Assalamualaikum. Salam Subuh. Semua.
Selesai solat subuh dan juga mengaji. Semoga sempat habis 2 3 kali untuk tahun ni. Insya Allah.
Blog walking.
Dah lama tak blog walking. Baru semalam sempat berjalan-jalan terbang ke blog dan blog yang lain. Aku hanya membaca dan tidak meninggalkan komen. Ntah kenapa selesa begitu. Entry yang menarik hati baru aku meninggalkan jejak. (Aku rasa, lebih kepada malas ni! Haha).
Mencoret isi hati.
Banyak benda yang ingin aku coretkan. Tapi sehingga kini ia masih berlegar di kepala tanpa diluahkan ke dalam bentuk tulisan. Mungkin masih menunggu bait-bait ayat itu di susun dengan baik tanpa ada perasaan yang terguris. Mungkin juga belum sampai masa diluahkan. Dan aku pasti, ia akan tiba untuk dikeluarkan akan datang. Mungkin mengambil masa yang lama dan tidak mustahil mengambil masa sesaat sahaja. Senyum.
Masih dalam tempoh penyesuaian diri.
Aku sebenarnya kepenatan. Sebab masih lagi dalam tempoh penyesuaian diri di sekolah baru. Sebenarnya aku tidak berapa selesa berada di sekolah baru. Masih lagi teringat-ingat pada sekolah lama yang aman damai. Tapi aku masih mengucap syukur. Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana bila kepenatan, aku pulang ke rumah dengan semangat yang excited untuk jumpa en. Hati. Terbang segala kepenatan yang ada.
Ada yang bertanya tentang perbezaan.
Perbezaan antara sekolah lama dan baru. Perbezaan nya jauh langit dan bumi.
Sekolah lama.
Di Kuching, Sarawak. Jauh nun di sana. Tinggal berseorangan. Menempuh segala susah payah tanpa orang di sisi. Menguruskan urusan harian dengan otak yang sentiasa berfikir, macam mana jalan penyelesaiannya. Itu adalah lumrah orang diperantauan. Tapi yang paling aku suka adalah sekolah. Walaupun sekolahnya adalah sekolah amanah, aku tetap paling suka sekolah lama.
Sebab menyukai sekolah lama?
Pengetua yang spoting. Cikgu yang spoting. Kerani dan staff-staff yang spoting. Satu sekolah memang spoting. Hatta, TLA pun spoting. :) Cikgu tidak berpuak-puak. Cikgu senior dan junior boleh duduk sekali dan berbincang mengenai kesalahan masing-masing tanpa ragu-ragu dan malu. Masa pembelajaran jam 6.45 pagi hingga 1.20 petang sahaja. Jika ada KOKO, akan diselesaikan pada jam 3.30 petang paling lewat. Kerja tanpa stress sebab pengetua tak rigid dan sangat menghormati guru.
Aku sudah terbiasa dengan suasana itu selama 2 tahun. Kini.....
Sekolah baru.
Di Gemencheh, Negeri Sembilan. Tinggal bersama dengan en. Hati. Semua masalah akan di bawa berbincang, akan dicari penyelesaian bersama. Tempuhinya tanpa rasa sedih bahkan gembira kerana saling melengkapi, bantu membantu antara satu sama lain. Jika kepenatan di sekolah, balik ke rumah pasti akan tersenyum dengan gelagat en. Hati yang mencuit rasa. Tapi keadaan di sekolah sangat memenatkan.
Sebab masih tidak terbiasa ngan sekolah baru.
Mungkin baru 2 minggu. Untuk mengubah kebiasaan selama 2 tahun, aku perlukan masa. Ya. Aku seorang yang sangat memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Kerana berada di perantauan aku mengambil masa lebih setahun untuk tidak menangis. Dan sekarang, aku mulakan hidup baru dengan suasana yang berbeza. Lagi lah aku perlukan masa. Kerana sekolah baru dimulakan sesi pada 7.30 pagi. Selesai pada 2.40 petang. Tapi jika pada hari KOKO akan habis pada jam 5.30 petang. Jam 6.00 petang baru sampai di rumah. Kerja plak sangat-sangat lah banyak.
Harap sangat dapat menyesuaikan diri dengan cepat.
Aku sebenarnya bersyukur Alhamdulillah, aku akhirnya di pindahkan ke semenanjung dan balik ke sisi suami. Tapi dalam masa yang sama aku juga sedih meninggalkan sekolah lama.
Memang tidak aku nafikan. Aku tidaklah segembira yang di sangkakan oleh cikgu-cikgu di sekolah. tapi 50% kegembiraan yang hadir tu membuatkan aku sangat-sangat bersyukur. Ramai lagi yang mahu balik ke semenanjung, tapi tak dapat. Itu rezeki yang diberi oleh Allah kepada ku. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Akan aku cari kegembiraan yang baru untuk berada di sekolah baru. Harapan aku, aku cepat menyesuaikan diri di sekolah yang mempunyai Pengetua Cemerlang ini. Insya Allah. Sengih dengan sopan.
Nota Pinky ;
"Harap sangat semua berjalan dengan lancar. Perkara yang buatkan aku gembira ialah bila tetiap pagi boleh bersarapan dengan en. Hati. =) Pengalaman baru. Tak pernah rasa macam ni walaupun dah 3 tahun kami berkahwin.. Harap Allah memberi keberkatan kepada kegembiraan ini berpanjangan. Insya Allah. Amin."
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment