RSS

Mood yang baik.

Assalamualaikum.


Mood semasa ; Baik dan memberangsang.
Ade perkara yang membuatkan aku sentiasa senyum dan ingin gelak kuat-kuat. Mana kelakarnya pun aku kurang pasti. Tapi aksinya sangat comey untuk membuatkan aku tergelak. Kawan.. Kawan.. Aku kira kamu tidak sekelakar itu. Tapi penilaian awal aku sangat silap. Senyum.

Ketawa.
Sepatutnya aku tidak menilai luaran sahaja. Mungkin kamu sangat senang bercerita itu ini. Mungkin kamu sangat peramah orangnya. Mungkin kamu sangat baik.

Baik.
Aku minta maaf atas ketelanjuran ku dalam menilai semua itu. Senyum.

Sangat merindui En. Hati.
Bila berada di Gemencheh, dia menjadi seorang yang sangat busy. Tidak menghiraukan aku. Hanya anak murid nya yang berlegar di depan mata. Ye. Aku faham tugas seorang guru. Kerana aku juga guru. Senyum.

Sebenarnya tidak boleh memarahinya juga. Kerana aku juga tidak punya masa untuk dia. Bahkan untuk diri sendiri pun, aku kira aku tidak memberi rehat yang cukup. Badan lesu, lemau, lemah, tapi semangat yang kuat yang membuatkan aku dapat settlekan semua pekerjaan dengan baik.

Satu hal yang membuatkan aku penat. Mungkin.
Selalunya aku makan dengan agak banyak. Kali ni, 1 atau 2 minggu kebelakangan ni, lidah aku sakit. Tidak dapat merasa makanan dengan baik. Ya Allah. itu baru sedikit nikmat yang Allah tarik. Sudah kelam kabut hidup ku sekarang.

Kata seorang kawan. Ku rasa dia mengulangnya lebih dari 3 kali.
Katanya ; "Kau ni panas kat dalam. Minum air masak banyak-banyak. Nanti sejuklah."
Kali kedua dia pesan benda yang sama. "Kau kena minum air masak banyak-banyak."
Kali ketiga dia pesan : "Kau makan tembikai pun boleh. sebab tembikai boleh sejuk kan badan."
Kali keempat.. kelima... Keenam.. Ketujuh... Entah apa lagi pesannya. Aku pun dah lupa. Kerap dan banyak kali. Buatkan aku senyum sendirian.

Ye. Aku sedang menjaga diri ku.
Makan vitamin c. Makan vitamin tambah darah. Minum air masak dengan banyak. Minum susu. Makan nasi. dan macam-macam lagi. Sampai terkadang aku sudah penat dan tidak larat untuk menjaga diri sendiri. Ketawa.

Hari ni; mood agak baik.
Aku selalu tersenyum. Mak plak, asik call saja. Ade saja yang nak ditanya nya. Mungkin dia sudah tidak sabar menunggu kepulangan aku. Senyum.






nota ringkas :
"Hari esok adalah hari last kuliah di UM. Sedihkah aku untuk meninggalkan UM? Entah. Macam biasa je. Haha. Kenapa kawan-kawan lain nampak ketara sedihnya? Aku tiada jawapannya. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

FarHa said...

Wahhh hbs dohh?? ha masih bergelut ngan PSM+viva+final exam! Fuhhh masih meneruskan perjuangan! Doakan HA!