RSS

Rindu pada Haramain!

kaabah dan Masjidil Haram.
Selalu saya dengar orang bercakap, sekali kaki kita menjejak ke rumah agong ini, kita akan merinduinya dan terus merinduinya. Ya. Saya rindukan Masjidil Haram. Saya rindukan saat saya tidak sibuk mengenai hal-hal dunia. Saya rindukan saat saya hanya berfikir hanya untuk beribadat pada-Nya sahaja.

Bila bercerita mengenai Masjidil Haram pun saya sudah bergenang air mata, inikan pula saya mengingati detik-detik saya di sana. Sangat-sangat membahagiakan. Perasaan yang susah ingin digambarkan. Dan hanya orang yang pernah melaluinya sahaja dapat berkongsi perasaan yang sama.

Saya sangat-sangat cadangkan, jika punyai kelebihan dari segi kewangan, usahlah melancong ke sana sini dahulu. Tahan nafsu itu dan jejakkanlah kaki ke Haramain dulu. Mudahan urusan lain, Allah permudahkan.

Kerana di Haramain, perjalanan nya sangat mengujakan dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bahkan ia akan mengubah sempadan iman seseorang.

Percayalah.!

Jangan sesekali takut untuk ke Haramain. Kerana di sana mempunyai seribu satu rahmat dari Allah penguasa alam buana ini. Jadi, tanamkan azam, tekadkan hati, tadahkan tangan memohon doa dan teruskan berusaha. Insya Allah, Allah akan menjemput.

Walaupun hanya memikirkan Haramain, hati saya sudah terasa bahagia. Saya harap,Allah akan menjemput saya lagi ke sana. Insya Allah. Amin.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: