11.8.2014
Isnin.
0930 am.
Hospital Tengku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
Hari ni, Dr Ernita dah tetapkan aku jumpa doktor pakar.. Yes. Pagi-pagi lagi aku dan my Hati dah bertolak. Memandangkan Gemencheh ke Kuala Pilah memakan masa satu jam lebih, kenalah bertolak awal.. Kan..
Hati berasa gusar. Jiwa mula tertanya-tanya.
Pemeriksaan dibuat. Lama. Aku mula bimbang. My Hati berada di kepala. Mengusap lembut ubun-ubun ku. Walaupun itu memberikan aku sedikit ketenangan, tapi hati ini tetap berasa gusar. Aku mendongak. Memandangkannya, mencari sedikit kekuatan. Mencari tempat untuk berpaut supaya semangat yang semakin merudum menjadi kental.. Alhamdulillah, aku punya suami seperti dia. Berada di sisi tatkala aku sangat memerlukan semangat. Meminjamkan bahu dan dada tatkala air mata ingin jatuh. Alhamdulillah, atas kebahagiaan ini.
Penerangan doktor yang menyebabkan hati galau.
Aku tahu. Doktor terpaksa menerangkan satu per satu supaya kami berdua memahami nya dengan lebih terperinci. Aku sangat faham. Tapi kebimbangan ini menyebabkan air mata tumpah seperti hujan yang membasahi bumi. Aku menangis semahunya. Seolah-olah aku tidak pernah menangis. Oh. Ya Allah. Hantarkan sedikit kekuatan untuk ku terus bertahan dengan ujian ini. Ku usap lembut perut. Sayang. Bertahan yer sayang. Umi mahu sayang keluar dengan selamat.
Doktor seolah-olah memahami. Dia meninggalkan kami berdua. Selepas berbincang, aku minta di transfer ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk ku buat masa sekarang. Alhamdulillah. Diluluskan.
Sekarang. Aku sangat takut. Sungguh.
Ya Allah.
Berikan aku sedikit kekuatan untuk terus bertahan dengan ujian Mu ini. Kuatkan semangat ku ya Allah. Semoga ujian ini mengajar aku erti kehidupan. Memberi ku pengalaman yang berharga. Menjadikan keimanan ku bertambah dari semasa ke semasa.
Pada My Hati.
Terima kasih sayang, kerana selalu berada di sisi tatkala aku sangat lemah. Sangat memerlukan semangat. Terima kasih kerana meminjamkan jari jemari untuk ku genggam erat. Meminjamkan bahu untuk ku bersandar tatkala aku lelah dengan semua ini. Aku sangat menghargainya. Sangat-sangat.
Nota Pinky ;
"Sayang anak Umi. Teruslah bertahan. Umi dan Abi sangat sayang pada kamu."
My Hati memecut laju menuju ke Jerteh. Dan destinasi seterusnya adalah HUSM, Kubang Kerian. Insya Allah selamat semuanya. Amin.
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment