RSS

Sanction.


Sanction.

Mula-mula aku datang, aku agak blur dengan istilah sanction. Sikit-sikit sanction. Sikit-sikit sanction. Apa ke benda lah sanction ni.. Setelah 2 minggu berada di sini, aku tahu yang sanction adalah satu bentuk denda.

Di sini, guru tidak dibenarkan mencubit, merotan, memukul pelajar. Hatta menyentuh pelajar sekali pun tidak dibenarkan. Jika pelajar buat salah, guru perlu memujuk pelajar dan member kesedaran kepada pelajar bahawa benda yang mereka lakukan adalah salah.

Jika mereka membuat kesalahan lagi, mereka perlu di hantar ke bilik tahanan untuk menerima hukuman atau dalam istilah lain, dikurung di sana berseorangan.

Ya. aku setuju. Ade sesetengah pelajar, guru boleh menggunakan pendekatan yang demikian. Dan ada sesetengah pelajar, guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang lemah lembut. Mereka lebih suka guru berkeras. Lain pelajar, lain cara nya.

Tapi yang menyedihkan aku ialah pelajar di sini lebih suka di kurung dari belajar di dalam kelas. Di sana mereka boleh tidur dengan senangnya. Seperti juga jika mereka di gantung sekolah. Mereka akan bersorak riang kerana mereka tidak akan ke sekolah selama 1 minggu atau 2 minggu.

Apa tidaknya, ada pelajar masuk ke dalam almari di makmal sains semata-mata untuk tidur. Sumber ini aku dengar sendiri dari cikgu sains di sekolah. Nasib ade cikgu yang selalu membersihkan makmal dia membuka almari itu dan ternampak seorang pelajar lelaki yang sedang enak menikmati mimpi indahnya di dalam almari. Logic kah? Tapi, itulah kenyataannya. Dan sampai sekarang aku masih meraguinya. Hahaha. Walaupun aku tahu, sumber itu 100% boleh di percayai. Pelajar-pelajar. Sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Baiklah pelajar-pelajar sekalian. Sambil menggosok kedua-dua belah tangan. Dan bertanya… Apalah yang patut cikgu lakukan untuk membuatkan kamu mahu belajar dengan bersemangat? Jika pelajar ku boleh menjawabnya… alangkah baiknya.

Sekarang, aku sedang mempersoalkan kewibawaan ku sebagai seorang guru. Adakah aku tidak layak untuk menjadi guru mereka sehingga aku tidak dapat menarik perhatian mereka. Jika ada pun, hanya separuh dari kelas mahu belajar. Yang separuh lagi, mahu main.

Mahu saja aku memberi sanction pada semua pelajar yang malas. Tapi… Jika ditulis nama mereka di papan hijau, di bawah perkataan sanction, itu langsung tidak berbekas di hati mereka. Malah mereka dengan gembiranya mengatakan bahawa pilihlah nama mereka untuk di tulis.

Hmm.. Baru teringatkan sesuatu.

Semasa perjumpaan 3 penjuru, aku di minta oleh kebanyakan dari ibu bapa untuk merotan anak mereka jika mereka tidak mahu belajar.

Hukuman berupa sanction tidak dapat menyedarkan kamu yer, baiklah. Jom kita guna cara memegang rotan plak. (Pegang dan berlagak saja ni. Bukan nak rotan sangat pun.) Aku rasa, dengan cara memegang rotan, pelajar akan lebih terkawal dan guru tidak perlu menjerit dan bercakap banyak.

Mana 1 kamu setuju?

Sanction atau rotan sebagai pengajaran?









Nota Pinky ;
“Jam 9pm. Mata ku sudah tersangat-sangat layu. Terasa mahu berborak-borak dengan en. Hati, tapi… Oh! Sangat mengantuk, ok. Selamat malam, Sayang. Selamat malam, semua…”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Ahad ke-5. Menyanyi riang dalam hati.


Ya. Hari ni, hari Ahad yang ke-5.

Aku sedang menghitung seluruh hari ku di sini. Tanpa sesaat pun aku tertinggal. Dalam sedar, aku sangat berharap, masa semakin laju. Tapi, harapan itu terkubur bersama masa yang sangat lambat ku rasakan ia bergerak…

Aku tahu, setiap hari hati ini hanya mengeluarkan satu nada. Nada kesedihan.

Aku sedang bersandar ke dinding puteh, menghadap almari bercermin. Ku lihat… Mata, tidak lagi ada sinar kegembiraan. Wajah, tidak lagi menunjukkan keterujaan. Badan, kelihatan makin susut.

Aku terfikir, ke mana diri aku yang dulu? Ke mana rasa yang penuh keterujaan itu? Ya, keterujaan untuk menjelajah dunia Malaysia sebelum keluar menjelajah ke dunia yang lain. Antara impian ku yang telah aku lakarkan dan sematkan kemas-kemas dalam diari.

Aku terfikir. Kesedihan ini, bukan hanya aku sangat merindui en. Hati. Tapi, kesedihan ini kerana aku terperangkap di sini. Tanpa ada jalan keluar untuk ku. Banyak jalan telah aku cuba.

Jalan pertamanya, mencari bilik sewa.
Tapi menemui jalan buntu kerana kebanyakannya hanya mahu teman serumah yang masih berstatus single. Baiklah. Aku terfikir, mungkin aku perlu cari rumah.

Jalan kedua. Mencari rumah. Rumah yang ada..
Rumah pertama, sewa mencecah 1k. Rumah dua tingkat, macam banglow pun ada. Fully finish. 5 minit ke sekolah dengan menaiki kereta.

Rumah kedua, sewa rm600. 2 tingkat, semi D. Semua barang ada kecuali TV. Lebih kurang 10 minit ke sekolah dengan menaiki kereta.

Rumah ketiga. Rumah flat, kata sumber harganya dalam rm400. Keadaan sangat bahaya di diami kerana selalu ada geng yang pecah masuk rumah. Lagi-lagi kalau mahu tinggal seorang diri. Yang ni depan sekolah je. Boleh jalan kaki, lebih kurang 10 minit sampailah.

Aku suka untuk memilih pilihan kedua. Tapi… Masalah aku  ialah macam mana aku mahu ke sekolah tanpa kenderaan. Rumah yang tak perlukan kenderaan plak, keselamatan tidak di jamin. Mahu menetap di kuarters, awal-awal lagi pengetua suruh cari rumah sewa dan tinggal di luar. Bagus betul.

Jadi, kedua-dua jalan penyelesaian tidak dapat membantu.

Jalan ketiga. Memakai broadband supaya tumpuan aku teralih.
Lalu aku memaksa housemate menemani aku ke celcom centre. Selesai. Tapi 3 hari kemudian, simkadnya masih tidak dapat berfungsi lagi. Lalu aku sekali lagi berurusan dengan celcom melalui talian. Katanya aku kena settlekan bil maxis yang tertunggak dahulu baru aku dapat menikmati kemudahan broadband ini.

Dengan gaji yang tidak ada, dengan gaji en. Hati yang perlu di bahagi 3, aku tidak rasa aku dapat membayarnya dalam tempoh terdekat. Jadi jalan ketiga juga menemui kebuntuan.
Aku masih tidak berputus asa. Ku fikirkan lagi perkara yang perlu aku buat untuk mengalih rasa sedih yang bersarang ini.

Kekadang ku ajak housemate yang memang suka berada di rumah keluar berjalan-jalan. Seperti hari ini, aku ajak mereka keluar ke pasar. Di suruh aku listkan barang-barang yang ingin di beli. Bersemangat aku menulisnya. Tapi kesudahannya, aku menunggu dengan penuh hampa dengan perut yang sedang menyanyi riang. Akhir sekali, kehampaan itu aku gantikan dengan tidur supaya aku tidak mendengar perut ini menyanyi lagu hiba.

Jalan ini juga menemui kebuntuan. Bagus. Mahu saja aku mengeluh dan mempersoalkan kenapa aku pilih untuk ke sini? Kenapa aku berjumpa ke housemate yang macam ni? OMG.

Jadi, dengan sisa masa yang ada, aku hanya fikir tentang hari esok.

Esok Isnin, aku boleh ke sekolah. Berjumpa dengan orang. Makan nasi dengan banyak. Buat kerja tanpa rasa boring. Aku senyum. Sedikit kelat. Terasa sangat lambat masa berlalu. Semasa aku berfikir tentang esok, mata ini berair. Haha. Ketawa perlahan-lahan pada diri sendiri. Bodohnya aku. Membazirkan air mata tiap-tiap hujung minggu. Yang sepatutnya ku habiskan dengan penuh kegembiraan.

Haha. Sangat mahu ketawa kuat-kuat.

Sila angkat tangan jika kamu tidak sedih bila berada di tempat ku. Sila angkat tangan juga jika kamu sangat happy setiap kali hujung minggu kamu terpaksa makan  maggi dan biskut serta terpaksa tidur dengan perut yang menyanyi lagu riang ria.

Hari ini, aku berdoa moga aku dikurniakan hati yang super kuat. Dan hati itu akan membesar dan kental dengan sebarang ujian yang datang kelak. Amin.











Nota Pinky ;
“Sayang, semakin hari, semakin aku rasa kesibukan mu mendera minda ku, merobek jantung ku, mematahkan semangat ku, meremukkan hati ku yang sangat kecil ini. Mungkin aku sangat jauh dan tidak dapat di lihat oleh kamu. Tapi, saat ini aku sangat-sangat memerlukan bahu untuk melepaskan rasa hiba ini. Tapi yang aku dapat, hanya dinding yang menemani…”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menghitung Hari Sabtu.


Hari Sabtu. 14 Julai. 1 bulan 2 hari aku di sini.

Hari ni kena datang sekolah. Kata pengetua, ini di kira sekolah ganti. Untuk cuti akhir tahun. Yeah! Harap cuti akhir tahun boleh balik awal dan menghabiskan masa bersama en. Hati tersayang dengan lebih lama. Kalau akhir tahun ni dapat tukar terus ke negeri Sembilan pun bagus. Haha.

Hari ni, adalah hari perjumpaan 3 penjuru. Atau di panggil juga Hari Muafakat. Kerja aku hari ni ialah membantu cikgu Lee di kelas 1F.

Bagus. Boleh aku ceritakan serba sedikit perangai mereka di sekolah yang sangat-sangat malas untuk belajar dan asik mahu main kepada ibu bapa. Dan harap sangat ibu bapa mereka dapat berbuat sesuatu selepas itu.

Hairan dengan budak-budak zaman sekarang.

Kenapa yer mereka sangat tidak berminat untuk belajar? Aku dulu pun tidak berminat jugak untuk belajar. Tapi tak delah seperti mereka. Aku belajar ikut mood. Kalau mahu belajar, yeah! Belajar bersungguh-sungguh. Kalau time tidak ada mood, kita enjoy! Pelajar di sini tidak. Tiap-tiap masa tak de mood. Ish3.

Alhamdulillah. Ibu bapa yang hadir hampir ke semuanya. Hanya 5 orang sahaja yang tidak dapat hadir. 3 daripada mereka berjanji mahu ke sekolah pada hari isnin nanti. Dan 2 lagi, tidak dapat dikesan. 1 permulaan yang bagus bagiku…

Ok. tidak ada apa-apa yang menarik untuk aku kongsikan.

Cuma, biasa-biasa saja tentang ibu bapa memang prihatin tentang anak mereka. Harap di tingkatan 2 nanti, sambutannya juga begini. =)

Menghitung Sabtu.
Hari ni adalah Sabtu yang ke-5 aku berada di sini. Bermaksud, aku sudah 5 minggu menabahkan diri berada di sini berseorangan. Aku terasa macam 5 tahun. Sangat berat untuk melaluinya sendirian. Sangat berharap masa cepat berlalu. Kerana hati sudah sangat tidak larat berada di sini. Cuma jasad sahaja yang masih gagah bertapak dan melangkah. Senyum kelat.

Seperti Sabtu-sabtu yang lalu.
Hari ni, aku lalui dengan tiada warna. Menghadap dinding bilik yang puteh. Syiling yang berjalur-jalur. Nasib petang tadi, housemate membawa ku makan juga. Kalau tidak, menu seperti biasalah aku iaitu biskut tiger. Terasa sangat serik bila berjumpa weekend. Hanya mampu tabahkan hati sekuat yang mungkin.

Sekarang, sedang berfikir tentang esok.

Ahad. Tidak ada program yang terisi. Mungkin aku hanya akan berlegar-legar di ruang tamu. Bermalasan di sofa. Duduk di dapur merenung keluar jendela. Dan akhir sekali masuk bilik, renung syiling lagi!

Oh! Kalau aku habiskan dengan program itu esok hari, maksudnya sudah 5 kali Ahad aku menghabiskan masa dengan giler nya…

Baik. Kita tunggu dan lihatlah apa yang aku buat esok.













Nota Pinky ;
“Sayang, kamu tidak merasa keseksaan aku untuk mengharungi hari-hari di sini tanpa kemudahan apa-apa pun. Aku cuma ada sekeping hati yang sangat tabah di sini. Jika aku kehilangan hati itu, aku mungkin akan menjadi separuh giler. Mungkin hati itu kuat kerana aku hanya ada Dia untuk bercerita. Saban malam, hanya Dia yang selalu mendengar segala cerita-cerita ku yang aku tahu, Dia sudah tahu tentangnya. Aku sangat berharap hati ini semakin melebar, Sayang...”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ini namanya give and take.


Rabu. 11 Julai 2012.

Memulakan hari dengan rasa sayu dan sedih. Serta terasa mahu marah + moody saja. Aku tidak tahu kenapa aku berkelakuan macam ni hari ni. Pelik semacam je rasanya. Semalam, rasanya sudah cukup tidur. Bangun pagi-pagi lagi sudah sarapan. Mata tidak mengantuk. Perut tidak lapar. Faktor-faktor moody sepatutnya tidak ada dalam diri. Tapi tetap saja moody.

Inilah orang kata namanya perempuan. Boleh moody tanpa sebab! Betul. Dan aku bersetuju dengan kata-kata itu. Ia ditujukan pada diri ku sahaja. Pada orang lain, kamu kena kaji sendiri yer...

Masuk kelas 2A. Ok lagi.
Pelajar-pelajar nya kebanyakan ok. Dan ada juga yang malas. Menyebabkan aku panas hati lalu mencabar mereka. Siapa yang boleh menandingi folio aku, akan diberi hadiah. Tarikh tutupnya hari Rabu minggu depan.

Nah! Ambik kau satu kerja. Gatal sangat mulut nak cakap macam tu ngan pelajar!
Oh! Otak dalam keadaan blur sebenarnya. Aku tak tahu aku fikir apa! Aku harap, esok-esok-esok otak aku akan baik dengan sebaiknya. Dah lama tak jumpa en. Hati, ginilaa jadinya. Huh!

Masuk kelas 2E. Pelajarnya majority tak nak belajar.
Sakit otak aku nak tarik minat dorang untuk belajar. Tinggal tak sampai 10 orang yang nak belajar daripada 33 orang. Kerja mereka dalam kelas, buat sampah dan baling sesame sendiri. Tak cukup itu, ngan aku-aku sekali kena baling. Nasib lah tak kena muka atau kepala. Biasanya kena tubuh aku je. Kalau tak... Hmm… Tak cukup dengan itu, ada yang main kayu kerusi patah.. kayu penyapu patah. Main penyodok sampah… Macam-macam ragam lagi…

Itu tak masuk lagi bab makan maggi dalam kelas.
Siap share lagi tu beramai-ramai. Lelaki ke perempuan semua boleh makan. Semua boleh rasa. Pastu siap nak bukak makan nasi lemak, itu melampau dan kena larang ngan aku. Amboi3! Korang ingat ni restorant? Lepas menu maggi goreng, makan nasi lemak plak… Seronoknya duk dalam kelas… Kan?

Masuk bab kelas pendidikan islam tetiba jadi kelas muzik plak.
Sakit plak telinga aku ni menahan dengar suara mereka yang bagai halilintar yang membelah bumi. Nyanyi plak lagu Azura beramai-ramai siap ngan buat gaya gitaris ngah sedang rancak memetik gitar tuu…. Sakitnya hati aku… dah rupa macam nak mengorat aku pun ada. Ish3. Macam mana nak buat ni. Dah sakit hati tahap langit ke 7 ni.

Maka…

Haaa.. kamu nak tengok “Azura… Kaulah sinar hidupku…” mengamuk kan? Boleh! Pelajar lelaki yang sedang membaling sampah sana sini, yang main kayu kerusi patah tu, yang sedang petik gitar, yang jadi vokalis, yang jadi tukang sapu, semua ku halau keluar.

Mengamuklah Ustazah Pinky hari ni. Dahla pakai baju merah! Sudah mengamuk bagai dan air mata mengalir diam-diam tanpa disedari. Puas hati aku!

Satu soalan yang aku Tanya tidak ada jawapan.
“Kamu nak ustazah buat apa supaya kamu nak belajar? Bagitahu ustazah, supaya senang ustazah buat dan tak menyakitkan hati ustazah yang datang jauh-jauh dari semenanjung. Supaya ustazah tidak rasa menyesal datang sini untuk mengajar kamu supaya jadi orang yang pandai dan berjaya. Bagitahu ustazah kamu nak ustazah ajar macam mana?”

Ya Allah. Tahu plak diam budak-budak ni! Tadi aku rasa dah macam duduk dalam sarkas dah. Sekarang baru terasa nyaman dan duduk dalam kelas. 15 minit berlalu, semua diam membisu. Dan aku bagi peluang terakhir untuk mereka cakap cara apa yang mereka mahu. Salah sorang bangun.

“Saya nak belajar sambil bermain.”

Sampuk budak yang bermain tadi, “Main ragbi dengan cikgu.”

Adoii.. Kepala otak kau nak main ragbi ngan ustazah! Rasa nak cakap macam tu je! Tapi sambil senyum. Boleh!

Lalu 1 perjanjian termetrai. Mereka perlu menyiapkan folio PAI sebanyak 34 tajuk. Masa yang diberikan hanya 1 bulan sahaja. Jika tidak dapat menyiapkannya, no more main-main. no more rehat-rehat. Dan tak de nya yang lain. Dan perlu menjalani kelas seperti latihan askar. Hahaha.

Kalau 33 orang dapat menyiapkannya, maka ganjaran berupaya belajar sambil bermain, tengok video, tengok internet dan semua yang direquest akan dipenuhi oleh Ustazah Pinky.

Tarikh tamat adalah 11.8.2012…

Terpaksa! Tapi tak pe. Janji mereka mahu belajar. Aku dapat mencapai apa yang aku nak. Mereka dapat capai apa yang mereka nak. Ini namanya give and take ye pelajar sekalian.

Masuk kelas 1G & 1F. Kelas last dan kedua last.
Lain plak ragamnya. Yang ni, suka sangat keluar dan masuk kelas. Duduk mengcangkung atas kerusi. Duduk atas meja. Meja guru pun dia nak duduk. Melompat sana. Melompat sini. Tolak meja sana. Tolak meja sini. Kacau budak perempuan. Main bergayut ngan pintu. Macam-macam lagi benda pelik yang mereka buat.

Tadi aku diam dan melihat gelagat mereka. Aku berdiri di depan selama 15 minit dan tidak ada sorang pun pelajar yang hiraukan aku di depan!

Eh3, memang bertuah betul budak-budak ni! Aku tak marah. Aku tengok sampai mereka berhenti. 15 minit selepas masuk kelas baru nak diam dan Nampak cikgu? Super bagus!

Semua berdiri dan baca doa. Ketawa dalam hati. Fius tak betul agaknya budak-budak ni.

Nampak macam dorang tak nak belajar. So, jom kita melukis. Jadi cikgu lukisan plak aku hari ni. Semalam dah melukis. Hari ni melukis lagi. Hmm… tak pelah. Asalkan dorang tahu hukum hakam berkaitan agama. Dah tak tahu nak buat apa ngan budak ni. Rasa nak pecah kepala fikir nak tarik minat. Ustazah plak yang bersemangat nak ajar kamu! Kamu langsung tak nak belajar. Apa laa nak jadi ni… Ish3.

Aku terfikir. Adalah aku yang tidak tahu bagaimana cara untuk mengajar? Adakah itu salah ku bila kelas ku sangat-sangat bising dan tidak menghiraukan aku tatkala aku berada di depan? Kalau bukan salah ku, salah siapa? Termanggu sendirian.

Penat dan seksa ya amat!
Dan sekarang, aku rasa sangat seksa untuk mengajar budak-budak SMK.

Ia lebih mencabar dari zaman aku dulu. Yalah, aku dulu sekolah agama. Tak sama nakalnya dengan sekolah harian biasa. Di sini ia menuntut aku lebih kreatif, lebih sabar, lebih tabah, lebih kuat dan gagah untuk hindarkan diri dari stress dan segalanya lebih… terutamanya lebih berfikiran positif kerana orang yang sentiasa bagi support adalah lebih jauh berbanding orang lain...

Ok.

Harapan aku, aku akan lebih kreatif pada masa akan datang. :)









Nota Pinky ;
“Petang ni. Aku marah adik ku kerana membenarkan orang lain menyentuh Aqeef. Memang sangat marah! Cemburu ke aku ni? Hmm… Selepas itu, aku berselisih faham dengan en. Hati. Lalu, sedih menguasai diri. Kami memang selalu begini. Kalau lama tak jumpa, mesti nak bergaduh! Oppsss. Bukan bergaduh, selisih faham sahaja, ok! Dan sampai sekarang, kedua-duanya diam membisu. Super hebat. Dengan aku-aku sekali sebab tak nak mengalah! Ish! Sesaklaa plak jiwa.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ada sesuatu yang mengusik hati ku. Biarkanlah ia pergi.


Alhamdulillah. Habis jugak hutang ku. 

Hari last ganti puasa. Baguskan? Bukan tak nak ganti awal-awal. Tapi banyak penyebab yang menyebabkan aku tidak di benarkan oleh suami mengganti puasa. Alhamdulillah, selepas sihat dengan sepenuhnya dan di yakini oleh en. Hati yang selalu sayangkan aku tu, aku mengganti puasa dengan jayanya di Sarawak nan indah ini.

Koteaw goreng yang sedap (perasan sendiri! Hahaha.).

Asma baru je balik. Datang sejauh Matang hanya untuk merasa koteaw goreng yang aku masak? Bagus betul budak ni… Atau datang dengan makna lain hanyalah untuk mengubat kerinduan aku pada en. Hati dan ibu yang tersayang di Semenanjung. Aku tahu, Asma sangat prihatin tentang ku. Terima kasih, Asma sayang… Kalaulah keadaan mengizinkan, pasti aku akan tinggal bersama Asma untuk menghilangkan ketidakwarasan kepala aku ini.

Kerana aku rasa, Asma boleh menyelamatkan keadaan yang ada ini. Tapi, semuanya terbatas. Aku perlu faham itu!

Ketidakwarasan ini!
Tidak semakin menjadi-jadi. Tapi ia maintain sama dari mula aku datang dan sampailah sekarang. Gile kah aku…? Sumpah! Mulut bonda memang masin. Sebelum aku datang ke sini, katanya dia takut aku menangis tiap-tiap hari rindukan semenanjung. Ya. Katanya, benar. Aku betul-betul menangis setiap hari.

Hairan! Sumpah aku pelik ngan diri sendiri!

Aku sebenarnya tidak faham kenapa aku menangis. Tapi air mata ini sangat cepat mencurah-curah. Seperti air terjun rupanya… Telah puas aku berusaha untuk menyibukkan diri. Berusaha untuk memujuk diri. Tapi tidak Berjaya. Tipulah aku jika setiap hari aku membenarkan diri ku dirundung kesedihan. Aku tidak membenarkannya! Tapi diri ini yang sedih sendiri.

Tidak ada seorang pun yang akan faham dengan ku.

Kerana, aku sendiri tidak memahami diri ini. Kekadang, rasa yang ada dalam jiwa, tidak perlu dikongsi dengan orang lain melainkan hanya dengan Rabb Izzati. Kerana Dia Maha Memahami tentang aku. Kekadang rasa ini, tidak dapat aku luahkan. Lidah pula terasa kelu untuk menyebut sesuatu. Kekadang, rasa ini dibiarkan berlalu.

Ok! Oppsss.. Oppsss.. Oppsss.. Jangan berlama-lama mengingati kisah luka ini! Berhenti!

Teringat tentang komen Asma about koteaw tadi ;
“Asma tak suka makan koteaw. Tapi akak goreng koteaw perut Asma boleh terima. Sedaplaaa..”

Jawab aku ; “Koteaw saya goreng sedap ke, sebab Asma lapar?” Kami sama-sama ketawa.

Komen aku, “memang laa sedap sebab orang yang masak Asma sayang oiii.. Saya pun suka orang masak. Hehehe. Tapi semua malas masak. So saya laa kena rajen masak.” 

Rindukan, Azhar dan Nad yang selalu melayan selera makan ku. Huhu. Alangkah baiknya kalau kami posting berdekatan. Bolehlah aku request macam-macam bila nak makan. Haha. Tukang masak terhebat aku tu. Nyummy…

Sebelum Asma balik tadi, aku tapaukan koteaw untuk dia makan dirumah. Tak pun buat balik kat Ann, kalau dia tak nak makan lah.. Hehehe. Makan air tangan aku semua orang. Tak lama lagi, aku akan jadi chef hebat laa kan?. Lalalala~

Jutaan Terima kasih kepada Asma kerana datang melawat ku yang berada dalam keboringan ini.

Aku terfikir satu idea untuk menghilangkan boring. 
Aku mahu pinjam semua buku di library untuk ku baca. Siapa tahu novel atau komik yang ada di library boleh menyelamatkan mata ku. Kan? Harap ianya akan berkesan. InsyAllah. Amin ya Rabb…

Sekarang, dah sangat penat. Jom berehat. Senyum3.













Nota Pinky ;
”Kamu tidak akan tahu bagaimanakah lukisan jiwa ku sekarang. Jika kamu berada di tempat ku, pasti kau tahu, aku telah cuba sedaya upaya melakarkan segala yang indah. Tapi ternyata, keindahan itu tertinggal bersama dia di sana. Aku tidak berdaya untuk memaksanya ke mari.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syabas untuk semua guru.

Berakhir juga hari Ahad yang indah. 

Sepatutnya aku isi hari Ahad dengan tidur dan berehat-rehat + sambil boring2 kat rumah. Kali ni, aku berada di sekolah. Bagus. Ubat hilangkan boring.

Semua berjalan dengan lancar dan baik. 
Alhamdulillah. Cikgu-cikgu semua baik-baik. Student perkhemahan semua ok-ok. Sekolah pun ok. 2 hari tidur di sekolah pun ok. Nyenyak. Yang tak ok lagi adalah AKU. Adeh! Masih mahu balik semenanjung. Apakah rasa ini tak kan hilang? Sesak otak aku.

Tahniah dan Syabas untuk semua guru yang berjaya menjayakan perkhemahan kali pertama ini walaupun di sekolah. Tahniah untuk diri sendiri yang berjaya menghilangkan boring yang ada. Hehehe.

Mata, penat. 
Mahu balik rumah. Ramai cikgu yang mahu ambil CRK. Aku? Ntah laa.. Kalau duduk kat rumah pun aku nak buat apa? Buat boring je. Baik datang sekolah. Boleh jugak bercakap ngan manusia. Hahaha.

Jom berehat. 
Mahu mengemas bilik. Entah apa khabar laa bilik ku. Bersepah. Aku sekadar campak sana campak sini. Hahaha. Duduk sorang-sorang, siapa mahu larang, kan?

Balik. Tidur. Baru fikir nak buat benda lain. Hahaha.






Nota Pinky ;
"Rasanya sayang tak bangun tidur lagi ni. Penat benor sayang ku ini.. =) Sayang, bangun, i miss u ni..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS