RSS

Destinasi esok buat aku berdebar. Haha.

Jumaat. 29 Jun 2012.

Terasa perit bila 2 kali Jumaat perlu aku lalui dengan kelam kabut. hari Jumaat adalah waktu yang pendek untuk persekolahan. Di sekolah ku, kami hanya memperuntukkan 4 masa sahaja. Dan ke-empat-empat masa itulah jadual ku penuh. Terasa seperti robot.

Makan pun tak sempat nak beli dikantin.
Jadi hari ni, hanya makan maggi setelah sampai di rumah. Sadisnya!

Sekarang, berada di rumah Asma.
Menemani Asma kerana kedua-dua housemate nya pulang ke kampung. Itulah kelebihan menjadi orang sini. Hujung minggu pasti aktiviti di isi bersama keluarga. Berehat dan bersantai bersama-sama.
Jauh di sudut hati berkata, Alangkah baiknya jika aku juga begitu..Huhu

Berjumpa Asma membuatkan stress aku sedikit hilang.
Yalah. Boleh gelak dan berbual bicara tentang semua benda dan perkara. Hilang sedikit sedih hati ini. Tapi nama en. Hati sudah lebih 100x meniti di bibir aku. Oh! En. Hati, sesungguhnya aku sudah meroyan kerana kamu. Senyum sipu-sipu.

Esok, kata Asma mahu membawa aku dan Qilah meronda-ronda.
Alhamdulillah. Minggu ni terisi sedikit kekosongan hati ini. Harap hati ku semakin tabah menerima Sarawak. Haha. Macam teruk benor Sarawak ni.. Huhu.

Soalan.
Mahu ke mana esok?
Jawapan.
Saya tak tahu apa-apa tentang Sarawak. So tak tahu ke mana harus di tuju.

Ok. Jawapan yang bagus. Esok, ikut jela ke mana orang bawak. Kita tengoklah nanti.








Nota Pinky ;
"Mahu tidur. Tapi bila pejamkan mata, nampak en. Hati.. Ish3. Kronik jugak aku ni meroyan. adeh!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nasihat yang berguna kepada orang yang hampir giler macam aku.


28 Jun 2012. Oh! Setiap hari aku menghitung hari.

Ya. mana tak dihitungnya. Setiap hari aku rasa sangat berat untuk dilalui. Tapi aku rasakan hanya hati ini sahaja yang tabah. Jika tidak, mahu saja aku lari.

Teringat pesan kak Hanan.
”Walau sampai ke peringkat dewa pun kamu tak tahan untuk berada di Sarawak. Jangan lari. Sebab bila kamu buat sesuatu yang tak masuk dek akal, masa depan kamu yang susah.”

Yes. Aku setuju. Jadi, sebab itu sahaja lah aku bertahan. Kerana cita-cita yang ada dalam diri, ku kuatkan semangat di dalam hati. Jika tidak ingatkan impian yang aku bina sejak di sekolah menengah lagi, mahu saja aku turutkan hati ini. Tapi impian itu lebih besar dari segala-galanya. Walau dengan apa juga caranya, aku akan gapainya hingga ke akhir.

Impian aku hanya satu.

Dan kalau dengan aku berada di sini, impian aku akan terlaksana. Aku akan bertahan. Walaupun saat ini, aku rasa sangat berat untuk ku galas amanah ini. Walaupun saat ini, aku rasa bahu ini tidak tertahan lagi rasa rindu. Dan seluruh jiwa ini rindu nya sudah tertumpah pada suami, tapi aku harus kuatkan semangat juga.

Pagi tadi, sewaktu berbincang PBS dengan Ustazah Dewi.

Pesannya, “Kamu kena kuatkan semangat. Saya faham situasi kamu. Kalau saya di tempat kamu, saya akan menjadi giler. Tapi kamu kuat semangat dan tak seperti saya. Satu saja saya pesan, kamu harus berfikiran positif. Selalu pastikan fikiran kamu positif. Jangan satu pun anasir negetif masuk dalam fikiran. Nanti rosak.” Dia senyum sambil menepuk-nepuk bahu ku lembut memberi semangat.
Aku membalas senyum. Tapi sedikit kelat. Aku tidak faham apa yang dia maksudkan dengan anasir negetif.

Mungkin sekarang aku masih tidak faham. Tapi aku tidak mahu memikirkannya. Kelak, akan aku fikirkan apakah maksud disebaliknya.

Terima kasih, kawan, atas nasihat yang berguna.

Kata orang, untuk memahami situasi seseorang, harus berada di tempat orang itu.
Tidak. Sekarang aku tidak mahu sesiapa berada di tempat ku. Aku tak mahu sesiapa pun merasa apa yang aku rasa. Mungkin ianya terlalu pahit untuk diharungi. Hmm, aku rasa bukan pahit. Tapi ia pedih sehingga mencucuk ke ulu hati. Jangan kamu wish untuk berada ditempatku.

Baiklah. Apa yang aku buat petang ni?

Aku sedang meneliti portfolio yang harus aku jayakan secara individu ini. Telitilah sampai lebam yer. Haha. Tapi tetiba kesunyian hati itu terasa mencucuk ke lubuk jantung. Arrgghh. Aku tidak suka bila hati menjadi kosong. Sudah di sibukkan diri. Tapi ini juga yang dapat. Mahu ke manakah aku selepas sekolah bila aku merasa boring?

Jawapan biasa. Balik rumah. Pandang syiling. Pandang dinding. Ok.

Tidak akan ade jawapan yang selain itu jika aku tidak keluar dari sini. Oh Tuhan. Mudahkanlah segala urusan ku. Amin. Aku harap kegilaan ini akan cepat tamat. Sangat berharap pada Mu, Ya Allah. Kerana aku sangat takut bila hati ini sudah tidak dapat bertahan lagi.







Nota Pinky ;
“Cuba menyelesaikan portfolio yang diarahkan oleh KPM. Tetiba terasa mahu marah dengan PK1 sekolah ku. Semua benda yang aku Tanya pasal pengurusan sekolah dia jawab tak tahu. Boleh tak buat ayat kurang ajar sikit? (Habis tu, semua tak tahu, kamu buat apa kat sekolah? Berhenti jelah senang. Bagi pangkat tu pada orang yang tahu!) Aku takut juga bila hati sudah tidak tahan, perkataan kurang ajar yang keluar dari mulut ku. Ya Allah, jagalah mulut lazer ku ini. Amin.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Boleh darah tinggi kalau macam ni selalu.


26 Jun 2012. 

Bahang panas terasa hingga tekak menjadi kering dan mood pun kurang baik kerana terlalu mengantuk. Tidak tahu kenapa dan mengapa hari ni sangat mengantuk. Pagi tadi juga sudah terbabas bangun. Jam 5.40am baru aku terjaga dari tidur. Alhamdulillah jugak terjaga. Kalau tak terjaga, macam mana?

Oh! Petang yang suram. 
With no TV. No internet. No friend. Dan hanya aku berseorangan di bilik. 
Rakan sekolah sudah menyelinap masuk ke dalam bilik mereka setelah jam 3.30 petang kami sampai. 

Mungkin masing-masing penat kerana selepas mengajar, kami satu sekolah kena belajar plak. Al-maklumlah, sekolah amanah. Terimalah dengan hati yang redha. Kan?

Memandang syiling dengan mata yang sayu.
Teringat di kelas tadi. Sakit hati bukan main aku. Tapi aku rasa, aku tak delah sakit sangat pun. Geram tu, biasa sahaja. Yang lebihnya aku marah. Kerana aku sememangnya tidak ada mood. Hahaha. Padan muka kena marah.

Kesnya.
Yang mohon ke toilet, hanya seorang. Yang keluarnya 6 orang. Aku pun tidak sedar bila diorang keluar dari kelas. Kelas 38 orang. Mana sempat aku nak kawal. Kelas last plak tu. Pantang aku pandang ke lain. Panjang aje kaki melangkah keluar. Dan lepas tu, mereka beramai-ramai boleh plak pergi main bola dengan jayanya dan bersuka ria. Tahulah sekarang musim bola. Tapi tak yahlah main bola time Pendidikan Islam. Main waktu PJ sudah laa.. Faham?

Itu ragam yang lelaki. Perempuannya?
Ya. perempuannya pun sama. Pantang cikgu alpa. Mulalah kaki mereka melangkah keluar dengan seronoknya. Kalau time masa pengajaran, ok lagi. Bila tiba time latihan dalam kelas, mulalah semua orang hilang. Rasa aje aku nak buat dek dan tidak mahu menghiraukan mereka. Tapi nanti, naik lemak plak. Lagi parah. Sebelum parah, baik cegah dulu. Kan?

Kita masuk plak bab cara pelajar duduk plak.
Wah3. Bukan main. Kaki atas kerusi. Ada yang kaki atas meja. Duduk atas meja dan kaki atas kerusi waktu cikgu mengajar dan subjek yang diajar adalah agama. Tak boleh duduk cara sopan sikit ke duhai pelajar-pelajar sekalian.? 

Bila di tegur, mukanya selamba je. Pandang cikgu plak ngan ekor mata. Terasa sangat nak cakap (Hello! Kau rasa kau tu class sangat ke duduk macam tu. Dan pandang orang jeling-jeling saja? Macam ada orang yang nak kena sepak je nanti. Kang kalau sepak kang terburai plak gigi. Kuang3.)

Itu cerita pelajar hilang waktu PNP. Pelajar tidak hormat guru waktu PNP.

Belum masuk lagi cerita pelajar makan dalam kelas. 
Kalau mereka hanya mengunyah gula-gula atau coklat atau keropok serta jajan, aku kira itu boleh dimaafkan lagi. Bagaimana kalau pelajar makan tembikai dalam kelas? Oh! Peliknya. Itu tak masuk dengan pelajar yang makan buah mempelam berulamkan belacan dan cili padi yang telah dipatahkan.

Oh! Kamu ingat waktu PNP ni adalah waktu santai? Seolah-olah kamu berada di tepi pantai sambil menikmati angin pantai, kamu makan mempelam putik berulamkan belacan dan sebiji tembikai?
Pelik. Pelik. Pelik.

Tak larat nak cerita semua perangai pelajar.
Aku rasa, dulu aku juga seorang pelajar. Tapi tidak seteruk zaman sekarang. Jadi tugas guru semakin lama semakin mencabar. Bila teringatkan hal tadi, ingin sahaja aku berhenti jadi seorang guru. Tapi sabarlah dulu. Harap ada ganjarannya. Amin.

Menjadi guru pada zaman moden ini, mencabar hati, emosi dan perasaan. Kalau tak sabar, dah lama mati budak tu aku kerjakan!..









Nota Pinky ;
“Belum tengok aku mengamuk lagi. Kalau dah meletup, baru lah kamu tahu, siapa itu ustazah Pinky! Tengoklah nanti!”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tambah energi. Terima kasih, Sayang..


26 Jun 2012. Selasa.

Hari ni, pakai baju colour biru. Siapa pakai sama? Angkat tangan. Berjodoh kita. Hehehe.

Bangun tidur ngan mata yang bengkak. Tapi senyuman meleret. Sah! Tak waras. Senyum lagi.
Ada berita baik laa tu. Senyum lagi. Hmm, sebenarnya En. Hati cakap, ade 22 hari lagi kami akan jumpa. Yeah! Sedikit bertenaga diri ini. Senyum pun jadi meleret-leret.

Tiket penerbangan ke sini sudah di beli, katanya. Semakin menambah keterujaan aku. Aku bertanya, adakah dia menghitung hari untuk kami berjumpa. Katanya, ya. Oh! Jawapan itu sangat membuatkan aku terharu dan terasa en. Hati sangat sweet.. hehehe. TQ, Sayang. Aku sayang kamu berlipat kali ganda. Hehe.

Nampaknya, cik Pinky sudah beransur baik hari ni.

Perasaan hari ini.
Masuk kelas dengan senyuman. Terima jadual relief dengan hati yang riang. Masuk relief tadi pun, aku jawab semua soalan pelajar dengan senyum dan sabar je. Tak pernah lagi aku macam ni setelah 2 minggu berada di sini. Terasa mahu gelakkan diri sendiri.

Dan sekarang. Terasa macam baru bercinta plak. Sah! Angau tahap dewa + 203% ni kat en. Hati. Sambil menaip ni pun aku senyum. Bahagianya hari ni. Wah! Kalau lah en. Hati selalu berada di samping ku, hidup aku pasti kembali normal (+ agaknya cepat jadi guru cemerlang aku ni haa..)

Tengah hari tadi.
Terbaca surat cinta dari my BFF. Sangat terharu dan menitiskan air mata. (Eii, tak malu menangis dalam bilik guru! Tapi dah lumrah aku. Kalau aku nak nangis, aku hentam saje. Bukan kira tempat dan masa. Nangis je aku tahu.)

Kepada my BFF.

Terima kasih kerana memahami gelora hati aku. Terima kasih juga kerana support aku walaupun dari jauh. Dan terima kasih sekali lagi kerana sudi mengirimkan doa supaya aku tabah dan kuat untuk menghadapi situasi yang sukar dan semakin menggila ini.

Terima kasih yang tidak terhingga aku utuskan dari Bandar Kuching ini.

Kamu jangan bimbang, sahabat.
Aku petik kata mak ku. Katanya, aku ni jenis yang kuat semangat, walaupun lahiriah aku ni sangat manja+lembik. Walaupun kali ni, aku rasa kata-kata mak ada sedikit terbabas. Tapi aku tahu, diri ni pasti ada jalan penyelesaian kepada kemurungan yang timbul.

Ya, aku tahu. Keperitan yang kamu tanggung adalah lebih daripada ku. Meninggalkan anak dan suami sekali gus menyebabkan kamu berpura-pura kuat. Tapi aku tidak pandai berpura-pura, sahabatku. Aku sesekali tidak pandai. Seandainya akal ini sudah tidak dapat dikawal, mahu sahaja aku terbang lari ke semenanjung.

Tapi pertimbangan akal masih lagi waras kala ini. Aku masih mampu bertahan. Aku menghitung hari. Setiap hari. Setiap kali aku berbaring sepi. Berseorangan. Memandang dinding dan syiling nan kosong yang tidak bersuara, aku berfikir tentang semuanya.

Terfikir tentang kesusahan hidup orang lain. Terfikir tentang kamu yang meninggalkan anak dan suami. Terfikir tentang kawan-kawan yang terpaksa bersusah payah membawa anak bersama. Terpaksa menguruskan itu ini sendiri tanpa suami. Dan aku juga terfikir, kesusahan hati yang aku tanggung, hanyalah secebis rasa yang tak membawa apa-apa pada mereka yang menggunung menanggung cubaan hidup.

Dan bila aku makin memikirkannya, ia membuatkan aku selalu mendekatkan diri kepada Nya. Hanya Dia tempat ku mengadu. Setiap kali rasa sedih ini bertandang, setiap kali itu tikar sejadah ku cari. Aku bermunajat sambil menceritakan segalanya pada yang Esa. Menceritakan tentang cerita yang Dia sudah tahu hujung pangkalnya.

Aku tahu, Dia mendengar keluhan ku. Dan aku tahu sahabatku, kamu juga merasa apa yang aku rasa. Dan aku juga tahu, kamu menangis atas kesengsaraan yang aku tanggung. Aku tidak mahu berbohong lagi, sahabatku. Aku Cuma mahu kamu tahu, kami tidak pernah jauh sebegini selama hampir 8 tahun. Tempoh 8 tahun itu bukan jangka waktu yang sekejap. Kerana itu, ia telah membuatkan aku separuh giler memikirkan dia insan yang aku cintai jauh dari pandangan.

Dan aku juga mahu kamu tahu, sahabatku.
Selama aku di sini, aku cuba untuk mengatasi semua kedukaan yang ada. Mungkin belum masanya kedukaan itu diganti dengan rasa hati yang gembira. Mungkin bila lebih banyak kedukaan di hati ini, lebih dekat aku dengan pencipta kita.

Jangan bimbang, sahabatku. Dia selalu ada bersama ku. Dia juga selalu mendengar segala rintihan hati ku. Dia selalu menemani aku kala gelap dan cerah aku di sini. Walaupun, aku tahu kamu jauh untuk mendengar segala rintihan hati ini, tapi aku yakin, rasa yang kita kongsi adalah sama. Dan setiap doa yang aku titipkan pada Nya, aku tidak lupa mendoakan kamu juga akan tabah mengharungi hidup berseorangan tanpa anak dan suami.

Oh, Ya Allah. Kuatkan aku dan hatiku untuk meniti hari-hari di bilik yang kosong tanpa di hiasi hijaunya pohonan dan birunya langit. Mungkin aku lebih menghargai keindahan awan gemawan yang berarak riang tatkala mataku singgah di kaki langit nanti.

Hanya Allah sahaja yang tahu hikmah yang tersembunyi. Semua yang terjadi, pasti ada baiknya. Senyum penuh tawar di bilik yang kosong tanpa teman.









Nota Pinky ;
“Susah juga mencari rumah di sini. Ingin menyewa bilik, tapi kebanyakkannya tidak mahu serumah dengan orang yang sudah bertukar status. Kenapa agaknya ya? Harap masih ada rezeki untuk aku nanti. InsyAllah. Usaha tangga kejayaan, bukan? Amin.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa nak buat ni..?


Hari ni hari isnin. 25 Jun 2012. 

Dan hari ni genap 14 hari (2 minggu) aku di sini. Kata orang 2 minggu sudah cukup untuk tempoh menyesuaikan diri. Kata orang, 2 minggu sudah cukup untuk buatkan diri rasa suka dengan tempat yang didiami. Aku?

Ya Allah. Allahu Akhbar. Subhanallah. Astaghfirullahal ‘Azim..

Sedaya upaya aku melawan kemurungan dalam diri. Ya. Aku akui. Kata-kata Farha memang betul. Jangan dilayan rasa sedih itu. Cuba sesuaikan diri. Jangan fikir sangat. Orang lain masalah lagi besar. 
Aku setuju.

Selama 2 minggu aku di sini. Selama itu juga lah aku mencuba untuk membawa hati ku yang berada di semenanjung ke mari. Tapi selama 2 minggu juga lah aku gagal.

Macam-macam perkara aku buat. Aku sibukkan diri dengan kerja sekolah. Aku bawa semua kerja-kerja di sekolah balik ke rumah. Aku buat PBS. Aku buat nota untuk pelajar. Untuk hilangkan kemurungan ini lagi, aku baca buku. Aku main game. Kekadang bila terasa sedih yang bersangatan, aku bangun mandi dan mengambil wuduk. Sembahyang dan membaca quran kuat-kuat sambil diselangi air mata yang berjurai-jurai tanpa henti menuruni tubir mata ini.

Selama 2 minggu aku menyibukkan diri, tak pernah pun 1 hari aku tidak bersedih dan bertanya kenapa aku jadi begini. Apa yang perlu aku lakukan. Ke mana hilang diri ku yang ceria dulu. Aku berusaha menyelesaikannya. Hingga ke hari ini.

Dan. 
Hari ini aku sedar, aku akan kuat jika orang yang aku sayang berada berhampiran ku..
Jika dulu, bila sangat rindukan mak, aku akan ke rumah makcik Laila dan menangis di ribanya. Bila puas menangis, aku akan kembali tersenyum dan kembali kuat. =) Tapi sekarang, aku tiada siapa-siapa. Menyebabkan aku sedikit (betul ke sikit?) tidak boleh terima kenyataan.

Oh! Putus fius sudah otak aku memikirkannya.

Sebenarnya aku baru sudah bercakap dengan Asma.
Terpaksa bercakap dengan kawannya yang bertanya jalan ke rumah ku.

Kata Asma, aku seolah-olah kehilangan sesuatu. Ya. Memang aku kehilangan sesuatu ketika datang ke mari. Aku hilang hati. Kerana hati itu telah ku serahkan pada en. Hati tercinta. Bila berjauhan begini, hati itu tidak dapat memberi cahaya yang cukup buat ku. Menyebabkan seluruh pekerjaan yang aku lakukan menjadi gelap. Tiada cahaya.

Kata Man pula, aku seolah-olah “mati laki”. Bukan. Bukan. Bukan. Aku “hilang jejak laki”. Kerana dia berada sangat jauh dengan ku.

Cara penyelesaian kepada kemurungan ini.

Aku sedang fikir macam mana untuk mengatasi kemurungan yang ada dalam diri. Kalau harap aku nak pindah ‘NOW’, memanglah tak boleh. Jadi inisiatif lain adalah dengan mengatasi masalah ini supaya ia tidak akan parah dan menyebabkan aku ke hospital bahagia.

Aku rasa, perkara pertama aku perlu lakukan adalah mencari rumah sendiri. Tidak menumpang. Kerana di sini, aku hanya duduk dan memandang syiling yang kosong tiada erti yang menyebabkan aku semakin hari semakin giler dengan keadaan ini. Itu sahaja yang aku sedang fikirkan sekarang.

Siapa setuju? Sila angkat tangan.

Cara penyelesaian yang kedua, nantilah kita fikirkan. Mata ku terasa penat kerana air mata ini baru selesai mengalir. Kepala ku juga pening. Mahu merehatkan mata dan mengosongkan minda. Tata.








Nota Pinky ;
“Bagaimana aku nak rehat kalau pejam mata, Nampak kamu. Tutup mata, Nampak kamu. Pandang kanan, Nampak kamu. Pandang kiri, Nampak kamu. Pandang depan, Nampak kamu. Pandang atas, Nampak kamu. Oh! Seluruh pemandangan mata ku, hanya Nampak kamu. Sesaknya rindukan kamu…”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Allah, tunjukkan daku jalan.


Ahad. 24 Jun 2012.

Hari minggu yang kosong.
Setiap hari minggu aku lalui dengan penuh kosong. Puteh tanpa corak. Terasa macam hidup ni penuh dengan warna-warna yang pudar. Tak pernah lagi dalam hidup aku, aku terasa sangat sayu dan kosong. Terasa tidak diisi. Oh Ya Allah. Tolonglah hamba mu ini.

Mahu pindah balik semenanjung. Hati memberontak.

Sudah hampir 1 minggu aku membuat solat istikarah dan solat hajat. Aku memohon petunjuk pada Ilahi agar aku dan en. Hati di tunjukkan jalan. Sama ada aku baik di sini atau pulang ke semenanjung. Jika baik di sini, mudahkan aku dan en. Hati untuk mengharunginya. Jika aku baik di semenanjung, mudahkan lah urusan penukaran aku ke semenanjung. Lembutkan hati semua orang yang terlibat dengan urusan penukaran aku. Amin.

Aku sangat berharap Allah memberi petunjuk untuk ku dan suami membuat keputusan yang betul. Sebab sekarang, aku terasa seolah-olah sedikit tidak betul otak ini. Warasnya berkurangan agaknya. Mungkin sangat merindui kamu, en. Hati…

Sebenarnya, dugaan ini aku rasakan tersangatlah berat. Walaupun orang lain dapat memikulnya, tapi aku rasa sangat terbeban. Bebannya seakan-akan menghantui seluruh hidup ku. Dan setiap penjuru pemandangan, hanya ku lihat kamu, Sayang.. sangat rindukan kamu.

Menghembus nafas perlahan-lahan menerusi mulut.

Aku harap situasi ini segera tamat. Dan ia tak kan berulang lagi.

Ya Allah, tunjukkan lah hamba mu ini jalan.. Moga hati ini akan lega dengan kehendak dan takdirMu. Amin…








Nota Pinky ;
“Perasaan aku kala ini. Berjauhan dengan en. Hati menjadikan aku manusia separuh giler! Aku harap, masih ade lagi daya pertimbangan akal yang normal dalam diri. Sayang. Adakah kamu merindui aku?”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS