RSS

Apa nak buat ni..?


Hari ni hari isnin. 25 Jun 2012. 

Dan hari ni genap 14 hari (2 minggu) aku di sini. Kata orang 2 minggu sudah cukup untuk tempoh menyesuaikan diri. Kata orang, 2 minggu sudah cukup untuk buatkan diri rasa suka dengan tempat yang didiami. Aku?

Ya Allah. Allahu Akhbar. Subhanallah. Astaghfirullahal ‘Azim..

Sedaya upaya aku melawan kemurungan dalam diri. Ya. Aku akui. Kata-kata Farha memang betul. Jangan dilayan rasa sedih itu. Cuba sesuaikan diri. Jangan fikir sangat. Orang lain masalah lagi besar. 
Aku setuju.

Selama 2 minggu aku di sini. Selama itu juga lah aku mencuba untuk membawa hati ku yang berada di semenanjung ke mari. Tapi selama 2 minggu juga lah aku gagal.

Macam-macam perkara aku buat. Aku sibukkan diri dengan kerja sekolah. Aku bawa semua kerja-kerja di sekolah balik ke rumah. Aku buat PBS. Aku buat nota untuk pelajar. Untuk hilangkan kemurungan ini lagi, aku baca buku. Aku main game. Kekadang bila terasa sedih yang bersangatan, aku bangun mandi dan mengambil wuduk. Sembahyang dan membaca quran kuat-kuat sambil diselangi air mata yang berjurai-jurai tanpa henti menuruni tubir mata ini.

Selama 2 minggu aku menyibukkan diri, tak pernah pun 1 hari aku tidak bersedih dan bertanya kenapa aku jadi begini. Apa yang perlu aku lakukan. Ke mana hilang diri ku yang ceria dulu. Aku berusaha menyelesaikannya. Hingga ke hari ini.

Dan. 
Hari ini aku sedar, aku akan kuat jika orang yang aku sayang berada berhampiran ku..
Jika dulu, bila sangat rindukan mak, aku akan ke rumah makcik Laila dan menangis di ribanya. Bila puas menangis, aku akan kembali tersenyum dan kembali kuat. =) Tapi sekarang, aku tiada siapa-siapa. Menyebabkan aku sedikit (betul ke sikit?) tidak boleh terima kenyataan.

Oh! Putus fius sudah otak aku memikirkannya.

Sebenarnya aku baru sudah bercakap dengan Asma.
Terpaksa bercakap dengan kawannya yang bertanya jalan ke rumah ku.

Kata Asma, aku seolah-olah kehilangan sesuatu. Ya. Memang aku kehilangan sesuatu ketika datang ke mari. Aku hilang hati. Kerana hati itu telah ku serahkan pada en. Hati tercinta. Bila berjauhan begini, hati itu tidak dapat memberi cahaya yang cukup buat ku. Menyebabkan seluruh pekerjaan yang aku lakukan menjadi gelap. Tiada cahaya.

Kata Man pula, aku seolah-olah “mati laki”. Bukan. Bukan. Bukan. Aku “hilang jejak laki”. Kerana dia berada sangat jauh dengan ku.

Cara penyelesaian kepada kemurungan ini.

Aku sedang fikir macam mana untuk mengatasi kemurungan yang ada dalam diri. Kalau harap aku nak pindah ‘NOW’, memanglah tak boleh. Jadi inisiatif lain adalah dengan mengatasi masalah ini supaya ia tidak akan parah dan menyebabkan aku ke hospital bahagia.

Aku rasa, perkara pertama aku perlu lakukan adalah mencari rumah sendiri. Tidak menumpang. Kerana di sini, aku hanya duduk dan memandang syiling yang kosong tiada erti yang menyebabkan aku semakin hari semakin giler dengan keadaan ini. Itu sahaja yang aku sedang fikirkan sekarang.

Siapa setuju? Sila angkat tangan.

Cara penyelesaian yang kedua, nantilah kita fikirkan. Mata ku terasa penat kerana air mata ini baru selesai mengalir. Kepala ku juga pening. Mahu merehatkan mata dan mengosongkan minda. Tata.








Nota Pinky ;
“Bagaimana aku nak rehat kalau pejam mata, Nampak kamu. Tutup mata, Nampak kamu. Pandang kanan, Nampak kamu. Pandang kiri, Nampak kamu. Pandang depan, Nampak kamu. Pandang atas, Nampak kamu. Oh! Seluruh pemandangan mata ku, hanya Nampak kamu. Sesaknya rindukan kamu…”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

FarHa said...

saya setuju..
ok gini...cuba bertenang..cuba risik2 rumah yg hendak disewa :)
Asma di mana ya? Inysa-allah asma boleh tolong tu...
try ur best ok..

lega tgk bila ura dah mula langkah pertama ^_^ ura kena kuat yee~

piNky LuCiA said...

hahaha. dah risik2 dah. tapi kebanyakn tak nak duk ngan ura. sebab ura dah kahwin. dorg cakap ssh duk ngan org kawin. huwaaaaa...

asma cakap dia jauh dr ura.. so tak leh nak duk sama2 sbb tak de transpot.