan baru boleh dating balik, lagi menyebabkan aku rasa nak pitam+pengsan+terbongkang = taknak buat apa-apa sebab dah guna banyak tenaga. Macam tu ke orang discribe perasaan penat? Haha. Abaikan.
Dan sekarang baru aku rasa, like... Wow, demam sambil jaga orang lain sangat memberi keterujaan yang tak dapat di bayangkan. Haha. Ok. Ayat aku sangat lah pelik. Stop. Hmm.. Macam nilah mak aku rasa masa jaga aku dulu. Mungkin. Terima kasih mak.. Air mata tetiba bergenang dan oh. i miss u so much, mak..
Cakap kat mak.
Mak suruh aku rehat. Tapi ada sesuatu dalam diri yang meloncat-loncat mahu keluar. Gian agaknya. Perasaan nak menjahit. Yer. Aku rasa aku gian sekarang. Sebab dah sebulan lebih aku tak menjahit baju. Sekarang sambil pejam mata pun aku asik fikir nak potong kain je. Macam semalam, sangat-sangatlah gian. Tapi paksa diri untuk tidur. Sebab badan dah lemah tak bermaya. Huhu.
Adakah gian nak menjahit baju adalah satu penyakit?
Kalau ia adalah penyakit, aku rasa aku perlukan seorang pakar untuk mengatasi kegilaan ini. Hakhakhak. Gelak jahat tu...
Mahu berehat sekejap. Menghilangkan lelah yang bertamu.
Nota Pinky;
"Semalam aku termarah my Hati. Mungkin tak puashati sebab my Hati pergi lama sampai Rabu. Lepas my hati hilang dari pandangan aku dah hitung hari bila nak jumpa. Hai. Penyakit apakah ini?"
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment