RSS

Boleh darah tinggi kalau macam ni selalu.


26 Jun 2012. 

Bahang panas terasa hingga tekak menjadi kering dan mood pun kurang baik kerana terlalu mengantuk. Tidak tahu kenapa dan mengapa hari ni sangat mengantuk. Pagi tadi juga sudah terbabas bangun. Jam 5.40am baru aku terjaga dari tidur. Alhamdulillah jugak terjaga. Kalau tak terjaga, macam mana?

Oh! Petang yang suram. 
With no TV. No internet. No friend. Dan hanya aku berseorangan di bilik. 
Rakan sekolah sudah menyelinap masuk ke dalam bilik mereka setelah jam 3.30 petang kami sampai. 

Mungkin masing-masing penat kerana selepas mengajar, kami satu sekolah kena belajar plak. Al-maklumlah, sekolah amanah. Terimalah dengan hati yang redha. Kan?

Memandang syiling dengan mata yang sayu.
Teringat di kelas tadi. Sakit hati bukan main aku. Tapi aku rasa, aku tak delah sakit sangat pun. Geram tu, biasa sahaja. Yang lebihnya aku marah. Kerana aku sememangnya tidak ada mood. Hahaha. Padan muka kena marah.

Kesnya.
Yang mohon ke toilet, hanya seorang. Yang keluarnya 6 orang. Aku pun tidak sedar bila diorang keluar dari kelas. Kelas 38 orang. Mana sempat aku nak kawal. Kelas last plak tu. Pantang aku pandang ke lain. Panjang aje kaki melangkah keluar. Dan lepas tu, mereka beramai-ramai boleh plak pergi main bola dengan jayanya dan bersuka ria. Tahulah sekarang musim bola. Tapi tak yahlah main bola time Pendidikan Islam. Main waktu PJ sudah laa.. Faham?

Itu ragam yang lelaki. Perempuannya?
Ya. perempuannya pun sama. Pantang cikgu alpa. Mulalah kaki mereka melangkah keluar dengan seronoknya. Kalau time masa pengajaran, ok lagi. Bila tiba time latihan dalam kelas, mulalah semua orang hilang. Rasa aje aku nak buat dek dan tidak mahu menghiraukan mereka. Tapi nanti, naik lemak plak. Lagi parah. Sebelum parah, baik cegah dulu. Kan?

Kita masuk plak bab cara pelajar duduk plak.
Wah3. Bukan main. Kaki atas kerusi. Ada yang kaki atas meja. Duduk atas meja dan kaki atas kerusi waktu cikgu mengajar dan subjek yang diajar adalah agama. Tak boleh duduk cara sopan sikit ke duhai pelajar-pelajar sekalian.? 

Bila di tegur, mukanya selamba je. Pandang cikgu plak ngan ekor mata. Terasa sangat nak cakap (Hello! Kau rasa kau tu class sangat ke duduk macam tu. Dan pandang orang jeling-jeling saja? Macam ada orang yang nak kena sepak je nanti. Kang kalau sepak kang terburai plak gigi. Kuang3.)

Itu cerita pelajar hilang waktu PNP. Pelajar tidak hormat guru waktu PNP.

Belum masuk lagi cerita pelajar makan dalam kelas. 
Kalau mereka hanya mengunyah gula-gula atau coklat atau keropok serta jajan, aku kira itu boleh dimaafkan lagi. Bagaimana kalau pelajar makan tembikai dalam kelas? Oh! Peliknya. Itu tak masuk dengan pelajar yang makan buah mempelam berulamkan belacan dan cili padi yang telah dipatahkan.

Oh! Kamu ingat waktu PNP ni adalah waktu santai? Seolah-olah kamu berada di tepi pantai sambil menikmati angin pantai, kamu makan mempelam putik berulamkan belacan dan sebiji tembikai?
Pelik. Pelik. Pelik.

Tak larat nak cerita semua perangai pelajar.
Aku rasa, dulu aku juga seorang pelajar. Tapi tidak seteruk zaman sekarang. Jadi tugas guru semakin lama semakin mencabar. Bila teringatkan hal tadi, ingin sahaja aku berhenti jadi seorang guru. Tapi sabarlah dulu. Harap ada ganjarannya. Amin.

Menjadi guru pada zaman moden ini, mencabar hati, emosi dan perasaan. Kalau tak sabar, dah lama mati budak tu aku kerjakan!..









Nota Pinky ;
“Belum tengok aku mengamuk lagi. Kalau dah meletup, baru lah kamu tahu, siapa itu ustazah Pinky! Tengoklah nanti!”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

myfirdz said...

Hehe.. Sbr. Mmg gtu lh cbrn ustzh.. Hehe.. Yg x msuk dek akl pun ada dia buat.. Ke ustzh x ckup garang ni.... Hehe

piNky LuCiA said...

hehehe. ngah bersabarlah ni my.. hahaha. ntah laa.. budak2 skrg kan mesra guru. tu yang jadi macam tu.. huhu