Assalamualaikum. Salam mahabbah. Salam 1 Malaysia.
Dah gaya menteri nak berucap plak.
Tahun 2015.
Aku tak jenguk langsung blog. Aku hanya membaca blog kawan-kawan dari Google+ sahaja. Hmm.. Adakah aku busy. Ntahlah. Bila muncul tahun baru, aku rasa sangat tidak menang tangan. Sangat banyak kerja. Sangat menjadikan aku hanya berfikir perkara penting sahaja. Adakah ia menjadikan aku seorang workaholic.?
Kelu. Diam.
Dah lama tak menulis. Dah macam kaku plak. Tak tahu nak tulis apa. Otak jadi tepu. Alhamdulillah walaupun tak menulis, membaca adalah rutin harian. Kalau tak, memang tepu tahap dewa laa otak ni. tak digunakan langsung. Huhu.
Mungkinkah anak menyebabkan aku tak menang tangan.?
Ada kawan di sekolah cakap, baru anak seorang dah tak menang tangan.
Hati jawab.
Hello? Masa kau anak sorang dulu, masa kau mula-mula beranak dulu, masa kau mula-mula ada anak dulu, kau kelam kabut jugak kan. Eleh. tak yah laa nak cakap kat aku, kau dapat rileks ngan baik. Takyah laa cakap kau ni jenis pandai sangat menguruskan waktu. Kau ni orang nya pandai jaga anak. Kita sama-sama suri rumah yang bekerjaya. Aku tahu rasa lah.
Dan.
Sewaktu anak pertama, kita sama-sama belajar menguruskan family.
Ok. Stop rasa nak marah. Marah tu api setan. Hoho. Kan terbakar nanti.
Mulut.
Hanya mengukir senyuman. Kalau aku jawab kan cari gaduh plak. Tak pasal. Haha.
Pendapat aku..
Anak tu anugerah Allah. Hikmahnya, kita akan belajar menguruskan masa. Kita akan belajar menjadi seorang penyabar. Kita akan belajar menjadi seorang yang berdedikasi. Dan penuh dengan kasih sayang. Ewwahhh.
Jadi, tak perlulah pandang sebelah mata pada ibu yang baru ada anak macam aku ni. Sebab semua orang akan belajar untuk menangani nya.
Dan. Sekarang.
Aku agak berpuas hati dengan diri sendiri. AGAK. Sebab tak sepenuhnya lagi aku boleh buat bila badan aku penat setelah seharian di sekolah.
Tapi, buktinya aku boleh menjahit, sambil menguruskan rumah dan anak. Keperluan suami dapat disediakan dengan jayanya. Cuma aktiviti masak memasak agak kurang sekarang. Akan datang akan cuba bahagikan masa dengan baik lagi.
Chaiyok, Pinky!
Nota pinky ;
aku akui, aku sangat memerlukan masa tambahan tapi ia tetap menghiburkan hati untuk menguruskan rumah tangga yang tak de tangga. I love Malaya. Haha.
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
2 comments:
welcome back syg! teruskan menulis ye....dulu kamu yg ajar aku menulis..tp last2 kita sama2 terbongkang hahah...jom sama2 menulis...
sy bangga menulis walaupon terkadang kekangan masa tp takpe..kita mampu!!!
alahh mulut orang...bior je...kalo ikut pd mulut org sampai tua tak hbs kan kan..
hehehe kalo bosan sila lah menulis! jujur rindu wehhh!
tq CF. hihihi. insya Allah akan giat kembali. hihi.
Post a Comment