RSS

Membekukan otak.

Assalamualaikum. Selamat malam.

Hari ni, Alhamdulillah hari pertama masuk sekolah setelah 90 hari berjaya membekukan otak tanpa memikirkan hal-hal kerja apatah lagi hal-hal yang langsung takde kaitan ngan diri sendiri. Mahupun hal yang di rasakan tidak ada faedah langsung untuk difikirkan.

Serius aku cakap.. Kalau kita tak guna otak ngan baik, otak kita makin lama makin tumpul. Itulah yang aku rasakan sekarang.

Senyum kelat.

2 minggu sebelum cuti akhir tahun.
Aku tak nafikan. Keadaan sangat-sangat busy. Ye. 2minggu lagi sekolah akan bercuti. Cuti akhir tahun. Lama. So bila masuk sekolah tadi, aku dihujani oleh pelbagai perkara oleh macam-macam orang. Ditambah pula, pengganti ku itu sangatlah berdedikasi sampai semua kerja siap dengan jaya nya. Ok. Aku perli sebenarnya. Memprotes ketidakpuasan hati tentang hasil kerjanya. Hmmmm..

Makin kelat senyuman aku.

Kejadian di pagi hari.
Menghadap meja dengan 1001 keluhan. OMG. OMG. OMG. My meja.... Rasa nak menjerit tanda terharu sebab kemas sangat-sangat. Dan tak nampak apa yang aku cari.. Ok. Sekali lagi aku perli. Syabas diri kerana berjaya menahan marah ngan baik.

Tinggal meja dengan penuh kemas, balik...... Ya Allah..
Rasanya kalau orang cerewet dah lama kena sembur. Hoho.

Oh. Sudah lewat sebenarnya. Kalau nak cerita pasal keje, sampai esok tak habis lagi. So. Jom kita rehatkan badan yang letih ini..

Ok. Good night semua...









Nota Pinky;
Sedang menghitung hari untuk berjumpa en. Hati tercinta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ini lah perasaan nya..

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dah lama betul tak menaip. Bukan tak nak menaip. HP ade sedikit masalah. Jadi tak dapat nak layan blog dengan baik. Huhu.

Alhamdulillah. Tumbesaran kakak berjalan lancar.
Naurah dah makin besar. Berat semasa berumur 2bulan adalah 3.4kg.. Macam budak baru lahir secara normal. Harap lepas ni, berat badan kakak makin naik dan kakak makin sihat.. :) Insya Allah.

Minggu pertama di rumah pengasuh.
Minggu ni dah start hantar pada pengasuh. Boleh lah aku biasakan diri dengan tak de anak. Dah 3 bulan bersama Naurah, aku rasa janggal. Bila aku buat keje di dapur, macam terngiang-ngiang je suara jeritan Naurah kat ruang tamu. Pergi ruang tamu, tak de orang. Aishhh.. Angau kat anak sendiri dah ni.

Makan tak lalu.
Tapi keje rumah dapat disiapkan dengan jayanya. Ni baru siap kemas rumah dan jemur baju. Bagus! Tepuk bahu sendiri. Tapi bab makan.... Jadi tak lalu. Apa nak jadi lah ngan diri ni.

Mungkin inilah perasaan yang semua ibu-ibu sebutkan sebelum ni.
Merindui anak sampai terasa sakit dalam dada dan mata terus berkaca. Semasa membasuh pakaiannya dan melipatnya kita seolah-olah rasa dia terlalu dekat dengan kita tapi dia tak de. Kaki seolah-olah memanggil-manggil untuk pergi ke rumah pengasuh dan ambil dia terus simpan untuk kita sahaja. Haha. Bukan kah begitu kamu ibu-ibu rasa?

Ha. Ha. Ha.

Anak adalah anugerah yang indah. Bersamanya kita akan rasa sangat bahagia. Belajar merindui seseorang yang sangat dekat ngan kita selain suami. Belajar menahan rindu yang sangat menyeksakan minda.Belajar mengawal perasaan supaya tidak gila.

Oh! Saya sudah rasa mahu gila rindukan nya. Pejam mata.

Pesan seorang kawan.
"Saya rasa, saya dah mula rindu anak saya selepas 1 jam dia tak de."
"Awak akan biasakan diri dengan situasi janggal ni. Tapi jangan layan sangat perasaan tu. Buat semua keje yang awak tak sempat buat sebelum ni... Saya boleh, tak kan awak tak boleh."

Hmm.. Betul.
Buat kerja yang aku tak sempat buat sebelum ni.. Banyak ni.. Dan Aku sedang berehat bersama hot choc sebentar untuk hilangkan peluh.

Jom sibukkan diri.









Nota Pinky;
"Semasa rindukan En. Hati, saya sudah rasa mahu gila dibuatnya. Sekarang saya rasa kegilaan itu sudah mencanak-canak naik sehingga 300% kerinduan kepada si kakak kecil.. Perasaan apakah ini? Saya rindu jugak nak ke sekolah. Tapi saya malas. Sebab saya tahu, kerja kat sekolah berlambak-lambak menunggu.

Eh! Saya? Sejak bila ni.? Sejak kegilaan itu sudah mencanak naik dengan rakusnya. Ha. Ha. Ha." 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setelah 2 minggu di HUSM

26.8.2014.
Selasa.
2.30 pm.

Menetap di HUSM.
Menetap di wad dan dibela oleh nurse dan doktor adalah perkara biasa bila bersalin. Tambah lagi kalau baby yang keluar dari rahim kita ada sedikit masalah. Kalau banyak masalah, lagi laa kena tahan. Kan..

Dalam tempoh 14 hari. 2 minggu la.
Seminggu yang lalu.
Aku akan bersabar dengan hari yang mendatang. Aku harap hari ini dan akan datang berlalu ngan cepat dan aku dan Naurah boleh keluar dengan segera dari sini.

Seminggu selepasnya.
Alhamdulillah. alhamdulillah. Alhamdulillah. Akhirnya hari yang ditunggu tiba. Doktor sahkan yang aku dan Naurah dah boleh balik ke rumah dengan selamat dan kena pastikan berat badan naik dengan baik. Insya Allah akan ku bagi susu dada dengan baik sehingga membesar menjadi bambam dan sihat. Insya Allah.

Semalam.
Aku tak dapat tidur. Semalaman aku berjaga. Dek kerana terlalu excited. Aku langsung tak dapat tidur. Tak pernah lagi aku rasakan perasaan excited macam ni. Nak keluar dari wad dan nak balik rumah je pun.. Bukannya lepas keluar ni aku nak pegi buat haji dan umrah. Adeh.. Tapi itulah hakikatnya. Jantung aku seolah-olah mahu keluar.

Dah bila doktor aku dan Naurah dibenarkan balik, aku seolah-olah mahu menari. Oh. Allah. Tq Allah.

Jom kita balik kampung Naurah.. Yeay!













Nota Pinky;
"Dek kerana terlalu excited, aku lupa aku belum mandi. haha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ke-tujuh.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ni, 19.8.2014. Selasa. Jam menunjukkan angka 11.30 pagi. En. Hati datang melawat.
Memandangkan wad ni tak de orang yang boleh melawat melainkan suami a. k. a. ayah kepada bayi sahaja, jadi aku sangat teruja. Haha. Macam tinggal dalam penjara sey..

Wad Neonatal, HUSM, Kubang Kerian.
Hanya dibenarkan baby dan ibu. Ayah sebagai pelawat. Takpe. Berkorban demi anakanda tercinta.

Masuk ke sini. Aku hanya membilang hari untuk balik ke rumah. Tidaklah seksa berada di sini. Cuma kerinduan pada kampung laman itu membataskan rasa cinta untuk berada di sini. Ewaaahhh. Bukan main aku bermadah pujangga. Cakap jela tak suka ade kat sini.

Nurse dan doktor.
Nurse dan doktor di HUSM ni, sangat baik. Staff yang lain pun baik. Ade la seorang dua yang kerek. Haha. Tapi aku boleh bagi 5 bintang untuk HUSM atas layanan doktor dan nurse yang ada di sini. Pada sesiapa yang nak datang ke HUSM, jangan risau. =)

Apa yang en. Hati buat bila datang melawat?
Pertama, namakan anak kami. Hari ketujuh sunat diberikan nama. Nama yang telah disepakati oleh kami berdua, Naurah Nabihah binti Ridzuan.

Buat Naurah Nabihah..
Umi harap, kakak akan menjadi anak yang baik, taat pada Allah, Rasul, agama dan ibu bapa serta orang yang lebih tua. Umi harap kakak dapat menjadi orang yang akan menegakkan syiar Islam, mengembangkan dakwah Rasulullah dan menjadi srikandi islam yang ulung suatu masa nanti. Insya Allah. Aminnn.

Buat en. Hati, pujaan kalbu..
Terima kasih kerana sanggup bersusah payah atas kelahiran ini. Terima kasih jugak atas pengorbanan yang dilakukan. I love U so much!!















Nota Pinky;
"Menghitung hari untuk pulang. Ya Allah kuatkan semangat ku. Amin."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelahiran nya dinantikan..

13 Ogos 2014.
Rabu.
Jam 11.19am.

Alhamdulillah. Aku panjatkan 1001 kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpahan kurniaan Nya, aku telah pun melahirkan seorang puteri.

Kelahiran cahaya mata yang telah lama kami tunggu.
3 tahun bukan waktu yang sekejap. Tapi berkat kesabaran dan dengan usaha yang tak pernah berkurang, Allah anugerahkan seorang puteri untuk ku. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Allah memakbulkan semua doaku. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran aku ucapkan kepada Allah Ya Rabbul Izzati.

Harapan.
Aku berharap, dengan kelahiran ini akan mengeratkan lagi kasih sayang yang terbina antara kami, suami isteri.

Aku juga berharap, agar cahaya mata ini dapat menjadi seorang muslimah yang solehah, di mata Allah, Rasul, agama dan di mata kami berdua.. Insya Allah.

Rupanya, inilah kebahagiaan yang akan dirasai setelah ada anak. Alhamdulillah. Kebahagiaan ini aku kecapi.

Mahu berehat. =)















Nota Pinky;
"Sedang memutuskan nama apa yang harus diberikan pada si kain puteh ini. Harap Allah membantu aku dengan nama-nama yang baik. Insya Allah."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita di Labour Room.

12.8.2014
Selasa.
0200 am.
Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Sebelum ke HUSM.
Alhamdulillah. Setelah sampai rumah jam 11 malam. Peluk mak. Peluk ayah. Dan. Makan nasi + ikan kering + bayam praksi. Alhamdulillah. Kenyang. Puas hati sebab bila balik rumah, dapat makan ikan kering mak goreng. Suami cakap, ni tabiat pelik aku. Sebab bila balik je Jerteh, ikan kering yang aku cari untuk di makan. Haisshh. Hehe. Ntahla. Aku pun xfaham kenapa aku macam ni. Lalala~~

Jam 1230 am.
Bertolak ke HUSM.
Hati Sangat-sangat berdebar. Debaran ni buatkan jantung aku terasa nak terkeluar. Oh. Tarik nafas.

Sekarang jam 200 am.
Ya. Sekarang aku kat Labour room. Nurse ngan garangnya bertanya. Kamu kenapa datang pagi-pagi ni? Sihat je nampak. Uihhhh.. Garangnya pagi-pagi ni.. Ngantuk ke penat nurse oiii.. Dalam hati je tu. Aku senyum kelat. Dan terangkan apa yang patut. Dia mengangguk.

Pengalaman dalam Labour Room.
Macam-macam aku boleh tengok. Berkerut-kerut sorang-sorang menahan kesakitan barangkali. Ya Allah. Kesakitan ini kau ringankan lah. Mungkin sebab ini lah dikatakan - Syurga dibawah telapak kaki ibu - Kan?

Memandangkan hanya aku je yang sihat wal afiat. Alhamdulillah. Hanya aku yang mampu tersenyum. Ibu-ibu lain, berkerut muka. Tapi mengikut pembacaan aku, semakin kita nak bersalin, semakin kita kena senyum. (Weyh! Ingat senang ke nak senyum kala sakit yang bersangatan tu..? Cakap memang senang. Nak buat?....) Hah! Boleh ke aku praktikkan ketika aku sakit nanti? Insya Allah. Akan aku cuba sedaya upaya ku..

Rupanya cara nak bersalin pun banyak jenis. Ada yang air ketuban terlalu awal pecah menyebabkan ia kering dan bayi lemas. Ade yang air ketuban nya sangat banyak seperti air paip. Ade yang ketuban darah. Ada yang datang-datang terus nak bersalin. Ada yang bersalin normal tak perlu di jahit pun.
Ya Allah. Golongan mana kah ku?.

Aku menunggu giliran dengan penuh debaran.
Selawat dan ayat-ayat Quran yang aku ingat, aku baca berulang-ulang kali. Supaya semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Sungguh diri ini sangat bimbang. Macam mana pula dengan Bonda Permaisuri dan Ayahanda Raja serta My Hati diluar? Harap mereka boleh menunggu dengan sabar. Dari jam 200 am hingga jam 600 am, barulah selesai semua jenis pemeriksaan mengikut prosuder hospital. Cucuk sana dan sini. Sakitnya usah diceritakan lagi. Tabah sikit yer..

Berehat sekejap. Penat melayan doktor dan nurse yang banyak menyoal. Umpama wartawan.


1000 am.
Wad menunggu untuk bersalin, HUSM.

Alhamdulillah. Doktor decide nak bersalinkan aku pada hari Ahad. Iaitu genap 37 minggu. Lepas ni aku boleh tidur ngan baik lah. Dah lega sikit rasa. =)














Nota Pinky ;
"Kadang doa kita Allah kabulkan. Kadang doa kita Allah mungkin belum kabulkan sekarang. Mungkin akan datang. Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah itu Maha Adil. Kan?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Debaran penuh kebimbangan.

11.8.2014
Isnin.
0930 am.
Hospital Tengku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Hari ni, Dr Ernita dah tetapkan aku jumpa doktor pakar.. Yes. Pagi-pagi lagi aku dan my Hati dah bertolak. Memandangkan Gemencheh ke Kuala Pilah memakan masa satu jam lebih,  kenalah bertolak awal.. Kan..

Hati berasa gusar. Jiwa mula tertanya-tanya.
Pemeriksaan dibuat. Lama. Aku mula bimbang. My Hati berada di kepala. Mengusap lembut ubun-ubun ku. Walaupun itu memberikan aku sedikit ketenangan, tapi hati ini tetap berasa gusar. Aku mendongak.  Memandangkannya, mencari sedikit kekuatan. Mencari tempat untuk berpaut supaya semangat yang semakin merudum menjadi kental.. Alhamdulillah, aku punya suami seperti dia. Berada di sisi tatkala aku sangat memerlukan semangat. Meminjamkan bahu dan dada tatkala air mata ingin jatuh. Alhamdulillah, atas kebahagiaan ini.

Penerangan doktor yang menyebabkan hati galau.
Aku tahu. Doktor terpaksa menerangkan satu per satu supaya kami berdua memahami nya dengan lebih terperinci. Aku sangat faham. Tapi kebimbangan ini menyebabkan air mata tumpah seperti hujan yang membasahi bumi. Aku menangis semahunya. Seolah-olah aku tidak pernah menangis. Oh. Ya Allah. Hantarkan sedikit kekuatan untuk ku terus bertahan dengan ujian ini. Ku usap lembut perut. Sayang. Bertahan yer sayang. Umi mahu sayang keluar dengan selamat.

Doktor seolah-olah memahami. Dia meninggalkan kami berdua. Selepas berbincang, aku minta di transfer ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk ku buat masa sekarang. Alhamdulillah. Diluluskan.

Sekarang. Aku sangat takut. Sungguh.

Ya Allah.
Berikan aku sedikit kekuatan untuk terus bertahan dengan ujian Mu ini. Kuatkan semangat ku ya Allah. Semoga ujian ini mengajar aku erti kehidupan. Memberi ku pengalaman yang berharga. Menjadikan keimanan ku bertambah dari semasa ke semasa.

Pada My Hati.
Terima kasih sayang, kerana selalu berada di sisi tatkala aku sangat lemah. Sangat memerlukan semangat. Terima kasih kerana meminjamkan jari jemari untuk ku genggam erat. Meminjamkan bahu untuk ku bersandar tatkala aku lelah dengan semua ini. Aku sangat menghargainya. Sangat-sangat.













Nota Pinky ;
"Sayang anak Umi. Teruslah bertahan. Umi dan Abi sangat sayang pada kamu."

My Hati memecut laju menuju ke Jerteh. Dan destinasi seterusnya adalah HUSM, Kubang Kerian. Insya Allah selamat semuanya. Amin. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat berpuasa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ni dah masuk Ramadan ke-8. Sekejap je masa berlalu. Kan?

Rasanya walaupun dah masuk 8 hari, masih tak terlambat kalau aku nak ucapkan selamat menghabiskan Ramadan dengan penuh keimanan dan istiqamah dalam diri untuk berbuat ibadat.

Ops.. Berhenti sekajap.
Kuat betul baby menendang.

Hari Ahad yang penuh dengan kerja rumah.
Dari lepas Subuh sampai sekarang masih lagi tak habis mengemas. Itulah. Siapa suruh laki bini menyepahkan rumah selama seminggu dan ingin di kemas dalam masa 2 hari.? Haha. Sebenarnya itu bukan menunjukkan kami berdua malas. Tapi menunjukkan kami berdua sangat serasi dalam bab menyepahkan rumah. Akhirnya 2 2 keletihan sebab puasa tapi terpaksa mengemas rumah.

Aku rasa, kalau nurse tak call cakap nak melawat, alamatnya rumah ni masih lagi macam kapal karam di lautan Hindi.. Haha. Bertuah.
Tutup mulut. Gelak sopan sorang-sorang.

Rutin sekarang.
Mengkhatamkan buku-buku yang telah di beli. Hehe. Harap baby jugak rajin macam Umi nya. Lalala~~
Oklah. Nak stop perasan.

Ucapan buat suami ;
"Sayang, TQ sebab tolong i basuh baju, jemur baju dan kemas rumah. Walaupun tak semuanya u buat. Tapi rasa bahagia je kalau ade orang tolong hari-hari macam ni.. I sangat-sangat menghargainya.. I Love U, Sayang.."

Ucapan untuk my BFF ;
"Selamat berpuasa dan menghabiskan puasa dengan penuh keimanan. Semoga puasa kali ni, mendatangkan 1001 keajaiban buat diri kamu, my BFF. Aku doakan semoga yang terbaik menyebelahi mu. Amin."

Harapan untuk diri sendiri ;
Harap sangat dapat menghabiskan puasa genap sebulan. Tapi kalau ade yang tidak mengizinkan, terpaksalah berbuka dengan perasaan yang sayu. Semoga Allah memberkati ku di bulan Ramadan kali ni. Amin.. 














Nota Pinky;
"Barang baby xmasukkan dalam kereta lagi ni. Apa nak jadi? Tunggulah dulu. kan. Haha. Kata seorang kawan, rileks2 sudaaa..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setiap ujian di datangkan dengan hikmah. Kan?

Assalamualaikum dan selamat malam.

Berseorangan di rumah. En. Hati yang kesibukan dari hari Jumaat hingga ke Rabu menyebabkan aku bertambah rindu. Alhamdulillah, masih ada si kecil yang selalu menendang-nendang manja perut ni. Tapi kerinduan tidak berkurang. Malah bertambah.

Kejadian di sekolah.
Akibat geram kepada pihak terbabit dan sambil menahan amarah, menyebabkan aku berpeluh dari pagi hingga lah pulang ke rumah. BAdan menjadi melekit dan aku hentam je tidur dengan nyenyak. Otak dah tak normal. :)

Bangun dari tidur.
Baru boleh berfikir dengan waras.
Mungkin Allah datangkan ujian untuk melihat sama ada aku melatah atau tidak dengan ujianNya.
Mungkin juga, Allah ingin menegur aku dengan kesalahan-kesalahan yang aku tidak sedari.
Mungkin juga aku ada melukakan hati orang yang menyebabkan ujian ini diberi sebagai balasan.
Mungkin apa yang terjadi adalah baik untuk diri ku dan si kecil.
Semua kemungkinan yang ada adalah untuk menyedapkan hati aku. Takpelah, Pinky. Sabar itu kan baik. Sabar itu kan indah dan akan membuahkan hasilnya. Tepuk bahu sendiri.

Tarik nafas sedalam mungkin. Hembus kuat-kuat.
Senyum.

Aku harap, ujian ini mematangkan aku di masa akan datang. dan akan membuka mata hati ku untuk melihat apa yang aku tak nampak. Amin.










Nota Pinky;
"Menunggu kedatangan hari Rabu dengan penuh keterujaan. Harap cepat masa berlalu. Sayang, i really miss u.. Baby too. Hehe"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pesta Buku Antarabangsa, PWTC

Assalamualaikum. Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.
Gaya macam orang nak bagi pidato di tapak perhimpunan tu.... Hehe.

Semalam, kami menghabiskan masa dengan berjalan.
Sebenarnya meluangkan masa bersama en. Hati adalah hari yang paling aku sukai. Berjalan sambil berpegangan tangan dan tersenyum bahagia, menyebabkan jantung aku berlari dengan pantas sepantas kilat. Aku akui, kami sibuk dan tidak ada masa untuk meluangkan masa begini. Jadi bila en. Hati putuskan untuk ke library di UM, aku pun putuskan aku ikut. Walaupun aku sedar, sekarang aku tidak selincah dulu.

Keadaan di bandaraya Kuala Lumpur.
Macam biasa.. Masih tidak berubah seperti 6 7 tahun yang lepas. Sesak. Jem. Dan penuh ngan manusia. Haha. Yela, dah namanya KL, kan.. Tempatnya jem, jem, jem kuasa 1000.

UM banyak berubah.
Bangunan. Pengangkutan. Library. Jalan. Macam-macam dah berubah. Rasanya baru 3 tahun meninggalkan UM. Cepat nya masa berlalu.

Macam biasa bila masuk library, cari lah buku ngan giatnya. dan bila selesai, en. Hati ajak ke pesta buku. Wah! Aku ngan senyum lebar katakan YES i do. hehe

Kami berbincang dan memutuskan tidak terus ke PWTC. Jem sedang berlegar di dalam kepala hotak masing-masing. So park kereta dan naik LRT dan turun di stesen PWTC. Ya Allah manusia. Tak tahu nak cakap lah. Sangat-sangat ramai. Sampai aku terasa sakit kepala. Tapi abaikan je. Sebab berjalan bersama, berpimpin tangan adalah perkara yang lebih selesa. Haha.

Kami luangkan masa 5 hingga 6 jam di sana. Memilih buku. Melihat gelagat-gelagat manusia. Berceloteh sesama sendiri dan menghabiskan duit. Hehe. Yang paling penting, aku sedang bertanya diri, agaknya bila aku dapat khatam semua buku ni? Haha. InsyAllah, akan ku khatam dengan kadar segara. Konon. Hmm..baby pun suka baca buku. Kan?

Komen aku tentang Pesta Buku Antarabangsa.
Sangat best. Sebab sah-sah laa diskaun dia memang berbaloi-baloi. Dan hanya pulus yang menyekat keinginan yang bersarang itu. Kalau boleh semua duit nak beli buku. Tapi alhamdulillah, dapat kawal nafsu lagi. Kalau ada lagi, insyAllah akan ku datang lagi. Pasni kena start menabung duit untuk beli buku plak. Azam di tengah tahun. Haha.

Pada sesiapa yang belum pergi, silalah pergi. Memang takkan menyesal. :)












Nota Pinky:
"Makin lama, makin terasa en. Hati makin sweet. Alhamdulillah, Allah kurniakannya pada aku. Harap hubungan yang terjalin ni akan terus dilindungi oleh Allah selalu. Amin."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alahai pelajar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kesihatan sekarang sedikit terjejas. Di tambah pula dengan kerja dan meeting yang tak pernah habis. Setiap hari bila sampai ke rumah, aku keletihan. Tidak sempat berbuat apa-apa. Baby pula semakin aktif. Alhamdulillah kerana dikurniakan nikmat ini oleh Allah 'Azzawajalla..

Tadi.
Aku diteguri oleh guru disiplin. Pesannya, supaya aku tidak mengambil tindakan apa-apa ke atas pelajar. Aku hanya perlu melarangnya sahaja. Tanpa melibatkan sentuhan tangan, kaki dan sebagainya.

Ya.
Semalam aku memang ada mencubit seorang pelajar kerana terlalu geram dengan sikapnya yang tidak mahu belajar. Sudahlah tidak mahu belajar, di buli kawan sekelas pula. Sudahnya pula, bila boring, dia membuat lawatan satu kelas. OMG. Ya Allah. Sangat mencabar hati dan minda aku. Setelah berkali-kali melarang, dan api semakin marak, aku mencubitnya. Tapi itu pun aku kira langsung tidak sakit dan berdarah kerana dia sempat lagi ketawa umpama pontianak. Ada potensi menjadi vampire lelaki yang menghentam mangsa dengan jarak dekat. Ok. Aku sudah melalut.

Tengok pelajar hari ini.
Berbeza dengan pelajar zaman aku. Kalau mengadu pada ibu bapa, alamatnya hadiah yang diberikan adalah dua kali ganda daripada cikgu berikan. Akhirnya, bila bonda Permaisuri atau ayahanda Raja bertanya, kalau tidak ku sengeh menampakkan barisan gigi yang rongak, aku menjawab dengan mengatakan ok.

Pelajar sekarang? Langsung tidak boleh diusik.
Ya. tugas sekarang hanya mengajar. Bukan mendidik. Mengajar hingga pandai. Sekian. Tidak perlu mengomel lebih-lebih.

Alahai pelajar.
Bagaimana jiwa kamu akan terdidik jika kamu langsung tidak boleh disentuh? Langsung tidak boleh diberi hukuman?

Ke mana pergi pepatah "Sayang anak, tangan-tangankan."?

Pelajar sudah seperti anak sendiri. Tidak ada sekelumit pun rasa hati ini ingin membenci. Bahkan aku memandang dengan pandangan 'kesian' generasi sekarang.

Hmmmmmm... Menghembus nafas sekuat mungkin.










Nota Pinky;
"Kenapa semakin hari semakin kuat aku merindui en. Hati? Macam lah pagi tadi aku tak jumpa dia. Kalau boleh, mahu ku pandang dia 24jam tanpa kelipan mata sedikit pun. Adakah penyakit baru sudah bertandang? Senyum penuh dengan bunga cinta."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terguris kah hati aku sebagai seorang guru?

Assalamualaikum. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Dah macam gaya PM bercakap plak. Hoho.

Sedang berehat baru habis relief kelas. Ramai betul yang keluar sekolah hari ni. Penat nak menggantikan kelas yang takde guru. Sudahlah kena panjat tangga tingg-tinggi. Sampai di atas, termengah-mengah. Baru sekarang ku rasa macam mana perasaan bonda permaisuri sewaktu membawa ku ke hulu ke hilir selama 9bulan. Ni baru 4bulan lebih, dah pun termengah-mengah. Inikan pula, kalau 9 bulan. Macam mana rupa aku yang mengah masa tu yer?
Abaikan.

Haisshh. Aku sepatutnya menceritakan tujuan asal ku. Aku sudah menyimpang sedikit jauh. Ok. Sambung.

Ini kisah minggu lepas.
Kisah ada seorang pelajar pada pandangan orang, dia seorang yang baik. Mungkin muka yang sedikit kacak, ditambah pula badan yang tinggi lampai dan yang paling membuatkan orang sejuk mata memandang ialah selalu bersongkok. Dan apabila tiba amali solat, dia selalu menawarkan diri untuk menjadi imam.

Pernah kamu dengar, "Don't judge a book, by it's cover"?
Ramai. Ya, ramai yang tahu mengenai pepatah ini. Begitulah halnya dengan pelajar ini. Betul kata orang, pandangan pertama juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Senyum kelat.

Bermula episod yang membuatkan aku sedih sehingga seminggu dan melarat ke minggu-minggu seterusnya.
Aku tidak kata dia seorang jahat. Tapi kata-katanya membuatkan aku lama terguris. Dan aku kembali tertanya-tanya dalam diri. Adakah aku gagal mendidik nya menjadi seorang yang berakhlak terpuji? Adakah aku hanya sekadar masuk kelas mengajar tanpa mempedulikan sahsiah pelajar?

Lama aku menangis.
Aku bukan menangis kerana menyesal memarahi nya. Aku menangis kerana kemungkinan aku gagal menjadi kan mulutnya senjata menuju ke syurga. Bukan senjata menuju ke neraka.

Malam itu, aku bangun bertahajud.
Mengadu pada Allah. Memohon Allah melindungi dari sifat tercela dan merahmati supaya selalu sejahtera. Sudah fitrah seorang guru, pasti akan menyayangi anak pelajar nya. Mustahil ade guru yang membenci pelajar walaupun sejahat mana pun pelajar itu. Aku rasa tak perlu ade sekolah Penyayang pun. Sebab guru memang penyayang. Eh. Ke situ plak aku. Maaf.

Tempoh tak sampai 2bulan.
Ya, aku di sini masih baru. Baru mahu menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah baru. Mungkin dengan senang nya pelajar membuli ku.. Kerana sehari selepas kejadian, heboh 1 sekolah mengatakan pelajar yang aku marahi kerana bersikap terlebih ajar itu memberitahu bahawa dia telah melempang aku. Maka sibuklah semua pelajar datang bertanya.

Ya. Mahunya aku tak terkejut.
Amboi. Ini sudah melampau. Tapi sebagai seorang guru, sifat cool mesti ada. Aku jawab dengan tenang dan senyuman melebar dengan mengatakan berita itu palsu. Aku ingat dunia artis je ade gosip liar. Tapi aku tidak berkecuali. Divanya aku sebagai seorang guru. Hehe.

Menghembuskan nafas. Kuat.
Ya. Aku masih terasa. Tapi aku sudah memaafkan dia. Cuma yang aku bimbang, adakah keberkatan hidup dia akan terjejas kerana membuatkan seorang guru terasa. Sebab kata orang-orang tua, hidup tak kan berkat kalau kita lawan guru. Eh. Terpengaruh plak aku.
Serius. Hanya itu yang aku rasa sekarang.

Oklah. Aku mahu tidur. Makin aku fikir, makin bersimpang siur plak otak ini.















Nota Pinky ;
" Lambat juga en. Hati balik malam ni. Sudah mengantuk menunggu. Jadi, aku buat keputusan untuk tidur di luar sambil menunggu suami. Gaya isteri mithali gitu.. Kan.. "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pesan Cikgu, Belajar mencari pengalaman dengan Allah.

Assalamualaikum. Semoga semuanya rasa hebat dan dalam lindungan Allah selalu.

Masuk malam kedua, My Sunshine pergi berjuang dengan kelas dan asigment master nya.
Aku juga yang memujuk supaya dia study di library supaya senang dia mahu merujuk apa-apa buku, jurnal, thesis dan whatever yang berkenaan dengannya. Aku rela. Serius. Untuk impian yang aku tanam dari kecil hingga sekarang masih mekar di hati.
Oh. Ya. Aku sudah melalut dari topik asal. Titik.

Lupa.
Aku teringat semenjak aku pindah, aku lupa untuk memberitahu seseorang. Ya. Saban hari bila aku memerlukan motivasi, aku akan cari dia. Aku tidak tahu kenapa. Tapi dia adalah salah seorang yang boleh membuatkan semangat aku berkobar-kobar dan mata aku terbuntang dengan luas bila mendengar bait katanya. Terkadang mata ini akan diziarahi air mata kerinduan pada yang Esa kerana tersedar dari lamunan.
Terima kasih, Cikgu.

Teringat pesan Cikgu.
"Bila kamu ada pengalaman dengan Allah, kamu harus berdoa pada Allah supaya Allah mencampakkan istiqamah dalam diri kamu.. Jika tidak, itu tandanya kamu sombong dengan Allah selepas Allah memberi nikmat pada mu."

Tidak faham.
Ya. Memang. Mula-mula aku tidak faham kenapa pesanan ini ditujukan kepada ku. Sekarang, baru aku membuntangkan mata seluas-luasnya. Aku seolah-olah baru tersedar dari mimpi.

Setahun yang lalu.
Aku berjumpa dia. Meminta nasihat. Mungkin kerana aku sudah tidak tahan berada di Sarawak berseorangan. Tanpa suami dan mak ayah di sisi. Hampir setiap malam aku menangis memikirkan kenapa aku di campakkan ke sana? Aku terasa seolah-olah ujian ini sangatlah besar.

Kata dia.
"Saya tidak boleh menolong kamu. Hanya Allah sahaja dapat menolong kamu. Percayalah dengan keajaiban kekuasaan Nya. Dia boleh menjadikan apa sahaja sehingga yang mustahil di mata manusia terjadi dengan kekuasaanNya."

Aku ragu-ragu.
Lalu diajarnya tentang bagaimana Allah akan makbulkan hajat ku. Aku diajar bagaimana untuk merasai pengalaman dengan Allah. Dan sekarang, aku benar-benar merindui suasananya. Ya. Sekarang aku sedang terleka. Mungkin kerana kenikmatan yang diberikan pada ku. Allahuakbar. Lap air mata.

Mungkin ada yang bertanya bagaimana untuk merasai pengalaman dengan Allah.
Ke mari aku ceritakan pada kamu. Lap hingus. :P

Rahsianya simple.
Solat hajat dan solat tahajud di sepertiga malam. Berusaha. Dan bertawakal.
Sebentar. Aku tidak dapat menaip dengan betul. Ok. Kita teruskan. Solat hajat dan solat tahajud di sepertiga malam, Terutamanya di bulan Ramadhan. Bila kamu buat, kamu akan rasai kehebatan kuasa Allah. Kamu akan rasa, satu persatu Allah makbulkan doa kamu. Kamu akan rasa, satu persatu nikmat yang kamu mohon akan dianugerahkan pada kamu. Di susuli dengan itu, kamu akan di uji. Di uji adakah kamu masih bertahan dengan tahajud kamu setelah kamu di beri nikmat atau kamu akan terleka sebentar atau terleka selamanya. Dalam erti kata lain, Allah akan menguji kamu dalam nikmat yang diberi itu. Kamu di sudi. Kata orang tua.

Di sini aku ceritakan pengalaman ku setelah aku praktikkannya.
Aku buat sebagaimana yang di suruh. Aku solat hajat tidak tinggal. Aku tahajud di bulan Ramadhan. Tapi aku masih ragu-ragu. Adakah benar ajarannya. Tapi aku bedal buat je. Sebab ajaran yang baik, apa salahnya mencuba. Kan?

Sebulan menunggu.
Dua bulan.
Tiga bulan.

Empat bulan menunggu dengan penuh kesabaran.
Dan doa pertama aku dimakbulkan. Aku dipindahkan ke sisi suami. Aku tekankan. Aku dapat pindah balik semenanjung. Allahuakbar. Alhamdulillah. Walaupun berkhidmat di Sarawak baru 22 bulan, tapi tetap diluluskan perpindahan ini. Ditekankan. TANPA KABLE.
Aku ingat sekadar itu sahaja doa ku di dengari oleh Allah. Dua hari selepas itu,doa kedua aku juga termakbul. Iaitu aku disahkan mempunyai baby. Aku pejam mata rapat. Aku solat sujud syukur. Tanda aku syukur pada Allah yang telah memakbulkan doa ku.

Terleka seketika.
Selepas itu, aku mulai leka. Leka dengan nikmat yang Allah berikan. Leka dengan doa yang Allah makbulkan. Aku mula kurangkan tahajud. Aku mula kurangkan solat hajat.

Dan hari ini, seketika aku rindukan suasana hening ketika aku bertahajud dan solat hajat. Aku rindukan suara rintihan bercerita itu ini pada Allah. Aku rindukan ketenangan selepas menceritakan segalanya. Aku rindukan semua suasana itu. Kamu memang tidak akan terasa jika kamu tidak pernah berpengalaman dengan Allah. Kamu memang tidak akan pernah tahu rasa itu jika kamu tidak pernah memohon sesuatu dengan sedaya upaya usaha kamu. Kamu tidak akan pernah sedar ade rasa seperti itu jika kamu tidak mencuba untuk melakukan semua itu.

Terima kasih, Cikgu kerana menyedarkan aku.
Rupanya aku terleka sebentar. Aku terleka setelah di beri nikmat oleh Nya. Aku baru tersedar sudah lama aku tidak menemuiNya untuk bercerita itu dan ini. Aku baru terasa bahawa sudah lama aku tidak merintih menceritakan isi hati aku yang tidak puas hati tentang itu dan ini. Allahuakbar. Rupanya aku sedang diuji dengan nikmat yang diberi. Aku sedang DISUDI oleh Allah, sama ada aku kekal bertahajud pada Nya atau pun aku terus meninggalkanNya setelah mendapat apa yang aku mahu.

Sombongkah Aku?
Kata Bonda Permaisuri. Jika diberi nikmat kita tidak mengucapkan syukur, itu sombong dengan Allah. Sebelum di beri nikmat, meminta-minta. Selepas diberi nikmat, terus terlupa.

Pesan aku.
Jika kamu ingin menjadi seorang yang hebat di mata masyarakat, belajarlah mencari pengalaman dengan Allah. Kamu tidak akan tahu betapa nikmatnya rasa itu. Betapa kamu akan merindukannya setelah kamu berpengalaman dengannya.

Buatlah selagi kamu masih bernyawa.











Nota Pinky ;
"Aku akui, aku menulis sambil menyapu air di tubir mata. Aku mengakui hidung ku sudah tersumbat kerana tidak aku perasan aku sedang melupakan Nya. Aku akui, aku sedang terleka selepas diberi nikmat!! Alhamdulillah, aku tersedar. Dan aku akui, Semua doa yang aku mohonkan, sudah dimakbulkan. Satu demi satu."

"Merindui en. Hati yang kejauhan. Tabahlah diri demi master suami mu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menunggu giliran.

Assalamualaikum. Good evening.

Malam ni duduk diam-diam ngan baby je. Dan yang paling penting tidur awal. Dah berapa malam tidur lewat sebab temankan my Sunshine buat asigment. Sian dia sengsorang.

Tawaran masuk UPM.
Akhirnya sambunh jugak master suami ku ini.. Alhamdulillah. Dah lama memujuk nya supaya sambung ke peringkat seterusnya. Akhirnya sambung jugak suami tercinta ku. Pernah ingat mak pesan, "Seseorang akan berfikir mengikut taraf pendidikan nya. Lagi tinggi dia belajar, lagi terbuka minda di ke depan." Aku akui kata-kata itu. Kebanyakan nya adalah betul.

Tahniah, Sayang.
I sokong U 100% tau.. Pastikan u belajar betul-betul dapatkan 4flat setiap semester. Senyum. Penuh harapan.

Selepas ni giliran aku.
Berharap walaupun selepas deliver baby, dapat menyambung master dan menghabiskan nya dengan jayanya. =) Amin.








Nota Pinky ;
"Tak sabar nak jumpa my Sunshine. Rindu nya.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Memupuk cinta pada sekolah baru.

Assalamualaikum.. Salam sejahtera.
Salam penuh keceriaan kepada semua yang sedang kepenatan dan berduka sekarang. Positif kan minda anda, nescaya cara penyelesaian akan datang dengan sendiri.
Pesanan ditujukan untuk diri sendiri. Dabik dada.

Sedang berfikir cara mengajar yang positif dan tidak membosankan.
Semakin lama semakin buntu untuk menarik minta pelajar yang tidak mahu belajar. Bestnya kalau dapat mengajar pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu dan sentiasa berminat untuk mengetahui sesuatu yang baru. Impian tu, sila simpan. Sengeh. Sambil ketuk kepala.

Aku terfikir.
Perlu ke aku gunakan skill yang telah dipelajari di Seri Setia dulu pada sekolah sekarang? Perlu tu, memang aku rasa perlu. Tapi bila aku fikir balik, sekolah ni sangat berkira ngan cikgu, perasaan terbantut. Tetiba rindu yang bersangatan pada Seri Setia. Segala disediakan. Dan langsung tidak berkira dengan guru. Aku memang sudah jatuh cinta dengan Seri Setia. Dan aku akui, aku memang sayangkan sekolah itu.. Serius.!

Sedang memupuk kasih sayang.
Sekarang mungkin proses memupuk kasih sayang dan berazam untuk membuatkan hati jatuh cinta pada sekolah ini. Tapi setakat ini, cinta Seri Setia melebihi segalanya dalam hati ini. Haha. Bajet sedang bercinta dan kupu-kupu berlari-lari mengelilingi kepala. Hihi.

Budaya sekolah baru.
Memberikan kerja sekolah masa cuti untuk pelajar. Secara tak sedar, aku mengangguk. Tanda bersetuju dan mengambil kira kerja sekolah apa yang perlu aku berikan. Dan sekarang, aku sudah menyiapkannya. Well done! Syabas! Aku tepuk bahu sendiri. Tak perlu aku siapkan dirumah. Di rumah aku ada keperluan khas yang perlu aku siapkan. Senyum. (Macam kat rumah aku buat kerja berat sangat! Berehat 68 jam.. Hi. Hi. Hi).

Harapan baru.
Aku harap, aku dapat belajar menyayangi sekolah ini dengan cepat. Tapi aku mengakui, aku bukanlah jenis seorang yang cepat untuk jatuh cinta. Aku bukan jenis orang yang senang menyayangi sesuatu. Tapi bila aku sudah jatuh cinta, Insya Allah, ia akan mekar sentiasa. Maka! Aku telah tetapkan masa 6 bulan untuk percubaan menyayangi sekolah ini. Azam di bulan Mac. Kot!











Nota Pinky :
"Sudah beberapa hari entry ini berada di dalam draft tanpa di post. Dan hari ini setelah menyiapkan kerja, dapatlah aku menarik nafas sedikit. Sekarang, aku mahu blog walking sekejap. 10 Minit sudah memadai. Membaca tanpa meninggalkan jejak. Hihihi."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pecah kaca, Pecah gelas. Sesudah baca, Aku nak balas.

 Assalamualaikum.. Selamat pagi..

Pecah kaca, pecah gelas,
Sesudah baca, aku nak balas..

Apa khabar, sahabat ku?
Aku mendoakan kau selalu sihat di samping suami tercinta dan anak-anak yang cute miut.. Dan setiap apa yang kau lakukan mendapat keberkatan dari Allah selamanya. Insya Allah. Amin.

Surat mu sudah lama ku peram.
Jika surat elektronik mu itu seumpama mempelam yang diperam, sekarang sudah sedap di makan jeruknya. Pasti aku makan dengan berselera dan lahapnya. Tanpa mahu berkongsi dengan sesiapa. Nyummy. Sengeh.

Aku sebenarnya kehilangan kata.
Aku kehilangan arah bicara. Menyebabkan aku memilih untuk berdiam diri. Aku rindu akan keramahan dan keceriaan yang kita kongsi bersama. Tapi bila aku menggerakkan jari untuk menaip apa yang terbuku, hati aku terus menjadi kaku. Sebentar. Menghela nafas. Mungkin ini tandanya cinta yang mendalam aku terhadap mu. Sengeh sekali lagi.

Pada mu madu ku.
Usah kau cemburu kan daku. Jika rezeki ku di Gemencheh sudah tiba, aku redha. Aku juga berharap kau redha dengan ku. Kerana aku sudah lama menginginkan keluarga seperti mu. Berada di sisi suami seperti mu. Mempunyai anak-anak seperti mu. Mempunyai pengalaman alahan, bersalin dan letih melayan kerenah anak-anak. Aku kira ia sangat lengkap dan menenangkan jiwa. Tapi mungkin rezeki ku lambat. Walaupun begitu, aku pasrah dan redha dengan segalanya.

Penanti ku, kesabaran yang aku hulurkan, akhirnya Allah tamatkannya.
Aku sangat berharap, kau ada di sisi aku tatkala aku tidak tahu, apakah yang perlu aku buat time alahan begini. Aku juga berharap aku boleh bertanya itu ini kepada mu tentang pengalaman masa lalu mu. Aku berharap tatkala aku lembik kerana seharian muntah, kau boleh memberi tips yang berguna pada ku. Aku sangat berharap kita boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan bersama.

Rezeki yang Allah tetapkan semuanya mengandungi hikmah.
Aku percaya, rezeki yang Allah tetapkan pada kita amat luas. Walaupun kau berada di perantauan, aku yakin, Allah akan mengurniakan kelapangan hidup buat mu. Aku yakin, suatu hari nanti Allah akan membawa mu pulang ke semenanjung seperti mana Allah membawa ku pulang ke sisi suami ku di sini.

Sahabat.
Aku selalu mendoakan kamu, suamimu dan anak-anak mu yang cute miut itu dirahmati, dilindungi dan dimurahkan rezeki oleh Allah, selalu.

Semoga diri mu selalu ceria dan gembira dengan kerenah anak yang pelbagai ragam itu.

Salam sayang dari ku,
~Pinky~














Nota Pinky:
"Semasa jari ini mengetuk keypad sentuhan, hati ini bersendu hiba. Ditambah pula, pening dan terasa ingin muntah kerana baru sudah meminum air gula yang umpama sekilo gula itu. Aku mahu berehat disofa klinik sekejap. Menahan pening yang kian menggila. Oh. Sakit plak perut. Macam-macam rasa ni..Noktah."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buktinya, Sayang...

Semalam.
Tetiba en. Hati kesayangan jiwa bertanya.
"Yang, u sayang i tak?"
"Of cos laa i sayang.. U kan suami mithali."
"Apa buktinya?"

Aku menelan liur.
Aishh.. En. Hati ni tetiba tanya kalah waktu bercinta. Tapi kalau nak minta bukti pun boleh. Halal kan... Hihi.

Setelah ligat dan tekad sesaat untuk menjawab.
"Buktinya, i korbankan body i yang slim melim ni untuk mengandungkan anak u. U tahu tak pinggang i, body i dah tak slim bila pregnant ni. Habis semua besar.." Sambil menjeling manja.

Aku kira dah puas hati dengan jawapan itu. Dia tersenyum.
"Selain daripada itu?"

Aku ingat dah puas hati. Rupanya tidak.
"I korbankan kesenangan sekolah di Sarawak demi balik ke sisi u dan datang ke sekolah yang menyesakkan jiwa ni. Mentensionkan otak. Semua demi u tau.."

Senyum sampai telinga. Kami sama-sama diam. Dan menyambung lagi tentang segala cerita di siang hari.

Sejenak aku terfikir.
Aku terfikir, kenapa lelaki suka meminta bukti atas cinta yang wanita berikan? Nasib tak mintak bukti sebelum kahwin. Kan..
Mungkin hanya lelaki sahaja yang boleh menjawabnya.

Aku sebagai wanita.
Aku rasa, mungkin kebanyakan wanita menyintai dan menyayangi tanpa syarat dan tanpa perlu menunjukkan bukti. Asalkan dia menyayangi kita dengan sepenuh hati, melayan dengan baik, bercakap dengan penuh kasih sayang, itu sudah memadai. Tidak perlu membuktikan dengan perkara-perkara yang ala-ala novel tu.
Kemungkinan untuk kebanyakan wanita. Aku tidak kata semua. Termasuk lah aku. :)

Sayang,
Aku menyintai kamu dengan ikhlas. Aku sama sekali tidak meminta balasan daripada kasih sayang ini. Jodoh yang Allah berikan pada ku ini akan aku syukuri hingga ke syurga. Tak usahlah kau meragui kasih sayang yang terbina. Kerana aku sanggup berkorban segalanya untuk kamu yang bergelar suami. Aku berharap, kasih sayang yang kita bina ini akan berpanjangan hingga ke mahligai syurga nanti. Insya Allah. Amin...










Nota Pinky ;
"Minggu ni minggu yang sangat memenatkan. Jam 6 petang barulah aku sampai ke rumah. Hal ini akan berterusan hingga ke hari Khamis. Aku sedang mengarang sepucuk surat moden. Tapi masih juga belum dapat di siapkan sepenuhnya. Kekadang tulisan itu terhenti. Penuh kebuntuan. Harap dapat menyiapkan nya secepat mungkin untuk menjawab surat cinta seseorang. Hehe."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita di sekolah lama. Cerita di sekolah baru.

Assalamualaikum. Salam Subuh. Semua.
Selesai solat subuh dan juga mengaji. Semoga sempat habis 2 3 kali untuk tahun ni. Insya Allah.

Blog walking.
Dah lama tak blog walking. Baru semalam sempat berjalan-jalan terbang ke blog dan blog yang lain. Aku hanya membaca dan tidak meninggalkan komen. Ntah kenapa selesa begitu. Entry yang menarik hati baru aku meninggalkan jejak. (Aku rasa, lebih kepada malas ni! Haha).

Mencoret isi hati.
Banyak benda yang ingin aku coretkan. Tapi sehingga kini ia masih berlegar di kepala tanpa diluahkan ke dalam bentuk tulisan. Mungkin masih menunggu bait-bait ayat itu di susun dengan baik tanpa ada perasaan yang terguris. Mungkin juga belum sampai masa diluahkan. Dan aku pasti, ia akan tiba untuk dikeluarkan akan datang. Mungkin mengambil masa yang lama dan tidak mustahil mengambil masa sesaat sahaja. Senyum.

Masih dalam tempoh penyesuaian diri.
Aku sebenarnya kepenatan. Sebab masih lagi dalam tempoh penyesuaian diri di sekolah baru. Sebenarnya aku tidak berapa selesa berada di sekolah baru. Masih lagi teringat-ingat pada sekolah lama yang aman damai. Tapi aku masih mengucap syukur. Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana bila kepenatan, aku pulang ke rumah dengan semangat yang excited untuk jumpa en. Hati. Terbang segala kepenatan yang ada.

Ada yang bertanya tentang perbezaan.
Perbezaan antara sekolah lama dan baru. Perbezaan nya jauh langit dan bumi.

Sekolah lama.
Di Kuching, Sarawak. Jauh nun di sana. Tinggal berseorangan. Menempuh segala susah payah tanpa orang di sisi. Menguruskan urusan harian dengan otak yang sentiasa berfikir, macam mana jalan penyelesaiannya. Itu adalah lumrah orang diperantauan. Tapi yang paling aku suka adalah sekolah. Walaupun sekolahnya adalah sekolah amanah, aku tetap paling suka sekolah lama.

Sebab menyukai sekolah lama?
Pengetua yang spoting. Cikgu yang spoting. Kerani dan staff-staff yang spoting. Satu sekolah memang spoting. Hatta, TLA pun spoting. :) Cikgu tidak berpuak-puak. Cikgu senior dan junior boleh duduk sekali dan berbincang mengenai kesalahan masing-masing tanpa ragu-ragu dan malu. Masa pembelajaran jam 6.45 pagi hingga 1.20 petang sahaja. Jika ada KOKO, akan diselesaikan pada jam 3.30 petang paling lewat. Kerja tanpa stress sebab pengetua tak rigid dan sangat menghormati guru.

Aku sudah terbiasa dengan suasana itu selama 2 tahun. Kini.....

Sekolah baru.
Di Gemencheh, Negeri Sembilan. Tinggal bersama dengan en. Hati. Semua masalah akan di bawa berbincang, akan dicari penyelesaian bersama. Tempuhinya tanpa rasa sedih bahkan gembira kerana saling melengkapi, bantu membantu antara satu sama lain. Jika kepenatan di sekolah, balik ke rumah pasti akan tersenyum dengan gelagat en. Hati yang mencuit rasa. Tapi keadaan di sekolah sangat memenatkan.

Sebab masih tidak terbiasa ngan sekolah baru.
Mungkin baru 2 minggu. Untuk mengubah kebiasaan selama 2 tahun, aku perlukan masa. Ya. Aku seorang yang sangat memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Kerana berada di perantauan aku mengambil masa lebih setahun untuk tidak menangis. Dan sekarang, aku mulakan hidup baru dengan suasana yang berbeza. Lagi lah aku perlukan masa. Kerana sekolah baru dimulakan sesi pada 7.30 pagi. Selesai pada 2.40 petang. Tapi jika pada hari KOKO akan habis pada jam 5.30 petang. Jam 6.00 petang baru sampai di rumah. Kerja plak sangat-sangat lah banyak.

Harap sangat dapat menyesuaikan diri dengan cepat.

Aku sebenarnya bersyukur Alhamdulillah, aku akhirnya di pindahkan ke semenanjung dan balik ke sisi suami. Tapi dalam masa yang sama aku juga sedih meninggalkan sekolah lama.

Memang tidak aku nafikan. Aku tidaklah segembira yang di sangkakan oleh cikgu-cikgu di sekolah. tapi 50% kegembiraan yang hadir tu membuatkan aku sangat-sangat bersyukur. Ramai lagi yang mahu balik ke semenanjung, tapi tak dapat. Itu rezeki yang diberi oleh Allah kepada ku. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Akan aku cari kegembiraan yang baru untuk berada di sekolah baru. Harapan aku, aku cepat menyesuaikan diri di sekolah yang mempunyai Pengetua Cemerlang ini. Insya Allah. Sengih dengan sopan.








Nota Pinky ;
"Harap sangat semua berjalan dengan lancar. Perkara yang buatkan aku gembira ialah bila tetiap pagi boleh bersarapan dengan en. Hati. =) Pengalaman baru. Tak pernah rasa macam ni walaupun dah 3 tahun kami berkahwin.. Harap Allah memberi keberkatan kepada kegembiraan ini berpanjangan. Insya Allah. Amin."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melalui minggu ke2 dengan penuh sabar.

Kemunculan minggu ke2.
Minggu pertama dilalui dengan penuh kepenatan. Dan minggu ke2 muncul. Nampak nya aku akan kepenatan lagi lah. Aku harap aku akan cepat membiasakan diri dengan keadaan disini. insya Allah.

Pesanan seseorang.
Aku ade meluahkan ketidakpuasan hati aku terhadap pelajar yang tidak mahu belajar. Macam mana masa depannya. Macam mana nak menarik minatnya untuk belajar.
Katanya ; (Aku anggap sebagai pesanan lah).

B : "Kalau semua cikgu nak buat, sian omak ayah dorang. Nanti tak dapat nak mendidik dorang."
A (aku) : "Kalau budak tu tak pandai, macam mana?"
B : "Biarkan."
A : "Mana boleh biarkan pelajar taknak belajar. Aku rasa nak pukul2 manje je dorang."
B : "Biarkan."
A : "Kenapa?"
B : "Itu kan dasar KPM."

Aku diam. Malas untuk berfikir.

Hari ni.
Disebabkan kerja aku dah siap. Aku ade masa untuk berfikir. Benar jugak. KPM dah listkan perkara yang tidak boleh di buat pada pelajar. Hatta membebel pun tak boleh. Ni kan nak piat2 pukul2 manja...
Apa nak jadi ngan institusi pendidikan sekarang. Kalau pukul kena saman. Kalau membebel kena marah. Habis tu cikgu bak buat apa?

Akhirnya.
Cikgu ambil keputusan, ajar budak yang nak belajar je. Yang tak nak belajar, tak siapkan keje sekolah, tak buat apa yang cikgu suruh, tidur dalam kelas, semua dibiarkan. Kang kalau sentuh kang tak pasal-pasal kena saman. Akhirnya, generasi akan datang berapa kerat sangat lah yang pandai? Kalau zaman aku dulu, kalau kena rotan ngan cikgu, balik rumah bagitahu mak or ayah, dorang akan tambah lagi. Sebab tu aku tak berani nak cakap bila aku kena rotan. Haha. Terutamanya bila tak ingat sifir. Hihihi.

Harapan aku.
Insya Allah. Bila aku jadi mak ayah (en. Hati cakap, umi abi) akan datang, aku akan gunakan pendekatan mak ayah aku. Sebab dorang adalah idola aku.









Nota Pinky ;
"Pelajar kat sini, ada kelainan dengan Seri Setia. Walaupun hati tetap rindukan Seri Setia. Tapi rindu pada en. Hati melebihi segalanya. Hihihi. Ketawa gatal."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah hari pertama di sekolah baru.

Alhamdulillah, Syukur.
Dah lepas hari pertama. Lega. Hari pertama melapor diri membuatkan aku kecut perut. Mana taknya, ramai orang bercerita tentang SMK Dato Mohd Taha yang mempunyai pengetua yang tegas, sangat berdisiplin dan berdedikasi.

Komen aku.
Yes. Pengetua nya sangat tegas. Aku akuinya. Cara dia bertanya soalan. Cara dia bercakap. Cara dia memandang aku. Wow. Memang tidak di nafikan cerita kebanyakan orang adalah benar. Aku ingat cerita-cerita itu hanya berlegar untuk menakutkan saja. Tapi aku mengesahkan dakwaan semua nya benar. Tidak hairanlah sekolah ni makin "mencanak-canak" naik. (Ayat mencanak-canak tu Aku copy paste kata PPD saje). Hehe.

Ayat aku dalam hati.
Jangan risau. Aku akan jumpa pengetua bukan selalu. Selagi aku mematuhi undang-undang sekolah, aku takkan di apa-apakan. Janji aku buat kerja dan tidak ganggu orang. Okla tu. Kan? Lainlah kalau pengetua tetiba nak ganggu aku kan.. Tapi kebarangkalian untuk diganggu oleh nya sangat kurang. Disebabkan aku akan menjadi guru yang mematuhi disiplin. Haha. (Mata ke atas. Sejak bila aku macam ni? Hmm.. Sejak aku jadi Polis di Seri Setia. Haha.)

Perubahan masa.
Ya. Aku akui. Perubahan masa membuatkan aku menjadi penat. Mana taknya. Di Kuching, jam 7 atau 8 pagi aku dah bersarapan. Di sini, aku tidak sempat bersarapan di pagi hari. Waktu di sebelah pagi padat. Menyebabkan aku keletihan. Dan waktu baru aku sarapan adalah jam 1030 pagi. Dan waktu balik dari sekolah juga berubah. Menjadi 240 petang. Waktu dulu 120 petang dah boleh release tension..

Tugas.
Ya. Bebanan tugas di sini agak berat. Semalam aku kira, aku ada 12 tugas di kiri kanan bahu ku. Berbanding di Kuching, hanya 4 tugas sahaja. 3x ganda dari tugas asal. Ketawa sendiri melihat tugas yang diberikan. Nanti aku hentam jela buat. Take it easy, ok.. Hati menari tanggo. Haha.

Satu saja aku ingat. Walaupun waktu aku berubah, jadual aku berubah, pelajar aku berubah, tapi bila aku balik rumah, aku bahagia. Dapat memasak untuk en. Hati. Dapat melihat en. Hati menambah makan apa yang aku masak, dapat melihat nya tersenyum menyebabkan kepenatan ku semuanya hilang..

Usia perkahwinan.
Setelah 3 tahun usia perkahwinan kami.. Akhir kami sebumbung. Dan sekarang baru mahu mengenali hati budi masing-masing. Harap semuanya diberkati oleh Allah. Selamanya.










Nota Pinky;
"Bertolak dari rumah jam650 pagi. Sampai di sekolah jam 715 pagi. Sebenarnya aku boring bila bawak 60km perjam. Tapi pesan suami, bawak pelan-pelan. Ingat orang tersayang. Disebabkan pernah kehilangan orang tersayang, aku ikut nasihat en. Hati tercinta. Harap semuanya baik. Lepas ni kena bertolak lebih awal. Haha."



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bermula kehidupan baru.

Lama aku tidak menulis. Last aku bercerita tentang azam baru aku..

Apa azam aku?
Azam aku tahun ni.. 
"Nak pindah balik semenanjung dan mahu beranak ramai-ramai-ramai untuk suamiHoho"

Alhamdulillah. Syukur atas nikmat pemberianNya. Azam aku tercapai setelah hampir dua tahun aku berada di bumi Kenyalang. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Azam untuk berpindah telah tercapai. Sekarang azam untuk beranak ramai-ramai untuk suami plak. Harap cepat tercapai. Sekali beranak, kembar. Hi. Hi. Hi.

Bercakap tentang isu perpindahan.
Bila sampai Gemencheh, suami bertanya, apa reaksi pelajar bila aku cakap aku pindah? Aku baru terfikir. Aku selalu cabut pindah tanpa memberitahu pelajar. Aku memang suka buat macam tu ke? Sejarah di URESS juga begitu. SAM 10 juga sama. Ha. Ha. Ha. Bukan aku suka. Aku sebenarnya sedih. Dan apabila fikir mahu memberitahu mereka, lidah ku serta merta kelu. Aku jadi sedih. Aku sememangnya tidak suka menangis di depan pelajar. Akhirnya, aku pergi tanpa pesan. Oh. Pinky.

Ramai yang bertanya soalan yang sama.
Soalan yang sama berulang-ulang yang perlu aku jawab. "Ada kabel ke?" "Guna kebal ke?" "Ni mesti kabel besar, kan?" "Lain kali, saya potong kabel awak, boleh? Sebenarnya tidak. Jujur aku nyatakan. Aku memang tak de kaitan dengan kabel mengkabel ni.. Apa korang ingat, aku ni TNB or Telekom ke nak pakai kabel bagai? Hohoho. Jawab dalam hati je beb. Mana berani nak jawab depan macam tu. Kesian orang yang mengharapkan nak pindah jugak. Perlu juga di jaga hatinya dengan rapi. Walaupun hakikatnya hati aku sedang menari riang sebab dapat balik semenanjung. Haha.

Jawapan aku.
Aku memang tak de kabel yang kebal. Aku hanya gunakan kabel yang Maha Esa. Yang mana, sesiapa pun tak kan dapat tandingiNya. Aku start solat hajat pada bulan 9 tahun 2012. Itu pun atas nasihat emak dan Cikgu Sani. Idola aku. :) Terima kasih yang tidak terhingga pada cikgu Sani atas nasihat yang berguna. Aku solat setiap hari. + aku berusaha naik ke Putrajaya Bahagian Pertukaran Guru Sekolah Menengah Tingkatan. Sebanyak 6x aku pergi merayu. Tak pernah kenal erti putus asa. Sebab? Aku tak de kenal sesiapa.

Mak cakap,
"Kak, kita bukan sesiapa. Tak de Dato' Datin pun yang kenal kita. Jadi kabel kita adalah Allah. Percayakan Allah. Allah ada perancangan yang sangat baik untuk kita. Kita hanya berusaha."

Nasihat cikgu Sani.
"Azura, Kawan saya dari Sabah. Baru setahun jagung di sana. Kedua-duanya adalah orang Terengganu. Dan memohon masuk Terengganu. Apa rahsia yang menyebabkan mereka dapat bali ke Terengganu, walhal semua orang berkata mustahil? Rahsianya. Mereka solat hajat tanpa henti. Mereka berdoa tanpa henti. Mereka bercerita terus kepada Allah. Mereka tidak menggunakan cabang lain untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Setelah setahun, Allah makbulkan. Allah suka hambaNya bercerita padaNya. Cepat atau lambat, sabar setelah berdoa dan bertawakal."

Allahuakbar. Alhamdulillah. Aku akan ingat pesan keduanya.

Menulis sambil mata berkaca bukan sesuatu yang luar biasa. Sekadar mahu berkongsi kegembiraan ini bersama semua dan berkongsi rahsia kejayaannya. Doa. Sabar. Tawakal.

Doaku,
"Ya Allah, semoga kehidupan baru ku, di bumi Gemencheh, bersama suami, akan terus di redhai oleh Mu. Dan semoga ikatan perkenalan yang baru antara aku dan suami akan terus subur sampai bila-bila. Hingga anak ku ramai. Amin.."












Nota Pinky ;
"Sebenarnya aku berdebar mahu hidup sebumbung dengan suami. Memandangkan selepas kami kahwin, kami tidak pernah hidup lama-lama sebumbung. Sekadar 2 3 hari bersama, tidak membuatkan kami mengenali perangai masing-masing. Harap aku akan redha menerima perangainya yang aku tidak tahu nanti. Dan dia juga begitu. Amin. :)"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat datang 2014

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Selamat tahun baru semua. Semoga bertambah baik segalanya.

Dari semalam sampai hari ni, aku asik baca azam tahun baru orang je. Aku pun terfikir, azam tahun baru aku macam mana? Gelak. Tutup mulut. Sebelum ni, pernah ke aku berazam? Pelik je aku ade azam. Yang aku tahu azam aku sejak kecil dan sampai sekarang takkan pernah berubah. Mahu menamatkan pelajaran hingga ke peringkat lebih tinggi. Ini ke yang dikatakan azam? Ha. Ha. Ha.

Mungkin sempena umur aku menjangkau 300 tahun ni, aku boleh membina azam.

Azam aku tahun ni..
"Nak pindah balik semenanjung dan mahu beranak ramai-ramai-ramai untuk suami. Hoho"

Boleh dikatakan azam gak ke tu? Okla tu. Kan. Dari takde langsung. Hahaha.

Selamat tahun baru semua.
Semoga hidup kalian bertambah baik. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Amin.









Nota Pinky :
"masuk tahun ketiga berada di bumi Kenyalang. Harap ini adalah tahun terakhir. Amin."

Published with Blogger-droid v2.0.10

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS