RSS

terasa malu sendiri..

semenjak 2 3 menjak ni, aku asyik terserempak dengan blog yang diplagiat orang je. huhu. sian empunya blog. mesti bengang giler.. kalau lah aku berada ditempatnya, aku tak tahu laa apa yang aku buat. tak tahu apa yang berlaku.

may be sebab ni laa prof Megat asyik cakap, no plagiarisme.. berpuluh-puluh kali and tetiap kali masuk ke kelas, itu aje yang dipesannya.

kalau plagiat asigment, may be boleh terima kenyataan. sebab may be orang yang palgiat tu nak ambik nama. konon-konon laa dia yang fikirnya. tapi kalau plagiat kehidupan seseorang, apa kes.. pelik tapi benar.

masing-masing kan ade kehidupan masing-masing. tak kanlaa kita nak ceroboh kehidupan orang. tapi tak logik laa kalau kehidupan kita sama dengan kehidupan orang lain. logik ke? kalau sama pun, may be topik yang sama. tapi keadaan and situasi yang berbeza. kan.. kan.. kan..

kalau laa di plagiat, pasal dia admire kat seseorang.. hmm, itu memang kelakar. kalau di plagiat dek kerana dia suka kan kehidupan seseorang, itu lagi kelakar. life kita, nyawa kita, situasi, and semua yang kita lalui sangat subjektif. walau apa pun yang terjadi, ia tak kan sama dengan orang lain. so, walau pun kamu admire seseorang, kamu suka akan kehidupannya, kamu suka dia, or something else, jangan lah kamu plagiat tulisan nya. itu tidak manis. hehe

kalau nak plagiat jugak, nyatakan sumber rujukan. nyatakan dari mana kamu dapat tulisan tu. baru lah di kira kamu adalah seorang yang amanah.

kata Ust Ahmad, amanah itu penting dalam menuntut ilmu dan dalam semua perkara. so amanah kan diri anda.. tapi aku tahu bukan senang nak bersikap amanah. jadi walau pun susah sekali pun, berusaha lah selagi termampu..

psssttt.. aku baca blog yang plagiat tulisan orang.. aku malu sendiri.. huhu.. kenapa plak aku yang nak malu.. adoii..

berlari-lari dalam otak : hehe.. si plagiat tak malu ke?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KDO yang memeningkan

mood : penat mencari contoh yang sesuai untuk di aplikasikan di dalam jawapan 1 malaysia.. huhu...

psssttt.. jap lagi nak masuk exam.. doakan kejayaan aku ye.. aku takut.. :( teori2 dalam KDO sangat memeningkan kepala.. macam mana laa aku nak jadi guru yang baik.. adoii..

status.. wangi-wangi.. baru siap mandi.. hehehe.. jom pergi exam sesama.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

alahan..

di musim-musim exam, cabaran yang dihadapi amatlah berat. dan bersilih ganti plak tu. tapi bagi aku yang menjadi student yang kental, setiap cabaran dihadapi dengan tenang dan bersemangat. apa yang aku semangat kan? aku pun tak tahu. yang penting semangat mesti kuat. macam kata mak laa.. takpelaa.. mak percaya.. anak mak kuat semangat. hehe. aku selalu senyum bila mak cakap macam tu. aku ni kuat semangat ke? hehe.

tak jugak kot...

tapi yang aku tahu.. aku memang kena kuat (walaupun pada dasarnya aku memang lembek.. ngeh3) tak kesah laa janji bahagia..

sekarang musim aku sakit kepala.. semalam sakit kepala sampai aku langsung tak tidur malam. aduhai.. pastu ade budak tu nangis. hahaha. sebab sakit kepala yang teramat. nasib baik ade orang pujuk dan suruh tidur. hehehe.. terasa merona pipi ku.. (padahal tak tidur sampai pagi.)

aleh2 aku bangun jam 4am lebih2 sikit.. mandi.. solat hajat. zikir-zikir. wirid-wirid sikit. (kenapa aku sangat baik semalam aku pun tak tahu) lepas mandi. wangi-wangi semua. tunggu subuh sambil picit-picit kepala yang sakit dan tak boleh disentuh dah. memang bengkak kepala nya.

tibe-tibe teringat tangan raudzah. dia keturunan arab. dulu masa sakit kat sekolah menengah dulu.. dia laa yang selalu picit kepala aku.. fussshhh.. tangan dia sebesar muka aku. ngam-ngam je letak tangan kat atas kepala dan picit. hilang semua sakit. lega. tapi sekarang! kena picit sendiri.. huhu (dasar anak manje..) kalau ade kat rumah, comfirm dah nangis sebelah mak dah ni. (eiii... tak malu..)

lepas subuh.. dan solat subuh.. baca ma'thurat sikit.. yang pendek udah lerr.. sakit kepala ni. huhu.. tetibe dalam pukul 6am. hilang semua sakit kat kepala yang denyut-denyut tadi. aikkk.. asal tetibe je hilang sakit ni. haa.. apa lagi, mata makin kuyu dan ngantuk tahap max 360 darjah pusingan dah ni. letak kepala terus tidur. sedar-sedar dah jam 9.15am. tu pun sebab asma yang kejutkan. kredit 9 bintang untuk asma kerana mengejutkan aku yang ade exam jam 1130am. adoiii..

nasib semua prepairation dah aku buat. kalau tak.. mati hidup balik aku akan nangis. itulah gunanya study awal. hehe. bagus sebenarnya study awal. nanti kalau ade emergency macam semalam.. tak de laa terkial-kial nak paksa baca buku lagi. hehe.

tapi selapas exam tadi, fikir punya fikir.. kenapa aku sakit kepala tahap gaban semalam. walaupun dah telan ubat 2 biji active fast.. tetap tak jalan dan sakit sampai pagi.. aku dah jumpa kesimpulannya.

semalam makan pizza dengan nad, azhar and abang najib. so dalam pizza ade daging. aku yang dah sedia sakit kepala. bertambah sakit kepala. setelah melantak daging hancur yang ada di dalam pizza. tau kenapa aku tak suka daging.??? sebab daging buat aku sakit kepala dan tak boleh tidur malam. huhu

aku baru teringat malam ni yang aku memang tak makan daging sebab sakit kepala. adoii.. sebab dah lama tak makan daging, dan terbiasa dengan ayam dan ikan, jadi dah lupa yang diri ini tak makan daging.

rasa daging tak sedap. entah kenapa tekak aku dah tak boleh terima daging. aku makin tua sebenarnya.. orang tua-tua kata abang najib. haha.. bukan orang-orang tua ye.. ade bezanya tuuu.. :)

psssttt.. kata orang, kalau makan daging sakit kepala means.. darah tinggi laa tu.. tapi aku darah rendah.. macam mana tu?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

A +++

hari ni dah 3 hari bulan.. esok plak 4.11.. 5.11 aku exam.. sambung plak 6.11.. buat aku pening dan takut. kenapa? aku tak cukup prepair ke? entahlaa.. aku kekadang tak tahu ape yang aku baca. makin aku baca, makin banyak aku tak baca.. kenapa eh?

orang kata.. makin banyak ilmu kita tuntut.. makin banyak benda yang kita tak tahu.. betul ke? aku agak memang betul.. agak laa dulu.. sebab aku sekarang kan dalam proses cari ilmu.. so tak banyak lagi laa ilmu.. huhu

prinsip teknologi pengajaran.. dan KDO sama-sama senang.. sama-sama susah subjek nya.. tapi aku banyak belajar dari kedua-dua subjek ni.. prof kata.. nak boleh B tak susah.. nak dapat A tu yang susah...

aku obses A.. so aku nak A.. A for All.. A for AZURA.. hehehe

kamu pun doakan aku jugak tau.. aku semakin kecut perut ni.. hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

study week..

1 minggu sebelum minggu exam adalah minggu study week. semua orang busy. semua orang sibuk. semua orang menghadap buku. itu adalah normal. normal bagi semua student. minggu study week ni selalu nya membuatkan orang yang malas study bertukar menjadi rajin. orang yang rajin makin rajin. ade jugak yang makin cemburu akan sesama sendiri. membandingkan siapa yang banyak baca buku. membezakan siapa yang punyai nota lebih lengkap.

fenomena ini adalah fenomena kebiasaan yang akan terjadi kepada semua pelajar. ia normal kepada semua student.

aku ade terbaca tentang ni. di mana aku baca itu adalah rahsia. biarlah hanya aku yang mengetahuinya. sebab tak baik bukak aib orang..

tapi yang paling aku tak faham ialah masalah nya... kenapa sanggup bergaduh di musim study week? kenapa perlu bermasam muka sesama kawan?

bukankah di musim study week adalah musim yang kita mengulangkaji dan sama-sama berbaik dengan kawan-kawan kita. sama-sama berkongsi apa yang kita ada. sama-sama bertukar idea dan buah fikiran. bukannya sama-sama bertukar muka masam.

bagi aku, ini adalah perkara yang tak wajar berlaku. kerana sama-sama kawan kan.. so selisih pendapat sikit, berbeza pandangan sikit, itu adalah lumrah. adalah normal. bagi aku hidup ini sebenarnya tak susah. kecuali kita yang menyusahkan hidup kita sendiri.

apa kata korang duduk berbincang.. slow talk.. cerita and story morry apa yang korang tak puas hati. apa yang korang rasa berbeza pendapat. mesti ade jalan keluar dari kemelut tu.

kalau aku ada kawan macam tu. aku tak perlu tunggu lama2. membiarkan luka menjadi nanah adalah lebih teruk berbanding kamu membersihkannya perlahan-lahan sampai lah ia bersih..

selamat study dan selamat menghafal ~lalalala..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

lindungilah aku.. ;p

musim exam.. kali ni exam masuk ke 5 dah aku kat um. means.. dah 5 sem aku kat sini.. sem depan 6 and.. aku ade 3 sem lagi.. kejap je duk kL ni.. dah dekat 3 tahun dah.. huhu..

musim exam ni, musim yang biasa nya aku agak takut. sebab banyak kes orang lelaki yang 'bersangatan baiknya' masuk ke hostel. tujuan mereka? aku tak tahu.. yang pastinya salah satu adalah untuk mencuri atau dengan perkataan yang lebih sopan ialah mengambil mana-mana barang yang mereka rasakan sempat di ambil...

adoi.. tak baik wooo ambil barang orang.. insaf3 laa..

aku paling takut kat manusia lelaki yang masuk ni. may be sebab aku ni perempuan yang agak perempuan.. so aku takut. aku agak aku perlukan seorang pelindung. siapa sudi lindungi aku? hehe.. angkat ibu jari kaki..

fenomena ni bukan berlaku di sini.. tapi aku rasa fenomena ni berlaku di mana-mana sekolah atau institusi pengajian lain. kenapa ye diorang suka sangat time exam? aduhai.. ambil laa time lain.. hahaha.. sengaL..

aku harap aku akan selalu dilindungi oleh rahmat dan kasih sayang Allah.. moga aku selalu selamat..

p/s : selamat study untuk semua orang yang nak exam.. chaiy0k3.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

huru hara

waaa.. aku dah huru hara. memang lah kata orang betul.. kalau dah nama blogger, kalau tak bukak blog 1 0r 2 hari, hidup jadi huru hara.

adoi.. aku tak de selera nak makan. nak minum. nak membaca. semua jadi malas. blog memang membuatkan aku jadi seorang yang separuh huru hara.

aku ambik biskut. tapi aku tak bukak. aku ambik kueh, tapi aku makan separuh je. aku tuang air masak (sebab ni minuman feveret aku), aku minum pun tak habis. semua jadi malas and tawar je nak buat apa-apa.

tapi tadi disebabkan aku minat tahap gaban dekat laksa, aku bantai jugak 2 mangkuk laksa dekat kenduri rumah uztaz zul. hahaha.

tapi balik aku lapar. penyakit datang lagi. malas. dan aku masih tak dapat membukak lappy kesayangan ku yang tetibe mati itu. sekarang aku pinjam lappy asma jap. sebab dah tak tahan rindu kat DUNIA KU MERMAID ni.. lama-lama makin haru hidup nanti..

status : lega yang bersangatan..

persoalan : kenapa aku rindu kan blog sampai naik haru ni? pelik........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS