Sekarang masa Hafeez berjumpa doctor.
Doctor cakap Hafeez kena masuk bilik bedah selama sejam setengah. Wah! Lamanya. Harap Hafeez tidak apa-apa. Dan cepat baik seperti sediakala.
Nanti giliran Aqeef plak di rawat. Tapi Aqeef kena rehat dulu untuk 2 3 minggu ni..
Sekarang, mesti semua kawan-kawan sedang busy membungkus barang-barang, kan?
Ya lah. Sama ada yang dapat Sabah, Sarawak, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri dalam Malaysia.
Barangkali adik ku cik Hana juga sedang sibuk membungkus apa yang patut sebab malam ni dia akan bertolak datang ke Negeri Sembilan.
Welcome ke Negeri Sembilan adik ku. Hehehe.
Tak sabar.
Ya, sudah lama tidak jumpa dan sangat merindui mak, ayah dan adik-adik. :S
Terasa macam lambat je esok. Haha. Ketawa besar-besar pada diri sendiri. Anak manja memang macam ni kot. Lalalala~
Esok hari terakhir berkhidmat di Uress. A.k.a SMK Undang Rembau. (Tapi tak cakap pun pada pelajar esok hari last. Bagus kan?
Aku malas nak cakap sebab nanti terpaksa bersedihan. Meleleh air mata. Dan sebagainya lah. Lagi satu, kalau cakap, comfirm2 banyak hadiah untuk ku. (Perasan sorang). Aku tak suka hadiah. Ia buatkan aku rasa terhutang budi. Huhu.
Selamat tinggal, pelajar-pelajar ku.
Mesti belajar dengan bersemangat yer selepas ketiadaan ustazah. Faham?
(Itu je pesan terakhir? Yep.)
Nota Pinky ;
"Aku tahu, lusa akan ada msg di wall FB menyatakan aku kejam. Percayalah. Haha."
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment