RSS

Tambah energi. Terima kasih, Sayang..


26 Jun 2012. Selasa.

Hari ni, pakai baju colour biru. Siapa pakai sama? Angkat tangan. Berjodoh kita. Hehehe.

Bangun tidur ngan mata yang bengkak. Tapi senyuman meleret. Sah! Tak waras. Senyum lagi.
Ada berita baik laa tu. Senyum lagi. Hmm, sebenarnya En. Hati cakap, ade 22 hari lagi kami akan jumpa. Yeah! Sedikit bertenaga diri ini. Senyum pun jadi meleret-leret.

Tiket penerbangan ke sini sudah di beli, katanya. Semakin menambah keterujaan aku. Aku bertanya, adakah dia menghitung hari untuk kami berjumpa. Katanya, ya. Oh! Jawapan itu sangat membuatkan aku terharu dan terasa en. Hati sangat sweet.. hehehe. TQ, Sayang. Aku sayang kamu berlipat kali ganda. Hehe.

Nampaknya, cik Pinky sudah beransur baik hari ni.

Perasaan hari ini.
Masuk kelas dengan senyuman. Terima jadual relief dengan hati yang riang. Masuk relief tadi pun, aku jawab semua soalan pelajar dengan senyum dan sabar je. Tak pernah lagi aku macam ni setelah 2 minggu berada di sini. Terasa mahu gelakkan diri sendiri.

Dan sekarang. Terasa macam baru bercinta plak. Sah! Angau tahap dewa + 203% ni kat en. Hati. Sambil menaip ni pun aku senyum. Bahagianya hari ni. Wah! Kalau lah en. Hati selalu berada di samping ku, hidup aku pasti kembali normal (+ agaknya cepat jadi guru cemerlang aku ni haa..)

Tengah hari tadi.
Terbaca surat cinta dari my BFF. Sangat terharu dan menitiskan air mata. (Eii, tak malu menangis dalam bilik guru! Tapi dah lumrah aku. Kalau aku nak nangis, aku hentam saje. Bukan kira tempat dan masa. Nangis je aku tahu.)

Kepada my BFF.

Terima kasih kerana memahami gelora hati aku. Terima kasih juga kerana support aku walaupun dari jauh. Dan terima kasih sekali lagi kerana sudi mengirimkan doa supaya aku tabah dan kuat untuk menghadapi situasi yang sukar dan semakin menggila ini.

Terima kasih yang tidak terhingga aku utuskan dari Bandar Kuching ini.

Kamu jangan bimbang, sahabat.
Aku petik kata mak ku. Katanya, aku ni jenis yang kuat semangat, walaupun lahiriah aku ni sangat manja+lembik. Walaupun kali ni, aku rasa kata-kata mak ada sedikit terbabas. Tapi aku tahu, diri ni pasti ada jalan penyelesaian kepada kemurungan yang timbul.

Ya, aku tahu. Keperitan yang kamu tanggung adalah lebih daripada ku. Meninggalkan anak dan suami sekali gus menyebabkan kamu berpura-pura kuat. Tapi aku tidak pandai berpura-pura, sahabatku. Aku sesekali tidak pandai. Seandainya akal ini sudah tidak dapat dikawal, mahu sahaja aku terbang lari ke semenanjung.

Tapi pertimbangan akal masih lagi waras kala ini. Aku masih mampu bertahan. Aku menghitung hari. Setiap hari. Setiap kali aku berbaring sepi. Berseorangan. Memandang dinding dan syiling nan kosong yang tidak bersuara, aku berfikir tentang semuanya.

Terfikir tentang kesusahan hidup orang lain. Terfikir tentang kamu yang meninggalkan anak dan suami. Terfikir tentang kawan-kawan yang terpaksa bersusah payah membawa anak bersama. Terpaksa menguruskan itu ini sendiri tanpa suami. Dan aku juga terfikir, kesusahan hati yang aku tanggung, hanyalah secebis rasa yang tak membawa apa-apa pada mereka yang menggunung menanggung cubaan hidup.

Dan bila aku makin memikirkannya, ia membuatkan aku selalu mendekatkan diri kepada Nya. Hanya Dia tempat ku mengadu. Setiap kali rasa sedih ini bertandang, setiap kali itu tikar sejadah ku cari. Aku bermunajat sambil menceritakan segalanya pada yang Esa. Menceritakan tentang cerita yang Dia sudah tahu hujung pangkalnya.

Aku tahu, Dia mendengar keluhan ku. Dan aku tahu sahabatku, kamu juga merasa apa yang aku rasa. Dan aku juga tahu, kamu menangis atas kesengsaraan yang aku tanggung. Aku tidak mahu berbohong lagi, sahabatku. Aku Cuma mahu kamu tahu, kami tidak pernah jauh sebegini selama hampir 8 tahun. Tempoh 8 tahun itu bukan jangka waktu yang sekejap. Kerana itu, ia telah membuatkan aku separuh giler memikirkan dia insan yang aku cintai jauh dari pandangan.

Dan aku juga mahu kamu tahu, sahabatku.
Selama aku di sini, aku cuba untuk mengatasi semua kedukaan yang ada. Mungkin belum masanya kedukaan itu diganti dengan rasa hati yang gembira. Mungkin bila lebih banyak kedukaan di hati ini, lebih dekat aku dengan pencipta kita.

Jangan bimbang, sahabatku. Dia selalu ada bersama ku. Dia juga selalu mendengar segala rintihan hati ku. Dia selalu menemani aku kala gelap dan cerah aku di sini. Walaupun, aku tahu kamu jauh untuk mendengar segala rintihan hati ini, tapi aku yakin, rasa yang kita kongsi adalah sama. Dan setiap doa yang aku titipkan pada Nya, aku tidak lupa mendoakan kamu juga akan tabah mengharungi hidup berseorangan tanpa anak dan suami.

Oh, Ya Allah. Kuatkan aku dan hatiku untuk meniti hari-hari di bilik yang kosong tanpa di hiasi hijaunya pohonan dan birunya langit. Mungkin aku lebih menghargai keindahan awan gemawan yang berarak riang tatkala mataku singgah di kaki langit nanti.

Hanya Allah sahaja yang tahu hikmah yang tersembunyi. Semua yang terjadi, pasti ada baiknya. Senyum penuh tawar di bilik yang kosong tanpa teman.









Nota Pinky ;
“Susah juga mencari rumah di sini. Ingin menyewa bilik, tapi kebanyakkannya tidak mahu serumah dengan orang yang sudah bertukar status. Kenapa agaknya ya? Harap masih ada rezeki untuk aku nanti. InsyAllah. Usaha tangga kejayaan, bukan? Amin.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

FarHa said...

tersenyum dr jauh ;)

piNky LuCiA said...

Senyum kembali.. =)