23 July
2012. Isnin.
Seharian aku
pening. Aku tidak tahu kenapa aku begini.
Tapi mata
ku bengkak. Muka, hidung, mulut ku semuanya menampakkan seperti orang yang
sakit dan tidak bermaya.
Masuk kelas.
Mengajar dengan semangat. Tapi pelajar masih lagi perasan akan perubahan diri.
Dengan prihatin
mereka bertanya, “Ustazah demam ye? Kalau demam, rehatlah. Kitorang boleh
buat kerja sendiri.”
Jawab ku
dengan penuh semangat walaupun dunia aku bagai mahu terbalik. “Eh, Ustazah
ok jela. Pening je sikit. Jom sambung belajar. Bla-bla-bla-bla…” Aku terus
mengajar.
Kalau diikutkan
hati, aku mahu sahaja termenung di rumah dalam bilik sambil menangisi
kepulangan en. Hati. Mahu menangis dengan sepuas-puasnya. Tapi hati ini tidak
boleh di beri muka. Takut nanti makin parah yang terluka. Jadi, aku kuatkan
langkah melangkah kesekolah.
Dunia seolah-olah
mahu terbalik. Pening 24 jam.
Berbaring di
atas tilam empuk dan terbayangkan en. Hati yang hensem itu. Mahu tidur, berehat
dan mimpikan dia. Senyum simpul. Sendirian.
Nota
Pinky ;
“Semakin
kuat kita mengharungi dugaan yang mendatang, semakin cekal hati kita. Kerana dugaan
itu membuatkan kita bertambah cekal.”
0 comments:
Post a Comment